:'(

Hari ini Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini.

Semoga segala amalan dalam Ramadhan kali
ini diterima Allah yang Esa.

Ya Allah, panjangkanlah usiaku sehingga aku bertemu Ramadhan yang akan datang.

Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin...

Sudah Sampai :)


Tiada kata dapat menggambarkan betapa gembiranya hati bila sudah berada di kampung halaman. Sampai di kampung jam 10 malam :) Thanx cikgu Nurul kerana menumpangkan saya. Saya pasti hari ini lebih ramai blogger yang akan pulang ke kampung.

Semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik. Amin :)

Hangit

Saya baru balik daripada majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk PMR dan SPM di sekolah. Makan nasi beriyani. Macam biasa, saya tetap akan ambil nasi putih. Tak puas seh makan nasi beriyani. Saya tidak suka nasi yang selain daripada warna putih.



Semalam hari last saya buat biskut. Hari ni saya tutup kedai. Tapi hari last ni la biskut saya jadi hangit pulak. Sedulang pulak tu. Bahagian atas elok kuning, rupa-rupanya bahagian bawah dah hitam :D Tapi dapat satu pengajaran, dulang hitam ni tak boleh letak di bahagian bawah oven rupanya, sebab selalu saya letak di tingkat atas, ok je pembakaran dan tindak balas redoksnya.

Tapi yang hangit ni la yang sedap :p

Ermm, tak tau nak bebel apa dah. Sekarang saya nak mengemas beg untuk balik kampung esok dan juga nak mengemas bilik saya ni. Sebelum balik kampung mesti pastikan semuanya kemas!

SELAMAT BALIK KAMPUNG SEMUA.

_______________
Esok last day keje. Jasad je di kelas. Jiwa dah melayang ke kampung :p

Ape-ape Aje

Sebaik saje dah masuk dalam toilet tiba-tiba... Alamak! Lupe amek towel la pulak.

Tapi tetiba terpikir....

Eh, bukan setan takde ke bulan ni? So tak payah tutup paler pun takpe la kan? ...kekekeke.

Aci kan? :p

Maaf, tulisan ini seakan berbau busuk sedikit, hak hak!

Dah 22 hari kita puasa. Sikit je lagi masuk 23 hari. Cepat betul! Saya harap "kawan baik" saya tu tak datang la melawat saya bulan-bulan pose ni. Lebih baik la "dia" datang hari raya nanti. Lebih afdal. Kueh raya pun banyak masa tu kan? Hahaha.

Jom! Jom! Tunggu Lailatul Qadar. Ustaz kata tak payah cari Lailatul Qadar. Kita kena tunggu je dia mai. Sure dapat.

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan. Suka saya dengan angka ni. Pasal 83 tahun saya lahir. 4 pula adalah bulannya :)

Agak-agak kalau letak hantaran 13483 banyak tak? Ngeeee...

Oh ya! Saya ada dapat doa untuk dapat jodoh dari Kak Fiza rakan sekerja saya. (Ruru, nanti aku bagi kat ko jugak ek! Hik Hik Hik) . Tapi tak amal-amal pun lagi. Patutnya bulan yang semua doa dikabulkan ni la kena amalkan doa tu.

"Kak Fiza, akak amal berapa lama sampai akak sampai jodoh?"

"Dalam 3 bulan la. Lepas tu terus jumpe. Kawan kejap je. Pastu terus ambil keputusan untuk menghalalkan".

"Ooooo 3 bulan ek? Ok! Ok! Tunggu saya umo 26 nanti lah baru saya baca".

"Laaa..gitu pulak?". Tegur Kak Shidah.

"Ye la kak Shidah, buatnya saya amalkan, lepas 3 bulan ni datang pulak orang. Saya ni banyak benda tak buat lagi ni. Gunung Kinabalu tu pun saya tak panjat lagi ". :p

"Hey, awak ingat awak pun sama ke 3 bulan? Mungkin bahagian awak setahun dua baru Dia beri". Kata Kak Shidah.

"Aah ekkkkk? Hehehehehe" . Awat la aku ni bengong sangat? :D

Naili's Place

Semalam berbuka puasa dengan Geng Msjbox di Naili's Place, Sentul. Dekat je rupenya rumah saya dengan Naili's Place kat Sentul ni. Pasni ada la tempat lepak yang baru, takde la nak pergi Kampung Baru yang crowded tu :p

Restoren ni cantek. Ala-ala masuk dalam taman or macam dalam hutan pun ada. Tak pun macam rasa main pondok-pondok masa kecik-kecik dulu.




Makan melambak, macam-macam ada. Dewasa RM29.90. Kanak-kanak RM15. Tak larat ler nak amek semua.



Saya juz ambil rojak ni...


...dengan beberapa ketul potongan buah. Tapi yang wajib untuk saya semasa berbuka adalah nasi penuh sepinggan :p


Ambil udang masak petai, sayur kacang kelisa, dengan sayur pekenamenye ntah? Bedal je makan dan jugak kerabu mangga (masin giler! tukang masaknya bakal dipinang orang kot, hahaha. Kan orang-orang tua kata, kalau masak termasin, ada orang nak mai minang). Tapi aku ni rasanya banyak kali gak masak termasin, takdak pun orang mai pinang, hahaha. Tak releven sungguh kata orang-orang tua itu :p

Lampu yang bercahaya suram ni la yang memenuhi ruang Naili's Place ni. Romantik gitu. Tapi rimas la suram-suram ni. Kalau dalam bilik tidor takpe la jugak suram-suram kan? Haha. Ni masa nak makan saya memang amat memerlukan lampu kalimantang, kalau boleh lampu Neon, Argon, Krypton segala bagai, biar nampak segala tulang-temulang ikan.

Apa-apa pun tempat ni best la untuk makan sambil bersantai-santai. Yang tak bestnya suraunya kecik nak mampos. Campur lelaki perempuan pulak tu. Kena tunggu turn satu-satu jantina tu abeh solat. Rasa-rasa Naili's ni macam Melayu punyer. Buat la tempat solat besor sikit. Sabo je la...

To Shai, terima kasih kerana menerima kedatangan saya dan Nurul walaupun kami menggunakan duit bayaran main bowling yang tak jadi dulu, ehe. Rasa macam makan free plak. Mintak halal segalanya ok! :)

Mana ada saya malu-malu masa makan. Takde maknanya nak malu-malu. Kalau malu perot lapor ar :D

Biskut Lagi???


Hari ni sempat menyiapkan 6 bekas choc chips. Tapi nak kena buat lagi. Mungkin esok saya sambung buat. Tiba-tiba dapat tempahan lebih pulak. Gajus pun macam tu. Ina teman zaman sekolah dulu tiba-tiba nak order gajus dengan choc chip ni. Housemate dia pun nak. Saya sebenarnya memang dah nak stop buat. Tapi dah diorang nak, tak sampai hati pulak. Buat je lah, lagi pun bahan-bahan masih ada lagi.

Eh, ok lah. Nak bersiap-siap ni. Hari ni berbuka kat luar. Join Geng Msjbox berbuka puasa :)

Cau Cin Cauuuu ;)




____________
Ruru, aku dah bagi no fon aku, reply me back. Camne nak bagi choc chip ko?

Ke Shah Alam

Hari ni negeri-negeri yang terpilih bercuti nuzul quran. Saya pulak buat cuti sendiri, hehehehehe.

"Kak Esha, cakap kat Kak Zura dayah amek MC ek?" SMS saya pada Kak Esha.

Pastu tetiba pikir, malas pulak nak pergi klinik, nanti cakap sakit perut pun mau dekat 30 hengget kena. Rugi tuuu...

Segera saya call Kak Esha.

"Kak Esha, cakap kat Kak Zura dayah senggugut la. Mesti tak payah amek MC kan? Tanya Kak Zura leh amek cuti rehat tak kalo senggugut? Hehehe".

Pukul 9.15 Kak Esha SMS bagitau Kak Zura kata boleh amek cuti. Yahoooo!!! Ni la padahnya, terpaksa main-main tipu sikit gara-gara kalau mintak cuti rehat secara elok, pasti susah nak diluluskan. Kurang la pahala pose aku arini pasal menipu, adehhhh...

Tapi nanti kalo kena senggugut betul-betul kat sekolah macam mana? Mampos! Dah la senggugut tahap gaban. Jawabnya kena turun ke kantin juga la beli air Coke. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan sekerja, kenapa minum Coke?

"Ntah, bila aku minum Coke, terus ilang senggugut aku. Sepupu aku la ajor. Aku pun heran gak. Tak kan la Coke tu terus pegi ke Uterus pulak kan? Hahaha!"

"Ahhhh, psiko je tu. Ape kena mengena Coke leh hilangkan senggugut?"

"Dulik lah, janji sakit ilang. Dari rasa macam nak bagi terajang, baik minum bagi ilang sakit".

Oppps, out of topic plak. By da way, sapa nak cuba try test petua tu silalah :p

Cik Nurul mengajar di Selangor, memang la dia cuti. Saya naik tren ke Rawang terus diambil oleh Cik Nurul. Kami ke Shah Alam melalui Lebuhraya Guthrie. Sampai di PKNS, susah pulak nak dapat parking. Masuk je dalam PKNS, tu diaaaaa, macam sardin. Tak best jugak kalau shopping dalam keadaan ramai orang ni. Tapi bila la masa nak tunggu orang takde, ye tak? Nak pilih baju pun payah. Tapi setelah bersusah payah akhirnya dapat la juga baju yang terbekenan dek hati.

Oh ya! Tadi lepas tarawih, ada tazkirah. Antara isi yang saya dapat yang boleh dishare sikit ialah :

Ustaz tu kata bulan Ramadhan ni kena banyak istighfar, kena banyak sebut kalimah syahadah, kena fokus pada masa depan yakni masa depan di akhirat sana, fokus dalam otak untuk dapat jannah, pastu kena banyak bersedekah, bagi duit, jangan tunggu raya baru nak bagi duit. Sekarang ni bila dah tukar duit kat bank tu, elok la diberikan dalam bulan Ramadhan ni. Kalau masa raya nanti dah lain perkiraannya. Bukankah amalan di bulan Ramadhan lagi berlipat kali ganda?


Betul jugak kan? Apesal tunggu raya baru nak bagi duit-duit lawa yang ditukar kat bank tu? Tu bukan ibadat dah namanya, dah jadi adat pulak. Hurmmm....

Ok lah, dah ngantuk la pulak. Esok nak mengajor tajuk baru Chemistry. Acids and Alkalis. Alamak! Tak sempat nak study lagi :D




______________
Cikgu BaniHassim! Akhirnya aku sampai jugak masuk dalam PKNS, hehe.

Entry Ni Takde Tajuk


Semalam tido pukul 1 pagi. Menyiapkan tempahan biskut raya la, hehe. Dari lepas subuh saya start buat sampai sambung lepas tarawih. Alhamdulillah, masih berdaya buat tarawih. Melampau la kalau tak pegi kan. Buat biskut larat, nak tarawih tak larat. Mau ku bagi penampor pada diriku sendiri.

Kenapa ek, saya suka tengok rupa biskut ni sebelum dimasak dari yang selepas dimasak. Kalau leh jual mentah-mentah camni comey gak, ehe...

Sambil saya buat biskut saya ni, Cik Nurul ni nak buat pulak resepi yang saya pernah pergi belajar dulu. Badam bercoklat. Senang tahap nano nak buat biskut nih!

Campur je badam yang dah dipanggang dengan coklat yang dah dicairkan. Pastu sudukan dalam cup. Tabur la benda warna-warni sebagai hiasan.

Cik Nurul suka katanya biskut ni. Saya takde la suka pulak, ehe.

Biskut gajus saya tu baru semalam siap, hari ni dah terjual 7 bekas. Alhamdulillah alhamdulillah. Nak kena buat lagi dua kilo bancuhan ni untuk tempahan Kak kopisuam, tiga orang osmet dengan beberapa lagi dari membe-membe. First time saya jual biskut ni kat KL. Kalau kat kampung memang dah ada pelanggan setia.

Tu pun semalam As osmet tanya ada nak ambil tempahan lagi tak? Pasal kakak-kakak yang keje CIMB tanya. Alahai, saya ni buat kecil-kecilan je. Sekarang ni masa dah suntuk. Takpe, takpe. Tahun depan kalau panjang umur dan ada rezeki akan saya lebarkan sayap perniagaan ni ke CIMB plak, kekekeke.




__________________
Kat sekolah tadi dapat tahu saya dapat Induksi 16-30 Oktober nanti. Ok jugak tarikh tu. Tarikh tu adalah minggu-minggu exam final dengan xm PMR kat sekolah. Yahoooo!!! Tak payah jaga xm, terutamanya PMR yang kena pegi jaga sekolah lain.

Tapi SPM macam ada kemungkinan kena jaga je. Jadi di sini, saya ingin meng'ofer' mana-mana guru yang tidak kena jaga SPM nanti, untuk ganti tempat saya. Jangan bimbang kerana habuan RM300-RM350 akan saya beri pada anda. Elaun yang kerajaan bagi banyak jugak dapat kan? Saya up dengan duit saya untuk ditawarkan pada anda, ehe.

Saya tak nak jaga SPM tahun ni pasal ada hal sikit cuti sekolah bulan 11 dan 12 nanti ;) Tapi bukan hal kawen yer, giler apa kawen sampai 2 bulan :p

Melayan Nafsu

Semalam first time beli juadah berbuka secara berleluasa tak hengat dunia kat Bazar Ramadhan Taman Tun. Tu pun gara-gara tengok rancangan Shamsul Ghau Ghau yang promote Bazar Ramadhan Taman Tun tu. Ada dua gerai yang femes dia promote dalam rancangan tu, gerai Popia Pak Ya dengan gerai Putu Piring. So apa lagi, petang semalam kami pun serbu la. Memang kena beratur la kat dua gerai ni.

Ini bukan nak buka pose namanya ni. Ni nak mentakedarah nih! haha

Ini putu piring yang femes kat bazar ramadhan situ. Ok la, sedap. Berbaloi beli. Satu 50 sen. Nor beli yang ni.


Popia goreng dengan popia basah Pak Ya, yang jugak femes kat situ. Ok la, sedap! Berbaloi beli. Singgit satu. Besar pulak tu! Ni pun Nor yang beli.

Ni Murtabak Raja. Antara yang femes. Ni saya yang beli. Disebabkan lapor mata, saya beli yang size Raja, besaq weh. Saya amek mixed - daging + ayam + seafood. Sudahnya tak habis pun makan, hehe. RM10 hengget sekeping! Tapi brader yang jual tu ensem! Hahaha

Kepak ayam. Saya beli jugak. 6 ketul rm10. Ok la, sedap.

Ni sup. Boleh pilih nak bahagian apa kat badan lembu tu. Nak urat kaki ke, nak paru-paru ke, nak pankreas ke, duodenum ke, ileum ke, tulang rusuk ke, nak lidah ke, nak buah pinggang ke, nak otak ke. Pankreas, duodenum, buah pinggang ngan otak tu saya tipu je. Mana ada dia jual, hehe. Saya dan Nurul pilih paru-paru, urat kaki, amik lidah sikit dengan daging dan cendawan shitake. Sekali kena 30 hengget! Mangaiii! Terpengsan sekejap! Paling hampeh, balik terawih, tengok-tengok dah berbuih sup ni. Hampeh betul. Meniaga la elok-elok, mesti sup semalam semalam dan semalam dia dok panaskan je.




Kailan goreng, siakap sambal dengan lala masak lemak ni Mira yang masak. Dia tak ikut pi bazar ramadhan. Memang dah boleh kawen dah Mira ni. Hik hik!



And lastly air special. Ice cream soda+limau nipis+pewarna hijau. Saya dapat dari majalah RASA, hehe. Sedappp!!! Cubalah! Tapi Nor yang bancuh. Saya bagi guide je, kekekeke.



____________________
Ok lah, nak sambung buat biskut gajus. Dah la semalam kena reject dua talam. Gara-gara biskut tu gemuk sangat. Tak muat dalam bekas. Adoi la!



Makan untuk Berbuka

"Nora! Dah dapat resepi ayam percik kat kak wan ke blom?"

"Dah, dah..ada ni". Sambil tunjuk-tunjuk kat dalam handbag dia.

Semalam sembang-sembang pasal ayam percik kelate. Kata diorang sedap. Saya tak pernah makan.

Tup-tup dapat sms dari mira osmet. Dia tanya nak masak ape? Kata dia plan nak masak ayam percik. Perghhh, sama perasaan tu. Saya memang plan nak buat pun. Disebabkan mira orang kelate, saya bagi dia la yang buat walaupun saya dah dapat resepi dari kerani sekolah saya, Kak Wan.

Saya tolong-tolong mana yang patut.Baru kutahu ayam percik versi kelate berkuahkan santan. Sambalnya tu ada santan. Memang sodap! So sekarang ni saya dah tau la macam mana nak buat ayam percik kelate. Hari keluarga raya nanti nak buat la ;)

As pulak buat kerabu mangga. Hari ni tugas saya tolong-tolong je la.


Lagipun tadi saya menyusun atur semula rumah ni. Pasal esok nak start buat biskut. Al-maklum la, rumah flat ni kecik. Nak kena letak oven tu dekat dengan plug. Sekarang dah setel. Esok insya Allah saya mula buat. Tapi telur sepapan tak beli lagi nih!




______________
So Nora, aku tau ko akan baca entry aku ni. Aku dah buat ayam percik. Ko bile lagi? :p
Hari ni berbuka saya masak sorang-sorang. Mula-mula tunggu jugak bebudak rumah ni. Tapi tunggu punye tunggu tak keluar-keluar dari sarang. Penat sangat kot. Takpe lah, aku masak je la apa yang ada.

Bukak peti ais tengok apa pun tarak. Yang ada sayur kobis dengan ape-ke-nama-sayur lagi satu tu. Ahh, masak sayur goreng-goreng hentam je la. Nak makan lauk ape plak ni? Nak turun beli ikan kat kedai bawah malas la pulak. Haa, nasib baik ada sardin.

Macam mana nak masak sardin ni bagi sedap. Alamak, kena kol mak, ehe.

"Helo, mak!"

"aaa..ape?"

"Macam mana nak masak sardin?"

"Bla..bla..tumbuk..masuk..tumis...jgn byk minyak...goreng..bla bla...asam keping..garam...bla bla...angkat".

"Okey!"

Saya ni masak yang simple-simple tak terer sangat, tu kena tanya mak, kekeke! Kalo masakan yang complicated, no hal punya, wakakakaka! Ayat :p

Naseb baik menjadi sardin saya. Sama rasa macam mak buat. Fuh! Dah boleh kawen dah la macam ni, hak hak hak!

Dah ada sardin dengan sayur. Errmm, terasa macam nak buat murtabak megi. Apa lagi. Ambil bahan-bahan dan terus buat. Pukul 7 bebudak rumah ni tak bangun-bangun lagi.

Aiii...aku sorang je ke pose arini? Yang lain datang bendera jepun ke?

Saya ketuk pintu Nor. Tak lama pastu dia keluar. Mungkin dia penat sangat kot. Pasal semalam baru balik dari kampungnya di Kedah.

Saya kol Mira, sebab tengok macam dia tak balik lagi. Rupe-rupenya dia berbuka kat luar dengan kawan dia. Ceh! Awat la tak habaq?

Bila tiba waktu berbuka, saya berbuka dengan berselera sekali dengan masakan hentam kromo itu. Jadilah... lepas la bagi anak-anak saya makan. Jangan tak tau, saya ni ada anak-anak tau. Anak tekak dengan anak cacing. Anak juga apaaa....

Ingatkan masak je sorang-sorang, sekali pi taraweh pun sorang-sorang. Nor ada keje nak wat kot. Kak Esha depan rumah pun kata dia nak siapkan soklan Lukisan Kejuruteraan. Jalan kaki la menonong sensorong.

Takde ke teruna yang jalan sensorang jugak? Mana tau kot leh bertemu jodoh, wakakaka! Huh, merepek je aku ni di bulan yang mulia ni. Dah! Dah! Stop merepeking!



_____________________
Sempena bulan mulia ni, saya nak mohon maaf pada semua blogger yang bertandang ke blog saya kot ada entry saya yang terkasar bahasanya. Juga komen-komen saya di blog anda semua yang terlebih sangat pedasnya, kot ada la, ehe. 0-0 eh! :)


Setahun Sekali

Saya dah balik semula ke KL. Lepas berbuka semalam, pukul 8.30 nurul pun sampai. Thanx yer cikgu Nurul kerana menumpangkan teman. Kalau la cikgu Nurul ni kawen nanti, aduhai... Tak dapek dah la menumpang kasih dari cikgu Nurul.


3 hari di kampung sempat la menyiapkan sekotak penuh biskut gajus ni. Ni pun saya dah beli bahan-bahan kueh, nak buat kat rumah sewa ni. Tapi kenapa macam malas ar. Adeh! Dah la beratus jugak kos semua bahan-bahan tu. Hmmm mesti buat, jangan tak buat.


Tahun ni nak buat biskut gajus dengan choc chip je lah. Malas nak buat Almond London. Buat untuk makan sendiri kat kampung nanti je lah. Lagi pun cuti raya kali ni dapat berlama sikit di kampung. Sempat la saya buat biskut dan kek-kek yang saya dah belajo tu. Tak dibuat kang tak guna jugak pi belajo. Ilmu mesti diamalkan, ye tak! (Renung-renungkan, dan selamat beramal!) :p

Lagi setengah jam nak berbuka ni. Hari ni saya buat kerabu sotong dan As osmet buat siakap tiga rasa. Walawei! Tak sabor nak berbuka. Chow dulu yer! :)


__________________
Batuk saya tak baik-baik lagi. Dah dua minggu. Takutnyaaaa....

Followers