Tajuk : Takde Tajuk

Sabtu lalu saya ke Putrajaya, menghadirkan diri untuk Bengkel Bebas Hutang oleh En. Abd. Aziz Ibrahim, seorang Perancang Kewangan Bertauliah. Jadi lepas ni En. Aziz akan jadi konsultan saya la dalam menguruskan wang saya yang memang macam hampeh ajer perjalanannya. Yer, saya memang seorang yang lemah dalam bab-bab menguruskan kewangan. Kursus ni RM80. Tapi nanti setiap kali konsultasi, ada bayaran lagi. Tapi Insya Allah berbaloi :)

Bengkel ni start pukul 3 petang. Dari Segambut saya naik komuter ke Serdang. Sampai Serdang ambil taxi ke Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Taxi situ guna kupon sekarang rupanya. Kena RM23. Huhu. Habis pukul 7 petang.

Lepas tu saya pujuk Siti dan Nurul ambil saya di Putrajaya. Diorang ni dari Nilai. Pi amek kursus kawen. Kebetulan Siti juga nak ke Kajang, nak pergi hotel mende ntah. Nak tengok graduation tadika anak saudaranya.

Siti dan anak buahnya.

Balik dari graduation ni, kami pergi makan Sate Kajang. Ni gara-gara saya berjanji nak belanja Siti ngan Nurul la ni. "Mai la amek aku kat Putrajaya ni nanti aku belanja makan". Hehehe

Nasi Paprik yang kurang sedap. Huh!

Sate Haji Samuri.

Balik dari Kajang, terus balik ke Nilai. Awal pagi esoknya lepas sarapan, diorang pergi Kursus Kawen, saya pun balik Segambut.Kemudian pukul 1.30 petang keluar balik. Pergi Shah Alam ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Ada hal sikit di situ.

Hari ni hari Isnin, saya nak lepak rumah je lah...



_______________
Hari tu abah kol, tanya bila nak balik kampung. Saya jawab "Next week! Next week!" :D




1 comments:

Ayaq masak said...

uh lama tak makan sate hj samuri.

Followers