END

Minggu-minggu akhir hujung tahun saya dihabiskan dengan menjayakan diri baca :

1. Nota Jutawan Nota Motivasi
2. Nota Jutawan Nota Perniagaan
3. Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha

Sangat-sangat mengesyorkan anda anda semua membaca buku tulisan Irfan Khairi itu. Dan err Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha itu sekadar selingan. Sekali-sekala saya juga perlu baca kisah cinta. Terbuai-buai dibuatnya. Tapi tetap tak boleh lawan Ayat-Ayat Cinta ;)

Tadi saya didatangi rakan seprofesion yang dulunya satu sekolah dengan saya. Tapi sudah setahun bertukar ke sekolah lain. Beliau inginkan segala mak nenek power point saya. Perghhh.. sesenang je nak sedut kan? Dalam dok mengomel-ngomel dalam hati, saya bagi la jugak. Tapi tak semua la. Lemak la nak bagi semua. Power point tu kira hak cipta terpelihara saya la kan. Baru saya faham perasaan penulis buku, penggubah lagu, penyanyi, pelakon, pelukis etc etc bila hasil kerjanya dicetak rompak.

Nampaknya lepas ni saya nak CD kan semua power point saya dan jual! Hermmm... saya nak jual CD power point pengajaran Science Form 1, Form 2, Form 3, Chemistry Form 4, Chemistry Form 5. Satu cd RM15. Ramai tuuu cikgu-cikgu yang memerlukan. Macam kata Irfan Khairi, idea menjual tu datang dari masalah yang dihadapi oleh orang lain. Ada cikgu yang tak cukup masa nak buat power point atau lebih tepat lagi kadang-kadang MALAS. Yang tau nak cedok je kerja orang lain. [sorry, tengah geram sikit nih]. Tapi takpelah, niat sedekah. Ikhlaskanlah!

Di hari terakhir di dalam tahun 2008 ni saya menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki saya memohon kemaafan dari semua blogger, pembaca blog saya yang menonjolkan diri, yang main aci-aci buka pintu, main nyorok-nyorok jadi silent reader dan pada sesiapa saja yang membaca tulisan blog saya yang ceritanya ntah-hapa-hapa ini.

Maaf jika ada yang pernah terasa dengan tulisan saya. Yang rajin memberi komen dan pandangan atas entry saya, terima kasih saya ucapkan. Yang sudi meng'link'kan url saya, terima kasih banyak-banyak. Yang tak saya 'link'kan, minta maaf banyak-banyak. Bukan saya sombong atau tak sudi. Tapi terlepas pandang. Saya ni baik dan mesra orangnya. Muka je nampak garang :D


Semoga tahun baru hijrah ini memberi lebih sinar kejayaan buat kita semua.




Tugas Dah Bermula

Pagi tadi saya bertolak dari Nilai jam 7 pagi dengan komuter ke KL. Sebelum pukul 10 pagi saya perlu berada di sekolah. Hari ni keputusan PMR 2008 keluar. Saya guru kelas form 3. Tanggungjawab saya la untuk bagi result budak kelas saya. Pukul 8.20 saya selamat sampai ke dalam rumah sewa saya. Ngantuk la pulak. Tidoq sekejap lah, hehe. Pukul 9 saya bangun semula. Malas betul nak iron baju. Call Kak Faridah.

"Kak Farid, dah sampai sekolah ke?"

"Blom lagi".

"Akak, pakai jeans boleh tak?". Ingat nak pakai je jeans dengan t-shirt yang dari Nilai tadi. Haha!

"Isk, formal lah. Pakai suar slad la...".

"Ermm..ok!"

Siap-siap, saya pun keluar semasa jam menunjukkan pukul 9.35 pagi. Nasib baik cepat dapat taxi. Sembang-sembang, rupa-rupanya pemandu taxi tu ayah kepada anak murid saya. Dapat la tambang 5 hengget jer, biasanya meter lebih 5 hengget. Anak dia form 3. Saya tanya encik tu, tak nak singgah ambil result Amirul ke? Kata dia, biar Amirul lah yang ambil.

Elok turun dari taxi, Kak Ti call.

"Ha hidayah! Awak kat mana?"

"Saya sampai dah ni..sat sat..". Sambil terkocoh-kocoh nak menyeberang jalan.

"Mana dianya dah sampai?"

"Ni..baru nak masuk pintu pagar ni. Sat..sat!".

Di luar pagar kereta parent dah berderet. Masuk kawasan sekolah budak-budak dah ramai.

"Hye teacher! Hye cikgu! We are so nervous!". Jerit mereka yang sedang duduk berkumpul sepanjang laluan berbumbung tu.

Saya senyum-senyum jer. Dalam hati saya pun risau. Saya risau subject yang saya ajor. Kalau percent turun mampos gue!

Pukul 10.30 kami guru-guru pun mula bergerak ke Dewan Terbuka. Lepas tu bermula la acara bagi result. Hahaha, macam lawak pulak rasa. Dulu saya yang ambil result dari cikgu. Sekarang saya yang bagi result pada anak didik saya. Menggeletar jugak tangan saya masa bagi kertas keputusan pada diorang. Alhamdulillah, kelas 3C semua lulus subjek Sains. Ramai yang dapat A. Ramai juga yang dapat 8A dan 7A. Tapi analisis penuh saya tak tahu lagi. SU Peperiksaan tak siapkan lagi.

Ada yang ucap terima kasih tak henti-henti. Ada yang ucap terima kasih ala kadar jer. Ada juga yang tak ucap lansung. Biasa la tu. Dah biasa sangat perangai-perangai sesetengah dari mereka ni. Hampir tengah hari semua settle. Lepas makan tengah hari, saya balik rumah sekejap. Pukul 2 nanti ada meeting guru pulak.

Punya la ngantuk giler saya masa meeting ni. Saya tak suka meeting. Esok pagi ada lagi meeting.
Dah dapat Buku Rekod Mengajar. Lawa sikit dari tahun-tahun lepas punye yang warna kuning je sokmo. So tahun depan saya jadi guru kelas Tingkatan 5M pulak. Saya dapat 27 waktu mengajar seminggu. Saya dapat ajar Kimia Form 5, Science Form 2 dan Geografi Ting.1. Sabo je la. Tapi ok la Geografi dari sivik, pendidikan jasmani atau moral. Geografi ni common sense jer, hehe. Tapi yang lomahnya ajor Ting.1. Den ni lomah sikit kalo bebudak kecik ni. Form 1 ni masih terbawa-bawa keanak-anakannya tu. Bising pulak tu. Apa-apa benda semua akan mengadu kat cikgu. [haku lempang jugak kang!]. Nak buat garang la masa masuk kelas Form 1 nanti. Bior diorang kecut perut sikit, ngeh ngeh ngeh!

Tugas-tugas lain, saya still jadi Guru Penasihat Kelab Skim Lencana Anti Dadah, Guru Penasihat Kelab Badminton dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kelas. Paling saya kecut perut saya jadi Ketua Rumah Kuning. Adoi la, dah la rumah kuning sering jadi juara. Jenuh la nak mengekalkan kejuaraan. Kekeke! Paling best saya dah tak jadi Guru Jadual Waktu. Yahooo!!! Menyampah seh buat relief. Tiap kali turn saya kena buat relief mesti muka saya jadi macam kuceng lepas beranak. [eh, macam mana muka kuceng lepas beranak ek?]

Saya rasa prestasi saya sepanjang tahun 2008 semacam hampeh jer. Keje ada je yang tak setel. Silibus Kimia saya dengan Form 4 tak habis 2 topik. Nasib baik follow bebudak tu naik Form 5. Takde la saya menyusahkan guru lain melainkan menyusahkan diri saya sendiri, ehe.

Saya ni bercadang nak balik kampung esok, lepas meeting. Tengok-tengok saya kena jadi MC untuk majlis pendaftaran Form 1 Jumaat ni. Tak dapek la gue memonteng. Kalau saya tak datang, tak berjalan la majlis. Eceh! Ni yang malas tunjuk bakat public speaking neh. Asek kena jadi MC je. [padahal tak sampai pun 10 kali jadi MC].

Ok lah, stop dulu. Nak pi mandi dulu. Ciau!

Hujung Minggu III


Selamat juga kami sampai ke kenduri Nor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting. Nor ni kawan semasa di USM.

Sedap sehhh makan kenduri Nor ni. Masakan orang Jawe la katekan. Sehingga menjilat jari teman dibuatnye.

Ok lah, nak ucap Selamat Tahun Baru semua. Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun yer. Renung-renungkan, dan selamat beramal!!!






Hujung Minggu II


Kali kedua saya ajak Ct makan Sushi King lagi, haha. Tapi kali ni kami pergi ke Jusco Seremban. Kebetulan nak menunggu Chieffy sampai dari Penang. You know what? Saya kalau suka makan satu-satu benda saya akan ulang banyak kali. Sama macam saya suka Kinde Bueno, saya akan makan Kinde Bueno direct beberapa hari. Dah puas hati baru stop makan.. Kali ni saya cuba belajar guna chopstick. [hampeh, dah tua cenggini pun tak reti guna chopstick]


Lepas makan 8 ketul sushi, saya order ini belut. Sodap! Mesti ada yang tak lalu makan belut kan? Saya tolak batu dengan kayu je. Terkial-kial seh nak makan guna chopstick. Pekerja tu siap ajar lagi saya pegang chopstick selepas beliau melihat aksi spastik saya memegang chopstick. [penah baca kenapa orang cina terer maths. sebab dari kecil diorang guna chopstick untuk makan. dan penggunaan chopstick tu mengaktifkan bahgian otak yang berfungsi lebih untuk kira-kira. lepas ni ajor anak-anak makan guna chopstick, yer]

Tapi last-last saya dah kurang sabo..

"Dik dik... ada sudu n garfu tak. Tak reti ah nak guna chopstick nih. Hehe".

Tak lama lepas tu dia datang dengan membawa sudu je. "Garfu takde laaa.."
"Takpe..takpe... Tengkiuuu..".

Semalam makan di Alamanda kena 40 hengget. Kali ni makan kena 80 hengget. Amek hang!
Pukul 4.30 Chieffy sampai Terminal One Seremban. Elok nak gerak kereta, ada perempuan Cina tahan kami. Dia kata tayar belakang pancit. Adoi la. Dan sebagai seorang perempuan yang hanya tahu membawa kereta, bab-bab tukar tayar memang tiada dalam memori kepala otak ni. Nasib baik nampak Abg Guard. Mintak tolong dia la tuka tayar. Legaaa....

Chieffy pulak terpaksa mai ke Jusco dengan taxi. Balik semula ke rumah Ct di Nilai. Lepas maghrib keluar makan.


Dalam keadaan perut masih berasa kenyang pun kami bertiga masih mampu menghabiskan lala masak serai, kerang bakar, somtam, kerapu tiga rasa, brokoli goreng dan nasi sepinggan penuh masing-masing.[errr kecuali Ct, pasal dia jaga badan, hehe]. Sedap, sedap. Kedai ni memang masak sedap.

Balik dari makan, pi jalan-jalan ke KLIA sekejap. Masuk dalam, ramai orang baru balik dari Mekah. Sebak pulak rasa bila tengok diorang berpeluk-pelukan jumpa saudara-mara masing-masing.

And last but not least, this is my car in the next 12 months. Hehehe. Imagine and have faith in yourself. That is what The Secret said :)






Hujung Minggu 1

Nasib baik kat Nilai ni ada 3G yer. Dapat la berintenet juga. Semalam jalan-jalan di Alamanda. Ct ajak makan Sushi King. Sebenarnya dah lama teringin makan kat Sushi King tapi masalahnya saya macam tak tahu nak order macam mana, hahaha. Al-maklumlah, saya ni budak kampung je kan.. kekeke. Setakat makan sushi kat Tesco tu penah la.

Ghoper-ghopernye senang je. Sebagai first timer saya mana reti sangat kan. Dah la tak reti pakai chopstick, hehe. Lepas tu boleh pulak pi order coffee, wakakaka.

"Cofee takde kak". Sambil adik tu senyum je.

"Ooo, xde ea? Hehehe". Malu saya :p Akhirnya saya order la teh hijau jepun. Dah namanya makan Sushi, kena la menjepunkan diri kan.

Mentang-mentang la saya ni peminat fanatik coffee, ke mana-mana nak coffee. [Aritu baca dalam majalah Harmoni, ada kajian kat negara omputeh nun kata minum coffee boleh mengecilkan saiz buah dada wanita]. Haha, dulik ape saya. Tapi rasanya kajian tu tak betullah! Cuba korang [pompuan] check saiz korang punye sekarang. Ada beza ke? Haha. Kalau yang lelaki nak check korang punye dada pun, silalah!


Lepas solat maghrib, jalan-jalan cuci mata. Banyak sale sekarang ni. Lepas tu rasa nak tengok wayang. Kami pun decide nak tengok Brain Scan, filem komedi fiksyen arahan Ahmad Idham. Penuh budak-budak je dalam panggung bersama parent diorang. Ok la cerita ni. Lawak tengok aksi Mek dengan Zul Yahya semasa bertukar personaliti tu.

Ok lah, hujung minggu ni mesti ramai blogger jalan-jalan. Selamat berhujung minggu semua.




Naga Oh Naga


Hari pertama, bangun pagi, ke toilet. Macam perasan urine kaler merah. Ermm, perasan aku je kot.

Hari kedua, bangun pagi, ke toilet. Sekali memang sure kaler merah. Ahhh sudah! Cuak! Apsal dengan urine aku ni? Kidney aku problem ke? Jangan la penyakit dulu datang balik. Cepat-cepat tengok muka kat cermin, tak sembap pun. Cepat-cepat tekan daging betis dengan jari. Ok je, normal.

Relax... Relax... Aku kurang minum air kot. Setel mandi minum air banyak-banyak. Tak lama lepas tu rasa nak membuang. Takutnya nak pergi toilet... Huhu. Sekali tengok faeces kaler macam lain je. Ada terbaca kalau faeces warna gelap, something wrong with the colon. Sekali tengok ada biji-biji kecil. Aik? Macam biji-biji kecil pada buah naga tu???

Sah! Sah! Pewarnaan ni datang dari buah naga berisi merah yang kubeli kat Kuala Pilah haritu. Memang kalernya kuat amat pun. Tapi takkan sampai efect pada urine.

Takpe-takpe, cuba makan lagi sebijik buah naga. Kali ketiga memang sah warna itu datang dari buah naga. Semalam dan hari ini semua kembali normal. Fuh!

Hari pertama saya balun sebijik.

Hari kedua saya balun 2 bijik.

Hari ketiga saya balun sebijik.

Sebelum ni tak suka buah naga. Baru cuba belajar makan buah naga. Aritu makan sepotong dua je. Rasa sedap. Tu yang balun makan sampai 4 bijik.

Naga naga... Lu bikin gua cuak jer!

Ke aku sorang je yang mengalami masalah macam ni??? Hehe. Must check with other people too.

_______________
Masa Form 1, my kidney function wrongly. Ada darah pada urine juga ada protein yang keluar. Muka jadi sembap. Doktor juga ajar cek diri sendiri. Tekan daging betis. Kalau kawasan ditekan tu surut lama, itu tak bagus. Maksudnya banyak air tersimpan pasal buah pinggang tak proses dengan betul, ke macam mana ntah. Masa tu form 1, bukan paham sangat pun.

Kini Mobile

Okeh! Settle! Dua hari lepas dah tukar ke pelan postpaid. Lepas ni tak payah dah asik nak beli topup je. Lagi melebihi had ada la rasanya. Kadang-kadang mak nak guna fon...

"Ala mak, kredit tinggal sikit".

"Isk, dah koje pun tak bertopup".

Hehehe, sekarang senang dah. Tak perlu fikir topup lagi. Mak pun, time dia nak guna fon tu la yang kredit tengah sikit. Masa tengah banyak takde pulak nak guna.


Lepas dah tukar postpaid, terus tuka Maxis Broadbandku yang guna ZTE Modem ke USB Modem. Hurm, mobile la sikit guna menatang nih. Lagipun tengah promosi kepada sesiapa yang pakai postpaid. Murah la sikit bayarannya bulan-bulan berbanding harga asal yang sepatutnya dibayar.




_________
Cikgu Jawe, sampai hati nak tulis aku kawen dengan Bangla ek. Nak merajuk lah macam ni!
Cikgu BH, setakat "Permata Yang Hilang" tu dah berzaman aku khatam. Teori semua dalam genggaman. Praktikal je dok lagi. Tengah tunggu sijil Halalan Toyyiba keluar nih, hahaha. Dengan cop sah SIRIM sekali, huahuahuahua!



Updated

Baru lepas tengok cerita Mertua VS Menantu. Elok habis je dapat sms dari Azwa.

Aku baru beli buku, HOW TO MARRY THE MAN OF YOUR CHOICE :) Target kawen dec 2009

Hahaha! Nak tergelak aku bc msg hg. Beli kt mn? Aku nk beli jgk lah!

Br blk dr mph. Beli jgn xbeli.

Np la xbli kt aku jgk. Lenkali msg la aku.?

Hok aloh. Ko kn nk buku copek kayo jo..hehe. Nnt aku da temu jodoh, aku pas buku ni kt ko ek.

Eh, kalo buku2 motivasi gtu aku minat apo. Xpe, esok aku kuar ngan kwn aku, leh aku cr gak. Kt bahgian ape kt mph buku tu?

Kat self help/motivation. Weh, ko survey la buku2 len. Aku bc sepintas lalu td mcm best, grab je la! RM49.


Hurm, esok nak try cari lah. Tapi dok pikir-pikir jugak ni. Buku tu mesti omputeh yang buat. Watpe susah payah baca omputeh punye padahal dalam Islam dah ada garis panduan. Yang penting esok nak cari buku BLUE OCEAN STRATEGY.




________________
Weh, saya ni bukan tak balik kampung lansung la. Dah dok kampung 2 minggu. Balik ke KL semula sebab kawan kawen di Bahau. Ahad ni pun ada kawan kawen ni Banting. So next week dah takde sape yang kawen, so saya boleh la balik kampung semula. Lagipun Kuale Lumpor - Kuale Kangsor ni bukan la jauh benor.

Home Sweet Home


Uwaaaa!!!!

HOMESICK!!! HOMESICK!!!

Hari ni rasa homesick sangat-sangat!


Nak balik kampung. Tak kira, nak balik kampung jugak!!!


Tapi minggu ni tak boleh balik lagi. Esok dah janji nak keluar dengan Bull, dah lama tak jumpe. Lepas jumaat kena setelkan hal Maxis Broadband ni dulu. Promotion habis sampai end of this Dec. Sabtu kena ke Nilai sebelum Ahadnya ke Banting. Dah janji dengan kawan-kawan untuk bertemu muka dan melihat lobang idung masing-masing.

Tenangnya rasa dok kampung. Kadang-kadang saya rasa menyampah dok Kolumpo neh!

Dok kampung tenanggggg jer. Tapi kalo lama-lama ada gak rasa boring, hehe :D Tapi sikit je la rasa tu. Boring-boring pun ada mak abah dan adik.

Sian siput babi ni. Terbakar sekali masa mak bakar daun-daun kat kebun kot!

Dulu ini adalah lubuk yang dalam. Tempat permainanku dan rakan-rakan. Sikit pun rasa tak takut mandi kat lubuk ni. Kalau sekarang, bagi 500 hengget pun teman tak nak mandi kat sini, hehe. Perasan tak akar pokok tu macam muka hantu? Hehehe.




Nampak gayanya ujung minggu depan la baru boleh balik kampung. Adehhh...



_________
Saya baru perasan, semua kawan-kawan sepermainan saya mandi sungai, terjun lubuk, tangkap ikan, panjat pokok, main mak-mak, main kejor-kejor, main congkak, main tanah tu semuanya dah kawen. Kak Shikin, Mamat, Kak Eli, Zila, Ula, Abg Lokman etc etc semua dah menamatkan zaman bujang. Saya masih di zaman kanak-kanak agaknya, hik hik!

Wow! Oren!


Tengah hari tadi ke Bandar Tun Razak. Memenuhi jemputan walimah Naim dan pasangannya Shila. Naim rakan satu course di USM. Pasangannya muda lagi. Baru usia 23 tahun. Bakal jadi guru juga. Dua-dua pun anak Bongsu.


Naim ni orang Kedah. Dia buat kenduri sekali je terus kat belah pompuan ni. Senang cerita. Tapi bagus juga. Senang lagi kami nak pi di Bandar Tun Razak ni.

Hurmmm... Hari ni baru 21hb. Walawei! Apa nak buat untuk mengisi masa lapang ni ha?






Melah Pinang

Enggau penuh basa sereta puji ngelalu ke penatai
Nuan/Kita Sebilik/Kita Serumah

NUR HIDAYAH
ngagai pengerami melah pinang anak lelaki kami

Jeffery Anak Budin
enggau
Norafizah bte Zainuddin

Alai : Rumah Budin, Sungai Majau, 96700 Kanowit, Sibu, Sarawak.

Kami gaga ati sereta meri besai terima kasih
ngagai penatai bala kita

Jemputan di Sarawak ni tak dapek den nak poie. Den poie kek Bahau ajolah!


Pukul 6.40 petang tadi selamat sampai ke KL dari Bahau setelah tido semalaman di rumah Fiza. Puas hati dapat pergi kenduri kawen Fiza. Membe semasa di USM. Fiza ni jugak housemate saya masa praktikal. Zaman belajar macam mana nak jadi cikgu. Bezanya dia dapat praktikal di sekolah Teknik di Pekan. Saya di sekolah kampung. Sekarang dia mengajar anak-anak Iban di Miri. Saya mengajar anak-anak Kota Lumpur.


Ikut hati nak ikut pergi majlis di rumah panjang, hehehe. Tapi Fiza tak bagi. Takut saya terkejut tengok nanti katanya. Hahaha. Tapi dalam hati memang tersimpan keinginan nak pergi jejak kaki ke rumah panjang Jep nih.


Seorang Melayu dan seorang Iban. Tapi bukan berkenalan di Sarawak. Berkawan sejak dari USM lagi. Dua-dua PALAPES Navy. Fiza dah terer cakap Iban. Ternganga saya dan Nurul dibuatnya.

"Wei! Hang cakap Iban?"

"Kena la dayah oiii!!! Mak ayah Jep mana reti cakap bahasa lain. Lagipun anak murid aku Iban. Nak explain bahasa melayu mana paham. Lama-lama reti la aku cakap. Itu pun kira beginner je tau".

Mak Ayah Jep. Ayahnya Tuai Rumah. Jangan main-main, ehe.

Kakak n Abang ipar Jep. Tak sempat saya nak bergambar personal dengan anak sedara Jep yang berpakaian tradisional tu. Cepat pulak dia salin pakaian. Silap gak, apesal tak kusarung je pulak pakaian tu. Kan lagi gempak :D


Oh ya, Fiza mendapat jurufoto yang tak best lansung. Takde aksi lompat-lompat. Takde aksi baling-baling bunga. Takde aksi candid. Takde aksi giler-giler. Semuanya aksi skema nak mampos! Semuanya aksi macam pengantin dulu-dulu. Tak happening seh! Harap je camera panjang macam hidung Pinnochio. Tapi tak pro, hahaha. Eh, selamba je saya kutuk. Tapi memang yer. Dah la asek ambil gambar pengantin berdua je. Bila nak masuk dengan kawan-kawan tak dibaginya. Sabo je la.

Sembang-sembang dengan Jep, ditanya saya, "Dayah bile lagi?"

"Hahahaha!". Gelak je lah. Tak reti nak jawab gapo.


On da way balik, beli buah naga kek Kualo Pilah. Dah banyak tanam buah naga rupanya kat Kuala Pilah ni. Maso den matrik sini dulu takdo pun laei. Ahhh, rindu zaman hidupku di Kuala Pilah! Dah 6 tahun tak jejak Kuala Pilah sehinggalah pergi ke kenduri Fiza ni. Tapi tak sempat jenguk matrik saya. Lain kali nak datang lagi lah. Nak ajak membe-membe satu praktikum menjejak kenangan lama.

Semoga berbahagia buat Fiza dan Jep. Ahlan wa Sahlan buat Jep.

Daaa...

Sekejap lagi nak balik ke KL semula. Tapi tak terus ke KL. Kena tido umah Nurul di Serendah 2 malam dulu. Makcik tu ada tuisyen pulak. Hari Jumaat baru gerak ke KL. Tu pun singgah rumah sewa sekejap, kendian nak gerak ke Bahau, Negeri Sembilan pulak. Tido umah Fiza. Hari Sabtu kenduri kawen Fiza.

Tengah hari tadi sempat pergi Bandar Diraja kejap. Pekena laksa Kuale. Ada satu gerai tu saya suka. Laksanya sedap! Siap mintak dua pinggan lagi beserta kopi o panas. Ahhh! Heaven!

Lepas makan laksa, pi Bukit Chandan kejap. Shooting depan Istana Kenangan @ Istana Kuning. Tiba-tiba teringat yang saya tak pernah lansung pergi Galeri Sultan Azlan Shah. Ape ke punyer bengong cuti ni tak pegi. Isk isk! Dah nak balik baru teringat akan kebodohan diriku ini.

Ok lah geng! Nak chow dulu. Mungkin 4, 5 hari blog ni tak dapat dijenguk kot. Umah Nurul di Serendah tu takde intenet la pulak. Korang jangan la buat blog ni macam blog korang sendiri pulak. Ingat sikit blog ni ada Tuan! :D

Pet Baru


Ada pet baru la pulak. Walaupun kat rumah ni dah ada 13 ekor kuceng, hehe. Tapi semuanya dah jadi liar sikit. Susah giler nak dapat pegang. Semalam ke Pekan Senayan. Ada cina jual arnab. Setelah ditenung-tenung, digosok-gosok, akhirnya amek la 2 ekor ni.


Chot dan Coco

Rasanya best pulak bela arnab. Biar dia lepas dalam rumah. Terkedek-kedek dia melompat. Tak sabo tunggu dia besor. Esok dah nak balik KL, nampaknya tak dapat la nak tengok pembesaran Chot dan Coco ni.


** Pekan Senayan = Pekan Isnin.
Kadang-kadang ia juga disebut Pekan Senin.




Kasi Potong!

Dulu dari kecik cita-cita saya nak jadi doktor. Tapi Allah tu lebih tahu dan kenal diri saya ni macam mana. Macam mana la nak jadi doktor kalau tengok video khatan anak sedara pun dah tutup-tutup muka. Tengok di balik jari-jari je, hehe.


Ni Alang. Tahun depan darjah 3. Masa raya puasa hari tu punya berani cakap nak bersunat. Tengok-tengok menangis bagai nak rak. Masa tuuuuttt nya kena inject dah melalak. Tapi memang sakit seh aku rasa. Eee.. takut! Seb baik saya pompuan :D

Masa kat rumah, elok je ubat bius habis lagi la dia melalak.

"Ibuuuu !!! Tolong la ibu! tolong laaa!!! "

"Ibuuu... sakit la ibu! Alang tak tahan!"

"Ibu la ni suh Alang sunat. Alang tak nak! Ibu la punye pasal ni!"

"Ibu takpe la, boleh makan sedap!"

Macam-macam lagi la ayat keluar dari mulut dia. Kitorang yang lain gelak-gelak je. Pasal memang lawak tengok aksi dia. Kesian tu memang la kesian. Tapi nak buat macam mana. Tapi lepas beberapa jam, sakit dah ilang, dah senyum dah main game handfon. Tambah-tambah dapat kutip tol.

"Alang, banyak dapat duit ke? Kalo banyak, tahun depan boleh potong lagi sekali". Kata Tok Wannya, abah saya.

Senyum je dia. Suka tengok gaya dia bila orang bagi duit. Mesti cium dulu duit tu sebelum letak bawah bantal. Hehe. Katanya nak beli game dengan duit-duit tu. Sabo je la anak buah aku ni.


Ni lagi sorang, Fahmi. tahun depan darjah 4. Tapi dia relax je. Tak menangis pun. Memang tengok dalam video dia tahan je sakit. Tapi dia kata, "Sakit gilerrrr!!!". Hehehe.

Bila ubat bius dah habis, nampak la dia kerut-kerut muka tahan sakit. Yang si Alang di sebelah memang melalak-lalak dah.

"Fahmi, sakit tak?" Tanya saya.

Dia angguk je.

Pukul 5 saya, mak, abah, adik pun balik semula ke Kuala Kangsar. Akhirnya dapat juga tengok orang bersunat macam mana. Dulu masa sepupu bersunat atas batang pisang dengan tok mudim kampung, saya masih budak-budak. Nak pi tengok, orang-orang tua tak bagi, haha. Sekarang boleh dirakam. Hurmm, zaman dah berubah. Dunia dah maju :p

Lagi Kawanku Kawen

Semalam saya dan Nurul ke Taman Serdang, tapi bukan di Serdang, Selangor yer. Taman Serdang di Sitiawan, Perak. Pergi majlis kawen Husna dan Fadzli a.k.a Pali. Asalnya kenal Husna ni melalui blog la juga. Tengok-tengok Husna ni kawan kepada Min jugak. Cam friendster la gitu, haha.


Kebetulan saya pun pakai tema yang sama pulak dengan tema pengantin ni, ehe. Husna dan Pali ni dua-dua blogger jugak. Tapi dah berapa aktif la pulak. Tak macam saya, yang masih kental ketegarannya, hahaha! :p

Balik dari kenduri terus ke rumah Mak Lang di Manjung. Lepak barang 2 jam, pastu balik ke Kuala Kangsar. Sikit lagi nak sampai Kuala Kangsar mak Nurul call suruh pergi Ipoh pulak, ambil banner dari kawannya. Jam dah hampir pukul 7. Terus ke Ipoh ikut highway. Balik dari Ipoh jam sudah hampir pukul 10. Alamak! miss Sehati Berdansa! :D

Ok lah, nak ke Ipoh pulak ni. Ada kenduri lagi. Kenduri khatan!





Resepi Hari Ini

Nah! Ni resepi cheesecake yang diminta.

Blueberry Cheesecake


i. Bahagian dasar kek keju

100 g biskut digestive (biskut marrie pun boley)
30 g gula perang (gula castor pun boley, tak boh gula pun boley)
15 g serbuk koko (tak nak boh pun boley)
100 g mentega cair

1. Hancurkan biskut digestive (boley blend, senang koje)
2. Campurkan semua bahan hingga sebati.
3. Tekan rata-rata dalam acuan bulat. Pastu simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.

ii. Adunan cheese

A. 500 g krim keju
110 g gula

B. 40 g tepung

C. 3 biji kuning telur
1 biji telur

D. 400 ml tairu

E. 3 biji putih telur
75 g gula

F. 30 g tepung jagung

G. Inti pati blueberry

Cara-cara :

1. Putar A hingga lembut. Tambah B hingga sebati.
2. Campur C dan putar hingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur D dan adun hingga rata.
4. Pukul E sehingga pekat. Tambah F dan adunkan. Tambahkan ke dalam adunan keju. Gaul sebati.
5. Tuangkan separuh adunan keju ke atas loyang dah ada base biskut tu tadi.
6. Letakkan blueberry dan tuangkan baki adunan keju tadi.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
9. Keluarkan kek keju dari acuan. Hiaskan dengan blueberry dia atasnya.
10. Siap!!!

Tips :

1. Letak Aluminium foil dalam loyang untuk senang keluarkan kek.
2. Letak dulang yang berisi adunan dalam dulang besar yang berisi air.
3. Lepas kek masak, jangan keluarkan dari oven. Biarkan ia sejuk dalam oven. Buka je pintu oven tu sikit. ( Ni untuk elakkan kek jadi pecah-pecah macam kerak kat bulan)
4. Dah sejuk suam-suam dalam oven, boley le letak dalam peti ais. Esok pagi hias, pastu boley la kome ngap!


Seterusnya resepi yang kak zana mintak. Adehhh.. penat ahkak menaip tau!!! Nasib baik sambil dengar petikan gitar letrik Jerry C - Canon Rock. Semangat sket ahkak.

Biskut Tepung Kacang Hijau

(klik untuk gambar)

Bahan-bahan :

120 g butter
50 g gula castor
120 g tepung superfine
50 g tepung kacang hijau (jenama BABAS. Jangan gatai tuko jenama lain. Babab kang baru tau!)
Sedikit pewarna hijau (1/4 penutup)

Hiasan : gula castor, coconut toast

Cara : (senang tahap gaban!)

1. Satukan butter, gula dan pewarna. Pukul sampai kembang.
2. Masukkan semua bahan yang lain dan uli sebati.
3. Terap dan bakar.
4. Hias dengan coconut toast dan gula castor.

ps : Chef tu kata jenama BABAS tu tepungnya wangi sikit.


Sekian dulu kelas masakan hari ini. Cuba jangan tak cuba! Saya nak pi sarapan nasi lemak kopi radix kejap. Mai secawaaannn!



Hadoi laaa....

Ingat lagi entry Lelaki Oh Lelaki? Lelaki tu ghoper2nye dah kawen. Cinabeng tahap petala kelapan betul la. Idup2 ditipunya saya. Pantang tok nek btul la!

Saya : Hye! Dah balik kg ke? Amcam jg xm?

Tak dibalas-balasnya sms saya. Saya sms tgh mlm. mst dia takut bini tu. Takpe2. Sabo2. Esoknya saya sms lg.

Saya: Amboiii!!! Sombongnye..tak bls pun sms saya.

Kebetulan saya terus ke kedai. Balik2 tgk ada miskol n msg dr dia.

Cikgu S : Sori, jgn mrh ek.sy xde krdt smlm.sori.awk kt ner?

Saya : Sy kt kg ler.sj je sms.syp je lps jg xm.oh,lupe nk habaq, azwa kem slm kt awak.

Saja je cakap Azwa kirim salam. Padahal tak pun. Nak bagi dia perasan sikit.

Cikgu S : Azwa mn ek? lupa nk ucp lak. slmt ari raya aidiladha.ampun n maaf dipinta...

Saya : Aik? Tak kan lupe kot. Azwa kwn sy yg dtg kt restoren ms kita jumpe tu la. kn awk ada mntak no fon dia.

Cikgu S : Oo ye ke, hehe. kim slm kt dia blk.ntah bila dpt jumpe dia lg.hehe

Eee, gatal! Ada ati tu nak kat Azwa lagi!

Saya : Bila2 ada rezki ada la awk jumpe dia. Awak ajak la dia kuar.

Cikgu S : Agk2 klu sy ajk dia kuar,dia nk x?

Saya: Rasanya azwa tak kesah.Awk ada ati ek kt Azwa?

Cikgu S : Ada ar jgk perasaan tu.tp takut b'tepuk sblh tgn je.xnk nnt kecewa.huhu.

Ceh! Dah kawen ada ati nak tambah lagi satu. Pigidah!!!

Saya : Oo, takut t'luke mcm yg awk cerita aritu ke?

Dia ada cerita pada saya dia dah serik bercinta. Pasal awek dia tinggalkan dia. Dia sayang giler kat awek dia, tapi dia dikecewakan. Podaaa cit! Buat cerita sedih la pulak.

Cikgu S : Ye r, xnk perkara yg sm b'ulang.

Saya : Hehe, apa nk takot.Cinta,pts,kecewa tu perkara biasa.Awk mmg dh nk kawen sgt ke?

Cikgu S : Nk knl ati budi dlu.kali ni sy hrp org yg sy pilih xkn kecewakan sy lg.Agk2 awk, Azwa boleh trima saya x?

Hamboi2 ayattttt....

Saya : Boleh trima rsnye asalkn awk jujur. Bkn aritu awk nk knl ati budi sy ke?tiba2 t'paut kt azwa pulak yer? Huahuahuahua

Cikgu S : Hehe. Azwa tu lain dr yg lain.tp awk pun baik gak.tp perkara ni bkn ketentuan sy.mana tau, kot jodoh dgn awak kan...

Eeeee, simpang 4 la aku nak berjodoh dengan hang!

Saya : Eh,xpelah.Sy xnk b'jodoh dgn awak,hehe

Cikgu S : Ek eleh.ye r.org x sudi kan,hehe

Tau takpeeee beb!

Saya : Aah, tak brape sudi la.Sbb awk bkn lelaki yg jujur.Jgn marah yer sy ckp gni.Sy suke ckp secara honest.Azwa pun ada ckp kt sy dia pun xsudi kt awak.

Cikgu S : Hmm..xpe.

Saya : Rsnye awk phm maksud sy kn :-) hopefully lps ni boleh jd lelaki yg lbh jujur. Sbb jujur tu sifat terpuji. tambah2 kita ni guru :-)

Cikgu S : Xpe,fhm.

Saya : Ok,good.Seorg guru harus cpt faham. Oh ya, sy dgn azwa ni. Kirimkan salam kami pd WIFE yer :-) kami simpati pd dia. Bye2!

Hahaha. Padahal Azwa mana ada dengan saya masa ni.

Cikgu S : Kdg tu mmg nk cite perkara sbnr.sy tau apa yg awk fhm.tp apa yg t'jd pd sy,xkn ada yg fhm.apa yg awk tgk dlm cite drama aritu,mcm tu r yg t'jd pd sy.sy nk cr org yg setia.tp sy selalu dipermainkan.hmm t'pulang r apa awk nk ckp. sy x kisah k.

Ececeh! Macam cerita drama cerekarama aritu la pulak. Nak tau cerita apa?Citer CINTA DALAM HATI kat tv3 sebulan yang lepas. Kebetulan masa tengah sms tu saya tengah tengok drama tu. Kisah pasal seorang lelaki yang amat baik. Tapi punya seorang isteri yang tak menjaga kebajikan suaminya.

Cikgu S : Awk x perlu simpati pd dia. sy jd mcm ni dsbbkan dia yg x kenang budi. ada laki d tingglkan.sy dlm proses b'pisah skg ni.sy menyesal tima org mcm istri sy skg ni.

Saya : Actually i think u deserved for it! Awk sendiri xjujur dan xsetia.Thats y i said u deserved fot it.Fikir2 la sendiri.

Sebenarnya saya nak wat ayat Nabil, Lu pikir la Sendiri! Haha

Cikgu S : Sbb tu sy ckp.awk sndri yg x tau cite.sy yg alami..slama sthn sy mkn ati dgn sikap pompuan mcm tu.msh lg nk tunggu.perkara ni pun sy dh bncng dgn family sy.diorang suma stuju.family sy sndri pun tau sikap dia yg x elok.agaknya pompuan mmg mcm tu.ada suami,mainkan plak perasaannya.bgs r mcm tu.sy hrp dia tima blsn setimpal ats apa yg tlh dia wat pd sy.sy dh lm smpn luka dlm ati sy.ckp r ati sy terluka.sy pun x kisah ats penerimaan awk tu.hrp awk btulkan tanggapan tu.nnt klu dh kawin tlg HORMAT SUAMI tu.

Saya : Awk pun bkn jujur jgk pn.Mula2 ayat sy kata tunggu sy la.Nk knl ati budi sy la. Naseb baik la sy ni xcpt perasan.Tup2 bila jumpe azwa trs berubah ati.Haha.Nmpk sgt memilih yg cantek.Sy ngan azwa gelak je bile mengenangkan hal ni.So awk xpyh la budget awk tu baik, then nk slhkan isteri awk.Pas2 nk slhkan pomp plak :p

Cikgu S : Xpe,sy x slhkan sesapa sbnrnya.tp awk fkr la sndri.klu dh sorg istri pndai memaki hamum laki sndri tanpa sbb munasabah.ptt n layak ke dpnggil istri mcm tu.ye,sy akui,sy xjujur.tp klu sy ckp trs trg ada org percaya ke.org skng byk yg hipokrit n x setia.lbh sudu dr kuah.mudah fikir negatif dr amik yg positif.mcm suma perkara dh dpt diduga.fkr,kita ada agama.tima kasih r krn mengingatkan sy.mungkin sy yg melampau.sy x ksh pn sbnrnya.org xkn mdh terima.tima ksh krn bg sy peluang tuk jg spm.tima ksh.

Ada masalah mental la saya rasa mamat ni.Huhuhu.

Cikgu S : Lupe nk bgtau.awk ckp mcm tu coz awk tak alami.yg alami perkara ni cuma sy.klu awk d tmpt sy pun,dh lm awak b'CERAI dgn laki awk.pengalaman setiap org b'beza.jgn nk kata kita pndai n tau suma perkara.byk perkara ttg kehidupan yg awk x pnh alami n xtau lg.so fkr la.w'salam.maaf ats kekasaran bhs.

Saya : Tp xslh kalo awk ckp awk dh kawen.Everyone can accept that.Yg penting JUJUR.ni yo yo or muka innocent ms sy dan azwa tye dh kawen ke blom.Sy pun ramai kwn2 dh kawen ape.Tp still leh kwn.Yg penting jujur la beb! Xpyh la nk sorok status. Kot nnt da b'cerai berai br la tuko status.Adoi la. Mcm2 la manusia ni. Haha!

Cikgu S : Sori,sy yg silap.hrp awk tima maaf sy.sy nk gtau.hrp awk x msg sy lg.bkn krn mrhkn awk, tp sy nk tenangkan fkran sy.sy dh t'lalu tension.sori yer.

Saya : Yer,sy pun xnk msg awk dh.Salam!

Cikgu S : Hrp nnt awk dpt hdup bhgia.hrp awk x jd mcm yg sy alami.perit idup mcm ni.

END. Eee, tak paham betul la lelaki macam ni. Kot yer pun tak payah la menipu status kan. Pantang tok nek betul la orang menipu-nipu ni. Azwa kata muka macam kura-kura cacat je bila dia sebut status dia tak kawen lagi tu.

"Azwa, tak baik tau ckp mcm tu. Psl kura-kura cacat jauh lebih ensem dari dia". Wakakakaka. Jahatnya aku. Apa-apa pun ini pengajaran juga bagi saya. Lepas ni do not trust people very easy. Esp lelaki, hehehe. Lelaki-lelaki jangan maraaa aaa :D

Raya Haji 2008

Pagi tadi kena pegi sembahyang raya sorang-sorang. Mak batuk la pulak. Dia tak selesa nak pegi. Menonong-nonong la sensorang. Lepas selesai, salam-salam ngan makcik-makcik yang kenal (ada ke patut dgn orang yang kenal je salam, hampagas btol!) pastu terus balik. Laju giler jalan, hehe.

Takde lagi tetamu datang beraya ni. Kalau raya puasa dah penuh dah dengan bebudak sekarang ni. Saya pun tak tau nak buat apa ni. So ngadap intenet la kejap.

Menu raya kali ni Laksa. Saya siapkan kuah ni semalam. Jenuh pulak nak mencari bunga kantan. Sampai dalam semak belakang umah jiran sebelah sana tu saya cari. Dapat le sekuntum je. Sabo je la.

Lemang pun dah siap petang semalam. Mak dan abah yang buat. Jagung tak dapat nak dicari. Takde la dapat buat lemang jagung.

Rendang ayam mak yang best. Bila la saya nak blajo wat rendang macam mak buat ni ha???

Raya Haji ni malas nak buat cookies. So saya buat Blueberry Cheesecake ajelah.

Cadangnya tadi nak pegi tengok orang sembelih lembu tu. Saya masuk bahagian korban tahun ni. Abah kata elok la pegi tengok lembu tu kena sembelih. Tup tup abah call kata dah siap sembelih. Dia pun tak sempat nak tengok.

Eh ok lah. Nak hidang-hidang makanan plak. Kejap lagi dua orang minah kepoh nak mai beraya kat umah. Adios! Selamat Hari Raya Semua! :)




Nasi Minyak


Siang tadi ke Chemor. Ke kenduri kawen Aza. Teman satu universiti dulu. Tapi kami pergi majlis yang kat rumah lelaki la. Rumah Aza minggu lepas di Kedah. Masa tu saya masih di KL. Pegi yang kat Chemor la, dekat sikit. Oh ya, kali ni takde aksi lompat pasal Aza takde jurufoto yang berkamera panjang macam hidung pinnochio tu :D

Aza ni jahit sendiri baju kawen dia. Perghhh, memang la saspek! Bestnya kalau pompuan reti menjahit. Saya ni haram tak reti.Huhuhu.

Sebenornya semalam saya tak berapa sihat. Tapi menggagahkan diri jugak pergi kenduri Aza ni. Tiba-tiba badan jadi demam. Panas di dalam, sejuk di luar. Badan rasa lenguh-lenguh. Rasa angin penuh satu badan. Siap muntah lagi masa tengah malam. Pastu siap cakap kat adik rasa nak makan mempelam pasal mulut rasa tak sedap. Pastu hari ni rasa nak makan cendol pulak. Hahaha!

Ok lah, di kesempatan ini nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua blogger. Maaf zahir dan batin.




__________________
1. Intenet umah ni tengah bengong. Kejap ada, kejap takde. Sakit ati dibueknyo!
2. Kak zana, resepi biskut kacang ijau saya tertinggal kat KL la. Nanti saya tepek kat blog ek!
Plz remind me again, ok! :)

:-)


Seperti biasa, saya melompat lebih tinggi :p

Sangat hepi hari ni pasal kejap lagi nak balik kampung!




_______
Kredit to Abg Sam for the nice shoot.
Kak Zwitt, nak tengok pic wedding akak. Awat tak boh gambaq???




Juta

Najmi tag saya. Tagnya berbunyi, apa akan saya buat jika ada RM1 juta.

Jawapan saya :

Kalau ada RM1 juta. Main project saya adalah beli properties harga 1 juta. Selepas CF harga jadi 1.5 juta. Profit selepas jual semula : 500K

Dapat 500K, beli 2 lagi properties. Profit selepas jualan RM 1 000 000.

Profit RM1 juta beli lagi 5 properties. Pastu korang kira sendiri lah brape untungnya 5 properties ni lepas jual.

(Ni gara-gara baca buku Robert T.Kiyosaki la ni)

Dan yang pastinya, memang saya berhenti keje la. Hua hua hua.





_____________________
Hurmmm, nak 1 juta Power Root tu!!!
CJ, Najmi tag ko jugak.

Tajuk : Takde Tajuk

Sabtu lalu saya ke Putrajaya, menghadirkan diri untuk Bengkel Bebas Hutang oleh En. Abd. Aziz Ibrahim, seorang Perancang Kewangan Bertauliah. Jadi lepas ni En. Aziz akan jadi konsultan saya la dalam menguruskan wang saya yang memang macam hampeh ajer perjalanannya. Yer, saya memang seorang yang lemah dalam bab-bab menguruskan kewangan. Kursus ni RM80. Tapi nanti setiap kali konsultasi, ada bayaran lagi. Tapi Insya Allah berbaloi :)

Bengkel ni start pukul 3 petang. Dari Segambut saya naik komuter ke Serdang. Sampai Serdang ambil taxi ke Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Taxi situ guna kupon sekarang rupanya. Kena RM23. Huhu. Habis pukul 7 petang.

Lepas tu saya pujuk Siti dan Nurul ambil saya di Putrajaya. Diorang ni dari Nilai. Pi amek kursus kawen. Kebetulan Siti juga nak ke Kajang, nak pergi hotel mende ntah. Nak tengok graduation tadika anak saudaranya.

Siti dan anak buahnya.

Balik dari graduation ni, kami pergi makan Sate Kajang. Ni gara-gara saya berjanji nak belanja Siti ngan Nurul la ni. "Mai la amek aku kat Putrajaya ni nanti aku belanja makan". Hehehe

Nasi Paprik yang kurang sedap. Huh!

Sate Haji Samuri.

Balik dari Kajang, terus balik ke Nilai. Awal pagi esoknya lepas sarapan, diorang pergi Kursus Kawen, saya pun balik Segambut.Kemudian pukul 1.30 petang keluar balik. Pergi Shah Alam ke Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Ada hal sikit di situ.

Hari ni hari Isnin, saya nak lepak rumah je lah...



_______________
Hari tu abah kol, tanya bila nak balik kampung. Saya jawab "Next week! Next week!" :D




Jalan-jalan Ambil Gambo

Ke Desaru...

Nurul, masa hang call aku tanya pasal cuti tu, aku sebenarnya sedang berada di pantai Desaru ni. Aku tipu hang aku ada kat KL. Bukan apa, takut hang terkejut, hehe. Pasal hang kan ajak aku balik kampung. Tapi aku tak nak. Sebenarnya aku pi jumpe kawan-kawan aku, ehe.


Pandai betul si Jali ni amek gambo. Canon IXUS saya ni jadi macam DSLR pulak, haha.


Suka pulak gambo ni. Atoque yang tukang amek. Seriusly tak payah beli DSLR, hik hik.


Ermmm, ni 1st time saya ke Desaru. Tak best lah! Biasa-biasa aja tempatnya. Best lagi Pulau Pangkor rasanya :)

Terima kasih kepada Kak Faridah sekeluarga kerana menumpangkan saya tidur di rumahnya di JB. Juga Mak Abg Zuulee yang rumahnya di Felda Sening di Kota Tinggi.

Ok lah, nak tidoq dulu. Esok nak ke Putrajaya cadangnya.




Jom Makan

Oooo, Cikgu Jawe tayang sarapan dia ek? Haa, ni sarapan kitorang pagi semalam. Makaroni bakar. Tapi Cik Nurul yang buat. Saya tolong setkan masa dan suhu oven je, hehehe.

Ada ke patut kusuruh tetamu yang masak, bagus betul Tuan Rumah seperti saya ni, ehe... Takpe la Cik Nurul, hang kan dah nak kawen. Harus wajib hang masak-memasak ni.


Nurul, I told u aredy, lagi banyak cheese lagi sedap... tak cukup la sepeket cheese tu. Pasni kalo aku wat, aku nak buh giler banyak punyer cheese.

Sebenarnya takde cerita apa nak updet tapi nak updet jugak. Tepek je lah gambo makanan. Ntah-hape-hape-ntah!

Followers