Diari Ramadhan 3

turutt!! turutt!! <-- ni adalah bunyi talian tetap di rumah saya.

"Helo... Aaa, mak lang............................ Mak ada, Kak Yong pun ada......................... tgh wat kueh.................... Kak Yong! Mak Lang nak ckp dgn kamu!".

"Yup, Mak Lang..."

"Bila balik kampungnye?"

"Semalam....".

"Banyak ke wat kueh?"

"Ada la jugak orang tempah".

"Cikgu sekolah kamu yang tempah ke sekolah mak kamu?".

"Sekolah mak. Sekolah orang, tahun depan aru nak mula projek, hehehe".

"Eeee, boleh tak kepala otak tu tak pikir bisnes?".

"Mana boleh. Orang nak jadi Siti Khadijah! Bisneswoman! Hehe..".

"Nak jadi Siti Khadijah kena pakai unta la," jawab Mak Lang.

"Takpe, Siti Khadijah ni nak beli unta 4 roda, ehe.."

"Cikgu sorang ni laaa.... Ok lah, bagi Mak Lang cakap dengan abah kamu kejap".

Selepas gagang bertukar tangan saya pun sambung kerja saya. Saya kini ada di kampung. Menyambung tugasan saya. Tapi tahun ni tak puas la berniaga. Sempat buat sikit je. Kalau macam tahun lepas saya masih penganggur terhormat. Maka lebih banyak masa untuk saya buat biskut raya.
Saya kena buat sendiri dua jenis biskut ini sebab mak saya kurang arif untuk bentukkan doh biskut gajus tu. Saya pula tak pandai nak buat tat. Pasal jari saya akan tenggelam terus dalam acuan tu. Al-maklumla, punya tangan yang comel kan, nak buat macam mana :p

Tahun ini modal semua mak yang keluar. Saya nak keluar modal pun macam alang kepalang je. Bukan saya boleh buat tiap-tiap hari.

"Mak, berapa ni nak bagi saham?"

"50 cukup ler... ".

"Aaaa?? Mana aci. Modal balik kampung ni lebih 50 hengget tau".

"Kamu bukan keluar modal pun". Kata mak sambil gelak-gelak.

"Mak tau tak, tol dari Jalan Duta tu ke Ipoh pun dah Rm26.70. Tol dari Ipoh ke Kuale plak 3.50. Pergi balik dah lebih 50 tau.."

"Eh, mana bolehhhh nak upah banyak-banyak."

Hampesss.... Sebenarnya saya tak kisah pun. Ambil kat mak semua pun takpe. Saya buat tahun ni cuma tak nak pelanggan yang memang dah biasa beli tu lari je. At least diorang masih boleh dapat biskut yang diorang nak.

"Tahun depan beli oven sendiri. Nanti bawak je balik kampung biskut yang dah siap". Kata mak.

Memang cadangnya begitu la. Tapi larat ke saya? Nak sekolah lagi. Tapi tak kira, boleh punye! Malaysia kan boleh, haha.

Dah pukul 6.40. Setengah jam lagi nak berbuka ni. Dalam pukul 9 nanti saya nak balik KL. Bukan saya yang nak balik lewat. Tapi si nurulsensei yang nak balik selepas berbuka. Saya ikut jer :D

Label : Sekolah

"Cikgu, nak tanya cikgu sket boleh?"

Seorang student perempuan yang manis datang menghampiri saya yang juga sememangnya manis, kekeke :p



"Errmm, apa dia?".



"Kalo saya tak puasa minggu depan, tapi saya tak makan kat sekolah, makan kat luar sekolah boleh tak?".

"Aaaa? Kamu tak nak pose next week? Tak nak puasa sepanjang kamu exam?"

"Takde la hari-hari. Ada hari jer. Saya tak larat la cikgu...".

"Kamu ni, tak berkat nanti baru tau. Ni bulan pose, bulan berkat. Saya dulu PMR bulan pose jugak. Ok je.."


"Cikgu lain, saya lain..."

"Puasa la elok. Kamu tak pikir nak makan. Kamu boleh concentrate jawab soklan xm. Bila perut kosong oksigen banyak pergi kat otak....". Bla bla bla dan bla lagi. " Kena naik van jenazah baru tau!"

"Eh, bukan lelaki je ke cikgu yang kena naik van jenazah kalau tak pose?"

" Pompuan pun sama...."

"Diorang pegi mana naik van jenazah tu?"



"Pi balai polis then jalan2"

"Jalan2?? best la gitu...". Adoi la, sabo je la aku.

"Dah, jangan nak tinggal puasa...."

"Tapi saya takut saya tak tahan la cikgu... Mak saya bagi je saya tak puasa..."



Dush!! Dush!! Apa lagi saya mahu jawab. Mak dia sendiri bagi permision. Waduh-waduh!

Diari Ramadhan 2

Sejak dari mula puasa boleh dibilang dengan jari berapa kali saja saya beli makanan siap di bazar Ramadhan. Memang amat sangat boleh dibilang dengan jari kerana hanya sekali saja saya beli makanan di bazar. Itu pun semasa berbuka puasa di rumah Ija di Sentul.


Bazar Ramadhan depan flat saya ini je. Saya pernah pergi sekali. Tapi tak berkenan la dengan jualan-jualan mereka. Sejak dari mula puasa saya dan membe-membe serumah akan beli bahan mentah dan masak sendiri. Untung ada Kak Esha. Boleh tahan juga skill dia masak. Saya pun apa kurangnya, haha! :p


Hari ini menu kami terlebih banyak pulak. Memasak sendiri amat menjimatkan. Bahan-bahan mentah yang dibeli kami kongsi bertiga. Memang jimat beb!


Figure above shows the end product of an experiment. Which end product belongs to Hayad ? :p

Haha, saya cuma sediakan ayam perap jer. Yang tukang goreng adalah Nor. Oh, tak lupa juga budu tu. Saya juga yang sediakan. I luv budu very much! Cecah dengan mempelam pon sodapppp :D

Dah pukul 10 la, lapaq pulak rasa. Nak pi makan la kejap. Daaa...

Menge'tag' Diri Sendiri

Walaupun takde sapa yang tag saya, saya dulik apa. Saya nak jawab juga tag. Sebab Ina pun ada kata dia tag kepada sesiapa yang rasa nak buat. Tambahan pula otak saya tengah beku, tak tahu mahu menulis apa.

1. Dah pukul berapa sekarang?
- pukul 5.44 pagi (baru lepas sahur)

2. Apa mood sekarang?
- baik

3. Rasa nak buat apa sekarang?
- Ikut hati nak tido semula, tapi kang mesti rasa malas nak bangun balik.

4. Kalau ada magic sekarang rasa nak buat apa?
- Nak jampi pengetua supaya dia beri saya cuti supaya dengan itu saya boleh balik kampung
buat bisnes kueh raya .

5. Rasa nak tengok citer apa sekarang?
- Tiada rasa nak tengok cerita apa-apa.

6. Keluarga tgh buat apa sekarang?
- Keluarga kat kampung. Mereka pun mungkin sama,baru lepas sahur,pastu mandi,solat
subuh, siap-siap pergi keje.

7. Apakah waktu makan sekarang? Dah makan?
-Masa tengah jawab tag ni orang dah azan, so waktu makan adalah jam 7.12 pm nanti.

8. Rasa nak duduk bersama siapa sekarang?
-Tiada siapa-siapa

9. Dan dia tgh buat apa sekarang?
-rujuk semula soalan no.8

10. Macam mana cuaca sekarang?
-Tak tau. Tak pergi tengok kat luar pun. Tapi rasanya cucaca baik saja.

12. Rasa nak souvenir dari siapa sekarang?
-Tak rasa nak souvenir pun...

13. Setelah menjawab beberapa soklan survey ni, apa mood sekarang?
- Mood saya biasa-biasa saja.

14. Jadiknye, dah pukul berapa sekarang?
- Sudah pukul 6 pagi.

15. Akhir sekali, rasa nak tag siapa sekarang?
- Tiada sesiapa (sebab saya pun takde sapa menge'tag'. Tag diri sendiri je ni)

Ok lah, nak pi mandi, solat subuh then siap-siap ke sekolah. Baju pun tak iron lagi ni. Selamat berpuasa semua!

Ice Dalam Tempurung

Kenapa otak saya semakin beku untuk menulis di blog ni ha?
Tiada idea
Tiada bicara
Tiada yang best untuk dicerita
Anda ada apa-apa nak tanya?

Heee Hooo Heee Hooo

Yeeee Haaaa!!!
Sekarang saya sudah ada Mr. Maxis Broadband. Minta maaf yer Mr. Streamyx. Daku tidak jadi mahu menikahi dikau,keke. Suatu hari saya jalan-jalan nampak promosi maxis broadband, terus pergi pinang dia :D

Selamat melayari intenet doploh pat jam ditujukan khas untuk diriku. Semoga laptop ni tak terbakar sudah...

Diari Ramadhan 1

"Kamu kena balik tetiap minggu. Dah ada cikgu tempah"

Itu la arahan mak pada saya semasa perbualan dalam telefon. Saya memang tak mahu pelanggan saya lari. Jadi tiap-tiap minggu saya kena balik kampung juga. Minggu ni adalah minggu pertama saya balik. Tahun depan memang saya kena beli oven dan letak kat rumah sewa tu. Nanti raya tahun depan akan saya luaskan lagi pasaran biskut-biskut raya saya, hooyeaa hooyeaa!!

Pak Lah! Bagi la bonus! Plez..plez... Saya nak beli oven laa :D


Hanya dapat buat 11 balang penuh jer. Kan best kalau budak-budak sekolah kat Malaya ni cuti sekolah sepanjang bulan puasa ni,hehe. Kan best kalo saya boleh minta cuti sebulan tanpa gaji untuk menumpukan sepenuh perhatian dan usaha padu saya untuk menghasilkan wang dalam bidang nan satu ini :D

Saya mesti beli oven juga. Tambahan pula sudah ada orang-orang di sekolah tu yang mahu menempah kek coklat saya ;) ;) Langkah bijak saya dengan menghadiahkan mereka kek coklat itu telah membuahkan hasil. Syukran..syukran. Marketing plan mesti mau power kawannn, ngeh ngeh!

Rabu ini saya akan ke Putrajaya. Ada temuduga. Ramai kawan-kawan yang sudah ber'msg-msg-an' dengan saya meluahkan perasaan takut, risau, bimbang, dup dap dup dap!! Ada yang sudah lepas, dan ada yang belum seperti saya. Yang saya pelik, saya sikit pun tak rasa berdebar... ini alamatnyeeee... ntah la..

Kalau mengikut teori saya semasa di U dulu, setiap kali musim exam, jika saya rasa berdebar-debar untuk menduduki paper tu, bila dapat soalan saya dapat jawab. Sebaliknya jika saya tak rasa apa-apa debaran pun untuk seat for that paper, mesti bila dapat kertas soalan saya tak berapa boleh jawab dengan baik. Mati la saya kalau teori musim exam di U itu juga sama dengan yang bakal terjadi semasa interbiu nanti.

Kalau dia tanya yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Insya Allah saya boleh jawab. Buatnya dia tanya siapa Perdana Menteri Uganda, mampos saya. Semoga saya selamat dalam bilik interbiu itu. Cadangnya mahu beli baju kurung hijau pucuk pisang supaya interviewer tu rasa sejuk pandang saya, haha..boleh gitu? :p

Kepada sesiapa yang membaca tulisan saya ini secara sengaja ataupun tidak sengaja diharap dapat mendoakan kejayaan saya dalam sesi interbiu yang bakal berlansung itu.

Dan kepada sesiapa mahu tempah biskut raya dengan saya diharap dapat meng'hold'kan tempahan anda itu tahun depan, pasal tahun ini saya tak cukup kaki tangan :p

Salam Ramadhan semua!!

Nota : Sejak duduk rumah sewa di rantauan ni, tiap kali mahu masak apa-apa mesti telefon mak. "Helo mak! Macam mana nak wat cucur jagung?". "Mak, macam mana nak wat mee goreng macam mak wat tu?"."Haaa, tu la! Bila org buat tak mau tgk!!". Kan dah kena sejibik...huhu

Followers