Saya Sunyi


Terima kasih pada semua-semua supporters yang bagi komen membina ;) Terasa sedikit terubat hati ini. Oh ya, anda semua jangan salah faham. TAK MAHU LAGI BELA KUCENG bukan bermakna saya tidak lagi sayangkan kucing. Kalau tidak percaya anda boleh menjeling sekejap pada profil saya di bawah gambar berpaling ke belakang itu. Love : Cats. Tidak pun bertukar dengan Love : Panda atau tikus atau pun hamster.

Tetapi paling saya rasai ketika ini adalah SUNYI. Yer, saya rasa dari hari Bulat tiada rumah ini terasa sunyi saja. Tiba-tiba saja abah bersuara,"Rasa lain pulak Bulat takde, terbayang-bayang je pulak dia”.

Jika abah yang jarang-jarang sangat gemarkan kuceng pun boleh berperasaan begitu apatah lagi saya yang terlalu menjuahkan Bulat. Entah kenapa kehilangan kuceng nan seekor itu terasa sampai ke ulu hati pedihnya.

Sejak petang semalam saya sedikit hairan kerana tidak lansung melihat kelibat Okeen. Okeen jarang saya cerita kerana dia bukanlah senarai kuceng di bawah pengawasan saya tapi sifatnya yang manja dan mengada-ngada itu tetap saya layani tetapi hanya ala kadar. Saya hanya perasankan dia ada pada pagi kematian Bulat. Setelah itu tidak nampak lansung kelibatnya sehingga ke petang esok. Cari punya cari, akhirnya saya nampak sekujur tubuh Okeen yang sudah keras dalam perdu-perdu pokok keladi hiasan di halaman rumah. Peliknya! Okeen tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit seperti Bulat.

Sememangnya Okeen dan Bulat rapat. Selalu bermain bersama. Bahkan semasa Bulat sakit, Okeen selalu datang menjenguk. Mungkin ada chemistry antara mereka berdua. Al-maklumlah Bulat berjantina jantan dan Okeen pula betina. Akhirnya Okeen juga mati. Mengikut kekasih hati agaknya.

Kini tinggal 3 ekor kuceng di rumah ni. Seekor adalah sang ibu yang sudah tua dengan 2 ekor lagi adik beradik Okeen seibu dan sebapa. Bulat terhasil dari bapa yang berlainan. Oh, sepatutnya Okeen dan Bulat tidak harus berkasih-kasihan,haha. Mereka yang tinggal ini pun macam rasa tak syok je bila anggota keluarga mereka dah mati. Tak seperti selalu, mereka asyik main bersama di halaman rumah. Binatang pun tahu erti kehilangan rupanya.

Kini, rumah saya ini amatlah terasa sunyi. Macam tak lengkap pula. Komen dari anda semua pun ada yang suruh saya cari pengganti. Saya memang harus cari pengganti Bulat. Tapi kot ye pun tunggulah abis iddah dulu :p Bukan senang mahu cari pengganti buah hati pengarang jantung yang baru. Saya ini orangnya setia. Bertuahlah sesiapa yang memiliki saya nanti,haha. *perasan*

Acap kali sudah saya mendengar, jangan tangkap gambar kuceng, nanti kuceng tu pendek umur. Adakah ia benar? Atau sekadar mitos cuma. Saya pernah menegur seorang blogger semasa awal-awal pembabitan saya dalam dunia blog tahun 2004 dulu. Saya beri komen dalam entry kucengnya, bagi tahu benda yang sama. Esoknya saya terkedu membaca balasannya dalam kotak komen. Tak tahu mahu balas apa. Untuk pengetahuan semua dia bekas pelajar KISAS. Saya kira anda semua faham ape yang dia balas dalam kotak komennya itu.

Hurmm.. Nampaknya azam saya untuk tidak mahu membela kuceng lagi tidak dapat bertahan lama rasanya. Saya rasa saya tidak boleh jika tidak membela kuceng. Rasa sunyi wooo! Benar juga kata Dr. Nat bila saya nyatakan pada dia yang saya tidak mahu bela kuceng lagi, “I’m sure sooner or later u will find another cat, becoz animal lover cannot live without animal”.

16 comments:

Sikenit Comel-AminBakish said...

yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti :D

zwitterion said...

dayah mgkin perlukan masa je kot..:)bg nasihat mcm utk orang putus chenta jer..

INDERA KENCANA said...

Ahahaha...
Selamat membela kucing.

arianna adrizal said...

lama tak jengok sini. bnyk post yg terlepas so ingt nk komen sekaligus la. hehehe.

tingat kuceng fav akak, gemok sudah bepergian hampir 2 tahun. kadang2 tu rs rindu sgt. skrg susah nk cr kuceng kampong yg gemok dan berbulu tebal. kalau kamu pernah tgk kuceng dlm drama siri jepun power ofis gurl, ha.. besar kan kuceng tuu.

wuuu~ bestnya cuti2 mesia kat penang. akak tingin pi penang tp tak sempat la. kamu cerita psl nasha, akak tingat dulu org penah kata akak mcm dia. muahahahaha!! pasan! akak minat dia tu.

ad3ck said...

ibu kucing tulla ko neh..;p

Alex Lacey said...

bela jangan tak bela hehehe

tuan tanah said...

Sementara ni saya cadangkan belalah Tamagotchi, tapi ada buruk baiknya juga.

Dulu saya pernah bela Tamatgotchi dalam pc. Saya menjaga dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh sehingga ia dewasa. Tiba-tiba satu hari ia tiada lagi. Yang ada cuma sekeping poskad daripadanya. Dia balik ke planetnya - untuk menjadi pelakon! Alahai, salah asuhan agaknya.

kemat said...

Bila abis edahnyer..ngeehee..elok cari kucing baru.... banyak sebenarnya kucing2 kat luar tu yg tak terjaga..hanya yg sayangkan kucing leh jaga kucing2 nie..saya juga suka akan kucing..dari kucing kita belajar " Ibu kucing menggunakan gigi yg sama untuk menggonggong anaknya dan mengigit tikus". spt juga ibu bapa yg merotan kita. Rotan/kayu yang sama digunakan untuk memukul/menghalau benda lain tp hasratnya berlainan

Sunan_Jati said...

selamat hari raya haji & selamat tahun baru 2007... hohohoho!

hayad said...

semua2, mekaseh ;) er..tuan tanah, saya sdg menggoogle Tamagotchi ;p

Pa'chik said...

tamagotchi dah ada game utk henpon. lagi senang.

lindosh said...

hurm bab kata kalo amik gambo kucen tu.. nanti dia akan mati.. rasa cam ade gak btol.
ntah la nak percaya ke tak..
tapi my kucen pong semua mati gak lepas amik gambo.. eheh dah ajal kot.. tak leh kata gak

13may said...

Selamat Hari Raya AidilAdha & selamat tahun baru 2007....hehehehe!

Anonymous said...

dayah..aku dgr topik pagi ERA tadi..
sadis tul..ada orang tuh hantar SMS lepas geram..
jiran dia pi simbah asid kat kucing dia..
uish..tak terkata apa si krill tadi..dasyat kan.. -nurul-

Ayaq masak said...

Main tamagotchi nak? Digimon ke.

hayad said...

pa'chik--> oh, ye ker? tak tau pulak

lindosh--> itu lah, tak tahu betul ke tak

13may--> selamat jgk weh ;)

nurul--> la, sp la manusia mangkuk hayun buat binatang mcm tu, bodoh btul! Kalo org islam yg wat gtu mmg ar, tak selamat sok dia

ayaq--> tgk le dulu,hehe

Followers