Jalan-Jalan

Saya baru saja balik dari penang. Err, takde la baru sangat, sabtu pergi, ahadnya balik. Ke penang menjadi peneman tidur sepupu kat bilik hotel. Oppss... Jangan salah paham! Sepupu saya seorang perempuan ok! Hehe

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
diambil dari tingkat 16

Malam sabtu itu saya keseorangan dalam bilik hotel sampai ke tengah malam. Si sepupu ke majlis makan malam tempat kerjanya. Naseb baik ada tv, layan cerita lama, "Duit Free" kat nt7. Lakonan Nasha Aziz. Giler punyer tak lawa Nasha Aziz masa zaman dolu-dolu. Dengan gigi yang sedikit 'tinggi', mulut lebar,kening lukis yang ntah-hape-hape. Memang lainlah dengan yang sekarang ni. Yang sama pada saya cuma tang hidungnya yang mancung tu. Satu itu memang kekal sama sehingga hari ini. Tapi yang lain-lain nyata amat sangat berbeza.

Sepupu saya balik pabila jam menunjukkan pukul 12.30, saya terasa lapar, diajak beli burger dekat bawah. Sambil tu saya telah diajak ke suatu tempat yang tak pernah seumur hidup saya jejak. Itu pun bukan atas desakan sepupu saya, tapi saya yang rela hati mahu ikut kerana semangat inkuiri saya tetiba saja memunjak. *bukankah bagus mempunyai semangat inkuiri :p* Tak perlulah saya mention tempatnya, kerana saya khuatir ada yang mengserkapjarangkan saya pula nanti ;) Sepupu saya pula diajak oleh boss-boss besarnya. Dia yang terpaksa sebenarnya,haha.

Image Hosted by ImageShack.us
lihatlah betapa sesaknya penang

Selepas check out esok harinya, kami ke terus ke Teluk Bahang. Saya yang teruja amat untuk ke sini. Sebab utama hendak mencari Sweet Cherry Cake House milik Chef Redza, ala..Chef yang jadi pengajar kursus kek saya minggu lepas itu. Dalam kepala sudah mengidam-ngidam mahu makan chicken chopnya, Rm6 sepinggan. Cari punya cari sampai la kami ke hujung Teluk Bahang. Mana ni? Mana kedainya? Tup tup nampak la jua akhirnya... Arghhh!! tutup pulak! Hari ahad tutup rupanya. Maka kami pun pulang la dengan penuh kehampaan melanda jiwa dan raga.

Opps, kami tidak terus pulang ke Perak. Tapi menyinggah pula di Gurney Plaza. Ya, kumahu nonton CINTA. Yes! Yes! Sejak baca review Bluehikari pasal filem CINTA, hati tergedik-gedik nak tonton. Panjat-panjat aje gurney Plaza, awek kaunter tu kata CINTA dah full, kalau nak pukul 7.15 pm nanti. Aiseh! Dua benda dah kempunan ni, satu chicken chop, keduanya CINTA.

"Tak kira! tak kira! Nak CINTA jugak!"

"Jom kita tengok kat ipoh", cadangan yang hampir kurang bernas dari sepupu saya.

"Giler ah! tengok citer lain je lah.."

Akhirnya kami pun menonton DEJA VU. Ok,not bad ceritanya.

Habis menonton terus ke Chow Rosta aka Tanjung, betul kan Ayaq Masak kan kan kan?hehe ( akak siap tanya tau kat budak cina jual jeruk tu pasal kedai buku murah tu, kat atas kata dia :p ) Kalau ke penang ni tak sah kalau tak beli jeruk, kalau sendiri tak beli, ade je memesan suruh beli. Masa belajar di sini dulu, asal nak balik kampung je mesti mak telefon kata si polan ni si polan tu pesan jeruk. Maka terhoyong hayanglah saya membawa muatan yang melebihi berat badan sendiri naik bas turun bas sampai la ke tangga rumah.

Selesai membeli terus bergerak meninggalkan penang, tak sempat menjenguk adik x-rumet di Universiti Sayang Menyayang,haha.

Takpe, ada masa datang lagi lain kali ok!

10 comments:

AdibA ChanG said...

oit! mok suruh balek!! x gheti2 balek kew? ish3..

kakLuna said...

la..hang mai penang ka...awat tak habaq...leh jumpa..pi jenjalan kat jusco ka...batu uban ka makan ikan bakaq..

13may said...

...saya telah diajak ke suatu tempat yang tak pernah seumur hidup saya jejak...

aku tertanya2 tempat itu..haaa!!!

Ayaq masak said...

...saya telah diajak ke suatu tempat yang tak pernah seumur hidup saya jejak...

Disko? Lorong 100 tahun? Apekah apekah?

Chowrosta tu kat Tanjung bukan a.k.a Tanjung..huhu... beli buku apa? Sure borong sakan.

hayad said...

adiba chang--> aku tau lah nak balik

kak luna--> ala,tak sempat pun nak kontek sesape,huhu

13may--> heh heh

ayaq masak--> heh heh...oh,aku silap lg, chow rosta tu kat tanjung,ok2 chow rosta is in tanjung. Tak bli buku pun,bli jeruk,haha

maza said...

ooo...abg sy pun suke borong buku kat situh..murah2..jimat duit skit..

Sikenit Comel-AminBakish said...

nape tak ajak diba... dia jeleslah tuh, sebab tu suruh balik.. hahaha :D

akak dulu ingatkan lalat yang terbang2 kat tempat jeruk tu... rupanya lebah... hehe :D

INDERA KENCANA said...

Huhuhu.. tak beli pon jeruk buah pala utk saya... (jeruk yang paling dibenci.. Heh3x)

hayad said...

maza--> nnt ada duit byk,nak g beli lah jgk

sikenit--> aah,lebah sebetulnya :)

indera kencana--> aik? jeruk plg dibenci tp dok tye napa tak beli plak? saya pun tak suke jeruk paler..tak sdp ar

Ezad said...

meh singgah blog kami meh.. ada kisah pasal nak buat bisnes:)

http://kesidangteguh.blogspot.com/

Followers