Hujung Minggu Ni Saya Rehat-Rehat Saja di Rumah


Semalam gi nengok The Proposal dengan Azwa. Dapat tiket pukul 9.50. So sempat la pegi makan dulu kat Thai Express di The Curve tu.

Lepas tu kat Cineleisure ada pameran buku jual murah-murah giler. Saya rembat 7 buah buku. Science Puzzle, Online For Life - The 12 Diciplines For Living Your Dreams, Steps to Skin Beauty - a dermatologist's guide, Betty Saw- Aneka Biskut Idaman, Chef Wan Mengelilingi Dunia - Resepi-resepi Antarabangsa, Rahsia Masakan Nyonya by Florence Tan dan Illustration Index 1 ( koleksi lukisan-lukisan pelukis dunia). Buku ni nak bagi adik di UiTM. 7 buah buku tu cost RM81. Kalau ikut harga betul semua tu dah dekat 200.

Pameran tu sampai hari ahad. Pi la tengok kalau sesiapa berminat.

Dulu saya bising kat mak, beli buku resepi tapi tak penah buat. Sekarang saya pulak jadi gitu. Buku resepi melambak-lambak dah kat rak buku saya ni, tapi buatnya idok juga. Hehehe.

Oh, ya! Saya bagi 5 bintang untuk cerita The Proposal :)


Hari ini di sekolah saya, PIBG nak buat meeting tergempar pasal PPSMI*. Diorang tak mahu guna Bahasa Melayu dan buat voting dari ibu bapa supaya mengundi setuju atau tidak. Dari minggu lepas lagi diorang masuk kelas ke kelas edar borang undi. Mereka nak jadikan sekolah SMK shhh shhh sebagai SMK (SMI) Shhh Shhh. hahaha. Lawak le plak bunyinye. Sekolah Menengah Kebangsaan dalam kurungan Sekolah Menengah I*nggeris. Ape diorang ingat sekolah tu bapak diorang punyer?


Dua kali dah saya terserempak mereka masuk kelas semasa saya sedang mengajar. Gaya ayat yang mereka cakap, "If u don't vote, u are the one who will get trouble to learn Maths and Science in Bahasa". Hamboi hamboi hamboi. Macam ugutan je bunyinya. Mereka cakap lagi, "we will make this school, the only school which is use English in Science and Maths".


Hamboi-hamboi-hamboi. Nak kekalkan sekolah ni satu-satunya yang guna Bahasa Inggeris. Lepas tu sapa nak bayar elaun kami mengajar dalam bahasa Inggeris? Korang ke? Sorry la, kalo korang nak bayar pun, kami tak hingin.


Ape la yang dibangga sangat guna Bahasa Inggeris ni pun saya tak faham. Kalau dengar time diorang berkempen tu rasa sakit hati. Macam hina sangat Bahasa Melayu ni. Kalau nak guna Bahasa Inggeris sangat pergi la private school sana. Pelajar sekolah saya tu memang la 99% guna bahasa Inggeris dalam perbualan. Memang tak jadi masalah. Tapi, walaupun pandai berbahasa Inggeris, tak semua pandai menjawab soalan Science dalam bahasa Inggeris. Saya tengok ayat tonggang terbalik juga.


Ada seorang pelajar saya, Zainul, form 1. Dia sangat pandai sains. Tapi bila jawab soalan, dia sedikit bermasalah. "Cikgu, saya tak faham la soalan ni dalam BI". Kesian tau. Sebab dia pandai sains. Kalau buat eksperimen dia cepat pick up, bila saya explain dia boleh faham isi, tapi disebabkan soalan dalam BI, dia tak reti nak jawab.


Hari tu sorang budak tanya saya, "Teacher, what is Starch?". Lepas tu saya terdiam. Zainul tetiba jawab, "Starch tu kanji kan cikgu? Yang orang buat guna ubi kayu. Jadikan gam". Yes, absolutely correct. Budak yang tanya soalan tu terpinga-pinga. Dia tak tahu apa itu starch, dan tak tahu apa itu kanji. Macam mana tu? Tapi pandai berbahasa Inggeris budak tu. Macam air je bila cakap.


Lagi satu kes, budak form 5. Dia cerita pada saya, hari tu kakaknya masuk hospital, kena operation hempedu. Masa tu doktor bagitahu hempedu kakak dia ada ketumbuhan. Lepas tu dia tak tahu apa itu hempedu. Bila doktor cakap gall bladder baru faham. Macam mana tu? Nampak sangat generasi yang belajar dalam bahasa Inggeris ni hanya faham satu bahasa saja. Kita yang belajar dalam Bahasa Melayu dulu still tahu dua-dua bahasa. Hempedu tahu, gall bladder pun tahu.


Menurut Nor, sekolah tampal notis dari Kementerian Pendidikan Malaysia di pintu masuk sekolah. Notis berbunyi, "Arahan dari KPM, sebarang perjumpaan tidak dibenarkan di premis ini". Betul la tu, nak lawan KPM, tapi guna premis KPM. Pergi la sewa hotel ke ape ke? Korang kan mampu?


(Yang peliknya, golongan yang tak suka Bahasa Melayu ni datangnya dari orang Melayu sendiri, yang memang tak dinafikan golongan profesional seperti doktor, lawyer, businesman dan macam-macam lagi. Yang dulunya guna Bahasa Melayu juga semasa zaman belajar tapi masih boleh jadi doktor dan lawyer..huhuhu)



_______________
Nasib baik saya tak buang lagi semua buku-buku zaman saya belajar sekolah menengah dulu. Buku-buku tu dalam bahasa Melayu. Penah cakap kat mak nak buang. Tapi mak kata, tak payah la buang. Mana tahu, nanti guna Bahasa Melayu balik. Errm, masin mulut mak! Hehehe.






8 comments:

disturbia said...

berani2 nya parents kat skolah dayah tu ek..
ngeri ler camni kan

hayad said...

kak disturbia--> hehehe, diorang berani tak bertempat kot :D

Pa'chik said...

err... ko dulu belajar lam bahasa kan???

haaa... ko gi cakap kat mak pak yang gila inggeris tu... ko tak belajar lam inggeris pun leh ajar anak dia... derang tu... tah-tah tau ehtuow ngan siowtu je... kikikiki.... :P

Teacher Hafizah said...

ganaz gak pibg skolah hg

hayad said...

Pa'chik--> itu la pasal.

fiza_sensei--> itu la pasal

hehhee, sm je jwpn aku :p

achik said...

err sepatutnya kena ikut kesesuaian kot.. cam sekolah aku dulu, kelas 'pandai' yg mostly studentnya cina dan mmg converse guna english, semua subjek diajar dlm bi kecuali agama & BM.. tp kelas yg bawah2 tu, cikgu ajar je bahasa melayu.. ikut mana yg sesuai la.. huhuhu..

Ah Win said...

org melayu tu x makan nasik gamaknya..

ape hina sgt ke bahasa kebangsaan kita nih?

1 Malaysia, nenek dia!

hayad said...

achik--> aha kan? kena ikut kesusaian kelas la. tp kls ujung tu pun ada yg pndai ckp bi ada tak. ada yg tak phm lnsung bm kecuali bi walaupun krg pandai sc n maths.huhu

kak awin--> entah la kak awin...

Followers