Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Pula


Hari ini saya dapat penyakit baru pulak. Nak tau ape dia? Dapat gastrik ok.

Semalam gigi yang dah setel buat root canal tu sedikit sakit selepas beberapa jam. Saya pun telan la sebijik Ponstan 500mg. Dalam 20 minit memang hilang dah sakit tu. Dan saya pun melayari intenet sehingga jam 1 pagi. Lepas tu saya pun tido.


Jam 3.30 pagi saya rasa macam tak selesa. Saya rasa sejuk semacam. Rasa kat leher, panas macam demam. Tapi rasa sejuk kat dalam, siap tarik selimut lagi. Cuba lelapkan mata. Tapi makin lama makin tak selesa. Rasa pulak perut, bahagian belakang dan abdomen sakit. Rasa macam tekanan udara yang tinggi je kat dalam. Saya siap "burp..burp..." lagi dengan banyak kalinya.


Mula terpikir kesan ubat Ponstan tu ke? Saya rasa nak tercirit pulak. Segera ke toilet. Memang sah cir-bir. Perut memang sakit giler. Bukan sakit nak buang air besar. Tapi sakit rasa angin tak keluar. Lepas tu saya muntah pulak. Berbuih, warna kuning, rasa pahit.


Masuk bilik, bancuh susu. Minum secawan. Elok habis je, perut menolak balik susu tu, buih-buih jadinya, warna kuning pekat, rasa pahit. 3,4 kaki jugak buwekkk. Lepas tu saya minum balik susu. Ok sikit, tak keluar. Baring balik. Tapi masih tak selesa. Jam dah pukul 4.30 pagi. Saya terpikir nak kejutkan Nor, nak ajak pergi hospital. Dah tak tahan ni sakit giler bahagian abdomen. Tapi tunggu dulu.


Saya call abah. Bagitahu abah, then suruh abah call Yong, sepupu saya yang doktor tu. Sebab saya tak tau nak tanya sape dah. Tak lama lepas tu sepupu saya call. Saya cerita segala. Dan saya juga baru teringat yang saya ambil Ponstan jam 9.30 malam tu dengan perut kosong tanpa makan apa-apa. Bila saya cek semula, memang kat situ tulis ambil 1 biji selepas makan.

Yong saya kata saya dah kena gastrik la tu.

Ponstan kena makan selepas ambil heavy meal. Muntah pahit tu cecair hempedu la tu kata dia. Dia suruh saya minum susu lagi. Dah siang nanti pergi farmasi beli Tagamet 400mg.


Lepas habis cakap tu, saya rasa nak termuntah balik. Keluar balik la susu yang minum kali kedua tu. Siap keluar ikut hidung lagi. Aduhhh. Lepas ok, saya bancuh susu lagi. Kali ketiga ni ok. Tak muntah dah. Dalam pukul 5.15 saya terlelap balik. Abah kata, tak payah pergi keje. Lepas pergi klinik abah suruh peri rumah Chor kat Setapak, sebab dok sorang-sorang nanti apa-apa jadi takde orang. Dah plan memang takkan pergi keje la jawabnya. Pukul 6.10 saya terjaga dan rasa ok pulak. Pergi keje lah! Ehe...


Kat sekolah, cirit-birit tu tetap ada. 3,4 kali jugak ke toilet. Yong call saya pagi tu, tanya condition saya. Saya kata dah ok. Dia pesan tak payah pergi hospital. Kang tak pasal-pasal dapat virus pulak.


"Ni Gastrik kekal ke ni?". Saya dah risau.

"Tak la kekal. Tapi jangan makan benda pedas-pedas la buat sementara ni. Bagi perut tu cure dulu".


Lepas tu jam 11 lebih, gigi saya ni mula sakit balik. Saya pun call Yong tanya boleh tak nak makan Ponstan tu? Dia kata tak payah makan la, sebab perut saya tu tak elok lagi. Tapi kalo nak makan, ambil separuh, potong dua dan makan kenyang-kenyang dulu baru telan itu Ponstan. Saya pun ke kantin dan makan nasi ayam sampai kenyang. Lebih teruk lagi saya tak kunyah pun, tapi telan je terus. Huwaaa. Seksa!


Pukul 1 petang saya makan separuh Ponstan tu. Lepas tu pukul 5.30 dia mai balik sakit macam 3.30 pagi tadi. Saya bancuh susu. Minum. Lepas tu tukar baju terus ke klinik depan rumah ni. Hopefully dapat Dr. Akashah tu. Saya suka doktor perempuan ni. Keibuan sifat dia. Sekali masuk doktor lelaki, Singh. Saya cerita semua. Lepas tu tunggu ambil ubat. Lama la pulak. Perut dah sakit giler. Baru saya tau macam mana orang sakit gastrik.


Doctor Singh tu kata jangan ambil dah Ponstan tu. Itu jugak pesanan Yong saya. Doc tu suruh telan panadol je kalau gigi tu sakit balik. Next appoiment ni kena cakap balik kat Dr. Yeoh, dentist saya tu pasal benda ni.


Adoi la, bulan ni macam banyak sangat je dapat sakit. Bulan lepas tangan terseliuh, kaki lebam sebab jatuh tangga. Dengan sakit giginya. Lepas tu tak pasal-pasal kena gastrik pulak. Banyak pulak dugaan sakit. Banyak dosa la ni!


Kepada kawan-kawan blogger, kalau ada silap dan salah saya harap dimaafin ya!








13 comments:

Chekgu BaniHassim said...

saket kan penghapus dosa...
sib baik gastrik sementara je...

kalu tak, boleh skip puase... :P

tchersally said...

bawak bersabor le Dayah ye..kdg2 tu mmg bertimpa2 sakit yg mendatang..nak qada musim yg sihaaaaat manjang sebelum tu..huhu

bestnya masih ada abah..

@yue said...

xpe dayah..anggap sakit penghapus sgala dosa kecik..nk setat pose ni kan..

yelah ponstan tu xleh telan kerap sgt..x elok..panadol pn sama...tp klu plih keduanya..panadol kureng sket dr ponstan..huhu...

hrp² cpt la sembuhnya...sakitnyaaa segala bila muntah kuning tuh...sy yg peknen ni pn awl dlu slalu muntah kuning..uwawawawa....

achik said...

siannya Dayah.. moga cepat sembuh..

disturbia said...

ciannya dia..
hopefully cepat sembuh n dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna yer...

Pa'chik said...

waaa... banyak tul masalah...

kes cam ni aku panggei mabuk ubat...

fiza_sensei said...

btol la dayah. aku migrain g klinik doktor bagi ponstan. dia kata tu ubat paling kuat dia bagi tp jgn amik selalu. gastrik pun sama. sejak mngajar cni aku dpt migrain yg kerap dan extra pakej gastrik. bagus kan skolah aku?

kakLuna said...

mujur le kene timpa tangga kalo kene timpa dinasour camne..kekeke..jgn marah dayah...saje nk berguro..laughter is the best medicine kata org padang asam. kekeke

hayad said...

chekgu Bh--> tak nak la skip puasa, nnt kena ganti jugak lor.

tchersally--> tu la psl, dyh mmg jrg sakit. sekali sakit mcm2 datang. xpe, terima dgn redha :)

@yue--> tak kerap pun kak, br sebijik je amek and it was my 1st time taking ponstan :p

achik--> thanx achik :)

disturbia--> insya allah :)

Pa'chik--> mabuk ubat ek Pa'chik? oooo, hehe

fiza_sensei--> sbb ponstan tu kot hang jd gastrik. mcm kes aku ni ha..

kak Luna--> ditimpa dinasour? wow! i like dinasour, hahaha

ruru said...

think +. sakit penghapus dosa. huhu.
gastrik mmg tak tahan bila part muntah. cirit birit aku redho lagi. tp bila dah muntah aku mmg xlalu. badan lembik semcm, usus perut pun mcm nak terkeluor. get well soon fren.nak posa ni, sahur jgn xsahur.

Kopi Suam said...

sakit tu mengajar kita erti kesabaran..maknany ALLAH sayang kat kita tu dayah..semoga awak cepat sembuh....

selamat berpuasa

hayad said...

ruru--> itu la psl, part muntah yg tak larat tu. daya yang dikenakan untuk mengeluarkan muntah tu amatlah memenatkan..

kak kopi suam--> insya allah. terima kasih kak.

arianna adrizal said...

bole sembuh tp kena jaga mkn. lps kena dulu, gi mana2 pun akak bwk biskut dlm beg. tetiap jam mkn. jgn biar berlapar.

semoga cpt sembuh.

Followers