Tugas Dah Bermula

Pagi tadi saya bertolak dari Nilai jam 7 pagi dengan komuter ke KL. Sebelum pukul 10 pagi saya perlu berada di sekolah. Hari ni keputusan PMR 2008 keluar. Saya guru kelas form 3. Tanggungjawab saya la untuk bagi result budak kelas saya. Pukul 8.20 saya selamat sampai ke dalam rumah sewa saya. Ngantuk la pulak. Tidoq sekejap lah, hehe. Pukul 9 saya bangun semula. Malas betul nak iron baju. Call Kak Faridah.

"Kak Farid, dah sampai sekolah ke?"

"Blom lagi".

"Akak, pakai jeans boleh tak?". Ingat nak pakai je jeans dengan t-shirt yang dari Nilai tadi. Haha!

"Isk, formal lah. Pakai suar slad la...".

"Ermm..ok!"

Siap-siap, saya pun keluar semasa jam menunjukkan pukul 9.35 pagi. Nasib baik cepat dapat taxi. Sembang-sembang, rupa-rupanya pemandu taxi tu ayah kepada anak murid saya. Dapat la tambang 5 hengget jer, biasanya meter lebih 5 hengget. Anak dia form 3. Saya tanya encik tu, tak nak singgah ambil result Amirul ke? Kata dia, biar Amirul lah yang ambil.

Elok turun dari taxi, Kak Ti call.

"Ha hidayah! Awak kat mana?"

"Saya sampai dah ni..sat sat..". Sambil terkocoh-kocoh nak menyeberang jalan.

"Mana dianya dah sampai?"

"Ni..baru nak masuk pintu pagar ni. Sat..sat!".

Di luar pagar kereta parent dah berderet. Masuk kawasan sekolah budak-budak dah ramai.

"Hye teacher! Hye cikgu! We are so nervous!". Jerit mereka yang sedang duduk berkumpul sepanjang laluan berbumbung tu.

Saya senyum-senyum jer. Dalam hati saya pun risau. Saya risau subject yang saya ajor. Kalau percent turun mampos gue!

Pukul 10.30 kami guru-guru pun mula bergerak ke Dewan Terbuka. Lepas tu bermula la acara bagi result. Hahaha, macam lawak pulak rasa. Dulu saya yang ambil result dari cikgu. Sekarang saya yang bagi result pada anak didik saya. Menggeletar jugak tangan saya masa bagi kertas keputusan pada diorang. Alhamdulillah, kelas 3C semua lulus subjek Sains. Ramai yang dapat A. Ramai juga yang dapat 8A dan 7A. Tapi analisis penuh saya tak tahu lagi. SU Peperiksaan tak siapkan lagi.

Ada yang ucap terima kasih tak henti-henti. Ada yang ucap terima kasih ala kadar jer. Ada juga yang tak ucap lansung. Biasa la tu. Dah biasa sangat perangai-perangai sesetengah dari mereka ni. Hampir tengah hari semua settle. Lepas makan tengah hari, saya balik rumah sekejap. Pukul 2 nanti ada meeting guru pulak.

Punya la ngantuk giler saya masa meeting ni. Saya tak suka meeting. Esok pagi ada lagi meeting.
Dah dapat Buku Rekod Mengajar. Lawa sikit dari tahun-tahun lepas punye yang warna kuning je sokmo. So tahun depan saya jadi guru kelas Tingkatan 5M pulak. Saya dapat 27 waktu mengajar seminggu. Saya dapat ajar Kimia Form 5, Science Form 2 dan Geografi Ting.1. Sabo je la. Tapi ok la Geografi dari sivik, pendidikan jasmani atau moral. Geografi ni common sense jer, hehe. Tapi yang lomahnya ajor Ting.1. Den ni lomah sikit kalo bebudak kecik ni. Form 1 ni masih terbawa-bawa keanak-anakannya tu. Bising pulak tu. Apa-apa benda semua akan mengadu kat cikgu. [haku lempang jugak kang!]. Nak buat garang la masa masuk kelas Form 1 nanti. Bior diorang kecut perut sikit, ngeh ngeh ngeh!

Tugas-tugas lain, saya still jadi Guru Penasihat Kelab Skim Lencana Anti Dadah, Guru Penasihat Kelab Badminton dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kelas. Paling saya kecut perut saya jadi Ketua Rumah Kuning. Adoi la, dah la rumah kuning sering jadi juara. Jenuh la nak mengekalkan kejuaraan. Kekeke! Paling best saya dah tak jadi Guru Jadual Waktu. Yahooo!!! Menyampah seh buat relief. Tiap kali turn saya kena buat relief mesti muka saya jadi macam kuceng lepas beranak. [eh, macam mana muka kuceng lepas beranak ek?]

Saya rasa prestasi saya sepanjang tahun 2008 semacam hampeh jer. Keje ada je yang tak setel. Silibus Kimia saya dengan Form 4 tak habis 2 topik. Nasib baik follow bebudak tu naik Form 5. Takde la saya menyusahkan guru lain melainkan menyusahkan diri saya sendiri, ehe.

Saya ni bercadang nak balik kampung esok, lepas meeting. Tengok-tengok saya kena jadi MC untuk majlis pendaftaran Form 1 Jumaat ni. Tak dapek la gue memonteng. Kalau saya tak datang, tak berjalan la majlis. Eceh! Ni yang malas tunjuk bakat public speaking neh. Asek kena jadi MC je. [padahal tak sampai pun 10 kali jadi MC].

Ok lah, stop dulu. Nak pi mandi dulu. Ciau!

1 comments:

RHEA said...

erk.. form 1 masih keanak-anakan? semasa di sekolah rendah, sewaktu mereka di bangku tahun 6, mereka telah pun kami didik menjadi remaja yang matang pada usia muda..

sebenarnya terpulang pada diri guru itu sendiri.. bagaimana mereka menilai anak2 didik mereka..

wallahualam..

Followers