Raya Haji 2008

Pagi tadi kena pegi sembahyang raya sorang-sorang. Mak batuk la pulak. Dia tak selesa nak pegi. Menonong-nonong la sensorang. Lepas selesai, salam-salam ngan makcik-makcik yang kenal (ada ke patut dgn orang yang kenal je salam, hampagas btol!) pastu terus balik. Laju giler jalan, hehe.

Takde lagi tetamu datang beraya ni. Kalau raya puasa dah penuh dah dengan bebudak sekarang ni. Saya pun tak tau nak buat apa ni. So ngadap intenet la kejap.

Menu raya kali ni Laksa. Saya siapkan kuah ni semalam. Jenuh pulak nak mencari bunga kantan. Sampai dalam semak belakang umah jiran sebelah sana tu saya cari. Dapat le sekuntum je. Sabo je la.

Lemang pun dah siap petang semalam. Mak dan abah yang buat. Jagung tak dapat nak dicari. Takde la dapat buat lemang jagung.

Rendang ayam mak yang best. Bila la saya nak blajo wat rendang macam mak buat ni ha???

Raya Haji ni malas nak buat cookies. So saya buat Blueberry Cheesecake ajelah.

Cadangnya tadi nak pegi tengok orang sembelih lembu tu. Saya masuk bahagian korban tahun ni. Abah kata elok la pegi tengok lembu tu kena sembelih. Tup tup abah call kata dah siap sembelih. Dia pun tak sempat nak tengok.

Eh ok lah. Nak hidang-hidang makanan plak. Kejap lagi dua orang minah kepoh nak mai beraya kat umah. Adios! Selamat Hari Raya Semua! :)




11 comments:

arsaili said...

salam eid ul adha..hidup penuh pengorbanan..semoga sentiasa dipermudahkan oleh Nya

hayad said...

arsaili--> salam eid ul adha juga. Amin, insya Allah..

mrsazi said...

sedapnya blueberry cheesecake tu!!letak la resipi kat sini.. :)

salam aidiladha dayah!!

hayad said...

mrsazi--> nnt dayah letak ek. tp kalo lambat sory la. dayah ni mls sket nak salin resepi. tp bkn kedekut. nnt dayah ltk ek. psl kak zana tu pun ada mntak resepi biskut :)

my hidden stories said...

sedapnyer blueberry cheese tu!

@yue said...

slm aidil adha..
fulamak..lelehhh loooo buberi tuhh...

hayad said...

my hidden stories--> sedap la jgk, kekeke

@yue--> hehe, ape yg meleleh? :D

snm said...

cikgu..gelak gile2 saya bc entri ni. iskkk...dia masih lg nk menegakkan benang basah. dh kawen tu mengaku je la. berjela2 pulak tu ckp yg cikgu dayah x merasa ddk d tmpt dia..haduuu..c'mon la..even ko nk bcerai skalipun, x pyh nk minx simpati. klu zmn drama p.ramlee, crte airmata dolu2 blh la terima klu dia crte mcmni. dia mmg drama laa. klu dia ppuan, sy mahu ckp, dia ni Drama Queen :p

snm said...

alemak cikgu..saya tsilap ltk komen :p sy nk letak yg kt belah atas tu :p
btw..nk minx resepi tu jugee..mcm sronok je nmpk blueberry tu bgaul mesra dgn cheesee...hihihihi :)

Chekgu BaniHassim said...

nmpk sedap kek ko dayah...
mintak hanatr sini sket...!

hayad said...

snm--> hehehe, t'slh ltk komen la pulak ek :D xpe2, takde sape nk marah pun. nnt cikgu letak resepi yer :)

cikgu BH--> bkn setakat nmpk sedap, tp mmg sedap pun!!! kekekeke. msk bakul angkat sendiri pulak aku ni :D

Followers