Resepi Hari Ini

Nah! Ni resepi cheesecake yang diminta.

Blueberry Cheesecake


i. Bahagian dasar kek keju

100 g biskut digestive (biskut marrie pun boley)
30 g gula perang (gula castor pun boley, tak boh gula pun boley)
15 g serbuk koko (tak nak boh pun boley)
100 g mentega cair

1. Hancurkan biskut digestive (boley blend, senang koje)
2. Campurkan semua bahan hingga sebati.
3. Tekan rata-rata dalam acuan bulat. Pastu simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.

ii. Adunan cheese

A. 500 g krim keju
110 g gula

B. 40 g tepung

C. 3 biji kuning telur
1 biji telur

D. 400 ml tairu

E. 3 biji putih telur
75 g gula

F. 30 g tepung jagung

G. Inti pati blueberry

Cara-cara :

1. Putar A hingga lembut. Tambah B hingga sebati.
2. Campur C dan putar hingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur D dan adun hingga rata.
4. Pukul E sehingga pekat. Tambah F dan adunkan. Tambahkan ke dalam adunan keju. Gaul sebati.
5. Tuangkan separuh adunan keju ke atas loyang dah ada base biskut tu tadi.
6. Letakkan blueberry dan tuangkan baki adunan keju tadi.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
9. Keluarkan kek keju dari acuan. Hiaskan dengan blueberry dia atasnya.
10. Siap!!!

Tips :

1. Letak Aluminium foil dalam loyang untuk senang keluarkan kek.
2. Letak dulang yang berisi adunan dalam dulang besar yang berisi air.
3. Lepas kek masak, jangan keluarkan dari oven. Biarkan ia sejuk dalam oven. Buka je pintu oven tu sikit. ( Ni untuk elakkan kek jadi pecah-pecah macam kerak kat bulan)
4. Dah sejuk suam-suam dalam oven, boley le letak dalam peti ais. Esok pagi hias, pastu boley la kome ngap!


Seterusnya resepi yang kak zana mintak. Adehhh.. penat ahkak menaip tau!!! Nasib baik sambil dengar petikan gitar letrik Jerry C - Canon Rock. Semangat sket ahkak.

Biskut Tepung Kacang Hijau

(klik untuk gambar)

Bahan-bahan :

120 g butter
50 g gula castor
120 g tepung superfine
50 g tepung kacang hijau (jenama BABAS. Jangan gatai tuko jenama lain. Babab kang baru tau!)
Sedikit pewarna hijau (1/4 penutup)

Hiasan : gula castor, coconut toast

Cara : (senang tahap gaban!)

1. Satukan butter, gula dan pewarna. Pukul sampai kembang.
2. Masukkan semua bahan yang lain dan uli sebati.
3. Terap dan bakar.
4. Hias dengan coconut toast dan gula castor.

ps : Chef tu kata jenama BABAS tu tepungnya wangi sikit.


Sekian dulu kelas masakan hari ini. Cuba jangan tak cuba! Saya nak pi sarapan nasi lemak kopi radix kejap. Mai secawaaannn!



16 comments:

Mazarina said...

wah2..rajin btul..bestnyer blueberry cheese cake..x cuba buat kek lapis srwk pula?amik resepi n jual pd org smenanjung..tentu laku...mcm2 jenis adow...ari tuh try mintk resepi buat kat rumah, tp yg bukan berlapis...simple jer...yg berlapis2 tu mesti laku kalo dayah p jual kat sek..best.

chekgu Bani Hassim said...

ni la signature dishes ko ek??
raye kelmarin ko buat blueberry kan??
nmpk sdp..

hayad said...

maza--> aha, pnh gak belajo wat kek lapis. mmg la renyah sket penyediaannya. tu yg jd mls tu,hehe. tp bila dah siap mmg puas hati sgt rasanya :)

cekgu BH--> aah, resepi ni la yg aku wat. ko try la buat. sng jer

hayad said...
This comment has been removed by the author.
achik said...

nak try resepi dayah la pasni.. yg akak buat dulu tu terlampau muak.. errr tairu tu pebenda? huhuhu.. ;p

hayad said...

achik --> achik, tairu tu yogurt. dayah pun tak tau asalnya. ms nak buat br tanya mak. ghoper2nye yogurt,hahahampeh btul.

dlm translation omputeh dia tulis sour cream. so dayah mmg tak beli pun tairu neh. ms buat mmg tak buh. tp jd je la pulak,hehehe.

nnt achik buat, cuba la buh. mn tau lg sedap kot. psl dlm resepi mmg ada buh :)

hayad said...

opps, lupe nak ckp. ms pukul bahan E tu pukul sampai dia kembang macam cream okeh!

DeeN said...

Wah,
Memang syiok sangat cheese cake neh. Aku memang nak sangat buat. Tapi sebab asyik takdak masa nak pi cari cream cheese, tu yg selalu terbantut. Hikhik.. [sebenarnya malas dan tak pandai] ;]

Anonymous said...

cikgu dayah..terima kasih!!
nnt nk cuba. hihihi :)
klu jadi, saya snap gmbo tjuk kt cikgu. hihihi:p

hayad said...

deen--> hehe, dayh pun kdg2 mls gak deen. tu tgh rajin tu yg buat tu :D

snm--> ok, cuba jgn tak cuna. snap gambo jgn tak sanp! :)

my hidden stories said...

RESEPI BLUEBERRY CHEESE CAKE TU..THANKS..yummy yummy

Shah CJ said...

dayah!. ko buatkan satu utk aku. sempena besday aku tau. free aje tau. hehe

hayad said...

my hidden stories--> u r welcome!

CJ--> eh, tak jeles ke isteri tuan hamba nanti jika hamba buatkan kek untuk tuan hamba? hampeh tak mahu dikatakan perosak umah tangga orang,hahaha

victoire said...

lame benor teman tak jenguk kome di sini..
bizi membine kerjaye. hhahahaha
tapi layout ngan spam popup tuh tetap setia menghiasi page ni. ngeh3.

pape hal pon, isi tetap mantap!
macam2 cite pelik kat sini.
layannn!

err, kim salam kat cikgu S ngn BINI dia. ngehr3

Bunga Rampai said...

Salam,

Terima kasih banyak banyak sudi kongsi Blueberry cheesecake :)

hayad said...

k-riey--> ada gak popup spam tu ek? camne nk ilangkan ek?

bunga rampai--> sama2 kak bunga rampai :)

Followers