Hujung Minggu II


Kali kedua saya ajak Ct makan Sushi King lagi, haha. Tapi kali ni kami pergi ke Jusco Seremban. Kebetulan nak menunggu Chieffy sampai dari Penang. You know what? Saya kalau suka makan satu-satu benda saya akan ulang banyak kali. Sama macam saya suka Kinde Bueno, saya akan makan Kinde Bueno direct beberapa hari. Dah puas hati baru stop makan.. Kali ni saya cuba belajar guna chopstick. [hampeh, dah tua cenggini pun tak reti guna chopstick]


Lepas makan 8 ketul sushi, saya order ini belut. Sodap! Mesti ada yang tak lalu makan belut kan? Saya tolak batu dengan kayu je. Terkial-kial seh nak makan guna chopstick. Pekerja tu siap ajar lagi saya pegang chopstick selepas beliau melihat aksi spastik saya memegang chopstick. [penah baca kenapa orang cina terer maths. sebab dari kecil diorang guna chopstick untuk makan. dan penggunaan chopstick tu mengaktifkan bahgian otak yang berfungsi lebih untuk kira-kira. lepas ni ajor anak-anak makan guna chopstick, yer]

Tapi last-last saya dah kurang sabo..

"Dik dik... ada sudu n garfu tak. Tak reti ah nak guna chopstick nih. Hehe".

Tak lama lepas tu dia datang dengan membawa sudu je. "Garfu takde laaa.."
"Takpe..takpe... Tengkiuuu..".

Semalam makan di Alamanda kena 40 hengget. Kali ni makan kena 80 hengget. Amek hang!
Pukul 4.30 Chieffy sampai Terminal One Seremban. Elok nak gerak kereta, ada perempuan Cina tahan kami. Dia kata tayar belakang pancit. Adoi la. Dan sebagai seorang perempuan yang hanya tahu membawa kereta, bab-bab tukar tayar memang tiada dalam memori kepala otak ni. Nasib baik nampak Abg Guard. Mintak tolong dia la tuka tayar. Legaaa....

Chieffy pulak terpaksa mai ke Jusco dengan taxi. Balik semula ke rumah Ct di Nilai. Lepas maghrib keluar makan.


Dalam keadaan perut masih berasa kenyang pun kami bertiga masih mampu menghabiskan lala masak serai, kerang bakar, somtam, kerapu tiga rasa, brokoli goreng dan nasi sepinggan penuh masing-masing.[errr kecuali Ct, pasal dia jaga badan, hehe]. Sedap, sedap. Kedai ni memang masak sedap.

Balik dari makan, pi jalan-jalan ke KLIA sekejap. Masuk dalam, ramai orang baru balik dari Mekah. Sebak pulak rasa bila tengok diorang berpeluk-pelukan jumpa saudara-mara masing-masing.

And last but not least, this is my car in the next 12 months. Hehehe. Imagine and have faith in yourself. That is what The Secret said :)






4 comments:

Чикгу Жаве the CJ said...

Ya Allah.. 80 ringgit makan tuh. dasat.. mmg sungguh ko makan. rabak laki ko nanti kalau makan camnih. huhu

boleh le pasni belanja aku makan ye. hehe

Abang Long said...

Sejak umur 6 tahun dah makan pakai chopstick. Tapi Math tak pernah lulus .... alahaiiiii

hayad said...

cikgu jawe--> ala..lex la, aku takkan menyusahkan laki aku. aku bayor sendiri, wakakakaka

abg long--> laaa..ye ke abg long? abg long tak wat byk latihan, mn nak lulus, hik hik hik :p

Ayaq masak said...

UNAGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII aku mau unagiiii~

Followers