Melah Pinang

Enggau penuh basa sereta puji ngelalu ke penatai
Nuan/Kita Sebilik/Kita Serumah

NUR HIDAYAH
ngagai pengerami melah pinang anak lelaki kami

Jeffery Anak Budin
enggau
Norafizah bte Zainuddin

Alai : Rumah Budin, Sungai Majau, 96700 Kanowit, Sibu, Sarawak.

Kami gaga ati sereta meri besai terima kasih
ngagai penatai bala kita

Jemputan di Sarawak ni tak dapek den nak poie. Den poie kek Bahau ajolah!


Pukul 6.40 petang tadi selamat sampai ke KL dari Bahau setelah tido semalaman di rumah Fiza. Puas hati dapat pergi kenduri kawen Fiza. Membe semasa di USM. Fiza ni jugak housemate saya masa praktikal. Zaman belajar macam mana nak jadi cikgu. Bezanya dia dapat praktikal di sekolah Teknik di Pekan. Saya di sekolah kampung. Sekarang dia mengajar anak-anak Iban di Miri. Saya mengajar anak-anak Kota Lumpur.


Ikut hati nak ikut pergi majlis di rumah panjang, hehehe. Tapi Fiza tak bagi. Takut saya terkejut tengok nanti katanya. Hahaha. Tapi dalam hati memang tersimpan keinginan nak pergi jejak kaki ke rumah panjang Jep nih.


Seorang Melayu dan seorang Iban. Tapi bukan berkenalan di Sarawak. Berkawan sejak dari USM lagi. Dua-dua PALAPES Navy. Fiza dah terer cakap Iban. Ternganga saya dan Nurul dibuatnya.

"Wei! Hang cakap Iban?"

"Kena la dayah oiii!!! Mak ayah Jep mana reti cakap bahasa lain. Lagipun anak murid aku Iban. Nak explain bahasa melayu mana paham. Lama-lama reti la aku cakap. Itu pun kira beginner je tau".

Mak Ayah Jep. Ayahnya Tuai Rumah. Jangan main-main, ehe.

Kakak n Abang ipar Jep. Tak sempat saya nak bergambar personal dengan anak sedara Jep yang berpakaian tradisional tu. Cepat pulak dia salin pakaian. Silap gak, apesal tak kusarung je pulak pakaian tu. Kan lagi gempak :D


Oh ya, Fiza mendapat jurufoto yang tak best lansung. Takde aksi lompat-lompat. Takde aksi baling-baling bunga. Takde aksi candid. Takde aksi giler-giler. Semuanya aksi skema nak mampos! Semuanya aksi macam pengantin dulu-dulu. Tak happening seh! Harap je camera panjang macam hidung Pinnochio. Tapi tak pro, hahaha. Eh, selamba je saya kutuk. Tapi memang yer. Dah la asek ambil gambar pengantin berdua je. Bila nak masuk dengan kawan-kawan tak dibaginya. Sabo je la.

Sembang-sembang dengan Jep, ditanya saya, "Dayah bile lagi?"

"Hahahaha!". Gelak je lah. Tak reti nak jawab gapo.


On da way balik, beli buah naga kek Kualo Pilah. Dah banyak tanam buah naga rupanya kat Kuala Pilah ni. Maso den matrik sini dulu takdo pun laei. Ahhh, rindu zaman hidupku di Kuala Pilah! Dah 6 tahun tak jejak Kuala Pilah sehinggalah pergi ke kenduri Fiza ni. Tapi tak sempat jenguk matrik saya. Lain kali nak datang lagi lah. Nak ajak membe-membe satu praktikum menjejak kenangan lama.

Semoga berbahagia buat Fiza dan Jep. Ahlan wa Sahlan buat Jep.

5 comments:

cikgu jawe said...

mak aih. terkejut kamek ya tetiba kitak madah iban. kamek ingat kau udah pergi sarawak sinun ikut laki iban. haha!

kalau aku pegi kenduri kawen. tetiba aku tgk ada anak dara lompat2 dpn kamera. harap2 itu bkn awk dayah. hehe

hayad said...

cikgu jawe--> ko ni CJ, kan dulu sudah aku bilang, aku suka lelaki Melayu or better jowo, wakakakaka!

ko kena tgk jgk, aku kalo lompat dgn penuh gaya. Itu aaaaku! :D

ruru said...

skali lagi ku bertanya..ahaks..
fiza tu dulu matrik KTT ke?
hehe

hayad said...

ruru--> yes!KTT. wah, kwn2 aku kwn2 ko jgk ea? hehe

Anonymous said...

ohoo..manah,dpt jemputan d sarawak tu..kenak kitak sik pegi..mun naik airasia ,murah bah..haha..mek tau klaka bhs sarawak jak..bahasa iban nak nemu aku..hehe

Followers