('',)

Biskut gajus sorang makcik tu tempah untuk buat hantaran bertunang anak dia sudah saya siapkan...
Image Hosted by ImageShack.us


Medical check-up untuk pengesahan jawatan dah settle...

Tapi tak best la, tak dapat bawak balik filem x-ray tu. Kalau tak boleh framekan gantung kat dinding dalam bilik, hakhak!

Kerja-kerja saya sudah settle. Sekarang saya mahu pergi duduk atas bukit kejap. Daaa!! :)

Entry Khas

Image Hosted by ImageShack.us


Entry ini khas untuk Pa'chik dan sesiapa yang seangkatan dengannya yang merupakan penduduk jati Kelate atau lebih tepat lagi Kota Bharu :p

Saya pun pelik pasal kebanyakan membe-membe orang Kelate, bila disebut Bahtera Lodge, dekat Taman Tengku Anis, masing-masing jawab tak tahu. *Wei! Ape yang korang tau ar? kekekeke*

Tempat penginapan ni dekat aje dengan Masjid Tanjung Chat tu Pa'chik. Rasanya jalan depan, jumpe roundabout, belok kanan, jalan terus, belok kiri, err err pastu ku pun dah lupe :p Tapi masuk dalam kawasan taman rumah-rumah orang la.

Image Hosted by ImageShack.us


Murah je kan? So Pa'chik, kalau dah bosan tido umah sendiri boleh la menginap kat sini ek. Ada cyber cafe lagi di bawahnya. Masih boleh berblog! :D

Hangin di Kota Bharu

Bukan berangin yer, tapi hangin!

Mula-mula sampai kami sudah hangin. Hangin bermula di KB Mall. Saja la teringin hendak masuk ke KB Mall. Belum masuk parking dah hangin. Mana tidaknya, banyak betul kereta nak masuk dalam mall. Dah tu pulak main potong-potong Q. Tengah-tengah jambatan 45 darjah tu dia boleh nak potong-potong pulak. Ini sudah melampau beb!

Kenderaan berpusu-pusu masuk. Kereta kami pun bergerak perlahan-lahan mencari parking. Wah, ada satu parking. Hati kami berbunga riang setelah sekian lama mencari petak kosong. Tiba-tiba kami jadi hangin balik! Sebuah kereta kancil dengan nombor plat DAG 176 sesuka hati bapak tiri laki mak dia datang dari arah bertentangan dan nak masukkan bontot kereta dia. Ini memanglah teramat melampau. Rasa nak tendang je bontot budak laki tu.

Ko tak reti cara-cara nak parking dalam mall ke? Dah tu pulak datang dari arah bertentangan. Tak reti ikut anak panah tunjuk MASUK or KELUAR ke? Nurul bukak tingkap kereta, saya rasa macam nak keluarkan S*** je. Tapi segera sedar, saya di Kota Bharu, Bandaraya Islam. Saya nampak banyak poster tulis begitu. Dengan segera hati saya cool down semula, eceh! :D

Saya silap banyak pasal tak snap je gambo budok tu. Padahal camera ada dalam beg.
Masuk dalam mall, saya tak beli apa pun. Saya nak keluarkan duit aje, ehe.

Pagi ahad kami bersiap-siap untuk majlis akad nikah. Ahad, 25 Nov adalah hari majlis perkahwinan senior saya Nik Suriani ( Kak Sue) dengan abang kepada Chieffy. Saya ni join family Chieffy as rombongan pengantin lelaki.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Selepas akad nikah kami balik semula ke tempat penginapan kami, Bahtera Lodge. Akan datang semula berarak ke rumah pengantin perempuan jam 2.30 petang nanti. Disebabkan masih ada masa, saya, Chieffy, Nurul dan mak Chieffy tergedik-gedik la mahu ke Pasar Siti Khadijah. Err, sebenarnya saya yang terlebih gedik-gedik mahu ke PSK. PSK adalah short form yang saya buat sendiri, pasal kalau nak sebut lengkap mengambil masa yang agak lama, 3.333 saat. Itu membuang masa ok.

Ingatkan hangin kami telah berakhir saja semalam semasa di KB Mall. Rupa-rupanya jauh panggang dari api. Kami sekali lagi hangin! Mana taknya, cari PSK tak jumpa-jumpa. Mula-mula dah nampak signboard Pasar Siti Khadijah, masuk kanan. Bila masuk kanan, terus ke depan, terus lost! Bukan signboard je hilang dengan tiang-tiang signboard dah takde. Pusing-pusing la kami. Tup-tup yang kami nampak signboard Mawi tengah cakap dalam tepon. Itu simpang nak balik ke Bahtera Lodge. Kami pun pergi la sekali lagi ke arah pusat bandar. Kali ini dengan satu harapan. Kalau tak jumpe jugak, balik je bilik balik. Tak payah dah ke PSK.


"Kalo tak jumpak jugak, balik terus lah. Aku dah bengang dah ni!". Kata Chieffy.

Alamak, dalam hati saya punya la terkinja-kinja mahu ke PSK.

Memang akhirnya kami balik aje ke bilik. Jam pun dah hampir pukul 1. Mahu bersiap untuk ke rumah pengantin pulak. Saya keciwa! Amat keciwa tak dapat ke PSK :p

Jam 2.30 kami pun berarak ke rumah pengantin. Cuaca panas. Berdiri tengah panas. Fuh! Banyakkan bersabo aje le yer. Majlis selesai lebih kurang jam 4 lebih kalau tak silap. Saya malas mahu mengulas tatacara perkahwinan di sana. Lain tempat, lain negeri, lain caranya kan.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Disebabkan paginya kami sesat di Kota Bharu untuk ke PSK, saya telah berjaya memaksa Kak Shana dan Kak Faza yang juga senior saya merangkap rakan Kak Sue, pergi ke PSK. Kak Shana kata dia tau jalan ke PSK. Akhirnya saya telah berjaya memuaskan nafsu saya dengan menghabiskan duit membeli apa yang saya mahu di PSK.

Image Hosted by ImageShack.us

Duit saya tak habis kat pasar bawah ni, tapi kat atas!

Malamnya pula sekali lagi duit saya mengalir di Wakaf Che Yeh. Yang herannya kami tidak pula sesat untuk ke Wakaf Che Yeh, hehe. Pandai pulak cari. Setelah banyak kali tawaf satu Kota Bharu kami akhirnya boleh la melihat jalan raya di KB secara pandangan mata burung. Bravo bravo. Sambil tepuk bahu sendiri.

Eh, lupa pula nak cerita pasal En. Fotopages. En. Fotopages adalah nama pena yang telah Chieffy, Nurul dan saya berikan kepada Tukang Tangkap Gambar majlis kahwen Kak Sue ni. Kami memang bengang dengan En. Fotopages ni. Asik amek gambo pengantin je keje. Gambo kami sket pun dia cam tak heran. Jenuh la kami senyum luas-luas. Bergambar la kami duduk sebelah pengantin. Tapi yang kami perasan batang camera dia yang panjang tu asik zoom ke muka pengantin je. Wat penat mulut je sengeh!

Apa-apa pun tahniah pada En. Fotopages pasal gambar-gambar anda tangkap cantek-cantek belaka. Ye la, guna camera zoom panjang macam idong Pinnochio tu, kalau tak cantek jugak lebih baik campak aje camera tu kan, kekekeke. Dah tu, boleh pulak En. Fotopages ni tak reti nak guna camera saya. Yer, saya sedar, camera saya tu takde hidung panjang macam camera En. Fotopages. Takpe, takpe. Nanti ada duit saya rembat satu kat kedai.

Gambar-gambar perkahwinan Nik Suriani dan Harris yang telah disnap oleh En. Fotopages dengan bersungguh-sungguh boleh dilihat di sini.

Tibalah hari isnin. Hari kami pulang semula ke negeri masing-masing. Ondaway balik, sekali lagi kami sesat. Mula-mula memang nampak signboard Grik. Ada la 2,3 kali jumpe. Lepas tu dah takde. So kami pun anggap la jalan pulang kami itu betul. Tup-tup kami sudah lepas ke Kuala Krai. Mana Jeli? Patutnya untuk ke Grik mesti lalu Jeli dulu. Kami betul-betul sesat sampai ke balai polis Kuala Krai,hehe.

Rupa-rupanya kami dah terlajak lebih 25 km. Kena la patah balik. Ni la peri pentingnya signboard. Dengan ini saya ingin melantik Pa'chik secara rasminya untuk mengusulkan cadangan memperbanyakkan signboard supaya jalan-jalan raya di sana lebih mesra pengguna. Terutamanya pengguna luar seperti kami, kekeke :D

Weh, Chieffy! Aku dah tak larat nak nulih ni. Panjang pulak jadinya ni. Aku tak suke benornye nulih panjang-panjang. Cukup-cukup la masa SPM dulu aku tulis karangan panjang-panjang :p

Ni belum lagi cerita pasal benda-benda lain yang kita tak pueh hati, hehehe. Bila la kita dapat travel lagi sama-sama ni ar?

Oh, ya. Saya doakan Kak Sue berbahagia sepanjang hayatnya. Dunia dan akhirat :)

Manis ;)

Saya baru balik dari Kelantan.Sampai 4.30 tadi. Saya tak mahu cerita banyak. Entry selepas ini saya akan cerita banyak. Sekarang saya nak pergi makan yang pedas-pedas. Saya tak puas. Makan tak kenyang! :D

Image Hosted by ImageShack.us

Discovery Cenel

"Kak Yong! Nak gi kuale tak?

"Boleh jugak. Aku pun ingat nak betulkan jeans aku kat kedai".

"Gi naek moto ke?".

"Boleh je nak naik moto. Tp kamu gi basuh moto tu dulu. Kotor benor le. Wat malu je".

Reputasi perlu sentiasa dijaga ok! :D

"Tapi aku malas nak basuh. Kamu gi basuh ek!" ;) ;)

Naseb baik mood dia ok. Dia pun sukarelahati basuh. Saya pergi jugak tolong. Tolong tengok! hehe.

"Weh, kamu basuh la tau. Aku gi amek kamera jap. Aku amek gambo kamu".

Taraaa.... Basuh jangan tak basuh!

Image Hosted by ImageShack.us


Tiba-tiba saya ternampak makhluk tengah wat XXX di sebalik celahan pokok pisang. Perghhh!! Seksi you! Memang dia tak sedar lansung JAIS tengah mengskodeng!

Image Hosted by ImageShack.us


Saya pun apa lagi. Tangkap la banyak-banyak dari posisi-posisi yang berlainan. Posisi saya aje yang berubah ok. Posisi mereka tak berubah pun! Haha.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Awat la tak jumpe gambar macam ni 2 bulan lepas. Sekarang ni pertandingan gambo Canon tu pun dah tamat. Saya perlu cari pertandingan yang menawarkan wang tunai yang lumayan la. (Perasan! Macam boleh menang jerk!). Saya nak bayar PTPTipu! Nak bayar gedebuk terus! Abeh cerita. Tak payah pikir dah. Boleh cari untuk buat utang lain plak! kekeke

Saya baru perasan yang saya ni macam obses dengan kaler ijau pulak! Err...tiada kena-mengena dengan pilihanraya ok! :D

Ooo..Ooo..Ooo..Balik Kampungggg..Hati Giranggg....

Weh, kamu balik bile?

Selasa or rabu depan aku balik le.

Lambatnye.

Aku ada keje skolah nak kena setel. nape?

Xde le ape, mak kepoh suh kamu balik.

Awat? Ada rombongan nak mai minang aku ka? Wahuahuahuahua!

Ceh! Budok mane nak minang ko!

SMS itu saya biarkan tanpa balasan. Pasal saya tengah pulun menanda amali sains bebudak saya. Sekarang saya berada di kampung. Fuhhh....aman rasanya. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup. Ijauuuuuu aje mata saya memandang...

Image Hosted by ImageShack.us


Kini saya sedang cuba merangka-rangka kerja sepanjang cuti saya yang lamalah jugak ni kan ;) Yang pasti adalah menghadiri kenduri-kenduri kahwin rakan-rakan seusia saya.

Kawen jangan tak kawen!!! Moh kite kawen! Haha


Jalan-jalan Yang Pertama

Alangkah seronoknya jika dianugerahkan dengan kepandaian melukis. Di saat kebosanan boleh jugak kuconteng mana-mana dinding. Dinding kat sekolah tu banyak aje kosong. Kalau la ku reti menconteng dinding...

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Kepada pelajar-pelajar seni Uitm Melaka, mohon dihalalkan gambar-gambar hasil kerja tangan anda ini saya snap. Jangan saman saya pula ye. Saya tahu ianya hak cipta terpelihara. Karya anda amat saya hargai.

17 November 2007
Uitm Melaka
Destinasi pertama Cuti-cuti Malaysia saya ;)

Image Hosted by ImageShack.us


** Sebenarnya menemankan si nurulsensei mengambil barang-barang adiknya di Uitm.

Akhirnya!

SELAMAT

Image Hosted by ImageShack.us


BERCUTI

Image Hosted by ImageShack.us


SEMUA!!

Image Hosted by ImageShack.us


Annual Dinner mengakhiri tugas kami tahun ini. Akhir ke? Tiada akhiran sebenarnya...

:bz \m/

Jumpa lagi di sesi 2008!

Aktiviti Hujung Minggu

"Kamu pegi ke tak?"

"Pegi la. Dah bank in duit dah pun. Abeh dah tau duit orang. Dah pokai dah ni".

"Haha. Nanti mak ganti le balik..".

"Oraittt!! Ganti separuh,hehe".

Haha, saja je. Tak sanggup pulak saya nak ambil duit mak. Saya kan anak yang baik. Buwekkkk! Muntoh ijo seketika. Saja je gatai cakap suruh mak ganti balik.

Sebenarnya saya pergi Bengkel Frozen Food anjuran Majalah Anis. Pergi menuntut ilmu dengan Chef Faizal. Tempat yang sama dengan Bengkel Kek, di Intekma Resort, Shah Alam.

Image Hosted by ImageShack.us


Dapat belajar 6 jenis resepi yang boleh di'frozen'kan. Karipap, samosa, spring roll, donut, pizza dan roti canai. Ala, sekarang frozen food kan memang femes. Laris di pasaran.

Image Hosted by ImageShack.us

Acara masak memasak inti-inti.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Masa buat adunan pizza

Image Hosted by ImageShack.us

Saya dah reti buat karipap! yea! Tapi guna acu la,kekeke...

Image Hosted by ImageShack.us

Dan juga dah pandai buat samosa! yeehuu!

Image Hosted by ImageShack.us

And also spring roll. Yang ni paling kacang je. Gulung saja. Kalau tak reti juga tu samting wrong la pada tangan.

Image Hosted by ImageShack.us

Pizza ni dah biasa sangat. Chef ni bagi sikit benor mozarella cheese. Kalau kat rumah, setambun ku bubuh.

Image Hosted by ImageShack.us

Yeahhh..paling best adalah buat roti canai. Susah woo nak tebar. Tiba-tiba teringat dialog Apek dalam filem senario. "Ko bayangkan... bla bla bla...".
Memang susah la! Saya serender! :p

Image Hosted by ImageShack.us

Dan ini group saya. 2 darinya rakan group masa bengkel kek.

Image Hosted by ImageShack.us

Lastly bergambar untuk masuk majalah. Rupa-rupanya ada keluar dalam Anis bulan ni bengkel kek hari tu. Mana nak nampak, bawah benor. Cenonet plak tu gambonye! Sabau je la.


d'limau Nipis

Semalam punya la bising kat flat saya ni. Depan rumah saya ni famili India. Tapi tak penah pun sembang. Boleh pulak semalam diorang pasang mercun papan tu kat koridor. Hampagas betul la. Naseb baik tak luruh jantung saya. India kat sini macam sombong la. Tambah-tambah India pemilik kedai runcit kat depan tu. Bininya la, muka masam nak mampos!!! Tapi tadi saya beli barang, saya manis-maniskan la jugak mulut...

"Hari ini deepavali buka kedai juga?". Sambil saya sengeh-sengeh. Dia tetap jugak masam.

Pelik la tengok manusia yang tak reti nak senyum ni. Kat sekolah ada sorang. Perempuan juga. Jaga kedai buku. Anak murid saya kata, time malam dia keje kat Pizza Hut. Macam mana la Pizza Hut boleh ambil dia bekerja. Punya la masam muka. Muka penuh bermasalah je saya tengok. Saya yang selalu juga pergi fotostat kat situ, pada awalnya senyum-senyum la jugak. Nak beramah mesra le juge di bawah bulan purname!

Tapi dah tengok dia tak senyum-senyum, malas la saya nak senyum dah. Wat bazir je. Baik senyum kat kambing! Kadang-kadang rasa macam nak sound je dua tiga bijik.

Awak ni tak boleh ke senyum??? Cuba maniskan sket muka tu. Muka bermasalah betul awak ni! Memang la awak takde masalah jerawat. Saya yang bermasalah jerawat ni pun boleh senyum. Manis lagi tu. Hahaha. Tambahan ayat penyedap!

Tapi kata kawan-kawan yang sudah mengenali saya, kata mereka, muka saya ni pun pada awal-awal kalau tak kenal mesti ingat saya sombong,hahaha. Tapi hati saya baik tau! ;)

Tengah hari tadi makan di Bangi. Nurul, hang tau aku makan kat mana? Kat Limau Nipis. Kan hang cakap, air limau nipis dia sedap. Eh, hang cakap ke CT cakap ar? So tadi aku dah rasa ;) Segelas RM3.80.

Image Hosted by ImageShack.us


Aku rasa takde la sedap mana. Mungkin pasal aku dah kenyang kot. Nasi setambun aku amek. Abes licin pulak tu. Tanpa meninggalkan sebutir pun nasi. Bila dah kenyang, air limau nipis special tu pun tak terhabis. Macam mana ek dia buat air tu? Rasa macam nak jual kat kampung je,hehe.

Image Hosted by ImageShack.us


Oh, ya! Orang Malaysia ni suka sangat pandai-pandai aje letak d'Limau, konon nak nampak macam ada class! Padahal salah penggunaan.
Masalahnya di sini adalah penggunaan tanda apostrophe (’). Tanda (’) itu sebenarnya HANYA untuk keadaan apabila ‘Du’ atau ‘De’ atau ‘Le’ atau ‘La’ bertemu dengan huruf-huruf vowels a,e,i,o,u (kadang-kadang huruf y) SAHAJA. Contoh: La americaine akan menjadi L’americaine. Jika anda perasan, huruf ‘a’ dari ‘La’ telah dimansuhkan. Begitu juga jika Le étudiant, ia akan menjadi L’étudiant.
Bacaan lanjut silalah ke sini. Kerana saya dapat tau pun dari situ. Penulisnya pernah belajar Bahasa Perancis. Saya pernah belajar Bahasa Mandarin. Tapi asas je. Sekarang satu habuk pun tak ingat.


Ke Luar Sekolah

Penat! Baru bangun tido. Itupun sedar sebab telefon bunyi. Mak telefon. Saya bukan penat pasal bekerja, saya cuma pergi mendengar seminar saja hari ini. Tidak ke sekolah. Saya yang ofer diri untuk pergi seminar ni. Saya penat sebab sepanjang dalam kereta api saya berdiri. Yang penat adalah kaki. Perlu menanggung beban. Memang benarlah fakta saya baca kasut tumit tinggi menyebabkan kaki menanggung beban yang berlebihan sama seperti beban berlebihan berat badan walaupun kita tak punyai berat badan berlebihan. Kalau selalu macam ni, tak pasal-pasal risiko untuk mendapat Osteoartritis menjadi tinggi pulak. Mintak simpang la!

"Hei Hidayah! u tau sapa lagi guru sains?". PK HEM tanya.

Saya pun menyenaraikan la nama guru-guru sains.

"U bile mau beli kereta ar? Senang boleh hantar pergi mesyuarat, kursus..."

"I dowan buy a car. Car is not an aset!". Haha, selamba badak saya cakap macam tu.

"Aiyoooo..pandai u arrr. Saya mau hantar guru pergi seminar ni, ganti Mr. M and Pn. A".

Saya nampak surat yang PK HEM pegang.

"Eh, macam best je seminar ni. Bagi saya pegi la".

"Ok2, bagus2! u pergi dengan Sarah the caunselor eaa..."

Image Hosted by ImageShack.us


Bagus seminar ni. Tak rugi saya pergi. Walaupun saya ni dah tak boleh keje dengan PETRONAS :p tapi informasi dari seminar ni berguna untuk anak-anak didik saya juga bakal anak-anak saya,haha. Tak rugi juga pergi pasal dapat macam-macam door gift dari PETRONAS dan PETROSAINS.

Image Hosted by ImageShack.us


Senang aje rupanya letak duduk Impiana Hotel KLCC ni. Kalau tau tak payah la saya abeh duit naik teksi. Tapi tambang RM10 je. Ok la tu. Dari saya tercanguk-canguk cam orang sesat kat area KLCC tu kan.

Esok cuti dewali. Jumaat pun cuti. Sabtu ahad semestinya la cuti. Mahu pergi mana ye? Rasa macam nak pergi PETROSAINS. Tak penah pegi lagi, hehehe. Buat malu je. Budak darjah satu pun dah penah pegi. Tapi sapa nak teman saya pegi? Kawan-kawan lain macam tak berminat jer...hohoho.


Label : Mari Melawat Malaysia

"Kak Esha, bosan laa....jom pi mana2 nak?"

"Nak p mana?"

"Tgk wayang ka, p dataran merdeka ka, eye on mesia ka..."

"Ckp la kat Nor. Ckp kat K.Esha, bkn K.Esha tau memandu pun".

Saya pun segera sms Nor. Walaupun bilik Nor di dapur yang jauhnya 8 kangkang kera aje dari bilik saya.

Nor membalas ok! Lepas maghrib siap kata dia.

Kami memilih Eye On Malaysia sebagai destinasi pilihan. Nanti takde la bila orang tanya, "Penah naik ke Eye On Malaysia?". Maka jawapan kami pun mesti la "Penahhhhh...!!!"

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Memang dah takde koje...


Entry Macam-macam Adaaa!

Walaupun saya bersedih kerana dalam profile saya masih tidak wujud tarikh lantikan, tetapi hujung minggu tetap dia saya persiakan begitu sahaja. Sedih jangan dilayan, nanti kita juga yang nampak tua,hehe.

Saya dan NurulSensei ke Nilai pada Sabtu yang lalu. Sebenarnya nak pergi beraya ke rumah Kak Lis, seorang senior lama semasa di USM dulu. Kak Lis ni dok kat Taman Tenaga, Kajang. Tapi kami perlu ke Nilai dulu sebab CT, lagi seorang membe baik perlu join kami pasal dia je yang tau area Kajang dengan Bangi tu.

Sampai di stesen komuter Nilai, CT pun ambil kami, tapi kami minta dia dropkan kami kat Giant, pasal nak beli buah tangan untuk Kak Lis. Lepas dah beli-beli, tiba-tiba saya rasa semacam. Rasa tak keruan. Kebetulan CT kata dalam Giant ada Uncle John! Secara tidak sengaja saya terpaksa pergi. Kerana saya sudah tak keruan pasal pagi tadi saya tak dapat minum kopi. Saya dan kopi memang tak dapat dipisahkan seperti juga kulit Hitam Manis saya ini yang tidak dapat dipisahkan dari badan :p

Image Hosted by ImageShack.us


Sementara menunggu CT menghabiskan kerja di opisnya, kami pun melepakkan la diri di Uncle John sambil menjamu mata kami dengan mengusha-usha pekerja-pekerja Uncle John yang semuanya lelaki itu, ada yang ensem, ada yang tak ensem! Sambil-sambil saya berfikir alangkah bestnya kalau saya dapat memiliki sebuah kedai kek! Ada kena mengena ke pekerja Uncle John dengan kedai kek ni? Merepek jer.... Sebenarnya depan kedai Uncle John ada kedai kek. Terujaaaanyaaaa....bukan teruja nak makan kek. Tapi rasa nak ada kedai macam tu, dengan keknya lawa-lawa pulak tu.

Dalam pukul 2 lebih kami bergerak kembali ke arah Kajang. Sampai di rumah Kak Lis lebih kurang jam 3. Sampai-sampai terus saya makan mee kari. Memang tengah lapor ar wei! Sembang punye sembang, tak lama tu datang pula rakan seopis suami Kak Lis. Semuanya anak dara macam kami semua juga,haha. Mereka ni perkerja-pekerja fakulti environment UPM. Sempat la bergambar kenangan.

Image Hosted by ImageShack.us


Balik dari rumah Kak Lis, saya tengok jam masih cukup masa untuk saya singgah rumah Kak Wan. Sebelum tu memang dah roger Kak Wan, tapi in case sempat, akan saya singgah. Dah kebetulan saya di dalam kawasan liputan rumah Kak Wan kan. Alang-alang menyeluk pekasam la katakan. Lagipun dulu Kak Wan pernah datang area tempat saya kerja, tapi tak dapat nak jumpa pasal saya cuti rehat, pergi ke Port Dickson, tengok adik bertanding pidato peringkat Kebangsaan. Akhirnya dapat la bertemu Kak Wan di rumahnya. Kak Wan ni tinggi orangnya :) Terasa kemetot gile diriku ini, haha.

Selepas beraya rumah Kak Wan, kami balik ke Nilai semula. Kena balik cepat pasal nak tengok Majalah 3 mengenai angkasawan :p Malamnya tidur kekenyangan. Aktiviti hari ahad pula adalah juga berjalan-jalan bawa perut untuk diisi di rumah terbuka. Rumah pertama adalah rumah lecturer Murni Nursing College. CT kawan saya ni kerja di Murni Nursing College kat Nilai. Lecturer ni CT panggil Mak Mah aje di luar waktu kerja. Rumah dia rumah pusaka. Dia jaga dan kekalkan ciri-ciri tradisional.

"Mak Mah ni mak nurazreen zaharin yang Melodi TV3 tu!"

"Haa? Sapa? Tak kenal pun? Krew belakang tabir ke depan tabir?"

"Ala...ada, kadang2 depan tabir gak. Hang tak perasan kot".

Memang saya tak cam la. Tengok gambo keluarga dia di dinding pun saya tak cam mana satu krew Melodi yang jadi anak kepada Mak Mah ni. Lagipun saya ni jarang tengok Melodi.

Image Hosted by ImageShack.us

CT dan rakan-rakan sekerjanya.

Makanan Mak Mah ni masak sedap-sedap belaka. Saya makan sepinggan nasi dengan ikan bakar dan juga sepinggan mee kari. Ditambah lagi dengan kek-kek. Ahhh... nikmat! Lepas rumah Mak Mah pergi rumah Pak Mat Noor pulak. Caterer kolej. 4 buah kereta kami berkonvoi. Semua rakan sekerja CT. Saya join je. Pasal makan, no hal! Lagipun saya spesies yang mesra alam lah jugak ;)

Saya dan NurulSensei balik ke KL dengan ERL. Sampai Bandar Tasik Selatan, kami ambil Star. Semasa dalam Star satu kejadian tidak diingini telah berlaku. Penumpang silih berganti di tempat duduk hadapan kami. Sampai la satu pakcik berketayap duduk. Mula-mula saya ok, tiba-tiba saya jadi terkejut!

"Nurul!!! Jom g depan! Nanti aku bagitau pasal ape!". Kebetulan kami duduk di hujung gerabak.

Nurul tercengang-cengang tapi tetap mengikut. Kami bergerak berdiri dekat pintu.

"Pasal ape?"

"Pakcik tu! Aku ternampak seluar dia terkoyak. Cinabeng betoi la! Tak pasal-pasal aku tengok dia punya. Tepat pulak tu depan aku. Eeee, geli. Memang la aku penah tengok, tapi dalam tenet je,hehe. Yang real mana penah. Adoi la!!"

Yang paling saya tak tahan soalan nurul yang satu nih.

"Besar tak?"

Nak tersembur dibueknyo!

"Weh! Weh! Maksud aku besar ke koyaknye? Hang ni jangan la pikir kotor pulak". Nurul dah cuak,hahaha.

Hahahaha, saya memang dah tak tahan. Orang dalam tren pun pelik tengok kami.

"Lenkali tanya bior terraaanggg!" :p

"Besor la koyaknya, dah terkeluar semua. Hampeh betul la. Aku takut dia tak siuman je, tapi muka dia takde la tak siuman, pakai kopiah lagi".

Nurul kata, dia perasan pakcik tu letak barang yang dia pegang kat tengah-tengah tak lama lepas kami beredar tu. Dia dah tau la tu kot pasal apa kami lari. Adehhh.... Penat! Penat ketawa,hehe.

Sekarang ni saya tengah senyum sampai ke telinga. Dan saya akan senyum sampai esok kot :D Pasal debaran saya sudah hilang. Sebelum balik dari sekolah tadi kerani telah menyerahkan surat yang amat ditunggu-tunggu :) Makna kata saya telah lulus interbiuuuu!!! ;)

Image Hosted by ImageShack.us

Saya sudah dapat Surat Tawaran Perlantikan! Hoo-yea hoo-yea!!


Followers