LelakiCicak

Pada zaman dahulu ada sorang budak kecik, tak pandai cakap lagi, baru pandai jalan kedek-kedek kot. Asal nampak benda mesti nak masuk mulut. Biasa la kan, semua budak mengalami evolusi yang sama. Pada suatu hari dia nampak satu benda bergerak-gerak kat atas lantai, cute je benda tu, gerak kiri kanan kiri kanan. Lalu budak ni amek masuk mulut. Siap isap-isap lagi.
Tapi kenapa aku yang jadi budak tu, kenapa? kenapa aku pegi isap ekor cicak tu. Uwekkkk!!!

Saya sudah tengok preview filem cicakman. Nak kata menarik, macam tak menarik, macam tiru omputeh jer. Tapi memang tiru mungkin :p Costumenya tak menarik la, tak melambangkan kegagahperkasaan sang hero pun. Cuba tengok Batman, Spiderman, smart jer, badan pun nampak tegap jer. Cicakman punya costume? adehhh... *sengal! haha*

Disebabkan saya ini bolehlah dikatakan seorang penyokong filem-filem melayu, saya akan cuba tengok filem ini tetapi yang pasti bukan di pawagam yang berhampiran. Dan bukan juga cd cetak rompak yang dibeli oleh saya sendiri. Tapi yang pasti cd yang dicetak rompak sepupu saya. Eh, maksud saya sepupu saya la yang beli cd cetak rompak tu!

13 comments:

AdibA ChanG said...

okeh2.
ko xyah sedeh2 pasal ko isap eko cicak tuh.
coz bnd dh jd.kuang! padan muko ekau.
lg 1, seb baik mase ko isap eko cicak tu ko x jd cicak-woman.klu x,gerenti mak ngn abah kaye bikin filem.hahaha :P

fiqroorganisma said...

tu lah. sepatotnya kau dah bermutasi menjadi cicak woman dah dayah. baguslah kau xberubah. hmm..hm.. hahhahahah

fatihah said...

jom tgk CINTA...ihiks

hhmm..terbaca posting chis kek di bwh tuh. erm,klu kitorg wat chic kek biasanya ada sejenis baking tray yg dayah bleh cari yg mana bhgn tepinya ada lock, so takyah la terbalikken kek tuh. leh buka dr tepi n lift the kek ngan mudah jek. rsnya org2 kat kedai kek tahu jenis baking tray yg dicari tuh. =)

Ayaq masak said...

eiii geli plak aku tgk intro tuih.

Sikenit Comel-AminBakish said...

diba, akak dayah tu tak jadi cicak-woman sebab dia isap ekornye je, kalau telan sekali gus jadi kot... hehe :D

Peace dayah!!

hayad said...

adiba chang--> apsal mak abah lak kaya? aku la kaya psl aku yg jd cicak woman! haha

fiq--> tu la, klu aku bermutasi, tak dpt le aku tulis blog,ngehngeh

fatihah--> aha, ada acuan yg mcm tu. tu yg nak cari nnt tu ;)

ayaq masak--> haha, geli? aku tak geli pun??!! :p

sikenit--> gulp! mesti sodap klu telan sekor trs,haha

kak nieys said...

Disebabkan saya ini bolehlah dikatakan seorang penyokong filem-filem melayu, saya akan cuba tengok filem ini tetapi yang pasti bukan di pawagam yang berhampiran. Dan bukan juga cd cetak rompak yang dibeli oleh saya sendiri. Tapi yang pasti cd yang dicetak rompak sepupu saya. Eh, maksud saya sepupu saya la yang beli cd cetak rompak tu!

hahahaha... hahahaha... :D

faridfadhly said...

filem melayu x payahla nak bandingkan dengan filem hollywood..diorg lain kite lain..diorg bajet besa dan market pon besa

buat filem ayam gado pon satu dunia tengok dan cakap best

at least cite ni berani la nak buat kelainan drpd org melayu yg balik2 cite komedi je..

tgk jgn x tgk
hidup filem melayu

hayad said...

kak nieys--> ku salah type ker? :p

FF--> haha,ape2 pun kutetap tak suke filem melayu yang tiru omputeh! macam pelik je jd *ngeh ngeh*. tak suke+tak best je rasa,hahaha!

tuan tanah said...

hehehe... hisap ekor cicak?
ke nak makan terus?

hayad ni ada genetik kucen kot.... hehehe...

kingbinjai said...

ha ha ha kan aku dah kata

hayad said...

tuan tanah--> haha,klu ada sure sy yg jd catwoman tu, bkn heli beri tu :p

kingbinjai--> :)

yana said...

heiyeekkkk... cicak dan spesis reptilia yg lain adalah geli okkkk!!

Followers