What have i done?


Tiba-tiba rasa bersalah pulak melepas geram dengan rakan sekerja di dalam blog. Macam la aku ni baguih sangat! Pigidah Dayah^Sensei!!!

To Neddy, yang bertanya macam ni ke dunia cikgu? Tiba-tiba saya tersedar dari lamunan hasutan setan bertanduk. Saya tak sepatutnya menceritakan hal-hal sekolah yang tidak elok di blog. Tak sepatutnya melahirkan ketidakpuashatian saya pada rakan sekerja saya, kerana secara tak lansung orang akan merendahkan pulak martabat guru yang memang sentiasa dipandang rendah oleh orang luar.

Sebenarnya kes seperti ni bukan hanya berlaku di institusi sekolah, tapi saya yakin di mana-mana tempat, tak kira la di bidang kerja apa pun. Mesti kadang-kadang kita ada rasa tak puas hati dan bengkek.

Jadi kepada pembaca blog saya yang budiman, sila abaikan jer entry bangang saya yang tidak berilmiah lansung itu.

Isk isk!



Sekarang pukul 12.32 tengah malam. Baru balik dari JJ Kepong dengan Kak Esha n her husband. Cadangnya nak beli t-shirt kuning dan kasut sukan. Tapi kalo dah pompuan tu, pompuan jugak la. Kasut sukan ntah ke mana. Tapi lain yang dibeli. Tersambar 6 helai kemeja dan 3 helai t-shirt. 9 item tersebut hanya RM141.16. Murah la kan? kan? kan? Berbanding dengan Fendi (husband Kak Esha) yang beli sepasang je kasut tapi harganya dekat RM100. Jadi terbukti, perempuan lebih bijak berbelanja berbanding lelaki :D

Bengkek Jerk!

Eeee, menyampah giler! $#%&*^@

Oooo, time dia tahu pulak nak mintak tolong. Tahu pulak tak reti buat. Hari tu saya mintak tolong sangat-sangat, cakap baik-baik, dia kira tak nak jugak.

Sebagai junior, saya pun hormat la kat dia. Tolong fotostat silibus semua bagai. Siap letak atas meja dia lagi. Tapi masa saya mintak tolong, tuuu dia. Bukan main payah!

Hari Selasa lepas budak-budak badminton ada pertandingan lagi. Kalau menang, hari Rabu kena datang lagi. Tengok-tengok menang. So Rabu kena bawak lagi. Masa saya tengah bizi urus budak di padang (pasal sepanjang minggu ni dan minggu depan penuh dengan acara padang sebaik je habis sekolah), dia call, guna nombor telefon sekolah.

"Hello, Hidayah. This is Pn. ****. Badminton menang. So esok u bawa budak pulak ok".

"Pn. ****, saya ni hari-hari kena urus budak untuk acara padang. Saya Ketua Rumah. Susah nak tinggal. Boleh tak Pn. **** tolong bawak badminton esok".

" I dah bawak hari ni, u bawa pulak la esok. U bagi la cikgu rumah u yang lain uruskan".

Hohoho, nak minta cikgu lain? Telah menjadi trend, siapa ketua, dia akan buat kerja lebih sket. Memang boleh mintak tolong, tapi saya pun macam tak suka menyusahkan cikgu-cikgu rumah saya yang lain.

Puas saya cakap baik-baik, dia tak nak jugak tolong bawak budak esok. Lepas letak telefon saya call Kak Farid, mantan Ketua Rumah Kuning.

"Kak Farid, macam mana ni? Bla..bla..bla..".

"La, dia bawak je la. Ko ketua, ada keje. Dia kan tak pegang apa-apa. Ko gi bagitau K".

Saya bergegas ke ofis. Masuk bilik PK KOKO. Dan explain segala.

"Takpelah, biar budak pergi sendiri je esok".

"Sory, En. K. Saya bukan tak nak. Tapi paham-paham je lah. Acara padang kena urus jugak".

Nasib baik dapat PK KOKO yang memahami. Esok pagi, Pn. **** jumpa saya, tapi dia pelik sebab saya berbaju kebaya pada pagi tu.

"Saya dah bagitau En. K, dia kata guru tak payah pergi. Biar student pergi sendiri." (Lagipun student tu kata dia suruh driver dia hantar. Cikgu ikut sekali naik kete dia).

"Kalau jadi apa-apa, u tanggung arrr". Boleh Pn. **** ni cakap macam tu. Padahal dia takde kena tugas pun berkaitan sukan-sukan ni. Saya pun malas nak layan dia, terus buat muka selamba. Malas nak layan sama ini orang tua.

Alhamdulillah, budak badminton selamat pergi dan balik. Tapi kalah. So Khamis tak payah lawan lagi la.

Tadi ada meeting Panitia, Ketua Panitia kata ada CD untuk mengajar. Saya pun cakap, saya nak. Boleh pulak Pn. **** ni cakap...

"Aaa, u tolong arr, tolong burn untuk I sekali aar. I donno how to burn".

What!!! Sakitnya ati gue! Mintak tolong tuuuu. Masa Ketua Panitia serahkan CD tu pada tangan saya, lagi sekali dia minta saya burn untuk dia. Nanti dia bayar kata dia. Saya ambil CD tu, terus paling muka dan wat muka menyampah. Geram seh!

Sekarang ni saya tak tau la nak burn ke tak untuk dia. Sebenarnya saya memang tak nak burn, saya nak save terus je dalam laptop saya ni. Malas ar nak burn untuk dia. Sebenarnya banyak kali juga dah saya berbakti pada Pn. **** ni. Memandangkan dia sudah tua. So kita tolong la apa patut. Tapi kali ni memang malas ah. Lantak hang la. Esok lepas pulang CD tu pada Ketua Panitia, saya nak cakap saya tak burn pun, saya save dalam laptop saya je.








___________
Senior memang perlu dihormati, tapi kalo dah takde give and take, bye-bye laaa!

Over 18

Ber-es-em-es dengan fiq. Antara soalan yang ditanya beliau, bila mahu kawen? Saya jawab, saya pun tak tahu, pasal saya tak tahu apa yang ditulis di Loh Mahfuz sana.

Hari tu di sekolah, semasa tengah mengemas-ngemas meja kerja di hujung minggu, Azwa membangkitkan persoalan yang sama. Sebab dia tiba-tiba dapat es-em-es dari seorang rakan dia yang minta alamat untuk diposkan kad wangi.

Saya ada beberapa impian yang nak dilaksanakan sebelum saya kawen. Saya kata pada Azwa, "Kalau boleh sebelum kawen, aku nak pi blajo 3 benda ni dulu. Menunggang kuda, memanah dan berenang". Setakat ni berenang secara bodo-bodo je boleh la.

Lepas tu Azwa balas, "Ko tak payah tunggu sebelum kawen. Kawen nanti ko t*ngg*ng la l*k* ko". Ooo shit! Dirty minded u Azwa, hahahaha. Nasib baik dalam bilik guru tu kami berdua jer.

Lepas tu dia sambung lagi. "Bukan takat menunggang, memanah dan berenang sekali. Pakej!" Huahuahua.

Oh, maaf la kepada pembaca sekalian. Entry yang satu ni sedikit kebiruan. Pertama kali saya meng18sxkan entry blog saya. Huhu.


Bercakap tentang perkahwinan, saya yakin semua wanita mempunyai impian dan visi untuk berkahwin. Perkahwinan kan ke sesuatu yang suci. Some women think they can live without men. Tapi macam tak betul je kan? Bukankah Allah menjadi setiap perkara itu berpasangan. And why go against God for what He has order you to do.


Tapi yang pasti, bila ada kelapangan dan kewangan yang mencukupi saya pasti akan pergi ke kelas menunggang kuda, memanah dan berenang. Ada sesapa yang sama minat macam saya? Boleh la kita ke kelas sama-sama nanti :p

Bz As a Bee

Sekarang jam pukul 11.12 malam. Saya baru bangun tidur sejam yang lalu. Saya bangun jam 10 malam setelah dimatikan seketika dari jam 5 petang. Giler seh! Asar, maghrib semua terlepas. Kalau tertidor dimaafkan kan?

Seriusly, saya penat giler. Petang tadi start acara padang sehinggalah hari Rabu depan. Banyak perkara nak dipikir selagi sukan ni tak habis. Semalam diumumkan markah terkumpul setakat minggu lepas, Rumah Kuning di tempat terakhir. Uwaaa!!!

Tidur saya pun jadi tak lena. Sepanjang tidur tu otak tetap masih memikir pasal sukan. Siap mimpi keluar muka budak-budak atlet Rumah Kuning lagi.

Ok lah, nak sambung type Rancangan Mengajar Harian, nak type senarai pelajar SLAD yang nak dihantar ke Jabatan. Kertas Soalan Geografi dan Science untuk Ujian I tak siap lagi ni. Ujian Intervensi Kimia Form 5 pun tak tanda lagi ni. Huwaaaa!!!!


Hurm, nampaknya akan buat keje sampai pagi la ni jawabnya...

Gurukah Aku Atau...?

Masa perhimpunan pagi tadi saya buat majlis penyampaian hadiah untuk mereka ni. Mereka ni la pemenang-pemenang Badminton Peringkat Zon Bangsar 3 minggu lepas. Tahun ni tahun ketiga saya pegang pasukan Badminton. Best juga pegang badminton, pasal tak perlu membakar diri semasa game. Badminton kan main dalam gelanggang tertutup :D


21 hb --> genap 2 tahun saya menjadi guru.

Masih seorang guru yang biasa-biasa.Yang sangat mahu menjadi luar biasa. Yang kurang giler pengalaman. Yang masih banyak salah dan silap. Dan kadangkala merungut-rungut akibat keje yang banyak. [ Tu la, sapa suh gatai isi pendidikan masa apply U. Padan ngan muke aku :p ] Tapi saya yakin, perancangan Dia adalah yang terbaik untuk saya.

Tahun pertama diarahkan jadi guru kelas Tingkatan 1. Tahun kedua guru kelas Tingkatan 3. Tahun ketiga ni guru kelas Tingkatan 5 pulak.


Semoga saya tabah menjadi guru dan pendidik.


Kepada rakan-rakan sekerja saya, seronok berjumpa, berkenalan dan bekerja di bawah satu bumbung dengan anda semua. [walaupun kengkadang ada gaduh2, kekeke] Kepada rakan-rakan yang masuk sama-sama ke sekolah ini, Nora, Azwa, Waida, Nor, Kak Yana, Kak Zila, Kak Esha, seronok kenal dengan korang semua. Jangan la pindah sekolah lagi tauuuu!

Saya dapat kata-kata di bawah ni dari Blog Cikgu Jimi :

If you want to enjoy and be happy for a day, organize a party,
If you want to enjoy and be happy for a week, go for a vacation,
If you want to enjoy and be happy for a year, grow a garden,
If you want to enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings


Good luck for myself!!!



Berpoya di Hujung Minggu

Semalam kami pi tengok Upin Ipin di Mid Valley. Bila tanya budak kat atas ni, "Seronok tak citer Upin Ipin?". Dengan penuh excited dia kata sonok.

Bila tanya saya? Hahaha. Saya rasa tak berapa seronok :p Cik Nurul siap terlentok tidoq lagi dalam panggung, hahaha! Saya rasa ngantuk jugak. Tapi mengenangkan duit sendiri yang beli tiket, jadi haruslah saya menonton sehingga habis :D

Pizah (kanan sekali) ialah membe semasa di USM. Dah lama giler tak jumpe. Dia keje di Tapah. Kebetulan semalam dia nak bawa anak sedaranya tengok Upin Ipin jadi kami pun berjanji la untuk jumpe. Lepas Pizah grade tahun 2005 tak penah jumpe tapi still bermesej-mesej sekali dua kala.

Pagi tadi pulak saya, Nurul dan Ct ke air terjun Serendah. Best jugak mandi kat sini. Dekat jer dengan rumah sewa Cik Nurul ni.


Muka Cik Ct amat ketakutan sekali, kekekeke.


Ok lah, nak suruh mesin basuh kat umah ni basuh baju-baju saya jap. Yeay! Esok sekolah. Tak sabo nak ke sekolah esok. Semenjak dua menjak ni saya rasa seronok sangat ke sekolah dan bekerja. Mungkin aura saya dan aura di sekeliling saya sudah bertambah baik agaknya :)




Yeay! Its Friday!

Fuh! Habis sudah persekolahan minggu ini. Penat? Yer, penat la juga. Tapi puas. Setakat ni keje saya semua setel, Alhamdulillah. Walaupun ada sikit-sikit yang belum dibuat.

Sekarang saya mahu mengemas-ngemas backpack saya. Nak merantau ke Serendah sekejap. Ct dari Nilai juga akan ke Serendah. Malam ni dan malam esok akan bermalam di rumah Nurul. Esok petang nak tengok Upin Ipin :) Hari Ahad insya Allah nak bermandi-mandian di air terjun.

Selamat tinggal kerja-kerja sekolah yang masih ada. Saya mahu berpoya-poya seketika :D







I snapped this photo last 2 years. Saya rasa kerengga jantan ni usung bini dia la, hehehe. Ok lah, ciow dulu geng! :)

Saringan Sukan

Hari ni seharian saya berada di Stadium Cheras bersama-sama dengan atlet-atlet rumah kuning dan juga rumah-rumah lain beserta guru mereka masing-masing. Penat, tapi seronok giler. Enjoyyy. Atlet rumah saya ada yang qualified untuk ke acara sukan tahunan. Ada juga yang tak. Lelaki kelas C memang out terus. Perempuan kelas C pun harap sorang je lepas. Ohhh, risaunya saya. Boleh ke rumah kuning menjadi juara lagi tahun ni???

Habis acara saringan, kami semua balik semula ke sekolah. 2.30 petang saya tengok budak-budak kawad pulak. Kawad dah ok. Untuk pakaian kawad, masih menjadi rahsia. Semua rumah memang akan rahsiakan pakaian seragam kawad masing-masing sebab nak tunjuk gempak la konon. Alhamdulillah, pasukan kawad rumah kuning dapat sponsor dari N******, anaknya kepada Menteri dot dot dot.

Sementara tengok bebudak kawad, saya tengok Brahim and da geng buat latihan tarik tali. Setakat ni rumah kuning masih mengungguli acara tarik tali. Alhamdulillah.

Pagi tadi bangun pukul 4.30 pagi untuk goreng karipap segera dan juga buat roti telur bakar untuk makanan atlet-atlet saringan saya. Memang saya ada tempah sandwich, tapi takut tak cukup. Tu yang saya topup dengan karipap sponsor dari Kak Jue dan buat roti telur bakar. Sekali tengok roti bakar tu yang lagi laku dari sandwic. Ceh, kalo tau, saya tak payah order sandwic, buat perabih duit rumah je. Sedap jugak air tangan saya kot, pasal licin budak-budak makan, kekekeke.

Masa awal-awal jadi ketua rumah sukan, saya semacam ada perasaan malas dan tak suka sikit. Tapi dah nak sukan ni, semangat kesukanan tu datang pulak. Budak-budak akan semangat bila kita semangat juga. Kak Farid memang contoh guru sukan yang baik. Semangat giler dia. Nasib saya baik, pasal Kak Jue, Kak Farid banyak membantu saya yang masih baru ni walaupun ada juga segelintir guru-guru rumah sukan yang tak beri komitmen lansung. Tapi tak kesah la. Kalau ada 2,3 orang guru yang bersemangat pun dah memadai untuk menaikkan lagi semangat antara satu sama lain.

Pesan Orang Tua

Orang kata biar buruk rupa, jangan buruk laku.

Saya selalu ingat pesan Abah. Masa makan, jangan kunyah makanan bunyi berdecap-decap. Kunyah makanan tutup mulut. Tanpa bunyi.

Masa minum, jangan hirup minuman berbunyi slurp slurp!

Tapi memang betul kata orang tua-tua. Biar buruk rupa. Jangan buruk laku. Bila rupa cun giler, sekali makan berdecap-decap... Adoi! Serius! Nampak fail terus.

Lagi satu, jika makan mencicah beramai-ramai, contoh, cicah buah mangga. Bila ambil sepotong, cicah dengan kuah rojak, terus masuk mulut habis sepotong tu. Jangan gigit bahagian yang kena kuah rojak, then sebahagian lagi cicah lagi sekali. Sebab mungkin ada yang makan bersama kita tu kurang selesa atau rasa geli pasal kita cicah buah pelam yang sudah kita gigit di mulut.

Untuk part cicah-mencicah ni saya tak kisah sangat. Masih boleh berkongsi cicah. Tapi ada orang kisah. Share straw minuman pun saya tak kisah. Tapi ada orang kisah. Share sudu yang sama pun saya tak kisah. Tapi ada orang kisah.

Manusia macam-macam ragam. Jadi kita sesama manusia perlu menghormati hak dan keselesaan setiap individu :)

But the best part is, share bekas mulut yang sama dengan si suami or isteri di gelas minuman, macam yang Nabi buat. Ohhh.. so romantik! hehehe :D





______________
Peringatan ini dibawa khas oleh orang tua-tua dan ditujukan khas untuk peringatan diri sendiri.

Prakkk!!!

Sila perhatikan betul-betul. Cari kecacatan di meja kerja saya ini :D
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


Uwaaaa!!! Dah cacat... :( Salah saya sendiri. Pi duduk atas meja sape suroh. Nasib baik tak terbelah punggung!

Boleh je pakai lagi, tapi rasa tak syok bila dah cacat. Saya dah order cermin yang baru. Adoi, duit lagi. Dah la cermin yang terbelah ni pun tak bayor lagi. Hehe!



Cakap terrraaanggg

Khamis lepas saya masuk Bab 5 : PETA untuk subjek Geografi. Saya bawa pamplet pelancongan sebagai set induksi. Dan saya tunjukkan Peta Lakar yang ada pada pamplet-pamplet yang saya bawa.

Saya sempat capai pamplet Taman Negara, Pahang sebelum ke sekolah pagi tu walaupun saya ada menyimpan banyak lagi pamplet-pamplet pelancongan dalam negara ni yang memang menjadi koleksi saya.


"Ok kelas. Hari ni cikgu nak ajar pasal peta. Cuti sekolah dulu, cikgu pergi Taman Negara, dan cikgu simpan beberapa pamplet Taman Negara untuk simpanan cikgu. Kamu nanti pun kalau pergi melancong ke mana-mana jangan lupe ambil pamplet tempat yang kamu melawat tu dan simpan. Bla..bla..bla... " (Pengajaran pun berjalan seperti biasa)

Sebelum kelas tamat, saya pun bagitahu pada kelas...

"Baik, sebagai kerja rumah, cikgu nak kamu semua lekatkan Peta Lakar yang kamu dapati dari pamplet pelancongan. Faham?". Sambil saya mengangkat lebih tinggi Pamplet Taman Negara yang saya bawa itu.

Tiba-tiba ada beberapa suara kedengaran...

"Cikgu, tak kan nak kena pegi Taman Negara kot?"

Erk! Adoi laa...

"Saya takde la suruh kamu pegi Taman Negara. Cari la apa-apa pamplet tempat-tempat pelancongan di Malaysia ni. Peta Kuala Lumpur pun boleh.."

"Cikgu, peta Sunway Lagoon boleh tak cikgu?". Tanya salah seorang dari mereka.

"Haa, boleh jer!". Kata saya.

"Cikgu, peta orang kawen boleh?". Tanya sorang lagi. Berderai tawa satu kelas.

"Hurmmm..kalo dah takde sangat, boh je la peta orang kawen tuh!".

Sabo je la budak-budak tingkatan satu ni. Dah saya tunjuk pamplet Taman Negara, diorang ingat saya nak yang Taman Negara punye jugak. Adoi la! Saya terlupa, budak-budak ni baru je 1 bulan setengah menjejakkan kaki sebagai pelajar sekolah menengah. Dah tentu fikiran sekolah rendah masih terbawa-bawa. [agaknya la].

Moral of the story untuk cikgu, lenkali cakap biaq terrraaanggg. Baru budak faham, hehe.

Taman Negara, tempat paling best setakat ni yang saya pegi. Tak boleh lawan Gunung Macinchang, Langkawi, hehe.

Tenang ajer! Bila la dapat pegi Taman Negara lagi neh...







__________________
Boleh tak, nak honeymoon kat Taman Negara je nanti? hehehe...


Pagi tadi ada Merentas Desa di sekolah. Hari ni hari ganti persekolahan sempena cuti CNY hari tu. Nasib baik la kawasan sekolah saya ni di Desa __ _____. Desa berbatu ok. Kalau tak, tak tau la kat mana budak-budak ni nak merentas agaknya.

Kononnya lepas rehat jam 10.30 P&P berjalan seperti biasa. Mana la nak logik. Ingat budak-budak nak belajo ke bila dah berpeluh-peluh. So atas kertas je la tulis mengajor. Lagi pun semua pasukan kawad buat latihan kawad selepas tamat majlis penutupan.

Pasukan Rumah Hijau Johan merentas desa tahun ni. Tahun lepas Rumah Kuning. Adoi! Takut la saya. Nak kekalkan kejuaraan Kuning untuk 3 tahun berturut-turut sebagai Johan keseluruhan. Orang mesti tengok ketuanya kan? Hari Khamis ni dah saringan. 10hb3 Hari Sukan. Hopefully budak-budak Kuning perform la masa saringan nanti.

Bulan Februari ni ada 4 orang guru yang sambut hari lahir. (Kak Esha tiada dalam gambar sebab masuk hospital). Saya dan Azwa memang ditugaskan untuk beli kek dan buat kad untuk setiap guru yang sambut hari lahir.

Lepas habis sekolah, budak-budak kelas saya nak cat kelas. Saya tolong cat sikit-sikit, dan tunggu diorang mengecat dalam sejam lebih. Lepas tu saya balik. Risau jugak tinggal diorang. Takut keje tak selesai. Compang-camping dinding. Tapi saya dah pesan suruh habiskan jugak. Isnin ni nak tengok. Kalau ada compang-camping, siap! Saya akan paksa stay back lagi.

Eee, dah la cerita pasal sekolah. Minggu ni penat sangat. Minggu depan pun akan penat. Selagi sukan ni tak selesai, selagi tu kepala dok pikiaq! Ahhh, rimas!

Nak gi beronggeng kejap la malam ni. Kebetulan Laila jemput kami kawan-kawan sekolah ke rumah dia. Dia buat makan-makan sempena hari jadi anaknya.



Daaaa!!!







Colour Your Life ;)

Bestnye cuti dari bekerja selama 3 hari. 2 hari sikit sangat la kan? Apa kata Malaysia ubah waktu bekerja hanya 4 hari dalam seminggu.

Esok hari Selasa, kena pakai baju kaler pink or ungu, hehehe.

Menurut Color Vibration Therapy, hari-hari dalam seminggu ada kaitannya dengan warna.

Isnin : Putih
Selasa : Ungu, Merah Jambu
Rabu : Biru
Khamis : Oren, Kuning
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Ahad : Hitam

**Nora, ingat tak hari Khamis lepas ko pakai batik warna kuning + oren? Dan hari tu ramai tegur ko kan? Aku pun siap tegur kata baju ko cantik. Sememangnya corak batik tu dah sedia lawa, tapi ada satu tarikan lain yang menyebabkan orang nak pandang ko.

Ahhh, lepas ni kena cari batik kaler oren dan kuning la jawabnya, hehehe.

So esok hari Selasa. Saya dah siap iron baju kurung pink, hahahaha! Saya rasa nak pergi la kursus yang CVT ni buat. Yuran kursus untuk 2 hari tu RM1000. Tapi katanya tengah promosi jadi RM500. The latest punya kursus 7 dan 8 Mac ni.



_________________
Malam ni gerhana bulan penumbra. Kupandang langit Kota Lumpur, bulan dilindungi awan kelam la pulak... huhuhu.





My True Color

Saya dan Mira ke PWTC. Pergi pameran usahawan. Best jugak. Dapat belajar benda baru, itu yang penting. Macam-macam produk ada dijual. Kalau tak tahan nafsu mau habis beratus jugak kat situ. Banyak produk usahawan Melayu dan pastinya produk-produk ni halal la. Tapi satu je, susah nak dapat di pasaran.

Contoh : Ada satu booth ni jual produk sos, frozen food, kopi pracampuran, semua buatan orang Islam. Tapi bila tanya, boleh beli di mana, mostly cakap kena kontek ejen. Ada juga la beberapa produk yang katanya dah mula pasar di Carrefour, Tesco, Mydin. Tapi tak banyak. Pasaraya-pasaraya tu banyak lagi jual produk-produk buatan bukan Islam. Kalau produk-produk keluaran bumiputera ni ada merata-rata kan senang.

Tapi paling best tadi di booth Colour Vibration Therapy. Sekarang saya dah tahu warna perisai diri saya. Warna pink! Hahaha. Warna keperempuanan sungguh!


"Orang warna pink lebih kepada emosi. Awak seorang yang sensitif, cepat terasa, dan kalau marah lebih suka memendam perasaan. Orang takkan tau pun awak sedang marah atau terasa. Awak lebih banyak pendam sendiri. Tu pasal orang warna pink banyak menangis dalam bilik air".

Hehehe, yes, menangis dalam bilik air :D

"Disebabkan awak jenis yang memendam sendiri, jadi awak senang dapat penyakit di sekitar dada dan jantung. Dan kalau awak dapat sakit di tempat lain selain dada dan jantung ianya cepat sembuh berbanding sakit di sekitar dada dan jantung".

Hurmmm... [sambil angguk-angguk]. Saya memang jenis pemendam perasaan... Orang memang takkan tahu saya tengah ada masalah, tengah sedih or tengah tension.

"Orang warna pink kekuatannya pada mata. Orang pink suka lihat benda-benda yang cantik. Awak tak suka tengok selerak-selerak, awak suka gambar yang cantik, pemandangan yang cantik. Awak tak suka pada hitam dan putih. Awak suka warna-warni. Jika buat nota mesti nak highlight kan dengan macam-macam kaler. Awak suka pada seni".

Yes, saya memang tak suka warna hitam dan putih. Saya tak pakai pun tudung hitam atau putih. Baju-baju pun boleh dibilang kaler hitam dan putih.

"Cikgu kan? Kalau kat kelas tu awak mesti nak cantikkan kelas awak, letak langsir semua, hias-hias bagi cantik".

[memang pun. saya siap nak beli langsir baru untuk kelas saya tu. dan suruh diorang cat. tapi bebudak memasing malas nak bagi kerjasama. sakit hati sungguh!]

"Awak tak suka pada perhiasan-perhiasan gelang, cincin, emas semua-semua tu".

Wow! ni memang tahap gaban punye betul, haha!

"Saya takde la suke giler warna pink ni. Bukan kaler fav la kiranya.."

"Yer, memang. Warna dalaman kita bukan warna fav kita. Kalau dia jadi warna fav means something is wrong".

"Tapi saya suka warna kuning".

"Kalau awak suka warna kuning means awak ada masalah di bahagian perut. Bila perut awak bermasalah, ia akan mempengaruhi perasaan awak menjadi was-was. Contoh : "Aku dah tutup ke belum iron tadi ek?" "Suiz elektrik tadi dah off ke blom?"

Alamak, saya memang selalu jugak gini.

"Macam mana nak hilangkan?"

"Saya cadangkan awak ambil garam booster, garam sodium rendah yang telah dicampur gelombang tenaga bunga".

Nasib baik murah. So saya nak cuba ambil garam ni. Takut jugak ada perasaan was-was ni. Bahaya!

Orang kaler pink ni ada satu kelemahan yang memang betul cocok dengan saya. Hehehe. Kelemahan tersebut adalah mudah diperdaya.

"Kalau orang datang jual apa pun, awak senang je nak beli. Pasal apa? Pasal awak mudah rasa kesian dan simpati".

Memang payah ada kelemahan gini. Apa orang promote semua saya beli. Ada juga la yang tak beli. Itu pun bila duit memang betul-betul dah mencapai tahap maksimum ketidakcukupannya :p

Jadi anda sudah tahu kelemahan saya. Jadi saya minta tolong anda semua tolong la jangan memperdayakan saya, hehehe. Mira osmet saya pula warna perisainya warna putih. Dan memang bukan warna yang dia suka pun, hehehe.

Lepas tu kami jalan-jalan lagi. Sampai la ke satu booth yang menarik dan tertarik. Boleh cek perjalanan darah. Guna jari manis. Jari manis kita disapu dengan gel, lepas tu letak jari manis tu di bawah microscope electron berkuasa tinggi la kot, pasal boleh tembus sampai dalam. Siap boleh nampak kapilari darah dan darah yang bergerak kat dalam kapilari tu. Saya punya aliran darah normal, laju dan smooth. Nasib baikkkk.. Memang boleh nampak. Ada pakcik tu aliran darah dalam kapilari dia slow amat.

Tapi orang yang tukang cek tu kata saya banyak toksik. Tompok-tompok putih tu adalah toksik.

"Suke makan maggi ea?"

"Errr...suke la jugak, eheeee".

"Kena kurangkan yer".


[ok ok! Saya janji] :D

Saya tanya, "Kenapa guna jari manis untuk diagnos ni?"

"Haa, dari tadi takde sape pun tanya". Kata Puan tu. [erk! terbangge le pulok teman! Kekeke]

"Guna jari manis pasal jari manis bersambung ke jantung, dan jantung mengepam darah beroksigen terus ke otak. Then otak mengawal semua fungsi badan".

Itu la yang Puan tu bagitau. Accurate atau tak alat microscope tu saya pun tak tau. Apa-apa pun Health is wealth and Prevention is better than cure.


_____________
Saya baru je hias meja kerja saya di sekolah dengan pembalut meja kaler biru. Adoi la. Takkan nak koyak balik letak warna pink! Tapi Doc tu kata at least ada kertas yang berwarna pink pun takpe. Pasal itu warna kekuatan saya.



Faktaaaa!!!

Cik Ruru telah mengetag saya :

10 fakta/hobi cik hayad

1. Seorang peminat kopi yang tegar.
2. Pengguna kicap yang tegar.
3. Tak boleh tidur menggunakan bantal yang tinggi. Lebih selesa tido dengan bantal yang nipis atau tanpa bantal di kepala. Dan tak boleh tido dengan selesa tanpa selimut. Akan tutup seluruh badan dengan selimut.
4. Tidak suka memakai apa-apa gelang, cincin, jam, atau apa2 perhiasan wanita di tangan dan leher.
5. Tidak berminat/teruja pada barang kemas emas/perak.
6. Tak pandai pakai kain batik. (macam mana la kalo beranak nanti ek? Mampoih gue)
7. Tidak suka membeli kasut, sandal, handbag selagi benda2 tu semua belom jahanam.
8. Akan mengemas bilik/rumah bila rasa tension melanda.
9. Tak pernah kena chicken pox ( err...hopefully tak kan kena la dah tua-tua gini)
10. Seorang yang sangat setia! (hahahaha. muntoh ijo seketika!)






__________
Ada dua tag lagi nak kena jawab. Saya tak suka menghampakan orang. Nanti saya jawab yer.




Final

Saya kena juga bawa budak untuk lawan badminton hari ni. Uwaaaa!!!! Sayangnye kelas Kimia tinggal. Cikgu yang sayang tinggal kelas. Budak-budak suke cikgu tak masuk kelas ajor. Sure punyer la. Paham sangatttt...

Tapi berbaloi juga pergi hari ni. Budak-budak saya dapat tempat ketiga untuk single under 15. Tempat ketiga juga untuk double under 18 dan johan double under 15. Double under 15 kami bertemu dengan sekolah Kuen Cheng di peringkat Final yang memang terkenal dengan ke'terer'an bermain badminton. Perlawanan memang sengit la. Kena main 3 set. Biasanya Kuen Cheng ni dua-dua set dia balun. Tapi terer pulak budak-budak saya ni main. Haha. Kalah Kuen Cheng dibuatnya.


Errr...terasa macam mengajar di sekolah Cina pulak.. Huhuhu.











Bondaku Lahir

5 Feb 1957

Selamat Hari Lahir buat seorang wanita yang amat disayangi. Yang tiada dua, tiga, empat dalam dunia ni.

Selamat Hari Lahir buat mak saya, Pn. Bidayah.

Selamat Hari Lahir yang ke-52 tahun.




_____________
1. Mak suka hadiah kain yang saya dan adik beli di Jakel tu. Dia kata cantik. Yahooo. Mak suka pilihan kami. Selalunya mak ni susah nak sekepala dalam bab-bab corak kain ni. Tapi adik lebih tau tona warna yang mak suka. Tu pasal saya heret adik ke Jakel sama-sama hari tu.

2. Saya punya satu impian. Impian untuk bawa mak shopping sakan. Dan nak cakap macam ni, "Mak, mak masuk je kedai apa-apa pun. Lepas tu amek je mana-mana baju, kain ela yang berkenan, tak payah tengok harga . Ambil je banyak mana nak, ambil je yang mana berkenan di hati, nanti Kak Yong bayor". :D


Selamat Hari Lahir juga buat Kak Tuan Tanah :)

Best Giler!


Entry cikgu jawe baru-baru ni ada bagi tips untuk elak writer's block. Salah satunya me'review' buku.

Tapi saya ni tak reti nak buat sinopsis buku. So tak dapek la nak cerita sinopsis buku ni. Tapi kalau peminat Ramlee Awang Mursyid (RAM) mesti akan suka giler cerita ni.

Adoi la, saya rindu giler rasanya pada Laksamana Sunan, watak dalam novel ni. Novel ni memang la dongeng semata, tapi dalamnya bukan semua dogengan. Banyak fakta-fakta betul juga. RAM juga menyertakan rujukan beliau di muka akhir novel-novel beliau ini.

Lepas baca novel ni rasa macam nak pi belajaq silat pulak. Hehehe. Dulu penah belajo Taekwondo, tapi sampai tali pinggang Kuning II je. Apa barang Kuning II. Huhuhu.





__________
Tadi siang kena bawa budak pompuan lawan badminton. Sorang tu dapat masuk semi final. Jangan la saya kena bawak lagi hari Jumaat ni. Bukan takde semangat kesukanan, tapi hari Jumaat ada kelas Kimia dengan budak-budak Form 5. Sayang wooo nak tinggal kelas Form 5 ni. Takut silibus tak habis. Hohoho.

Lawatan Sambil Belajo

Cik Dib dah otw balik kampung. Saya baru lepas menghantar dia di Hentian Duta. Les Copaque gue dibueknyo. Bukan Les Copaque la, More Copaque. Segala sara hidup ditanggung oleh kakak Cik Dib yang berhati mulia, huk huk huk!

Semalam bawa Cik Dib ke Aquaria. RM28 per entry untuk anda yang memiliki IC. Kalau warga emas RM18.

otw ke Aquaria




Sempat tengok penyelam bagi ikan jerung makan.


Nanti ada duit berkepuk, akan gue bina akuarium macam ni kat umah gue, hahahaha. (gelak macam Prof. Klon sket)

Apa ke nama binatang ni. Frog aligator kalau tak salah.

Saya ingat manusia je ada yang albino. Ikan pun ada. Albino ape ke nama ikan ni. Maaf la, nama-nama spesies binatang ni memang masalah bagi saya untuk mengingat. Buku pun tak bawa nak catat.


Kami bernasib baik pasal sorang brother yang menjadi tourist guide kat situ sudi mengambilkan gambar kami berdua. Banyak juga tempat menarik yang dia suruh kami posing. Siap ikut kitorang sepanjang dalam terowong ikan tu. Masa aktiviti menonton live penyelam beri ikan makan, dia yang jadi tukang cakap.

Lepas habis tengok tu saya dan adik pun nak blah je la. Dah habis tour dah. Ingat nak wish terima kasih kat dia, tapi tengok dia masih ada tugas bercakap dengan microfon bagi expalanation. Saya dan adik pun terus la menuju ke terowong keluar. Tup-tup tengok-tengok dia ada kat sebelah. Sambil mulut masih bercakap pada mic. Saya pun ucap terima kasih. Elok habis je dia bercakap dengan mic, dia pun cakap sama-sama, lepas tu suruh kitorang pegi Fish Spa.

"Apsal dia tu dari tadi ikut kita ek? Siap tolong ambilkan gambo plak tu. Orang lain takde pulak dia wat gtu".

"Dia minat kat kamu kot?"

"Laaa, apsal tak mintak je no fon aku, mesti aku bagi, hahaha. Muka boleh tahan hensem. Wakakaka!".

Mungkin dia tengok saya dan Cik Dib mengambil gambo gaya macam orang gila tak penah bergambo kot. Orang lain sumer macam skema je amek gambo. Kitorang siap depa tangan la, melekap kat dinding la, haha. Keluar dari aquaria kami ke Fish Spa. Rm15 for 30 minutes. Kalau harga asal RM20. Tapi sebab dah masuk aquaria, dapat diskaun.

Elok cecah je kaki dalam air, ikan pun berkerumun. Seksa jiwa raga menahan kegelian. Geli seh bila ikan tu menghisap-hisap kulit kaki. Tak tahan gue. Tapi lepas 20 minutes, ok la, dah rasa selesa.

Kesimpulannya, saya tengah kopak sekarang kerana menyara hidup Cik Dib sepanjang beliau berada di KL, huk huk huk!






__________________
Arini cuti Hari Wilayah. Untung juga mengajar di Wilayah ni ye. Hehehe :D



Followers