Pada semua-semua, Selamat Hari Raya Korban. Maaf zahir dan batin ya!
Selamat Hari Raya Korban
Pada semua-semua, Selamat Hari Raya Korban. Maaf zahir dan batin ya!
Saya Sunyi
Terima kasih pada semua-semua supporters yang bagi komen membina ;) Terasa sedikit terubat hati ini. Oh ya, anda semua jangan salah faham. TAK MAHU LAGI BELA KUCENG bukan bermakna saya tidak lagi sayangkan kucing. Kalau tidak percaya anda boleh menjeling sekejap pada profil saya di bawah gambar berpaling ke belakang itu. Love : Cats. Tidak pun bertukar dengan Love : Panda atau tikus atau pun hamster.
Tetapi paling saya rasai ketika ini adalah SUNYI. Yer, saya rasa dari hari Bulat tiada rumah ini terasa sunyi saja. Tiba-tiba saja abah bersuara,"Rasa lain pulak Bulat takde, terbayang-bayang je pulak dia”.
Jika abah yang jarang-jarang sangat gemarkan kuceng pun boleh berperasaan begitu apatah lagi saya yang terlalu menjuahkan Bulat. Entah kenapa kehilangan kuceng nan seekor itu terasa sampai ke ulu hati pedihnya.
Sejak petang semalam saya sedikit hairan kerana tidak lansung melihat kelibat Okeen. Okeen jarang saya cerita kerana dia bukanlah senarai kuceng di bawah pengawasan saya tapi sifatnya yang manja dan mengada-ngada itu tetap saya layani tetapi hanya ala kadar. Saya hanya perasankan dia ada pada pagi kematian Bulat. Setelah itu tidak nampak lansung kelibatnya sehingga ke petang esok. Cari punya cari, akhirnya saya nampak sekujur tubuh Okeen yang sudah keras dalam perdu-perdu pokok keladi hiasan di halaman rumah. Peliknya! Okeen tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit seperti Bulat.
Sememangnya Okeen dan Bulat rapat. Selalu bermain bersama. Bahkan semasa Bulat sakit, Okeen selalu datang menjenguk. Mungkin ada chemistry antara mereka berdua. Al-maklumlah Bulat berjantina jantan dan Okeen pula betina. Akhirnya Okeen juga mati. Mengikut kekasih hati agaknya.
Kini tinggal 3 ekor kuceng di rumah ni. Seekor adalah sang ibu yang sudah tua dengan 2 ekor lagi adik beradik Okeen seibu dan sebapa. Bulat terhasil dari bapa yang berlainan. Oh, sepatutnya Okeen dan Bulat tidak harus berkasih-kasihan,haha. Mereka yang tinggal ini pun macam rasa tak syok je bila anggota keluarga mereka dah mati. Tak seperti selalu, mereka asyik main bersama di halaman rumah. Binatang pun tahu erti kehilangan rupanya.
Kini, rumah saya ini amatlah terasa sunyi. Macam tak lengkap pula. Komen dari anda semua pun ada yang suruh saya cari pengganti. Saya memang harus cari pengganti Bulat. Tapi kot ye pun tunggulah abis iddah dulu :p Bukan senang mahu cari pengganti buah hati pengarang jantung yang baru. Saya ini orangnya setia. Bertuahlah sesiapa yang memiliki saya nanti,haha. *perasan*
Acap kali sudah saya mendengar, jangan tangkap gambar kuceng, nanti kuceng tu pendek umur. Adakah ia benar? Atau sekadar mitos cuma. Saya pernah menegur seorang blogger semasa awal-awal pembabitan saya dalam dunia blog tahun 2004 dulu. Saya beri komen dalam entry kucengnya, bagi tahu benda yang sama. Esoknya saya terkedu membaca balasannya dalam kotak komen. Tak tahu mahu balas apa. Untuk pengetahuan semua dia bekas pelajar KISAS. Saya kira anda semua faham ape yang dia balas dalam kotak komennya itu.
Hurmm.. Nampaknya azam saya untuk tidak mahu membela kuceng lagi tidak dapat bertahan lama rasanya. Saya rasa saya tidak boleh jika tidak membela kuceng. Rasa sunyi wooo! Benar juga kata Dr. Nat bila saya nyatakan pada dia yang saya tidak mahu bela kuceng lagi, “I’m sure sooner or later u will find another cat, becoz animal lover cannot live without animal”.
Sudah Sampai Masa
Bukan saya tak cuba untuk selamatkan dia. Dah bermacam-macam cara yang saya buat. Saya sedar saya tidaklah arif, tapi saya tetap berusaha. Sakit dalam siapalah yang tahu. Tapi di akhirnya dia tetap pergi meninggalkan saya. Saya sebak! Saya terkilan! Terasa diri ini yang bersalah. Namun saya cuba redha atas semua yang sudah tersurat ini. Yang pergi tetap tak akan kembali.
Sebetulnya Bulat kuceng saya sudah tidak bernafas lagi. Dia tiba-tiba hilang selera makan dan minum sejak dari jumaat malam lagi. Tidak aktif dan asyik duduk memencilkan diri di sudut-sudut tersorok. Saya yakin ada yang tak kena pada dia. Bulat sakit! Ekor yang cedera teruk sudah elok, datang pula musibah lain menjengah. Tapi apakan daya saya, kuceng-kuceng saya selalu jatuh sakit pada hari public holiday. Saya cuba bagi Bulat minum walaupun dia menutup ketat mulutnya. Saya bagi susu juga air kelapa laut NUFERA.
Pukul 5.06 pagi tadi saya terjaga, tergerak hati mahu jenguk Bulat di bawah almari. Apa yang saya lihat hanyalah sekujur tubuh Bulat yang sudah keras. Saya tarik keluar dan angkat. Berhambur air mata saya. Tak tahan mahu melihat. Saya masukkan Bulat dalam raga. Tunggu hari cerah sedikit, saya akan kebumikan Bulat.
Hampir setengah jam saya menangis, meratap pemergian Bulat. Terkenang kembali saat saya kehilangan Uteh. Bezanya Uteh menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan mata saya. Mana mungkin dapat saya tahan melihat bagaimana nazaknya Uteh saat itu. Saat nyawa sampai di kerongkong. Perit amat saya lihat.
Bulat sudah muntah-muntah sejak semalam. Dr Nat dah kata, itu BAD BAD sign for your cat. Kena bawa jumpa vet. Ahh, clinic tutup, public holiday. Pagi tadi saya lihat ada cairan pekat pada tempat Bulat terlantar mati. Bila saya periksa badan Bulat, cairan itu keluar dari duburnya.
Mak kata saya mungkin tak serasi membela kuceng. Dengan kata lain, kuceng tu tak lekat lama dengan saya. Dengan ini SAYA TAK MAHU LAGI BELA KUCENG. Tunggulah masa dan ketika yang lain pula sehingga hati saya terbuka lagi. Bukan bermaksud saya tidak sayangkan kuceng lagi. Cuma saya tak mahu lagi rasa sebak dan sedih yang melampau ini terjadi lagi. Saya tak mahu juga kuceng yang saya bela itu mati.
Saya amat sayangkan kuceng sebagaimana Abdul Rahman yang berasa kasihan melihat kuceng sehingga Nabi gelarkan dia Abu Hurairah. Saya BUKAN mahukan gelaran. Tapi saya sudah sediakala memang amat amat sayangkan kuceng.. *sigh*
Salmi Yang Suci
Something wrong ada pada gambar ini ;) Gambar diambil ketika singgah beli rambutan di tepi jalan on the way ke Penang.
Penangan Sambal Belacan
"Aduh! Mak lang, sambal masuk mata!!"
"Cepat cepat basuh mata. Celikkan mata kamu!"
Saya pun menjegilkan la bijik mata pada aliran air paip. Tiba-tiba saya teringatkan satu petua bila cili masuk mata.
Cepat-cepat saya ambil secubit garam dan masukkan ke dalam mulut. Kurang dari 5 minit rasa pedih hilang sedikit demi sedikit. Wah,berkesan la,ehe...
Nasib saya kurang baik hari tu, masuk pulak percikan cili dalam mata. Selalunya bila menumbuk sambal saya akan ambil pinggan lutsinar untuk jadi kaver depan muka :p *anda boleh juga menggunakan helmet yang berkaver semasa menumbuk sambal* Tapi aritu tak pulak, tapi ada juga hikmahnya. Hikmahnya saya dapat tahu keberkesanan petua yang saya baca dulu.
Jadi, anda semua jangan resah gelisah jika masuk cili dalam mata, cari saje Natrium klorida di sekitar dapur anda :p
Jalan-Jalan
diambil dari tingkat 16
Malam sabtu itu saya keseorangan dalam bilik hotel sampai ke tengah malam. Si sepupu ke majlis makan malam tempat kerjanya. Naseb baik ada tv, layan cerita lama, "Duit Free" kat nt7. Lakonan Nasha Aziz. Giler punyer tak lawa Nasha Aziz masa zaman dolu-dolu. Dengan gigi yang sedikit 'tinggi', mulut lebar,kening lukis yang ntah-hape-hape. Memang lainlah dengan yang sekarang ni. Yang sama pada saya cuma tang hidungnya yang mancung tu. Satu itu memang kekal sama sehingga hari ini. Tapi yang lain-lain nyata amat sangat berbeza.
Sepupu saya balik pabila jam menunjukkan pukul 12.30, saya terasa lapar, diajak beli burger dekat bawah. Sambil tu saya telah diajak ke suatu tempat yang tak pernah seumur hidup saya jejak. Itu pun bukan atas desakan sepupu saya, tapi saya yang rela hati mahu ikut kerana semangat inkuiri saya tetiba saja memunjak. *bukankah bagus mempunyai semangat inkuiri :p* Tak perlulah saya mention tempatnya, kerana saya khuatir ada yang mengserkapjarangkan saya pula nanti ;) Sepupu saya pula diajak oleh boss-boss besarnya. Dia yang terpaksa sebenarnya,haha.
lihatlah betapa sesaknya penang
Opps, kami tidak terus pulang ke Perak. Tapi menyinggah pula di Gurney Plaza. Ya, kumahu nonton CINTA. Yes! Yes! Sejak baca review Bluehikari pasal filem CINTA, hati tergedik-gedik nak tonton. Panjat-panjat aje gurney Plaza, awek kaunter tu kata CINTA dah full, kalau nak pukul 7.15 pm nanti. Aiseh! Dua benda dah kempunan ni, satu chicken chop, keduanya CINTA.
"Tak kira! tak kira! Nak CINTA jugak!"
"Jom kita tengok kat ipoh", cadangan yang hampir kurang bernas dari sepupu saya.
"Giler ah! tengok citer lain je lah.."
Akhirnya kami pun menonton DEJA VU. Ok,not bad ceritanya.
Habis menonton terus ke Chow Rosta aka Tanjung, betul kan Ayaq Masak kan kan kan?hehe ( akak siap tanya tau kat budak cina jual jeruk tu pasal kedai buku murah tu, kat atas kata dia :p ) Kalau ke penang ni tak sah kalau tak beli jeruk, kalau sendiri tak beli, ade je memesan suruh beli. Masa belajar di sini dulu, asal nak balik kampung je mesti mak telefon kata si polan ni si polan tu pesan jeruk. Maka terhoyong hayanglah saya membawa muatan yang melebihi berat badan sendiri naik bas turun bas sampai la ke tangga rumah.
Selesai membeli terus bergerak meninggalkan penang, tak sempat menjenguk adik x-rumet di Universiti Sayang Menyayang,haha.
Takpe, ada masa datang lagi lain kali ok!
RM50 untuk 'ilmu dapur' ;p
Rm50 untuk 19 jenis resepi. Berbaloi bukan?
Chef ni tak kedekut ilmu, ape saja yang ditanya pasti mendapat jawapan yang amat memuaskan hati. Thanx to Nurul yang sudi inform saya pasal aktiviti yang berilmu ini ;)
I'm backkk!!! :)
Ok, saya kembali juga akhirnya setelah balik dari satu misi penting :p
Tak sempat lagi mahu bercerita lebih lanjut, kerana malam ini saya terpaksa study semula apa-apa yang patut sebagai persediaan untuk ke kelas esok.
Oh ya, blog rakan-rakan yang lain pun masih belum sempat diziarahi. Usai kerja-kerja saya esok, insya allah saya akan bertandang ke teratak tuan-tuan hamba sekalian :)
Ini Entry Yang Terakhir
Untuk tidak menghampakan pengunjung-pengunjung blog *budget cam banyak je orang yang mengunjungi blog aku ni, ceh!*, saya akan menghidangkan hadirin-hadirat sekalian dengan suatu rakaman pembunuhan yang mengerikan.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan mangsa sedang dalam keadaan nazak semasa rakaman sedang dibuat. Itu pun tak sempat rakam kenazakannya seminit lebih awal, kalau tgk pada minit-minit yang terawal tu lagi nazakkk wooo!!
Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana
Kakak : Orait!! cantekkk..!! Kamu belanja no hal. Tapi jom pi makan laksa lah. Sedap sket.
Adik : Ok je, laksa Opah ngan Tok tu nak?
Kakak : Memang aku nak g situ pun.
Pukul 5
Kakak: Jom gerak! Cepat siap.
Amek kunci moto, dah terus mem'blah'kan diri.
Tujuan utama, ke gerai di kaki Gunung Pondok... (paling sedap punya laksa)
Kakak : Laaa...tutup lagi? rabu lepas lagi tutup. Pah ni tak sihat kot.
Adik : Sama ada pah tak sehat, ataupun tok yang tak sihat.
Kakak : Isk, aku kempunan dah ni, dari minggu lepas aku datang tutup lagi.
Terus bergerak ke gerai ke-2 sedap laksanya...
Kakak : Cinabeng, tutup jugak? Takkan suami dia meninggal dia terus tak buat laksa? Dah 2 minggu dah aku rasa dia tak jual.
Adik : Ntahnye, laksa kan mata pencarian dia...
Kakak : Kat mana nak cari lagi ni? Ermm...kedai kat Kampung Buaia lah!
Adik : Jom! Aiman tak kesahh...
Terus bergerak ke gerai no-3 yang tak berapa sedap laksanya...
Kakak : Laaaaa!!!! Tutup jugak?!!!
Adik : Isk, kenapa semua orang tak meniaga laksa ni?
Kakak : Mana lagi nak cari ni? Kita try kedai Pakcik Pa la pulak...
Terus bergerak ke gerai di kampung sendiri... ( Kg. Pdg Asam)
Kakak : Pegi tanya pakcik tu, ada laksa tak?
Adik: Pakcik, ada laksa tak?
Pakcik : Takde, nak laksa sedap pegi kat Gunung Pondok sana.
Adik : Dah pegi, tapi tutup.
Tak dapek pakcik nolong nak oiii...
Terus bergerak ke gerai seterusnya di Kg. Kuala Dal pulak...
Kakak : ade ke tak nih? (banyak pulak pakcik-pakcik tua kat kedai ni, dah usha orang semacam la pulak)
Adik : Ntah ler...
Kakak : Tgk menu tu takde pun laksa. Jom patah balik je la... Kita try laksa dekat umah lagi satu tu.
Terus bergerak ke gerai laksa seterusnya... (Kg. Pdg. Asam lagi sekali)
Kakak : Huh! Dah tak bukak dah gerainya. Ni la orang melayu! Meniaga hangat-hangat taik hayam! (tengah bengang sebenornya ni + kecewa tak dpt laksa). Jom balik lah. Anto helmet, pastu aku nak gi umah kawan aku, Ina.
Adik : Jom. Aku rasa kalo kamu jual laksa depan umah mesti laku. Kampung kita ni takde orang jual laksa dah.
Kakak : Aah kan? Laksa aku buat sedap jugak kan? Kawan kamu sumer puji kan kan kan? *ngeh ngeh ngeh*
Sampai umah, bagi tau mak kekecewaan yang melanda...
Kakak : Nak g umah Ina, nak tanya ada laksa tak kat umah dia...hahaha
Mak : Ye la tuu...
Sampi rumah Ina...
Adik : Assalamualaikummmmmm!!!
Ina bukak pintu...
Kakak : Ina!! ade laksa tak???? hehehe (dengan nada bergurau jer...)
Tiba-tiba Ina buat muke tergezut macam monyet terkejut tengok muka sendiri kat cermin.
Kakak : Dah 6 kedai tau aku cari laksa sumer takde.
Ina : Ade bau ker????
Kakak + Adik : Haaa??
Kakak : kenapa? Betul2 ada laksa kat umah kamu ker?
Ina : Huh! Meh la masuk... (kembang kempis idung Ina menahan rasa :p )
Hahahaha!!!!
Di petang yang aman damai, pukul 6.30 ku makan laksa di Kg. Batu 17 :p
"Sedap kamu buat Ina" ;)
"Ye la tuuuu," sambil juih bibir.
Hehehehe...itulah jodoh namanya, eh..rezeki! ;p
*kalo boleh nak tambah bagi cukupkan 3 pinggan, tapi ku merasa teramat lah segan!*
Lawatan Cik Kiah Sambil Belajar
Tanpa disedari, saya telah tulis "sejarah" sebagai pilihan pada option-option lain. Sebab utama saya pilih sejarah pasal saya minat, mungkin juga terpengaruh dengan abah yang sangat terer mengenai fakta-fakta sejarah. Kalau dia dah mula cerita fakta sejarah tak boleh nak berhenti. Kita yang mendengar akan ternganga aje. Sahabat-sahabat yang pernah berkunjung ke rumah pasti tidak menafikan. "Best la ayah hang, banyak betul dia tahu sejarah". Tapi seronok, tak payah baca buku sejarah, dah ada tukang cerita :p
Ok, dah banyak mengarut pulak. The main point here is Kota Ngah Ibrahim. Yes, my family and I went to Kota Ngah Ibrahim Historical Complex last weekend. Tak plan pun mahu ke sini, asalnya mahu ke zoo Taiping dan jalan-jalan sekitar bandar Taiping, membawa famili ayah saudara yang sudah 20 tahun tidak menjejakkan kaki ke Bandar Taiping ni. Selepas melawat sanak-saudara di Zoo, terus kami bergerak ke Kota Ngah Ibrahim.
Ngah Ibrahim merupakan seorang jutawan yang berpengaruh di negeri Perak. Kota ini dibina bagi melindungi kekayaan beliau. *melihat pada alatan dalam rumah Ngah Ibrahim memang beliau sangatlah kaya*. Beliau kaya kerana menguasai bijih timah di Larut. Beliau menemui bijih timah ini daripada gajah kepunyaan beliau. Gajah ini telah hilang selama tiga hari. Setelah dijumpai, Ngah Ibrahim mendapati kaki gajahnya disaluti lumpur keras, dan setelah diselidiki ia adalah bijih timah. Disebabkan penemuan itu, daerah itu dinamakan Larut sempena dengan nama gajah tersebut, Sri Larut.
Rumah Ngah Ibrahim ini pernah dijadikan mahkamah bagi perbicaraan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Endut, Sipuntum serta lain-lain lagi yang dituduh membunuh Residen Inggeris Pertama di Perak, JWW Birch. Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Endut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala lain-lain yang terlibat sama itu dihukum penjara seumur hidup. Penjara itu juga berada dalam rumah Ngah Ibrahim ini. Setelah Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles bangunan rumah Ngah Ibrahim dijadikan pejabat pentadbiran British pula.
*Sakitnya rasa hati bila rumah sendiri ditakluk oleh penjajah*
Sebak rasa hati melihat upacara penggalian semula jazad Ngah Ibrahim di Majalah Tiga tadi. Akhirnya dapat juga beliau kembali ke bumi sendiri.. Al-fatihah untuk beliau, pahlawan tanah air.
LelakiCicak
Pada zaman dahulu ada sorang budak kecik, tak pandai cakap lagi, baru pandai jalan kedek-kedek kot. Asal nampak benda mesti nak masuk mulut. Biasa la kan, semua budak mengalami evolusi yang sama. Pada suatu hari dia nampak satu benda bergerak-gerak kat atas lantai, cute je benda tu, gerak kiri kanan kiri kanan. Lalu budak ni amek masuk mulut. Siap isap-isap lagi.Tapi kenapa aku yang jadi budak tu, kenapa? kenapa aku pegi isap ekor cicak tu. Uwekkkk!!!
Saya sudah tengok preview filem cicakman. Nak kata menarik, macam tak menarik, macam tiru omputeh jer. Tapi memang tiru mungkin :p Costumenya tak menarik la, tak melambangkan kegagahperkasaan sang hero pun. Cuba tengok Batman, Spiderman, smart jer, badan pun nampak tegap jer. Cicakman punya costume? adehhh... *sengal! haha*
Disebabkan saya ini bolehlah dikatakan seorang penyokong filem-filem melayu, saya akan cuba tengok filem ini tetapi yang pasti bukan di pawagam yang berhampiran. Dan bukan juga cd cetak rompak yang dibeli oleh saya sendiri. Tapi yang pasti cd yang dicetak rompak sepupu saya. Eh, maksud saya sepupu saya la yang beli cd cetak rompak tu!
My 1st Cheese Cake
Apa-apa pun rasanya tetap sama macam yang selalu saya beli tu :) Paling best sebab my aboh suke pulak makan,ehe :D Dalam dok ngap ngap dalam mulut tu, bila ditanya, "sedap ke tak?", mesti dia jawab "tak sedap pun", padahal dah bersudu-sudu masuk dalam mulut. Ala, tak nak puji depan-depan la tu, tau la orang wat sedap, wakakaka!
*err...kak yana sila jwb kemusykilan den ;p*
Sekarang Saya Sudah Lega
Lukanya pun saya sapu dengan minyak gamat la, krim gamat la, losyen gamat la, semuanya berunsurkan gamat. Tak lupa juga susu igg plus sebagai minuman tambahan :p
Er, sesiapa yang rasa geli dengan gambar-gambar ni jangan eee eee yer!
Sepanjang Bulat sakit, saya dah jadi macam doktor haiwan. Cukup time saya naik atas, amek picagari, sedut antibiotik takat 1.5ml, bukak mulut Bulat, picit picagari bagi ubat masuk. Mesti pahit giler antibiotik tu. Naseb ko la Bulat...
Sembuhlah wahai Bulat :'(
Ekor dia cedera teruk, kulit tertanggal, nampak daging dgn tulangnya. Sesapa tgk mesti ngeri, walaupun saya sedikit ngeri, saya tahan-tahankan juga. Kalau tidak, macam mana nak rawat Bulat.
Semalam saya sudah sms seorang sahabat, minta tolong dia bawa Bulat ke klinik, tup-tup paginya dia sms semula bagi tahu kereta diguna abangnya pula, lepas solat jumaat dia janji mahu hantar Bulat.
Ahh, saya kira lambat pula nak tunggu selesai jumaat, sedangkan hari masih pagi. Hati saya tak tenteram selagi cedera Bulat tak dibawa jumpa vet. Saya masukkan Bulat dalam raga bertutup, letak kat raga moto,adik saya bantu pegang raga. Dengan pecutan yang hampir laju saya menderu jumpa vet di bandak K.
Sesampai ajer, terus cerita kat vet, luka Bulat dah ada maggot, ni gara-gara Bulat dah 2 hari cedera baru nak balik umah. Vet sembur dengan ubat khas untuk maggot, inject antobiotik dan dibekalkan dengan ubat sapu.
Semalamnya macam-macam saya cuba buat untuk rawat Bulat, letak minyak gamat, letak minyak daun herba TYT *nampak kering sket luka lps letak minyak TYT ni*, bagi Bulat minum air masak+jeli gamat *tapi dia takmo minum sgt, pasal ada bau gamat kot*. Lagi satu saya bagi Bulat minum susu igg plus. Kalau abah saya tahu, mati la. Susu mahal bagi pada Bulat. Arghhh, saya tak kira, hopefully susu yang kaya dgn khasiat tu dapat bg tenaga pada Bulat + dapat baiki luka Bulat pasal sapa yang luka kencing manis sampai berlubang pun boleh sembuh lukanya asbab minum susu igg ni. Insya Allah... *eh, promote pulak*
Sekarang Bulat tido aje, tapi saya masih risau selagi lukanya tak sembuh, saya risau maggot tu muncul semula...
Cerita Ceriti
Pergi cari kerja di bandar M, nampak iklan jawatan kosong kat gerai buah dalam pasaraya, alaaaa...gerai yg ada jual waffer tu, ada jual buah singgit2 jgk. Mula-mula masuk, hati berdetik nak tanya ke tak nak tanya ke tak...buat-buat macam nak beli barang dulu, pastu baru pergi. Nampak ada sorang perempuan melayu tenah keje. Muka masam jer. macam sombong jerr...
"Assalamualaikum! Ada keje kosong kan kat sini?"
"A'aa, umo bape?"
(Umo ampat tauuuuun lah!) "Umo, 2* tahun"
"Bagi nama dengan no telepon, nanti bos cine tu kontek"
Kebetulan dalam pasaraya ni ada rakan sepraktikal sama dulu kerja jugak. Jadi promoter. Dia india. Dia dah mention keje dalam ni payah untuk saya dapat waktu solat.
"Err, nak tanya, kat sini gaji berapa? pastu waktu solat tu macam mana?"
"Gaji, budak baru rm500. Waktu solat memang burn la jgk. Saya dah setahun keje ni pun susah nak dapat solat. Kalo shift petang tu asar maghrib tu burn jgk la, mmg kena qadha je la bila balik umah"
"OOO...ok lah, saya tunggu je la tokey cine ni call"
*Sampai sekarang tokey cina tu tak call2*
Lagi pulak payah la keje yang tak boleh solat ni....
Pergi mandi kat kolam air panas di Sungai Klah, Sungkai. Syokkk.. berendam pukul 7 mlm-8mlm. Segar rasa badan.
Dapat sms dari Nurul, katanya ada kursus buat kek 9-12hb depan. Oh, peluang yang amat baik. Dan sekarang saya consider tak mahu cari kerja dah, tunggu aja tarikh belajar buat kek itu. Tak mahu miss lagi peluang yg satu ni selepas peluang yg awal dulu tak dapat saya join.
Mengisi Masa Lapang
muke hepi sebelum bertugas
Dapat keje yang berat jugak la, pasal kena jaga bahagian beskal-beskal peserta-peserta semua. Pukul 11.30 dah kena terpacak tengah panas, tunggu peserta-peserta semua masuk letak basikal. Kena guide tempat basikal diorang ikut nombor masing-masing. Ramai nak mampus, dekat 800 lebih peserta ada rasanya. Ada orang puteh, orang itam, orang malaysia, semua ada. Masa ni muka kami yang bertugas semua dah tak keruan, maklum ler kena panahan cahaya matahari.
Penat ya amat pasal banyak berdiri. Bila malam, dari pinggang ke bawah dah sakit-sakit. Tapi malamnya tu sempat lagi buat kek coklat sebijik (dipaksa buat sebenornya). Esoknya bangun pagi dah ok,tak sakit lagi ;) Saya kan muda lagi (i'm powergirl malaysia) hahaha.
Sebagai habuan, kami yang jadi crew ni dapat selai t-shirt crew dgn wang tunai rm50. Jadi laa... Lagi satu yang best sbb dapat tambah kenalan yg pada mulanya mmg tak dikenali lansung.
ps: ade sesapa nak suruh saya jadi volunteer lagi? sila2 ler menghubungi saya,hehe