Nasi Ayam la pulakkk

Saya naik bus dari Kuala Kangsar jam 9 pagi, dan sampai di Hentian Duta kurang 15 minit pukul 12 tgh hari. Ambil teksi, pukul 12 dah sampai rumah sewa. Rumah sunyi. Housemate semua takde. 2 orang housemate kelantanese tu balik bus malam ni dari Kelantan. Nor pulak maybe berbuka di rumah kakaknya di Bangi.


Kazen di Kelana Jaya ajak berbuka di rumahnya. Nak pergi tu boleh tapi tak nak pula menyusahkan masa nak anto saya balik malam nanti.


Lepak-lepak depan lappy kejap, mengadap fesbuk ler. Lepas tu baring-baring sambil baca buku "Chef Wan Mengelilingi Dunia". Konon nak cari resepi untuk masak berbuka. Dapat panggilan dari Chieffy, dia bagi idea buat Nasi Ayam. Hmmm, betul jugak. Awat la tak terpikir. Lepas tu saya tidur kejap. Pukul 3.30 bangun dan pergi kedai.


Sebelum tu saya dah call Nora, tanya dia berbuka di mana. Katanya maybe di rumah je. Sorang-sorang jugak. So saya ajak la Nora berbuka dengan saya. Telefon juga Azwa. Nak pelawa berbuka sama juga. Tapi kata Azwa dia masih di highway, jammed! Nasib baik abah beli tiket saya pagi. Kalau tak, mesti tak sampai lagi saya ke KL. Silap-silap kena berbuka dalam bas.


Pukul 4.30 saya start masak. Hampir jam 7 Nora pun muncul. Saya goreng ayam, dan serve apa yang patut. Sebaik azan di tivi, kami terus ngap!

Nasi Ayam orang bujang


Masa Nora balik, saya bekalkan Nora dengan nasi ayam ni jugak. Ada lagi balance.


Terima kasih nora, kerana sudi menerima jemputan aku :p






Sambal Belacanku :)


Terliur menengok sambal belacan aminbakish di fesbuk. Siap amek-amek gambo lagi sama macam aminbakish. Pada mulanya saya macam dah tiada idea menulis di blog. Tapi rasanya lepas ni saya dah ada idea. Saya akan buat entry masakan jerrr :p kerana saya bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah di bulan puasa ini dengan memasak tiap-tiap hari. ***Eh silap! Daku tidak berkahwin lagi. Jadi kita extend dulu cita-cita murni tersebut.

Cili merah 3 biji

Cili padi, amek 5 biji je. Cili padi ini dikutip di belakang rumah sahaja.

Letak gula, belacan, garam, dan air limau kasturi. Limau kasturi juga di ambil dari pokok belakang rumah.

Taraaa! Hasilnya.

Sambal belacan akan dicicah dengan jantung pisang rebus :)

Menu istimewa hari ini, mak buat, Pecal! Tak sabar mahu makan. Nyum nyum!

Selamat berbuka semua :)




Sweety Rolly Tarty

Saya baru selesai menyetelkan biskut gajus saya untuk adunan yang terakhir. Lepas ni tak buat dah. Esok sudah mau balik KL. Huhu.



Hari ni mak siapkan sweety rolly tarty. Tempahan tart ini juga telah tertutup. Saya rasa tahun depan saya perlu promote lebih awal lagi.



Tart emak saya ini tiap-tiap tahun mendapat sambutan.



Its melt in your mouth. Not in your hand :D



***Shared on facebook


____________
Selamat berbuka semua. Saya mahu buat sambal belacan kejap lagi. Terliur tengok sambal belacan kak aminbakish di fesbuk! hehe.



9 Ramadhan


Hari ni saya berjaya menyiapkan biskut raya untuk rumah. Almod Snow cookies. Hari-hari dok buat yang untuk jual je. Kang tak pasal-pasal rumah tak berkuih raya :p Biskut ni asalnya saya nak buat jualan jugak, tapi tahun depan je lah. Tahun ni dah tak sempat.

Tapi mak kata dia nak buat dan jual untuk menambah variety biskut-biskut dalam kotak. So ajor la mak macam mana nak buat. Sonang ajo. Bukan susah pon.

Biskut ni rangup di dalam, disaluti coklat dan breadcrumps.




***Shared on facebook

________________
Cuti sekolah dah nak habis. Malasnya nak balik KL! Huhuhu.




7 Ramadhan


Berbuka tadi di luar. Farid Kamil, teman semasa sekolah rendah dan sehingga ke Tingkatan 3 yang belanja. Ehsan pun ada sekali. Ingat nak ajak Ina juga, tapi dia masih di KL. Esok petang baru balik kampung.


Kami makan nasi putih+kerabu sotong+tom yam campur+ayam goreng halia (tapi lebih kepada halia goreng ayam, halianya banyak sangat)+kailan goreng belacan+ikan bawal 3 rasa.


Cuti ni saya tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je sambil menyiapkan tempahan kueh raya. Cuti ni saya dapat satu lagi penyakit. Sakit lutut pulak. Mungkinkah sebab makan laksa hari-hari. Kak Arni kata laksa boleh sebab sakit urat. Itu pasal orang dalam pantang lepas bersalin pantang makan laksa.


Kak Arni kata saya kurang kalsium. Tapi saya ambil susu tiap-tiap hari. Ambil susu Alpha Lipid. Setiap scoop yang saya ambil ada 1000mg kalsium. Tak cukup lagi ea? Tapi sakit lutut ni lenguh-lenguh, macam urat tu yang sakit. Mungkin la sebab makan laksa hari-hari dari hari pertama puasa lagi. Huhu.



Macam dah takde idea lah nak menulis di blog.......................... hurm.




6 Ramadhan



Rasa macam dah lama tak updet blog. Takde mende nak citer ar. Tapi sedikit aktif di facebook, hehe.

Semalam rayau-rayau blog kawan-kawan, nampak gambar ini di blog Nadia Yuna. Mula-mula tak perasan, lepas tu baru perasan angka baki akaun cik Nadia Yuna ni. Saya dah minta izin tuan punya untuk copy gambo ni. Resit transaksi ni kira dokumen rasmi dan rahsia jugak ni. Hehe.






Nadia Yuna, you know what. Digit-digit baki itu adalah bersamaan dengan tarikh lahir saya, 13.04. Ehe.

Dulu sebelum keje, sementara nunggu posting, saya pun pernah kekurangan wang. Masa tu tak sabar nak posting, konon nak ada gaji. Haha.


Hurm, ntah-hape-hape-la updet aku ni. Main tangkap muat je. Janji updet. Cis!

_______
Sekarang dok bizi buat biskut raya jer. Tempahan telah ditutup :D Harap maklum :)




2 Ramadhan


My mood is not very good. Rasa macam tak best je.

Baru lepas ajar Kimia kat Yana, anak cikgu sekolah rendah saya dulu. Masa taraweh, dia tanya saya ajor ape, then nak datang belajo. Dia sekolah SBP. Balik cuti la sekarang.

Esok start buat kuih raya kot. Buat untuk yang dah menempah. Tahun ni macam takde mood nak buat. Kazen di UPM siap suruh buat, dia nak jualkan kat UPM. Membe-membe di KL pun ada yang offer nak jualkan. Tapi saya pulak yang macam takde mood nak buat.

Antara biskut yang saya buat jual tiap-tiap tahun tapi tahun ni saya malas nak buat. Giler rugi kan? Sabau je la den dengan perangai den ni.


Almond London ni mak dah terer buat. So saya tak amek port dah. Buat untuk yang dah menempah jer.

Tart nenas ni mak punye bisnes.



Biskut gajus ini saya tetap kena buat. Sebab orang suka tempah.




Blueberry Cheese Tart ni buat untuk makan sendiri je lah.


Tahun ni saya tak buat beria-ia sangat lah. Selain dari kekurangan mood dan keberahian untuk membuat biskut, ditambah dengan kebizian saya. Bukak sekolah ni Form 5 trial. Nak marking kertas lagi. Lepas tu nanti ada PMR. Macam kena jaga PMR jer.

Kalau panjang umur tahun depan saya mulakan semula bisnes saya ni. Mungkin akan buat lebih besar-besaran. Insya Allah...


Kalau pikir duit, memang la rugi. Tapi takpelah. Rezeki Allah beri, tetap akan ada. Amin.





1 Ramadhan


Baru lepas bersahur...

Semalam saya sampai ke kampung halaman. Pukul 2.30 masuk tol Jalan Duta. Pukul 4.30 dah sampai halaman rumah, hehehe. Cepat giler Nor bawak kete. Saya tumpang Nor, housemate saya. Nor memang bawak kete laju. Lane kiri je dari awal.


Nurul sms saya kata sedih tak balik kampung. Selalunya cuti-cuti sekolah gini, habis sekolah terus chow balik kampung dengan saya. Saya reply sms dia kata, tu la hang, sape suh kawen awai :p Saya tanya, mintak la izin asben untuk balik kampung. Katanya asben dia bagi, tapi dia tak sampai hati nak tinggal.


Wooo, kalo saya la, asben dah izin, gue chow je balik kampung, kekekeke.


Ok lah, nak solat Subuh, lepas tu nak start menanda kertas xm. Ada 3 kelas. Science Form 1 and Form 2.

Selamat berpuasa semua.






______________
Semalam selepas taraweh, saya terasa dengan kata-kata adik saya. Maybe saya yang sensitif kot. But the words made me hurt very well. Now, i'm not talking to her. Wait until I cure myself, huhu.



Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Pula


Hari ini saya dapat penyakit baru pulak. Nak tau ape dia? Dapat gastrik ok.

Semalam gigi yang dah setel buat root canal tu sedikit sakit selepas beberapa jam. Saya pun telan la sebijik Ponstan 500mg. Dalam 20 minit memang hilang dah sakit tu. Dan saya pun melayari intenet sehingga jam 1 pagi. Lepas tu saya pun tido.


Jam 3.30 pagi saya rasa macam tak selesa. Saya rasa sejuk semacam. Rasa kat leher, panas macam demam. Tapi rasa sejuk kat dalam, siap tarik selimut lagi. Cuba lelapkan mata. Tapi makin lama makin tak selesa. Rasa pulak perut, bahagian belakang dan abdomen sakit. Rasa macam tekanan udara yang tinggi je kat dalam. Saya siap "burp..burp..." lagi dengan banyak kalinya.


Mula terpikir kesan ubat Ponstan tu ke? Saya rasa nak tercirit pulak. Segera ke toilet. Memang sah cir-bir. Perut memang sakit giler. Bukan sakit nak buang air besar. Tapi sakit rasa angin tak keluar. Lepas tu saya muntah pulak. Berbuih, warna kuning, rasa pahit.


Masuk bilik, bancuh susu. Minum secawan. Elok habis je, perut menolak balik susu tu, buih-buih jadinya, warna kuning pekat, rasa pahit. 3,4 kaki jugak buwekkk. Lepas tu saya minum balik susu. Ok sikit, tak keluar. Baring balik. Tapi masih tak selesa. Jam dah pukul 4.30 pagi. Saya terpikir nak kejutkan Nor, nak ajak pergi hospital. Dah tak tahan ni sakit giler bahagian abdomen. Tapi tunggu dulu.


Saya call abah. Bagitahu abah, then suruh abah call Yong, sepupu saya yang doktor tu. Sebab saya tak tau nak tanya sape dah. Tak lama lepas tu sepupu saya call. Saya cerita segala. Dan saya juga baru teringat yang saya ambil Ponstan jam 9.30 malam tu dengan perut kosong tanpa makan apa-apa. Bila saya cek semula, memang kat situ tulis ambil 1 biji selepas makan.

Yong saya kata saya dah kena gastrik la tu.

Ponstan kena makan selepas ambil heavy meal. Muntah pahit tu cecair hempedu la tu kata dia. Dia suruh saya minum susu lagi. Dah siang nanti pergi farmasi beli Tagamet 400mg.


Lepas habis cakap tu, saya rasa nak termuntah balik. Keluar balik la susu yang minum kali kedua tu. Siap keluar ikut hidung lagi. Aduhhh. Lepas ok, saya bancuh susu lagi. Kali ketiga ni ok. Tak muntah dah. Dalam pukul 5.15 saya terlelap balik. Abah kata, tak payah pergi keje. Lepas pergi klinik abah suruh peri rumah Chor kat Setapak, sebab dok sorang-sorang nanti apa-apa jadi takde orang. Dah plan memang takkan pergi keje la jawabnya. Pukul 6.10 saya terjaga dan rasa ok pulak. Pergi keje lah! Ehe...


Kat sekolah, cirit-birit tu tetap ada. 3,4 kali jugak ke toilet. Yong call saya pagi tu, tanya condition saya. Saya kata dah ok. Dia pesan tak payah pergi hospital. Kang tak pasal-pasal dapat virus pulak.


"Ni Gastrik kekal ke ni?". Saya dah risau.

"Tak la kekal. Tapi jangan makan benda pedas-pedas la buat sementara ni. Bagi perut tu cure dulu".


Lepas tu jam 11 lebih, gigi saya ni mula sakit balik. Saya pun call Yong tanya boleh tak nak makan Ponstan tu? Dia kata tak payah makan la, sebab perut saya tu tak elok lagi. Tapi kalo nak makan, ambil separuh, potong dua dan makan kenyang-kenyang dulu baru telan itu Ponstan. Saya pun ke kantin dan makan nasi ayam sampai kenyang. Lebih teruk lagi saya tak kunyah pun, tapi telan je terus. Huwaaa. Seksa!


Pukul 1 petang saya makan separuh Ponstan tu. Lepas tu pukul 5.30 dia mai balik sakit macam 3.30 pagi tadi. Saya bancuh susu. Minum. Lepas tu tukar baju terus ke klinik depan rumah ni. Hopefully dapat Dr. Akashah tu. Saya suka doktor perempuan ni. Keibuan sifat dia. Sekali masuk doktor lelaki, Singh. Saya cerita semua. Lepas tu tunggu ambil ubat. Lama la pulak. Perut dah sakit giler. Baru saya tau macam mana orang sakit gastrik.


Doctor Singh tu kata jangan ambil dah Ponstan tu. Itu jugak pesanan Yong saya. Doc tu suruh telan panadol je kalau gigi tu sakit balik. Next appoiment ni kena cakap balik kat Dr. Yeoh, dentist saya tu pasal benda ni.


Adoi la, bulan ni macam banyak sangat je dapat sakit. Bulan lepas tangan terseliuh, kaki lebam sebab jatuh tangga. Dengan sakit giginya. Lepas tu tak pasal-pasal kena gastrik pulak. Banyak pulak dugaan sakit. Banyak dosa la ni!


Kepada kawan-kawan blogger, kalau ada silap dan salah saya harap dimaafin ya!








Setel Kali Kedua


Semalam ada appoiment dengan dentist. Treatment kedua. Saya bagitahu kelas Form 5 saya tu, kelas tambahan Kimia saya tangguhkan.

"Cikgu ni ada appoiment dengan denstist ke ada dating ni?"

"Aah, saya dating dengan dentist!".

"Fuiyoooo!!!".

"Banyak la korang punyer fuiyooo. Cikgu dah ketaq lutut ni tahu?".

Pukul 3.15 start doc tu buat kerja kimpalan. Huhu. Tapi kali ni doc tak bius. Mampos la saya. Tapi takde pulak rasa sakit. Maybe sebab akar dah mati kot. Tapi sedikit rasa sakit masa doc nak bubuh ape-ke-bende-ntah. Saya dapat rasa ada benda yang doc masukkan dalam akar tu. Doc tu pun suruh tahan sikit.

Selepas sejam...


"Ok, siap. Next appoiment kita bubuh crowning. Buat masa ni u jangan kunyah sebelah kanan. Guna sebelah kiri".

"Err, doc, gigi geraham saya yang kiri ni lubangnya dah teruk sikit. Bila saya makan memang susah la sikit nak menguyah".

"Ok, mari saya tengok". Saya pun kena la baring semula.

"Ok, saya tampal sementara dulu. So u kena makan lembut-lembut saja la. Dua-dua belah sudah tak boleh kunyah keras-keras".

Adoi la. Rasa macam orang tua takde gigi je la pulak. Huhu.

Lepas setel and say thank you, saya keluar. Buat bayaran dan sempat sembang-sembang 15 minit dengan Kak Sue, dental nurse kat situ. Then saya keluar dan balik dengan taxi. Balik tu ingat nak buat bubur, tapi saya ngantuk dan tido. Esok esok je lah buat.

Lepas setel treatment tu tak sakit dah. Tapi masa kat rumah, tengah tido2 tu rasa sakit pulak. Apa lagi telan Ponstan yang diberi la.

Saya tertanya-tanya apa la yang doc buat kat gigi saya ni. Dia masukkan macam-macam saiz jarum. Dijolok-jolok, ditekan-tekan. Nak tanya tak boleh. So saya pun surf You Tube. Baru la saya tahu process RCT ni bila tengok video-video kat You Tube tu. A bit scary jugak la, hehe.


Ada komen di You Tube tu kata di UK, RCT ni free je. wahuahuahua. heavennye!






Takde Tajuk


Saya sebenarnya masih kurang ber'mood' untuk berblog. Sebabnya adalah, masih tak pandai nak masukkan coding, huhu.

Hujung minggu hari tu, hari Sabtunya kami guru-guru Malaysia ni kerja. Sekolah saya sikit giler budak yang datang. Memang tak mengajar la pun. Saya masuk kelas, lepas tu budak-budak tanya saya soalan pasal sejarah Greek la, Spartan la. 10 soalan, 5 betul. Diorang cakap, saya leading sebab ada cikgu yang betul 2 je, hehehe. PK KOKO pun saya nampak main dengan budak. Ada cikgu yang bawak budak main ping pong kat bawah. Hurm, nak buat macam mana, setiap tingkatan digabung kelas, tu pun tak sampai separuh kelas studentsnya.

Hari Ahad, saya berjanji dengan membe satu kelas masa matrik dulu. Kami tiga orang je la yang rajin jumpe. Ajak juga yang lain, tapi mesti ade aje halangan. Asek-asek muka saya, Bull dan Najwan. Tu pun Najwan bawak awek dia. Kalau tak memang selalunya saya je la membe perempuan sorang.

Kami pergi makan-makan kat Mid Valley. Makan kat kedai nama Belanga. Ok la, not bad. Nasi Ayam Berempahnya sedap jugak. Najwan order porridge je sebab tengah pasang besi kat gigi. Hahaha. Rugi la ko. Dah la aku belanja kan, tak dapat ko nak amek makanan yang mahal-mahal, kuikui!

Lepas makan kami main boling. And the result is...


I won! :D Tapi ini 1st game la. 2nd game Najwan menang, huhu.

Pukul 2 petang Najwan kena gerak ke Melaka dah. Saya pulak nak setelkan bayar bil-bil ape yang patut dan nak cari buku sikit. Bull pulak ajak makan lagi. Lepas setel urusan saya kami pergi makan lagi kat Chilis.




Actually this is mine. Tapi dah tertukar dengan Bull. Hentam je lah.




Ini baru Bull punye. Seketul burger ni RM22.95. Saya memang tak habis makan.

Ok lah, esok sekolah start Ujian Bulanan. Relax sikit tak mengajar. Tapi kelas Form 5 seperti biasa. Saya pun dah habis silibus. Buat ulangkaji je dengan diorang.

Selamat bekerja semua. Daaa...



Terpaksa Salin Kulit

Saya tengah fenin. Ana fenin! Fenin!
Dah lama tak main dengan coding HTML ni.
Dulu rasa macam senang je. Copy paste je coding tu. Lepas tu edit ape patut. Kali ni rasa blur jer. Saya tukar template sebab menurut Kak Sally, dia dah tak masuk blog saya sebab tiap kali masuk keluar banyak pop up window. CJ pulak kata bila dia masuk jadi hang.
Tapi saya masuk takde pulak jadi apa-apa. Tak tau la kot ada lagi blogger yang lain mengalami masalah yang sama. So semalam dengan bantuan CJ, dia tolong tukarkan template saya ni. Saya serahkan je pada dia sebab saya memang tengah blur giler.
Memang sayang giler dengan template lama. Terutamanya ayam menyeberang titi tu la.Tapi sekarang saya telah berjaya menempatkan semula ayam saya tu di header dan menukar template lain menggantikan template yang CJ pilih semalam :p MsjBox juga telah berjaya diletak.
Tapi masih tidak berjaya meletakkan segala link di blog ni. Saya copy paste dari coding blog yang asal. Tapi bila preview katanya coding tu salah. Bila saya tengok source dari blog orang lain, sama je coding tu dengan saya.Esok la sambung membelek-belek coding ni. Saya dah semakin blur ni.
Sakit hati pun ada. Hehehe
__________
Sekolah ganti Hari Sabtu, students yang datang tak sampai 10% rasanya. Cikgu-cikgu pulak buat port-luck hari ni. Kantin bengang jer sebab makanan dia tak laku. Hehe. So kitorang suruh jual makanan cikgu pada students :p

From Kampung With Love


Hari tu mak tanya nak balik ke tak makan buah pulasan. Saya kata tak dapat nak balik. Cuti sekolah nanti je saya balik. Lepas tu mak kata, kalau tak boleh balik, abah poskan buah pulasan. Hehehe. Lawak pulak saya rasa. Tapi saya setuju ajer.

Suruh mak guna alamat sekolah je. Kalau guna alamat rumah nak kena pergi amek pulak kat Pejabat Pos. Nak amek kat Pejabat Pos tu la satu masalah. Tak pasal-pasal busuk pulak pulasan tu nanti. Saya dah lama tak berurusan dengan Pejabat Pos.

Akhirnya petang semalam, bungkusan ni pun sampai di sekolah :)

Tak sangka, kotak heater tu boleh muat banyak buah pulasan. Ada lagi tu, tak habis makan lagi. Ini la buah pulasan yang saya tanam tahun 2000 dulu. Dah 2x berbuah :D

Terima kasih mak dan abah sebab poskan buah ni :)


Semalam saya tak online lansung. Pakcik Acer ni buat hal pulak. On tapi asek hang. Itam je skrin dia. Tolong la jangan rosak Pakcik Acer oi!

Sepatutnya semalam saya nak type soalan xm. Soalan xm yang saya dah siapkan tu kena reject. *Baldihell betul la. Huhu. Saya tidur dari jam 8-11 malam. Bangun, mandi, iron baju nak keje esok dan on laptop untuk buat soklan xm. On off on off banyak kali still tak berfungsi jugak laptop ni. Bila laptop buat hal, saya pun tidor je la balik. Jam 5.45 pagi saya bangun, saya on laptop, elok je plak dia. Nak type soklan menda kalo dah 5.45 pagi.


Sekarang saya nak mula type soalan semula. Rizal Pembantu Am Pejabat tu kata saya je yang tak hantar soalan lagi. Cikgu-cikgu lain semua dah siap rezo soalan diorang. Wahahaha! Bravo Cikgu Dayah. Anda telah memecahkan rekod anda dengan memburukkan prestasi anda sendiri. Huk huk huk!




**Apsal dengan saya ni ek? Macam hampeh je rasanya minggu ni... huhuhu.


Thanx for the Tagging


Saya ni memang jarang buat tag. Ada yang mengetag, tapi mohon maaf la sesangat sebab tak buat. Dah la blog saya ni macam mem'poyo'kan diri sendiri je. Walaupun semua orang ada sifat poyo tersebut tapi takut jugak la kot orang naik menyampah pulak baca blog saya ni kan, hehehe.

Apa-apa pun saya cuba jugak jawab tag yang diberi oleh Kak Luna ni yang saya kenali dah hampir 3 tahun ade kot?


1) Copy award untuk diletakkan di blog anda --> dah paste dah!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

  • seorang yang boleh memberi nasihat dengan baik. (boleh jadi kaunselor la gitu)
  • seorang yang yakin dengan diri sendiri.
  • seorang yang rajin membaca dan penuh dengan fakta.
  • seorang yang tak berkira terutamanya untuk memenuhi keperluan keluarga. (eceh, memandai je aku buh. tapi ini rasanya betul. dari penulisan blog beliau, kalau bab-bab keluarga ni no.1)
  • seorang yang tak putus asa untuk tingkatkan kualiti hidup dari segi kerja.
  • seorang yang positif dalam setiap perkara negatif.
Kak Luna, hopefully fakta ni suit you a bit la. Hehe.

3) Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

  1. Fanatik pada laksa.
  2. Peminat coffee yang tegar.
  3. Peminat kicap yang tegar juga.
  4. Mesti tidur ada selimut.
  5. Lebih selesa tidur tanpa bantal di kepala. Kalau berbantal pun yang nipis saja.
  6. Tidur dalam posisi yang tetap. Tidak lasak sehingga kaki di kepala dan kepala di kaki.
  7. Korek idung itu adalah sangat best, hahahaha
  8. Akan tetap cangkung walaupun di tandas duduk, kuikuikui!
  9. Seorang yang kadang-kala sensitif. dirasai di lubuk hati yang paling dalam.

4) Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:


  1. Fizah - coursemate saya semasa di USM. Juga satu blok di hostel. Dia lab partner saya yang akan buat eksperimen dengan bersungguh-sungguh. (nak tau tak? sebenaqnya aku terpaksa jadi rajin sebab dah ber'partner' dengan hang). Ikut ati aku malas nak bersungguh-sungguh, hehehe.

Saya tag sorang je la kot. Pasal saya baru jumpe blog Cikgu Fizah ni. Kami duduk dekat je. Dia Kepong, saya Segambut tapi dah lama tak jumpe. Yang lain-lain jangan kecik hati. Kita tetap kawan di alam blogger walaupun tak pernah jumpe. Kalau nak ajak saya keluar, saya ok jer. Hehehe.

Ok La! Saya Pi Serah Diri Jugak La!


Hari ni saya tak ke sekolah. Semalam masa tengah type soalan xm tu gigi dah mula sakit-sakit manja. Lepas sejam jadi bertambah sakit walaupun setelah saya gosok gigi dengan ubat gigi dan kumur dengan air garam. Sakitnya dah sampai ke sebelah kepala. Berdenyut-denyut.



Tutup laptop. Lantak la keje tak siap. Saya kena tidor jugak. Memang nekad esok kena serah diri juga pada dentist. Huhu. Bangun pagi esok gigi dah tak sakit. Tiba-tiba rasa macam tak nak pegi serah diri, hehe. Tapi tak lama lepas tu ia sakit balik. Alamak! Kena serah diri jugak la jawabnya. Saya kumur-kumur dengan air garam, then ok sikit. Saya harap sangat ia tak sakit, pasal kalau sakit jumpe dentist pun tak guna. Dia suruh balik je tanpa buat apa-apa. Lepas berkumur-kumur 2, 3 kali, ia dah ok kembali.


Keluar rumah, ambil taxi, terus ke T.T.D.I. Kak Jan suggest klinik gigi kat situ. Nora sms tanya kenapa tak datang sekolah. Saya cakap, saya on the way ke klinik gigi. Dah tak tahan. Gigi sakit. Nora kata bawak la kawan. Nanti balik huyung-hayang kang. Saya balas, nak bawak sapa? Kawan-kawan kan keje? Boleh jadi huyung-hayang ke? Nora balas lagi kata, boleh jugak. Macam tak leh nak pikir kejap sebab geraham kan. Saya cakap, takpelah, lepas cabut rehat-rehat la kejap kat klinik tu. Dah ok baru balik.


Lepas tu saya sms As, osmet saya yang keje kat sekolah Taman Tun. Saya kata if apa-apa saya kontek dia. As kata, beresss. Hehehe, macam nak pergi bersalin jer :p


Sampai klinik, sambil panjat tangga klinik saya tadah tangan berdoa. Hik hik hik. Takut punyer pasal. Lepas register, dipanggil masuk. Bagitau dentist ape masalahnya.

"Semalam sakit boleh tidur tak?"

"Boleh, saya boleh tidur".

"Nyenyak?"

"Aah, nyenyak jer".


Hahahaha! Nasib baik la boleh tidor dan sakit tu tak dirasa pun ketika tidur. Alhamdulillah.

Lepas checking doc kata buat root canal treatment (RCT). Hmmm, dah agak dah. Lepas tu doc kata, buat crowning sekali. RCT kosnya RM650. Crowning pulak RM700. Amek ko! Masa tengah buat treatment tu at the same time doc tampal lubang 2 gigi yang bersebelahan dengan gigi yang rosak tu. Sebab dah terjejas jugak kan. Dua gigi yang ditampal tu kosnya RM150. Jadi jumlah keseluruhan rawatan gigi saya adalah RM1500. Sikit lagi je boleh beli sebijik SLR!


Saya tanya doc, kenapa tak cabut jer. Doc kata sebab gigi tu masih boleh diselamatkan. Ye la kan, gigi selamat, poket gue yang tak selamat. Apa-apa pun redha je lah. Kata tadi serah diri kannn. Asalkan gigi saya ok dan tak sakit sudahhh. Doc tunjuk kat skrin komputer keadaan gigi saya. Memang horror la. Al-maklum la tak pernah service.


Doc korek sampai nampak gusi la. Dikorek-korek sepuas-puas ati dia. Ditenyeh-tenyek, dijolok-jolok, macam-macam saiz jarum ada. Dia tukar jarum depan mata saya pulak tu. Tapi selamat la tak rasa sakit lansung. Itu paling saya rasa lega. Khamis ni ada appoiment kedua. Untuk tanggal semula tampalan sementara ni dan ukur untuk buat crowning. Khamis depan pasang crowning. Hopefully proses seterusnya ni pun tak rasa sakit.


Tapi sekarang gigi saya tak sakit, tapi kepala rasa sakit sikit. Kesan gerudi doc tadi kot. Bergegar serebrum dan serebelum saya ni rasanya. Bunyi gerudi tu la paling gue benci! Saya tanya doc, if saya buat RCT berapa lama gigi tu boleh tahan. Kekal tak? Nak tau dia kata ape?

" Mana ada benda dalam dunia ni kekal maaa..".

Hampehhh. Tapi doc kata boleh tahan sampai 8 tahun la. Sebenarnya gigi geraham sebelah kiri pun dah berlubang dan doc suggest rawatan yang sama la. Mampoih. Maybe akan buat jugak la. tunggu lepas raya or hujung tahun nanti la kot. Erm, gigi saja RM3k kosnya. Lepas ni hantaran memang tak leh kurang la bak kata Kak Apple. Gigi I sebatang ni pun RM1.5 k tauu. Kuikuikui!


Tadi telefon mak. Cerita apa yang berlaku hari ni pasal gigi. Lepas tu tanya mak macam mana nak buat bubur nasi gara-gara takleh makan makanan keras-keras lagi ni. Saya dah buat. Bubuh udang bagai dan tabur daun bawang. Mira kata sedap dari bubur McD, kah kah kah!


Ok lah, nak sambung buat kerja yang tak sudah semalam. Kak Asriah call tadi tanya kenapa saya tak datang. Dia kata, Pn.X dok terjenguk-jenguk kat meja saya macam mencari-cari. Sebok betul la dia tu!


Azwa call juga tanya kenapa tak datang. Faresha pun sms. Hmm, nampaknya ketidakhadiran saya masih disedari oleh kawan-kawan. Your concern is very appreciated frens!




Pemain Boling Sekolah Yang Terhebat di Abad Ini (kuikuikui!)


What I did today? Erm, lepas sekolah, kami ada game boling sesama cikgu-cikgi. Mula-mula ramai yang nak datang. Sekali yang datang wajah-wajah dalam gambo ni je plus dengan Cikgu H dan PK KOKO kitorang. Sebenarnya Cikgu H selaku guru penasihat Kelab Boling sekolah nak bawak ahli-ahlinya latihan. Lepas tu ada coupon free. Cikgu H offer la kat cikgu-cikgi yang berminat untuk datang main. Kami main 4 game. 1 game free plus 3 yang dibayar sendiri dengan harga cuma RM5.


Yang datang main tentulah yang bujang trang tang tang kecuali Mak Dara duduk sebelah kiri sekali tu. Anak dah dua orang tapi tak hengatttt. Isk isk... mak sapa la niii? Tapi ok la kan. Walaupun dah kawen dan berkeluarga still boleh get going dengan kawan-kawan. Satu sikap yang baik. That is told by the "WHY MEN MARRY BITCHES". Hehehe. Tapi dalam kes ni kena dapat suami yang sporting dan tak kesah jugak la.

Tajuk gambar ini adalah " PEMAIN BOLING SEKOLAH TERHEBAT DI ABAD INI".





Saya ni sempat lagi berbloging dan berfacebooking. Soalan xm Science Form 1 tak siap lagi ni. huk huk! Pn. X dah semacam je kat saya tadi. Saya kata nak hantar hari ni tapi sebenarnya tak siap lagi sebab saya tertinggal buku soalan di sekolah Jumaat lepas. Lepas tu saya kata virus makan folder soalan saya, kekeke.


Masa assembly pagi tadi saya dengan Azwa bercakap-cakap, duduk belakang kerusi dia pulak tu. Lepas assembly habis, saya bangun dulu, lepas tu Azwa cerita Pn. X bising-bising kata, "the two of u aaa, keep on talking bla bla bla...". Ehhh, suke hati kami la kan. Bukan kami sembang kuat sampai ganggu assembly. Dia nak orang jadi macam dia pulak, yang kononnya Mrs.Perfecto la. Ceh! Ape kes?


Pn. X di sini adalah cha ya nun alif. Memegang jawatan Ketua Bidang. Baru naik pangkat tahun ni. Kalau saya tak siap soalan lagi pun, bukan dia yang akan stapler segala bagai. Saya tau la keje saya. Memang la date hantar sepatutnya last week. I know, it is my fault. Tapi keje saya tetap beres dan dibuat. Tak ganggu orang lain punye kerja pun. Lain la soalan xm form 1 tu saya buat, lepas cetak, dia yang stapler or orang lain yang kena stapler. Itu baru la mengganggu kerja orang. Ni dari awal sampai akhir saya punyer kerja. So let me settle it on my own la.


Ok lah. Nak buat soalan xm. Grrr..grrr..






Hujung Minggu Saya Yang Sangat Produktif

Hurm, sangat produktif ke? hahaha. Mungkin jugak la. Kerana saya berjaya mengemas bilik saya. Sekarang sudah teratur. Saya juga sudah bersihkan bilik air. Berkilat wa cakap luuu! :p Saya juga sudah menyelenggara almari pakaian saya dan mengeluarkan segala t-shirt dan seluar yang sudah tidak muat saya pakai. Semuanya saya sudah letak dalam satu beg balik kampung. Memang sendat beg balik kampung tersebut.


Yer, saya sudah tidak muat lagi untuk memakai t-shirt yang bersaiz S dan M. Saya bercadang untuk menyedekahnya saja pada orang-orang yang memerlukan. Begitu juga dengan beberapa seluar slack. Adoi laaa. Tapi sebelum itu saya menelefon adik saya, tanya sama ada dia muat atau tidak saiz M. Dia kata dia muat sambil gelak-gelakkan saya mengata saya sudah gemuk. Hampehhh...


Macam mana ni..badan dah naik. Dulu berat maintain 47 jer. Sekarang sudah jadi 50,51, 52. Dia main 3 nombor tu jer. Huwaaaa!!!!


Erm, malas pikirlah!

Cau cin cauuuuu!

Hujung Minggu Ni Saya Rehat-Rehat Saja di Rumah


Semalam gi nengok The Proposal dengan Azwa. Dapat tiket pukul 9.50. So sempat la pegi makan dulu kat Thai Express di The Curve tu.

Lepas tu kat Cineleisure ada pameran buku jual murah-murah giler. Saya rembat 7 buah buku. Science Puzzle, Online For Life - The 12 Diciplines For Living Your Dreams, Steps to Skin Beauty - a dermatologist's guide, Betty Saw- Aneka Biskut Idaman, Chef Wan Mengelilingi Dunia - Resepi-resepi Antarabangsa, Rahsia Masakan Nyonya by Florence Tan dan Illustration Index 1 ( koleksi lukisan-lukisan pelukis dunia). Buku ni nak bagi adik di UiTM. 7 buah buku tu cost RM81. Kalau ikut harga betul semua tu dah dekat 200.

Pameran tu sampai hari ahad. Pi la tengok kalau sesiapa berminat.

Dulu saya bising kat mak, beli buku resepi tapi tak penah buat. Sekarang saya pulak jadi gitu. Buku resepi melambak-lambak dah kat rak buku saya ni, tapi buatnya idok juga. Hehehe.

Oh, ya! Saya bagi 5 bintang untuk cerita The Proposal :)


Hari ini di sekolah saya, PIBG nak buat meeting tergempar pasal PPSMI*. Diorang tak mahu guna Bahasa Melayu dan buat voting dari ibu bapa supaya mengundi setuju atau tidak. Dari minggu lepas lagi diorang masuk kelas ke kelas edar borang undi. Mereka nak jadikan sekolah SMK shhh shhh sebagai SMK (SMI) Shhh Shhh. hahaha. Lawak le plak bunyinye. Sekolah Menengah Kebangsaan dalam kurungan Sekolah Menengah I*nggeris. Ape diorang ingat sekolah tu bapak diorang punyer?


Dua kali dah saya terserempak mereka masuk kelas semasa saya sedang mengajar. Gaya ayat yang mereka cakap, "If u don't vote, u are the one who will get trouble to learn Maths and Science in Bahasa". Hamboi hamboi hamboi. Macam ugutan je bunyinya. Mereka cakap lagi, "we will make this school, the only school which is use English in Science and Maths".


Hamboi-hamboi-hamboi. Nak kekalkan sekolah ni satu-satunya yang guna Bahasa Inggeris. Lepas tu sapa nak bayar elaun kami mengajar dalam bahasa Inggeris? Korang ke? Sorry la, kalo korang nak bayar pun, kami tak hingin.


Ape la yang dibangga sangat guna Bahasa Inggeris ni pun saya tak faham. Kalau dengar time diorang berkempen tu rasa sakit hati. Macam hina sangat Bahasa Melayu ni. Kalau nak guna Bahasa Inggeris sangat pergi la private school sana. Pelajar sekolah saya tu memang la 99% guna bahasa Inggeris dalam perbualan. Memang tak jadi masalah. Tapi, walaupun pandai berbahasa Inggeris, tak semua pandai menjawab soalan Science dalam bahasa Inggeris. Saya tengok ayat tonggang terbalik juga.


Ada seorang pelajar saya, Zainul, form 1. Dia sangat pandai sains. Tapi bila jawab soalan, dia sedikit bermasalah. "Cikgu, saya tak faham la soalan ni dalam BI". Kesian tau. Sebab dia pandai sains. Kalau buat eksperimen dia cepat pick up, bila saya explain dia boleh faham isi, tapi disebabkan soalan dalam BI, dia tak reti nak jawab.


Hari tu sorang budak tanya saya, "Teacher, what is Starch?". Lepas tu saya terdiam. Zainul tetiba jawab, "Starch tu kanji kan cikgu? Yang orang buat guna ubi kayu. Jadikan gam". Yes, absolutely correct. Budak yang tanya soalan tu terpinga-pinga. Dia tak tahu apa itu starch, dan tak tahu apa itu kanji. Macam mana tu? Tapi pandai berbahasa Inggeris budak tu. Macam air je bila cakap.


Lagi satu kes, budak form 5. Dia cerita pada saya, hari tu kakaknya masuk hospital, kena operation hempedu. Masa tu doktor bagitahu hempedu kakak dia ada ketumbuhan. Lepas tu dia tak tahu apa itu hempedu. Bila doktor cakap gall bladder baru faham. Macam mana tu? Nampak sangat generasi yang belajar dalam bahasa Inggeris ni hanya faham satu bahasa saja. Kita yang belajar dalam Bahasa Melayu dulu still tahu dua-dua bahasa. Hempedu tahu, gall bladder pun tahu.


Menurut Nor, sekolah tampal notis dari Kementerian Pendidikan Malaysia di pintu masuk sekolah. Notis berbunyi, "Arahan dari KPM, sebarang perjumpaan tidak dibenarkan di premis ini". Betul la tu, nak lawan KPM, tapi guna premis KPM. Pergi la sewa hotel ke ape ke? Korang kan mampu?


(Yang peliknya, golongan yang tak suka Bahasa Melayu ni datangnya dari orang Melayu sendiri, yang memang tak dinafikan golongan profesional seperti doktor, lawyer, businesman dan macam-macam lagi. Yang dulunya guna Bahasa Melayu juga semasa zaman belajar tapi masih boleh jadi doktor dan lawyer..huhuhu)



_______________
Nasib baik saya tak buang lagi semua buku-buku zaman saya belajar sekolah menengah dulu. Buku-buku tu dalam bahasa Melayu. Penah cakap kat mak nak buang. Tapi mak kata, tak payah la buang. Mana tahu, nanti guna Bahasa Melayu balik. Errm, masin mulut mak! Hehehe.






Bangun Terlalu Awal, Sabun dan Sesat <-- ape punyer tajuk daaaa

Pagi tadi lepas saya mandi, saya ketuk bilik As sebab tengok bilik dia masih gelap. Takut dia terlajak tido. Lepas tu saya masuk bilik dan dengar pintu As dibuka. Lepas tu dengar dia tanya sapa ketuk bilik dia. Mengigau ke As ni??? Saya bukak pintu bilik saya dan cakap "aku la ketuk. kenapa?".

As kata balik pukul berapa sekarang. Lepas tu saya kata la, "6.30 dah la". As kata baru 5.30 la. Saya cepat-cepat tengok handset. Aah la, baru pukul 5.30. Uwaaaa, nyesal gue bangun awal dan mandi awal. Patut la sejuk semacam je air masa mandi tadi. Tapi takpe la, saya pakai baju, pakai telekung, tunggu azan sambil baca mathurat. Abih baca, masih tak azan, tido kejap di atas sejadah, hehehe.

Ape-ke-heinye la saya ni. Saya yang mengigau rupanya, tengok jam salah. Asalnya saya bangun tu sebab saya dengar pintu bilik As ditutup. Biasanya Nor akan mandi dulu, lepas tu As. Pukul 6.10 As habis mandi, dia tutup pintu bilik dia, dan otomatik saya akan sedar bila dengar bunyi pintu tutup tu. Rupa-rupanya As bangun kencing je :p

Tipah tertipu.... Nampaknya otak saya dah set dengar pintu bilik As tutup means memang giliran saya pula untuk mandi. Bijaknya otak sayaaa :p


Hari ni kelas-kelas saya, dengan Form 1, 2 dan 5 saya buat eksperimen jer. Paling susah nak handle adalah kelas eksperimen dengan Form 1. Bising, banyak cakap, suka jalan-jalan dalam makmal, lepas tu suka mengadu, "cikgu itu..cikgu ini..cikgu tengok dia ni kaco saya..". Fenin! fenin!

Dengan Form 5, saya buat eksperimen saponification yakni proses nak buat sabun. Memasing excited nak buat. Ada kelas yang nak buat lagi sekali. Saya ok jer..hehe. Rilex sikit bila time diorang buat eksperimen, eheee...

Ini kelas yang selalu buat saya hangin. Saya penah tendang meja tergolek jatuh meja tu ke lantai sebab marah punye pasal. Ini kes tahun lepas. Ikut ati nak tendang diorang tapi nak lepaskan, terpaksa la tendang meja :p

Tapi sejak akhir-akhir ni saya dah malas nak bising and marah. Diorang pun macam dah kurang buat perangai kecuali yang memang malas-nak-mampos-belajor-SPM-ape nak jadi-pun-tak-tau-lah! So pandai-pandai korang lah! Saya semangat nak ajor pelajar yang nak belajo betul-betul je. Yang lain boleh blah! Huh!




Kepada Pa'chik yang tanya macam mana nak buat sabun aritu, kat sini den bagi resepi. Rajin-rajinla ke dapur dan buat, kekeke.

Click to enlarge :)



Pukul 1.30 tadi, belum lagi loceng bunyi saya dan Kak Zie kena keluar ke FRIM, Kepong. Kena ambil F@iq yang dah habis camping Jambori SLAD peringkat Negeri. Sempat posing sikit di sini, hehe. Itu pun sempat sesat sebelum jumpe papan tanda FRIM. Sesat gara-gara melalak dalam kereta la. Kebetulan lagu best. Sandarkan Pada Kenangan -Jamal Abdillah :D


Masa ni gigi tak sakit. So boleh tersenyum leborrr :D

Best la kat FRIM ni. I like hutan and pokok-pokok. Kat sini ada Canopy Walk Away. Harus wajib pegi sini nih. Nak kena plan ni.


Semalam mak call, bagitahu pulasan saya dah masak buahnya. (ingatkan mak nak bagitau ada orang datang meminang, huahuahuahua). Ini kali kedua ia berbuah setelah 9 tahun umornya. Saya tanam pokok pulasan tu pada hari saya mendapat result SPM dulu. Lepas tu terus bagitau mak yang saya tengah sakit gigi dan takut tahap tera untuk jumpe dentist, huhu.


Hurm, tu je lah cerita saya setakat hari ni. Nampak macam hari-hari je saya update blog ni. Ada je la pulak cerita kan. Tapi adik saya kata blog saya dah tak femes macam awal-awal dulu. Dulu komen-komen mencecah 20 ke atas. Sekarang tidak lagi. Takpelah, "aku menulis bukan kerna namaaaa..." <-- sila nyanyi.


Ada cerita saya tulis, takde cerita saya senyap. Ok then. Salam :)




Gigi Sakit Wei!


Gigi geraham atas sebelah kanan ni tengah sakit. Nyut nyutttt ghase dia.


Saya survey pasal root canal treatment. Habis semua orang saya tanya. Nora penah buat, katanya tak sakit. Buat kat swasta. Kos bermula dari RM350-500. Nak buat rawatan akar ke tak? Rawatan akar ke tak? Huhu.

Ikut hati nak cabut je terus time tengah sakit ni. Tapi time sakit hilang tetiba lupa pasal nak jumpe doktor gigi dan cabut gigi.

You know why I hate dentist? Sebab dentist selalu cakap "tak sakit..tak sakit..sikit jer.." Tapi sebenarnya memang sakit. Uwaaa! Macam mano ni?

Takut nak jumpe dentist... :(

Cerita Sekolah Lagi...


Pagi tadi di sekolah ada sesi fotografi guru. Seperti biasa tempat saya adalah yang di hujung tepi sekali. Nak wat macam mana. Dah jadi orang rendah ni. Terimalah seadanya :p Pejam celik pejam celik dah 3 kali saya berada dalam sesi fotografi ni. Means dah masuk tahun ketiga saya jadi guru. Hmmm, time flies...

What are my achievements as a teacher? I think I do not achieve anything yet. Huhu. I must improve myself.



Pukul 12 bergerak ke Stadium Titiwangsa dengan bus. Bawa 16 orang pelajar menonton pertandingan Silat Peringkat Kebangsaan. 16 pelajar, 4 orang guru. Dalam surat minta macam tu. Lepas tu PK HEM kata ramai. Tapi kami cakap, kami kena menurut perintah, hehehe.








Plan malam ni nak tido awal, tapi bila mengadap internet... ralit dibuatnya. Tambah-tambah saya baru pandai guna facebook. Dulu tak faham, ghoper2nye senang bebenor. Memang dah terlambat menyedari akan keriangan berada di facebook. But, better late then never kan... :p

Bulan Kemerdekaan


Pagi tadi masa perhimpunan ada Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan. Bendera-bendara dah banyak digantung di kawasan sekolah.





Penyerahan bendera kepada Pengetua.


Saya dapat ofer jadi fasilitator untuk camping satu Malaysia yang dihadiri 300 pelajar. Buat kat Pusat Koko Tasik Titiwangsa. Nak pegi ke tak nak pegi? Tapi lebih kepada tak nak pegi walaupun teringin juga.


Sebab apa rasa tak nak pegi... sebab dah 3 minggu berturut-turut saya takde di rumah tiap kali hujung minggu ni. Boleh dikira berapa jam je saya tido atas katil saya. Dan dah lama tak bangun lambat selepas subuh di hujung minggu, ehe :D


Lagi satu, kalau saya join Camping Satu Malaysia tu, saya kena tinggalkan kelas pada hari Jumaat dan Isnin. Camp tu dari Jumaat sampai Isnin. Saya dah janji dengan student form 5 saya nak buat experiment buat sabun Jumaat ni. Dah buat Jumaat lepas tapi diorang nak buat lagi. So dengan sportingnya saya kata boleh la. [saya suka budak buat eksperimen sebab saya rasa santai sikit sambil mengajar, hehe]


Bilik saya pun sudah sedikit tidak terurus dah ni. Sedikit saja ok :p Otak saya pun dah macam penat walaupun baru balik dari Cameron Highland dan minggu lepas ke Hutan Janda Baik. Sebab segala aktiviti tu memerlukan mental dan fizikal yang kuat untuk mengawal pelajar.


Saya rasa hujung minggu ni saya nak rehat puas-puas di rumah. Tadi telefon mak. Mak tanya nak pergi tak kursus 2 hari HPA hujung minggu ni tak? Saya kata tak nak la mak. Dah penattt. Mak pun paham. Mak kata lain kali jela saya pegi kursus tu.


Ok lah, nak kemas bilik sikit. Esok ada pertandingan silat. Saya keluar sekolah lagi. Huhu.



Followers