Bangun Terlalu Awal, Sabun dan Sesat <-- ape punyer tajuk daaaa

Pagi tadi lepas saya mandi, saya ketuk bilik As sebab tengok bilik dia masih gelap. Takut dia terlajak tido. Lepas tu saya masuk bilik dan dengar pintu As dibuka. Lepas tu dengar dia tanya sapa ketuk bilik dia. Mengigau ke As ni??? Saya bukak pintu bilik saya dan cakap "aku la ketuk. kenapa?".

As kata balik pukul berapa sekarang. Lepas tu saya kata la, "6.30 dah la". As kata baru 5.30 la. Saya cepat-cepat tengok handset. Aah la, baru pukul 5.30. Uwaaaa, nyesal gue bangun awal dan mandi awal. Patut la sejuk semacam je air masa mandi tadi. Tapi takpe la, saya pakai baju, pakai telekung, tunggu azan sambil baca mathurat. Abih baca, masih tak azan, tido kejap di atas sejadah, hehehe.

Ape-ke-heinye la saya ni. Saya yang mengigau rupanya, tengok jam salah. Asalnya saya bangun tu sebab saya dengar pintu bilik As ditutup. Biasanya Nor akan mandi dulu, lepas tu As. Pukul 6.10 As habis mandi, dia tutup pintu bilik dia, dan otomatik saya akan sedar bila dengar bunyi pintu tutup tu. Rupa-rupanya As bangun kencing je :p

Tipah tertipu.... Nampaknya otak saya dah set dengar pintu bilik As tutup means memang giliran saya pula untuk mandi. Bijaknya otak sayaaa :p


Hari ni kelas-kelas saya, dengan Form 1, 2 dan 5 saya buat eksperimen jer. Paling susah nak handle adalah kelas eksperimen dengan Form 1. Bising, banyak cakap, suka jalan-jalan dalam makmal, lepas tu suka mengadu, "cikgu itu..cikgu ini..cikgu tengok dia ni kaco saya..". Fenin! fenin!

Dengan Form 5, saya buat eksperimen saponification yakni proses nak buat sabun. Memasing excited nak buat. Ada kelas yang nak buat lagi sekali. Saya ok jer..hehe. Rilex sikit bila time diorang buat eksperimen, eheee...

Ini kelas yang selalu buat saya hangin. Saya penah tendang meja tergolek jatuh meja tu ke lantai sebab marah punye pasal. Ini kes tahun lepas. Ikut ati nak tendang diorang tapi nak lepaskan, terpaksa la tendang meja :p

Tapi sejak akhir-akhir ni saya dah malas nak bising and marah. Diorang pun macam dah kurang buat perangai kecuali yang memang malas-nak-mampos-belajor-SPM-ape nak jadi-pun-tak-tau-lah! So pandai-pandai korang lah! Saya semangat nak ajor pelajar yang nak belajo betul-betul je. Yang lain boleh blah! Huh!




Kepada Pa'chik yang tanya macam mana nak buat sabun aritu, kat sini den bagi resepi. Rajin-rajinla ke dapur dan buat, kekeke.

Click to enlarge :)



Pukul 1.30 tadi, belum lagi loceng bunyi saya dan Kak Zie kena keluar ke FRIM, Kepong. Kena ambil F@iq yang dah habis camping Jambori SLAD peringkat Negeri. Sempat posing sikit di sini, hehe. Itu pun sempat sesat sebelum jumpe papan tanda FRIM. Sesat gara-gara melalak dalam kereta la. Kebetulan lagu best. Sandarkan Pada Kenangan -Jamal Abdillah :D


Masa ni gigi tak sakit. So boleh tersenyum leborrr :D

Best la kat FRIM ni. I like hutan and pokok-pokok. Kat sini ada Canopy Walk Away. Harus wajib pegi sini nih. Nak kena plan ni.


Semalam mak call, bagitahu pulasan saya dah masak buahnya. (ingatkan mak nak bagitau ada orang datang meminang, huahuahuahua). Ini kali kedua ia berbuah setelah 9 tahun umornya. Saya tanam pokok pulasan tu pada hari saya mendapat result SPM dulu. Lepas tu terus bagitau mak yang saya tengah sakit gigi dan takut tahap tera untuk jumpe dentist, huhu.


Hurm, tu je lah cerita saya setakat hari ni. Nampak macam hari-hari je saya update blog ni. Ada je la pulak cerita kan. Tapi adik saya kata blog saya dah tak femes macam awal-awal dulu. Dulu komen-komen mencecah 20 ke atas. Sekarang tidak lagi. Takpelah, "aku menulis bukan kerna namaaaa..." <-- sila nyanyi.


Ada cerita saya tulis, takde cerita saya senyap. Ok then. Salam :)




6 comments:

nik awin said...

dayah,
akak pun cenggitu jugak..
malas dah nak marah-lempang-picit budak.
penat dah..awal2 tahun tu nak jugak marah..
tapi kalau attitude tu cenggituuuu je..malas lah..
dok dalam kelas dok diam-diam jgn buat kacau..sudah!!

xpe la dayah,
x byk komen pun..janji dayah hepi menulis..janji blog ni jgn tutup..harharhar.(kalao tutup..ape lagi akak mau baca??)

Chekgu BaniHassim said...

aloloh...
mcm nak bawak diri je...
alaaa...komen tu bonus...
kdg2 org ni bukan jenis vokal...mmg suke diam2 je lepas bace...

erm, ko doakan yg terbaik je la utk anak murid ko..
huhu

semoga dorg berubah..

selalu mandi kol 530 ape salahnye...
boleh berjemaah kat masjid, jadi bilal ke...heheh

Pa'chik said...

hakhak... yang ko tulis bahasa hurup tu.. mana aku nak tau menatang apa weh...

lima stengah... pe tak smayang sunat je dulu... dekat sangat dah ngan subuh tu... :P

DeeN said...

lepas neh pochik leh bukak kilang sabun. hahahaha! ;)

achik said...

rasanya dulu buat sabun ni, x jadi sgt.. ;p

hayad said...

kak awin--> hehe, tak tutup la kot setakat ni. syg plak. syg blog ni. kala anak, dah dekat 5 tahun umonye, mst la rs syg kan..hehe

Chekgu BH--> aku pomp la. mn leh jd bilal. lg pun pomp lbh afdal semayang di ghumah, kekeke

Pa'chik--> yg huruf2 tu cari sendiri la Pa'chik. Bukak blk buku Kimia :p

Deen--> sama2lah kita sokong produk sabun Pa'chik nanti, hahaha

Achik--> hehe, ada tips jugak nak buat bg jd :)

Followers