Sudah turun ke dataran Kota Lumpur

Saya sudah selamat balik dari Cameron Highland.

Have fun and enjoy every moment there. <--- macam gi honeymoon je pulak.


Sebenarnya seronok sebab dapat menjadi tidak serius bersama pelajar di saat kami beronggeng-ronggeng.


Dulu kalau ikut aktiviti sekolah ke mana-mana, selalu tengok cikgu shopping bagai nak rak! Kita ni jadi tukang tengok je la dan sekali sekala offer tolong cikgu jinjing plastik beg shopping cikgu. Sekarang dah terbalik. Saya yang akan shopping bagai nak rak, anak murid saya mengekor dan tengok saya beli macam-macam. Ada yang offer tolong bawakan plastik yang dijinjing, tapi saya memang akan menolak. Rasa tak syok kalau orang tolong bawakan barang kita.

Yang banyak mengekor saya dan Kak Zie budak-budak Form 1. Kami bahasakan diri kami Mummy. Sebab terasa diri seakan tua pula bila budak-budak form 1 ni mengikut kitorang, hehe.

Anak-anak Form 1 saya. Semua ni saya ajar :) kecuali yang tepi sekali sebelah kanan bercermin mata. Itu dah tua bangka, kekekeke. Itu adalah Kak Zie.


Banyak lagi gambar. Tapi banyak dalam SLR H@r!S. Mentang-mentang ada anak murid bawa SLR, pantang nampak, posing aje :p

Akan cerita lebih lanjut lagi setelah gambar diambil dari H@r!S nanti. Buat sementara ni korang amati saja keindahan ciptaan tuhan, objek penuh seni dan sudut di bawah ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.





Errr, maksud saya ladang teh di belakang tuh! Hehehe



Ok beb! Nak landing kat katil pulak la. Nak rehatkan tulang belakang seketika.




2 comments:

disturbia said...

bestnya jalan2 kat Cameron Highlands... jealousnya

hayad said...

hehe, kalo akak nak g ajak je la saya, hehe

Followers