Kasi Potong!

Dulu dari kecik cita-cita saya nak jadi doktor. Tapi Allah tu lebih tahu dan kenal diri saya ni macam mana. Macam mana la nak jadi doktor kalau tengok video khatan anak sedara pun dah tutup-tutup muka. Tengok di balik jari-jari je, hehe.


Ni Alang. Tahun depan darjah 3. Masa raya puasa hari tu punya berani cakap nak bersunat. Tengok-tengok menangis bagai nak rak. Masa tuuuuttt nya kena inject dah melalak. Tapi memang sakit seh aku rasa. Eee.. takut! Seb baik saya pompuan :D

Masa kat rumah, elok je ubat bius habis lagi la dia melalak.

"Ibuuuu !!! Tolong la ibu! tolong laaa!!! "

"Ibuuu... sakit la ibu! Alang tak tahan!"

"Ibu la ni suh Alang sunat. Alang tak nak! Ibu la punye pasal ni!"

"Ibu takpe la, boleh makan sedap!"

Macam-macam lagi la ayat keluar dari mulut dia. Kitorang yang lain gelak-gelak je. Pasal memang lawak tengok aksi dia. Kesian tu memang la kesian. Tapi nak buat macam mana. Tapi lepas beberapa jam, sakit dah ilang, dah senyum dah main game handfon. Tambah-tambah dapat kutip tol.

"Alang, banyak dapat duit ke? Kalo banyak, tahun depan boleh potong lagi sekali". Kata Tok Wannya, abah saya.

Senyum je dia. Suka tengok gaya dia bila orang bagi duit. Mesti cium dulu duit tu sebelum letak bawah bantal. Hehe. Katanya nak beli game dengan duit-duit tu. Sabo je la anak buah aku ni.


Ni lagi sorang, Fahmi. tahun depan darjah 4. Tapi dia relax je. Tak menangis pun. Memang tengok dalam video dia tahan je sakit. Tapi dia kata, "Sakit gilerrrr!!!". Hehehe.

Bila ubat bius dah habis, nampak la dia kerut-kerut muka tahan sakit. Yang si Alang di sebelah memang melalak-lalak dah.

"Fahmi, sakit tak?" Tanya saya.

Dia angguk je.

Pukul 5 saya, mak, abah, adik pun balik semula ke Kuala Kangsar. Akhirnya dapat juga tengok orang bersunat macam mana. Dulu masa sepupu bersunat atas batang pisang dengan tok mudim kampung, saya masih budak-budak. Nak pi tengok, orang-orang tua tak bagi, haha. Sekarang boleh dirakam. Hurmm, zaman dah berubah. Dunia dah maju :p

9 comments:

Mazarina said...

eh, dayah adow ank sedara ke?bukan ke anak sulung? *musykil*

hayad said...

maza--> laaa, anak kepada sepupu kita, anak sedara kita la maza. tak semestinya anak sedara dr sibling kita jer. dah taraf makcik dah dayah ni. diorang panggil dayah Mak Manje, hehe

cikgu jawe said...

erk.. ko tgk video bdk2 sunat?. eeerr... ko btl2 tgk?. errrr.. tgk apa?.. hahahaha

laarriiiikkkkkk!!!

Ayaq masak said...

fuyo rakam.

fuyo.

hayad said...

cikgu jawe--? ala, budak2 punyer je. mumayyiz. bukan ada ape pun.tak menghairahkan aku lansung! hahahaha

ayaq masak--> nnt ko bersalin rakam la ayaq! :D

Chekgu BaniHassim said...

ini dlm kategori video rakaman peribadi nih...
kalau sebarkan kat utube pon ok per...
ko jadi tokannye...hehe

NedDy said...

Uits.. blh ke rakam org sunat...urmm tok mudim tak marah ke ek??? ehehe..

hayad said...

chekgu BH--> haha, xpe la, aku takmo jd tokan vid lucah, hahaha

neddy--> tok mudim zaman moden tak marah :D

k-riey said...

seb baik laa mak cik teman dulu takde blog..
kalu x tak pasal2 abih pembace blog dia tau kehebatan, keberanian dan kegagahan teman mase kecik. hahahaha.

nway part paling x bestnye sbbb xley mkn nasik minyak kang.
yang bestnye tiap2 ari makan sup ikan haruan.
telan anak haruan merah2 yang best!

Followers