#222

Yuhooo! Saya baru balik dari Manjung. Tido 2 malam di rumah Mak Lang. Asalnya menghantar opah ke rumah Mak Lang. Takkan nak biar dia naik bus sorang-sorang. Oh, baiknya cucunda,haha!

Kebetulan berada di Manjung, saya pun kontek Hema, satu-satunya rakan India pertama saya. Saya dan Hema praktikal di sekolah yang sama di Kamunting tahun 2005 dulu. Rumahnya dekat je dengan rumah Mak Lang. Saya mengajak Hema keluar makan di Ayamas.

"Hey, how r u? Ko makin kurus ni. Aku jugak yang gemuk!". Kata Hema.

"Ala, macam biasa je la". Kami terus ambil tempat sementara menanti order.

"Bile mau kawen hidayah?".

"Nanti-nanti lah.. hehe. Ko tu?"

"Sekolah aku ada sorang cikgu Melayu, umo 30. Bagus dia Hidayah. Pandai cari duit. Beli tanah semua. Banyak harta. Kalau aku melayu dah lama aku kawen dengan dia tau!"

"ermm, banyak harta? That's sound gooood.. Haha".

Hampir sejam setengah bercerita. Dah la restoren Ayamas tu takde pelanggan. Kami je. Rasanya setiap butir bicara kami pekerja Ayamas tu dengar. Lantak pi lahh...

Saya nak sambung cerita pasal cendawan lagi :D

Ini gambar cendawan yang saya snap semasa aktiviti Night Walk di Taman Negara 2 minggu lepas. Ada yang bertanya macam mana nak tau cendawan tu beracun ke tak. Jawapannya saya pun tak tau. Kalau orang tua kata boleh makan, kita makan je lah. Orang tua kan lebih dulu makan garam, hehe.

Ni pun saya snap semasa Night Walk. Ni konfem tak boleh makan! Ada cendawan yang mengeluarkan cahaya floresent. Bila kita tutup torchlight, dalam gelap gulita kita boleh nampak atas tanah ada cahaya. Dari cendawan la tu!

Haa, ini cendawan beracun. Kami punya pemandu hutan la kata.

Ni pulak cendawan boleh makan. Tapi lelaki je boleh makan. Sekali lagi fakta ini datang dari pemandu hutan kami. Namanya cendawan 3K.

Saya tanya dia sekali lagi untuk conformation, "Lelaki je boleh makan?"

"Iyerrr..". Jawab En. Hamdan pemandu hutan.

"Oooo, untuk bagi kuat ker?"

"Iyerrr.."

Dato' K makan cendawan ni kot, haha!

Tapi 3K tu stands for wut aaa???

___________________________
Esok nak pi Kedah. Menghadirkan diri ke kenduri kawen orang. Nampaknya tak lekat kat umah lansung cuti sekolah kali ni.



Selepas Hujan


Pagi tadi masa nak anto mak pegi keje, mak terperasan ada cendawan tumbuh kat bawah pokok rambutan depan rumah.

Cepat-cepat panggil opah. Kebetulan opah sedara saya ada, tinggal beberapa hari di rumah saya.

"Opah, ada cendawan tumbuh, jom pi kutip cepat!".


Makcik pun join kutip :)

Terujanya tengok cendawan neh! Comey-comey!


Kami dapat kutip seplastik besar cendawan. Buat masak sup je lah. Bukan saya yang akan masak. Opah la yang masak. Sekali-sekala kita buli la opah pulak. hik hik hik!






Kenduri Kawen Korang

Cuti sekolah = musim mengawan. Biasalah tu :D

Semalam membe sekelas zaman sekolah dulu kawen.


Kenapa ko amek ijo jugak Zila weh? Teman pun bercadang nak ijo jugak nanti, hahaha! Ida tu dah banyak kali jadi pengapit.

"Weh, ko ni dah banyak kali jadi pengapit". Kata saya.

"Tu la pasal, aku tak kawen-kawen jugak!".

Di suatu ketika dalam bilik.

"Ida, aku nak curi daun sirih ni. Aku tak bagi tau orang tau!"

"Bengong!".

Hahaha, kami gelak macam orang sewel sekejap.

Hari ni pulak sepupu lelaki saya kawen. Rumahnya depan je istana raja kat Bukit Chandan tuh. Mak dan Ayah pengantin ni dulu tukang masak istana.

Sepupu ni sebelah ayah saya. Pengantin pompuannya macam saya penah tengok. Jenuh pikior. Sampai laaa tak dapat ingat la!



_______________
Cuti sekolah ni dok umah je. Tiada aktiviti cuti-cuti Malaysia. Yang ada, aktiviti pergi kenduri kawen. Jumaat ni nak ke Kedah je. Menghadiri kenduri kawen lagi.

Hari ni juga Nik Ila kawen di Klate. Sory la Ila, teman tak dapat nak gi. Nanti teman bagi hadiah.

Banyak gak kenduri kawen nih. Kopak duit wooo beli adiah, kekeke!

Cuti. Yeay!


Hari ni sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tak best la rasanya. Tak semeriah tahun lepas. Ada ke patut tak nyanyi lagu "Kami Guru Malaysia". Saya punya la berkobar dari pagi tadi nak nyanyi lagu ni. Sambutan hari guru kali ni disambut serentak dengan Majlis Penutupan Ceriathon. Tu agaknya yang jadi tak best.

Lepas tu macam biasalah, ada sukaneka antara guru. Tak berapa meriah jugak pasal ramai cikgu tak join. Pelik betul saya. Tapi yang best team saya juara, haha.

Lepas tu diorang ni ajak main bola jaring, lawan dengan students. Mula-mula saya memang tak nak main pasal tak reti la. Dah tu pulak lawan dengan budak-budak team wakil sekolah. Perghhh!! Gerun saya. Tapi setelah dipaksa, saya terpaksa juga main sebagai GD. Dapat la jugak 2, 3 kali selamatkan bola dari masuk gol lawan, hehe. Tapi yang tak bestnya sekarang ni jari tangan kiri saya ni sakit pasal tersalah sambut bola.

"Biasa la tu.. salah sambut bola kan?". Tanya Kak Faridah. Sambil dia urut-urut jari saya.

"Ala, cikgu, benda biasa tu..". Sambut budak-budak tuh.

"Lepas ni pegi letak ais. Seminggu jugak bengkak ni nanti. Jari ko tak boleh bengkok".

Adeh, memang la sakit. Dah la jari tengah plak tu. Lain macam pulak rupanya kalau tak boleh dibengkok, harharhar!

Semasa aktiviti persembahan, kami guru-guru nyanyi lagu Dafi, "Bila Terasa Rindu". Cadangnya dulu saya nak buat silap mata, hehe. Tapi tak sempat nak selak-selak pun lagi buku silap mata oleh Amar yang saya beli semasa pesta buku bulan lepas :p

Dan tahun ni tak dapat hadiah banyak macam tahun lepas, haha. Tahun lepas saya best kot, tahun ni saya dah tak best, hohohoho.


Oklah, saya nak bersiap ni. Kejap lagi nak balik kampung. Dua minggu cuti sekolah. Happy holidays to all teachers!!! :)

Jingga???

Hari ni balik sekolah pukul 5 pasal ada Pengembangan Staf untuk guru-guru baru. Cikgu-cikgu tau la menatang apa Pengembangan Staf nih. Ala-ala acara bagi motivasi la. Tapi tadi paling best la saya rasa sebab penceramah luar yang dijemput. Seorang kaunselor yang berkhidmat di jabatan. Dah 52 tahun usianya, tapi masih bertenaga wooo. Kalau saya seorang murid memang best dapat cikgu bersemangat macam tu.

Gedebuk-gedebuk isi yang keluar dari mulut dia masuk dalam paler otak saya ni. Sebelum sesi beliau tamat, kami diberi Ujian Inventori iaitu Soal Selidik Personaliti Warna. Ada 100 soalan, jawab dalam masa 10 minit. Tak boleh berfikir terlalu lama semasa menjawab. Itu la kaedahnya ye!

Ada 4 kategori warna. Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Saya memang tak sabar-sabar nak tahu warna saya. Jeng jeng jeng! Selepas selesai menjawab, saya di kategori warna JINGGA.

Pn. Azizah pun explain satu warna ke satu warna. Akhirnya ke warna JINGGA.

"Siapa warna jingga? Put up your hand".

Saya angkat tangan.

"Haa, saya tengok awak kat tangga tadi saya dah tau awak Jingga".

Oooo yeaaa??? Hahaha

Orang yang berwarna Jingga :

  • Tidak suka peraturan
  • Spontan
  • Bersemangat
  • Riang/seronok
  • Adventures
  • Gopoh
  • Suka pertandingan
  • Berkemahiran
Walaweiii!!! Tepat, tepat... tepat la jugak!

"Puan!". Saya angkat tangan.

"Orang jingga sesuai kawen dengan orang warna ape?". Haha, soalannn...

"Orang jingga sesuai kawen dengan orang warna Emas".

Ciri-ciri orang warna Emas :

  • Bertanggungjawab
  • Keibubapaan
  • Ikut peraturan
  • Adat resam
  • Seni
  • Tradisional
  • Sistematik
Humang aihhh!!! Giler kontra dengan saya.

Sesiapa yang memiliki ciri-ciri Emas, sila isi Borang M, Borang J dan Borang K dan hantar selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pilihanraya akan datang!

Sekian, harap maklum.

Tak Nak Balik Kota Lumpur!

"Cepat! Cepat! Transfer gambo dalam laptop. Nak save ni". Kata kami.

"Alamak!!! Cabel tak bawak...".

"Ala....". Serentak.

"Tu la, lenkali beli camera ada memory card. Ni nak moden la konon, camera built in memory card. Tengok skang dah tak leh nak amek gambo-gambo". Grrrr....

Setakat ni, ini je gambo ada. Nanti saya upload lagi :D





Saya tak nak balik KL. Nak dok Taman Negara lama-lama lagi. Uwaaaa!!! Tak nak balik Kolumpo! Tak nak balik! Uwaaaaa!!!!


________
Hari ni saya MC, hehe. Penat!

"Doc, saya hiking, jungle trekking, swimming, otot kaki sakit. Nak naik turun tangga pun sakit. Saya nak MC".

"Ayooo, tadi 2 orang students mintak MC, sekarang cikgu pulak".

"Hehe, asek student je ponteng. Cikgu nak poteng jugak!"

Doctor berbangsa Singh tu gelak je. Sebelum saya keluar dia menghulurkan gula-gula kat saya,haha!

Cuti-Cuti Lagi

Sabtu-Ahad-Isnin, cuti 3 hari. Isnin cuti Umum Hari Wesak. Housemate semua balik kampung. Semalam lagi mereka dah chow! Di ketika ini saya berseorangan di rumah. Tapi sekejap je. Jap lagi my kazen datang ambil saya.

TAMAN NEGARA, here I come!!!

:)


Saya nak sambut hari guru dalam hutan kejap, hehe.



SELAMAT HARI GURU!

Kadang-kadang pabila saya rasa down, rasa bengang, rasa bengong, rasa menyampah, rasa geram, rasa sakit hati, saya suka dengar lagu kat bawah ni.

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tapi saya tak nak la jadi lilin bak kata Cikgu Wasabe,

sudah-sudahlah jadi lilinnyatak ada siapa yang peduli lagi, bila lilin ketot dah tak bersumbu, depa buang tong sampah je… Kita jadi besi waja pulaklah. Lagi dibakar lagi terang bersinar, bila dah sejuk, lebih keras daripada sebelumnya.


SELAMAT HARI GURU untuk semua anda yang bergelar pendidik.

Teruskan berjuang walaupun ramai yang mencemuh, mencebik, dan tak kurang juga yang menyebokkk...hoh hoh!


___________________
Sekolah saya hanya baca perutusan Menteri Pendidikan je pagi tadi. Majlis sambutan Hari Guru jumaat depan baru buat.

Dah Balik Dah...

Yuhuu. Enibodi home? Saya dah balik ni. Penat? Tak penat lansung. Saya tak kesah gi kursus. Asalkan dapat keluar sekolah, kekeke. Tak suke dok sekolah ke? Bukan macam tu. Kadang-kadang perlu juga keluar seketika dari kepompong suasana sekolah tu.

Sudah 4 kali saya ke Melaka tapi masih belum puas meneroka bumi bersejarah nan satu ni. hari kedua dan ketiga kursus, kami ada masa free pada sesi petang. So apa lagi. Kita jalan-jalan la. Seumur hidup saya tak pernah naik meja. Nasib baik dapat rumet yang sekepala, kami pun decide naik beca.


Saya beli keychain dengan 2 helai t-shirt je. Keychain tu untuk membe-membe sekolah dan housemate.


Tak sempat la nak lawat muzium-muzium yang melambak kat Bandar Hilir ni. Nak kena datang lagi ni jawabnya.

Abang beca yang bawak beca tu bagitau gerai ni jual cendol yang sedap. Esoknya saya pergi lagi ke sini. Konon nak makan cendol, sekali dah tutup. Cepat betoi abeh. Sah-sah sedap. Memang wajib datang lagi la ni jawabnya.

Kecewa tak dapat makan cendol, saya dan Kak Zila (my rumet) pun pergi la naik menara Taming Sari. Mula-mula takut jugak nak naik pasal saya takut konsepnya sama dengan spaceshot kat Genting nun! Spaceshot kat Genting tu memang sekali seumo idup je la saya naik. Roller Coaster takpe lagi :D

Tapi benda ni hanyalah untuk mendapat view yang lebih luas. Kita dapat tengok melaka secara keseluruhannya.


Eh, korang nak tau tak saya pergi kursus ape? Kalau tak nak tau pun saya nak bagitau jugak :p

Ha, korang baca sendiri le ek! So nasihat saya, jangan cuba dekati dadah. Tak payah la isap dadah. Banyak benda lain boleh isap. Gula-gula ke, lagi best!

_______________
Sebagai Cikgu Dadah, saya kena buat Lorong Dadah la pulak kat sekolah nanti. Tengah pikir dalam paler otak ni, kat mana tempat strategik kat sekolah tu yang nak dijadikan Lorong Dadah.
Lorong Dadah ni bukan nak bagi pelajar isap dadah, korang jangan salah paham plak :p Takpe, nanti kalau dah berhasil agenda saya tu, akan ku tunjuk kat blog neh, kekeke.

Malam Ahad

Muzik doraemon berbunyi.

Buka inbox. Azwa sms.

"Oit! Watpe mlm ni? Kul 9 aku nak dtg umah ko. Nak pass ketas soklan kt Nor. Pastu lepak kat Hartamas nak?"

"Jom! Aku ok je. Nak dkt sampai nnt roger aku blk".

Pukul 9.30 Azwa sampai. Nor dengan saya siap sedia menunggu ketibaan beliau.

"Nak gi makan mana ni? Hartamas Square?"

"Boleh jugak".

"Tapi crowded sangat la situ. Aku malas btul datang sini. Kang jumpe anak murid kang..."

"Hahahaha..wat bodoh je la, haha".

Mentang-mentang minggu exam, malam-malam memang rilex. Tak perlu prepare untuk P&P esoknya. Ni lah masanya nak ringan-ringankan sikit kepala otak. Setelah melakukan perbincangan yang siriyes, kami menempatkan diri kami di OldTown je lah!

Duduk-duduk, amek order, makan-makan, sembang-sembang, minum-minum, gosip-gosip, sok sek sok sek... Tiba-tiba...

Weiiiii!!! Nabil!!!

Nabil kat sebelah. Nabil kat kedai mamak sebelah OldTown, hehe. Sebelah meja kami je pun. Rilex..rilex..control cun. Jangan nampak sangat kita ter'gila'kan Nabil, hahaha!

"Dayah! Ko la pi la cakap. Ko kan mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi".

"Banyak la ko. Aku jugakkkk.... Jap jap!"

Lepas menghirup Xi Mut Milk Tea, saya toleh belakang.

"Nabil, boleh bergambo sama-sama tak?"

"Eh, boleh boleh".

"Tu la, sape suh jadi popular sangat". Ini adalah ayat pemanis :D

"Takde hal..takde hal...". Kata Nabil.


Kami telah mengarahkan kawan Nabil untuk meng'snap' gambo kami.


Dalam masa yang sama saya meng'es-em-es' adik saya untuk mengjeleskan beliau!


_______________________
Dib! This entry is dedicated to u and mak yang minat Nabil, hehehe :p


*** Nak siap-siap dulu. Jap lagi nak ke Ayer Keroh, Melaka. Ada kursus. Fuhhh, cuti-cuti malaysia, jom! :)

Mak!


She is 51 years old. And she is my mother! Hepi mother's day mak!

Saya rasa macam diri ni hampeh je. Just ucap Selamat Hari Ibu. Tak setara lansung dengan pengorbanan beliau. Membelikan mak hadiah pun masih tidak sama nilai dengan jasa mak.

Mohon dengan sangat Ya Allah, aku perlu beri sesuatu yang besar buat ibuku. Murahkanlah rezekiku.

Cerita Hari Ini

Hari ni balik lambat dari sekolah. Abes kelas terus meng'stapler' kertas soalan. Sampai umah dah pukul 4.

Kupas buah mangga, buat nescafe, bukak nasi bungkus, makan-makan sambil nonton tivi. Tiba-tiba henpon bunyi.

Aaa??? Sekolah tepon??? Ala, jangan la suh aku datang sekolah. Ada keje lagi ke yang aku tak selesai?

"Heloooo...???". Jawab dengan nada konpius.

"Hidayah! Saya En.Kamarul. Awak kat mana?"

"Saya kat rumah". Dup dap dup dap jantungku.

"OOooo, takpe-takpe. Saya nak bagitau ni. Awak kena bla bla bla... 12-17 bla bla bla... wakil bla bla bla..."

"Oooo...hrmmm... Ok! Hmmm.. hmmmm.. Ic... Ok! Oraitttttttttttttt!!!!! Tengkiu!"

Panggilan tamat.

"Yes!!! Yeaaahaaaaaaaa! Kak esha! Kak esha!". Cepat-cepat panggil kakak sebilik saya yang juga sesekolah dengan saya.

"Ha, menda?"

"Akhirnya! Dapat gi kursus! hehehe".

"Kat mana?"

"Kat Melaka".

Hehohehoheho. Yea yea! Pegi kursus! Dah lama tunggu wooo. Dari awal tahun tunggu panggilan. Tak kesah la kursus apa pun. Janji kursus, hik hik! Nasib baik minggu saya akan berkursus tu minggu exam. So P&P saya tak terjejas la walaupun saya takde seminggu. Nasib baik juga kena kursus masa minggu exam pasal jaga exam lagi bosan. Dah la tak boleh duduk-duduk. Kena berjalan je dalam kelas tu. Nasib baik lutut masih kuat, hehehe.

Nampaknya kena cepat-cepat selesaikan apa-apa yang patut diselesaikan kat sekolah tu sebelum saya "bercuti-cuti malaysia" :)

Oh ya! Esok saya ambil cuti rehat. Punya la payah nak amek cuti rehat. Boss tanya kenapa nak cuti. Saya jawab urusan keluarga. Boss tanya lagi urusan apa. Saya jawab kena bagi tau ke? Boss kata kena la. Saya pun jawab la urusan tanah pusaka. Saya kena tandatangan sebagai pewaris. Ok, buat surat, lampirkan sekali dengan surat cuti. Saya ikut cakap boss.

Hak hak hak! Mana ada urusan tanah pusaka. Tipu sunatttt :p Ye la, dah payah sangat nak mohon cuti. Padahal cuti rehat saya tak berusik lagi. Demam pun saya datang sekolah tau! Kalau saya cakap betul sebab kenapa saya nak cuti mau kena sembur saya nanti, hehehe :D

Eh, korang jangan report kat boss saya tau! Kita kan kawan-kawan. Kawan kena tolong kawan :p

Followers