From Kampung With Love


Hari tu mak tanya nak balik ke tak makan buah pulasan. Saya kata tak dapat nak balik. Cuti sekolah nanti je saya balik. Lepas tu mak kata, kalau tak boleh balik, abah poskan buah pulasan. Hehehe. Lawak pulak saya rasa. Tapi saya setuju ajer.

Suruh mak guna alamat sekolah je. Kalau guna alamat rumah nak kena pergi amek pulak kat Pejabat Pos. Nak amek kat Pejabat Pos tu la satu masalah. Tak pasal-pasal busuk pulak pulasan tu nanti. Saya dah lama tak berurusan dengan Pejabat Pos.

Akhirnya petang semalam, bungkusan ni pun sampai di sekolah :)

Tak sangka, kotak heater tu boleh muat banyak buah pulasan. Ada lagi tu, tak habis makan lagi. Ini la buah pulasan yang saya tanam tahun 2000 dulu. Dah 2x berbuah :D

Terima kasih mak dan abah sebab poskan buah ni :)


Semalam saya tak online lansung. Pakcik Acer ni buat hal pulak. On tapi asek hang. Itam je skrin dia. Tolong la jangan rosak Pakcik Acer oi!

Sepatutnya semalam saya nak type soalan xm. Soalan xm yang saya dah siapkan tu kena reject. *Baldihell betul la. Huhu. Saya tidur dari jam 8-11 malam. Bangun, mandi, iron baju nak keje esok dan on laptop untuk buat soklan xm. On off on off banyak kali still tak berfungsi jugak laptop ni. Bila laptop buat hal, saya pun tidor je la balik. Jam 5.45 pagi saya bangun, saya on laptop, elok je plak dia. Nak type soklan menda kalo dah 5.45 pagi.


Sekarang saya nak mula type soalan semula. Rizal Pembantu Am Pejabat tu kata saya je yang tak hantar soalan lagi. Cikgu-cikgu lain semua dah siap rezo soalan diorang. Wahahaha! Bravo Cikgu Dayah. Anda telah memecahkan rekod anda dengan memburukkan prestasi anda sendiri. Huk huk huk!




**Apsal dengan saya ni ek? Macam hampeh je rasanya minggu ni... huhuhu.


6 comments:

linda said...

bestnya buah pulasan,lama dah x makan...paling best klupokok sendiri...

disturbia said...

bestnya .. dapat buah dari kampung... syok ek ada dusun buah-buahan sendiri..

Chekgu BaniHassim said...

erm...
aku rase laptop ni berkonspirasi nk sabotaj ko kut...

ko buang je...
tak pon buat tukun, carik lain..
haha

ko baru tukar template ek??
lebih segar dan sejuk je...
byk pokok2 hijau...

Hafiz said...

siannyer Pakcik Acer buat hal. mungkin kena hantar repair lepas siap soalan exam tu.

best tengok template baru ni.

hayad said...

linda--> buah pulasan mmg susah gak nak cari. tak mcm rambutan.

disturbia--> syok! :)

chekgu BH, Hafiz--> template ni terpksa dituko sbb ada yg kata tak leh bukak blog sy. byk popup yg keluar. smlm mntak tlg CJ tlg tuka.

lebih segar ek chekgu BH? best ek tgk template ni Hafiz???

erm, maybe di mata lelaki ok kot. pada saya tak sgt, hehehe

***larikkkk! kang cj mengamuk plak! hehehe

fiza_sensei said...

best ke pulasan? aku x penah mkn pun...

Followers