7 Ramadhan


Berbuka tadi di luar. Farid Kamil, teman semasa sekolah rendah dan sehingga ke Tingkatan 3 yang belanja. Ehsan pun ada sekali. Ingat nak ajak Ina juga, tapi dia masih di KL. Esok petang baru balik kampung.


Kami makan nasi putih+kerabu sotong+tom yam campur+ayam goreng halia (tapi lebih kepada halia goreng ayam, halianya banyak sangat)+kailan goreng belacan+ikan bawal 3 rasa.


Cuti ni saya tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je sambil menyiapkan tempahan kueh raya. Cuti ni saya dapat satu lagi penyakit. Sakit lutut pulak. Mungkinkah sebab makan laksa hari-hari. Kak Arni kata laksa boleh sebab sakit urat. Itu pasal orang dalam pantang lepas bersalin pantang makan laksa.


Kak Arni kata saya kurang kalsium. Tapi saya ambil susu tiap-tiap hari. Ambil susu Alpha Lipid. Setiap scoop yang saya ambil ada 1000mg kalsium. Tak cukup lagi ea? Tapi sakit lutut ni lenguh-lenguh, macam urat tu yang sakit. Mungkin la sebab makan laksa hari-hari dari hari pertama puasa lagi. Huhu.



Macam dah takde idea lah nak menulis di blog.......................... hurm.




5 comments:

Kasawari said...

pelakon popular tu ker? perghhhh....

tulis jgn tak tulis.. merapu pun takper.. he he

hayad said...

kasawari--> hahaha, Farid Kamil pelakon popular ea? ye ye :p

Nurul Nadiah said...

nadia tak suka minum susu. tak sedap. selamat nadia suka soya. so macam balance gak la. hehe.

hayad said...

nadia--> erm, soya pun ok jgk kot. tp soya ada kalsium ke?

Unknown said...

eh..sejak bila farid kamil dating ngan Dayah ni...? bukan dia pakwe Diana Danielle... wah, berita eksklusif ni... Farid Kamil dating dengan cikgu, dahla cikgu.. pandai buat biskut gajus pulak... wah wah wah... hehehe ;)

Followers