Bulan Kemerdekaan


Pagi tadi masa perhimpunan ada Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan. Bendera-bendara dah banyak digantung di kawasan sekolah.





Penyerahan bendera kepada Pengetua.


Saya dapat ofer jadi fasilitator untuk camping satu Malaysia yang dihadiri 300 pelajar. Buat kat Pusat Koko Tasik Titiwangsa. Nak pegi ke tak nak pegi? Tapi lebih kepada tak nak pegi walaupun teringin juga.


Sebab apa rasa tak nak pegi... sebab dah 3 minggu berturut-turut saya takde di rumah tiap kali hujung minggu ni. Boleh dikira berapa jam je saya tido atas katil saya. Dan dah lama tak bangun lambat selepas subuh di hujung minggu, ehe :D


Lagi satu, kalau saya join Camping Satu Malaysia tu, saya kena tinggalkan kelas pada hari Jumaat dan Isnin. Camp tu dari Jumaat sampai Isnin. Saya dah janji dengan student form 5 saya nak buat experiment buat sabun Jumaat ni. Dah buat Jumaat lepas tapi diorang nak buat lagi. So dengan sportingnya saya kata boleh la. [saya suka budak buat eksperimen sebab saya rasa santai sikit sambil mengajar, hehe]


Bilik saya pun sudah sedikit tidak terurus dah ni. Sedikit saja ok :p Otak saya pun dah macam penat walaupun baru balik dari Cameron Highland dan minggu lepas ke Hutan Janda Baik. Sebab segala aktiviti tu memerlukan mental dan fizikal yang kuat untuk mengawal pelajar.


Saya rasa hujung minggu ni saya nak rehat puas-puas di rumah. Tadi telefon mak. Mak tanya nak pergi tak kursus 2 hari HPA hujung minggu ni tak? Saya kata tak nak la mak. Dah penattt. Mak pun paham. Mak kata lain kali jela saya pegi kursus tu.


Ok lah, nak kemas bilik sikit. Esok ada pertandingan silat. Saya keluar sekolah lagi. Huhu.



5 comments:

Pa'chik said...

cemana weh nak wat sabun??? aku masuk kelas tu sekali buleh?? :P

hayad said...

Pa'chik--> proses buat sabun dipanggil saponification or saponifikasi dalam bhs melayu. ko amek minyak sayuran campur dengan alkali, masakkan sampai mereneh, pastu campur plak dgn air dgn garam. masak lagi. pastu biarkan sejuk. then tapis. yg tinggal solid substance itu adalah sabun.

paham tak ni? hehe. pasni tak pyh dh ko beli sabun Pa'chik :D

Abang Long said...

Ada ketikanya badan rasa penat, tapi semangat tetap ada ... kita teruskan juga.

Pa'chik said...

pesal panggey saponifikasi, bukan sabbonifikasi? kikiki...

hayad said...

Abang Long--> yer Abg Long. semoga kita semua sentiasa ada semangat.

Pa'chik--> aah ek? kenapa tak sabonifikasi. tp aku ada jawapannya. tp maleh ah nak explain. lain la dlm kelas, leh laa aku explain :p

Followers