Hujung Minggu Saya Yang Sangat Produktif

Hurm, sangat produktif ke? hahaha. Mungkin jugak la. Kerana saya berjaya mengemas bilik saya. Sekarang sudah teratur. Saya juga sudah bersihkan bilik air. Berkilat wa cakap luuu! :p Saya juga sudah menyelenggara almari pakaian saya dan mengeluarkan segala t-shirt dan seluar yang sudah tidak muat saya pakai. Semuanya saya sudah letak dalam satu beg balik kampung. Memang sendat beg balik kampung tersebut.


Yer, saya sudah tidak muat lagi untuk memakai t-shirt yang bersaiz S dan M. Saya bercadang untuk menyedekahnya saja pada orang-orang yang memerlukan. Begitu juga dengan beberapa seluar slack. Adoi laaa. Tapi sebelum itu saya menelefon adik saya, tanya sama ada dia muat atau tidak saiz M. Dia kata dia muat sambil gelak-gelakkan saya mengata saya sudah gemuk. Hampehhh...


Macam mana ni..badan dah naik. Dulu berat maintain 47 jer. Sekarang sudah jadi 50,51, 52. Dia main 3 nombor tu jer. Huwaaaa!!!!


Erm, malas pikirlah!

Cau cin cauuuuu!

6 comments:

rienmiel said...

salam~

xpe la gain weight sket...
tu tandanya hidup happy :)

hayad said...

rien--> gain weight tu takpela lg. masalahhnya dia gain kt tmpt yg kita tak nak, hehehe

Teacher Hafizah said...

hehehe. kita bermasalah yg sama

hayad said...

fiza_sensei--> jom kita sm2 pikir cr utk atasinya, ehehe

Abang Long said...

Lagi banyak buat kerja, lagi bertambah berat badan ? Hmmmm ... konpius ni !

hayad said...

abg Long--> itu la psl. keje asek bergerak je, tp naik gak bdn, sbb mkn pun sm kuat kot :p

Followers