Ok La! Saya Pi Serah Diri Jugak La!


Hari ni saya tak ke sekolah. Semalam masa tengah type soalan xm tu gigi dah mula sakit-sakit manja. Lepas sejam jadi bertambah sakit walaupun setelah saya gosok gigi dengan ubat gigi dan kumur dengan air garam. Sakitnya dah sampai ke sebelah kepala. Berdenyut-denyut.



Tutup laptop. Lantak la keje tak siap. Saya kena tidor jugak. Memang nekad esok kena serah diri juga pada dentist. Huhu. Bangun pagi esok gigi dah tak sakit. Tiba-tiba rasa macam tak nak pegi serah diri, hehe. Tapi tak lama lepas tu ia sakit balik. Alamak! Kena serah diri jugak la jawabnya. Saya kumur-kumur dengan air garam, then ok sikit. Saya harap sangat ia tak sakit, pasal kalau sakit jumpe dentist pun tak guna. Dia suruh balik je tanpa buat apa-apa. Lepas berkumur-kumur 2, 3 kali, ia dah ok kembali.


Keluar rumah, ambil taxi, terus ke T.T.D.I. Kak Jan suggest klinik gigi kat situ. Nora sms tanya kenapa tak datang sekolah. Saya cakap, saya on the way ke klinik gigi. Dah tak tahan. Gigi sakit. Nora kata bawak la kawan. Nanti balik huyung-hayang kang. Saya balas, nak bawak sapa? Kawan-kawan kan keje? Boleh jadi huyung-hayang ke? Nora balas lagi kata, boleh jugak. Macam tak leh nak pikir kejap sebab geraham kan. Saya cakap, takpelah, lepas cabut rehat-rehat la kejap kat klinik tu. Dah ok baru balik.


Lepas tu saya sms As, osmet saya yang keje kat sekolah Taman Tun. Saya kata if apa-apa saya kontek dia. As kata, beresss. Hehehe, macam nak pergi bersalin jer :p


Sampai klinik, sambil panjat tangga klinik saya tadah tangan berdoa. Hik hik hik. Takut punyer pasal. Lepas register, dipanggil masuk. Bagitau dentist ape masalahnya.

"Semalam sakit boleh tidur tak?"

"Boleh, saya boleh tidur".

"Nyenyak?"

"Aah, nyenyak jer".


Hahahaha! Nasib baik la boleh tidor dan sakit tu tak dirasa pun ketika tidur. Alhamdulillah.

Lepas checking doc kata buat root canal treatment (RCT). Hmmm, dah agak dah. Lepas tu doc kata, buat crowning sekali. RCT kosnya RM650. Crowning pulak RM700. Amek ko! Masa tengah buat treatment tu at the same time doc tampal lubang 2 gigi yang bersebelahan dengan gigi yang rosak tu. Sebab dah terjejas jugak kan. Dua gigi yang ditampal tu kosnya RM150. Jadi jumlah keseluruhan rawatan gigi saya adalah RM1500. Sikit lagi je boleh beli sebijik SLR!


Saya tanya doc, kenapa tak cabut jer. Doc kata sebab gigi tu masih boleh diselamatkan. Ye la kan, gigi selamat, poket gue yang tak selamat. Apa-apa pun redha je lah. Kata tadi serah diri kannn. Asalkan gigi saya ok dan tak sakit sudahhh. Doc tunjuk kat skrin komputer keadaan gigi saya. Memang horror la. Al-maklum la tak pernah service.


Doc korek sampai nampak gusi la. Dikorek-korek sepuas-puas ati dia. Ditenyeh-tenyek, dijolok-jolok, macam-macam saiz jarum ada. Dia tukar jarum depan mata saya pulak tu. Tapi selamat la tak rasa sakit lansung. Itu paling saya rasa lega. Khamis ni ada appoiment kedua. Untuk tanggal semula tampalan sementara ni dan ukur untuk buat crowning. Khamis depan pasang crowning. Hopefully proses seterusnya ni pun tak rasa sakit.


Tapi sekarang gigi saya tak sakit, tapi kepala rasa sakit sikit. Kesan gerudi doc tadi kot. Bergegar serebrum dan serebelum saya ni rasanya. Bunyi gerudi tu la paling gue benci! Saya tanya doc, if saya buat RCT berapa lama gigi tu boleh tahan. Kekal tak? Nak tau dia kata ape?

" Mana ada benda dalam dunia ni kekal maaa..".

Hampehhh. Tapi doc kata boleh tahan sampai 8 tahun la. Sebenarnya gigi geraham sebelah kiri pun dah berlubang dan doc suggest rawatan yang sama la. Mampoih. Maybe akan buat jugak la. tunggu lepas raya or hujung tahun nanti la kot. Erm, gigi saja RM3k kosnya. Lepas ni hantaran memang tak leh kurang la bak kata Kak Apple. Gigi I sebatang ni pun RM1.5 k tauu. Kuikuikui!


Tadi telefon mak. Cerita apa yang berlaku hari ni pasal gigi. Lepas tu tanya mak macam mana nak buat bubur nasi gara-gara takleh makan makanan keras-keras lagi ni. Saya dah buat. Bubuh udang bagai dan tabur daun bawang. Mira kata sedap dari bubur McD, kah kah kah!


Ok lah, nak sambung buat kerja yang tak sudah semalam. Kak Asriah call tadi tanya kenapa saya tak datang. Dia kata, Pn.X dok terjenguk-jenguk kat meja saya macam mencari-cari. Sebok betul la dia tu!


Azwa call juga tanya kenapa tak datang. Faresha pun sms. Hmm, nampaknya ketidakhadiran saya masih disedari oleh kawan-kawan. Your concern is very appreciated frens!




7 comments:

Acik Aminbakish said...

eh..ngerila pulak...mahal bebeno jugak...

@yue said...

hehehe btul la kta doc tu...
"Mana ada benda dalam dunia ni kekal maaa.."

dlu saya pn ingt kekal..buat RCT je..tp dlu tak mahal lg RM200..mkn tahun juga la tahan...10 thn lebih kot...lepas tu dh smpai tahap..SAKIT sgt tempat buat RCT tu...berlubang balik...

tp seingtnya pegi klinik nak cuci gigi sbb time tu mcm rasa tak sakit sgt..sekali doc chek ckp...

"eh dik, gigi ni dh rosak la, dh mcm kene geget tikus dah...kta cabut je lah ye"....

wah time tu tkejut gile...yelah tak suspect pn kene CA ALIF BUTTT!!risau juga sbb pegi klinik gomen je bayo RM1..hehe...yelah org ckp klinik gomen ni kasar wat keje...TP...bila dh stuju tu...doc godek² gigi..bius...pastu..dia ckp:

"dah dik"

aikk...tak rasa apa punnnnnn!! :p

time cabut la tak rasa pe...pas 2-3 jam tu amek la...denyut² gile..pening lagi...dah la rajin balik opis smula...dan² tu gak mintak balik...

*crowning tu apa ek?

haha dayah...dan cm entry ni..bkn komen ni..wakakaka!

hayad said...

kak aminbakish--> kalo kerajaan free je kak. dayah gatai p swasta :p

@yue--> oo, 10 thn lbh jgak ek? ok la, at least berbaloi la dgn duit yg dilebur :p

crowning tu sarung gigi tu. kan kalo dah wat RCT, doc buang bahagian tgh gigi, leps tu tampal. lps tu buat sarung dia utk support lg la kot.

ada membe wat RCT tp tak wat crowning sekali. pilihan la nak buat ke tak. buat kendian2 pun xpe.

fiza_sensei said...

dasyat

Chekgu BaniHassim said...

rawatan dental skg ni gile mahal kan??
aku pon ade prob gak nih..

tapi aku bela dulu laa...
tgk camne...

ngilu tak kene gerudi??

hayad said...

fiza--> agak dasat jugak la, hahaha. tp ada kes lg dasat :p

chekgu BH--> ms gerudi tu aku tak rasa ngilu tp otak bergegar sikit, kuikuikui. secara keseluruhannya tak sakit la, sbb bius kan...

nk wat jgk ke? jom la bersama2 kita leburkan duit ke dentist demi kesejahteraan gigi, haha.

Anonymous said...

aku pun call ang jugak.pasai apa tak sebut pun...whoaaaa!!!!!!!!!

Followers