Saya Menang Motoooo!!!

Terasa baru semalam menjejakkan kaki turun dari Bas Transnasional Kuala Lumpur - Kuala Kangsar. Tup tup hari ni dah nak balik KL semula. Kenapa saya balik awal? Kawan saya yang seorang tu selalu kata saya lupa daratan. Balik kampung kejap-kejap je, hahaha. Mana ada. Saya balik awal sebab esok dan lusa nak ke sekolah. Nak marking PEKA Kimia dan nak stapler soalan Ujian Bulanan I. Science dan Geografi. Banyak tu wehhhh!

Seminggu yang lepas, saya asyik menerima call dari wakil Palace of The Golden Horses aje. [saya tau la saya bakal kawen kat situ, tapi sabo-sabo la :p].

Caller yang pertama seorang Chinese. Speaking English dengan saya. Ada yang saya paham, ada yang tak paham. Saya susah sikit nak paham kalau Chinese cakap omputeh. [ke memang aku yang tak paham omputeh?hehe]. Selang sehari dapat call lagi. Kali ni Indian. Lagi la susah nak paham. Hehehe.

Apa-apa pun, kata mereka saya terpilih sebagai pemenang saguhati dan menerima penginapan percuma di resort mereka di Langkawi, PD, Country Resort Kajang and Penang. Boleh pilih mana saya nak. Menurut mereka saya menang contest yang saya join semasa Pesta Buku Antarabangsa April tahun lalu. Saya dikehendaki mengambil voucher tersebut di Palace of Golden Horses. Dan syaratnya, mesti dah kawen, baru dapat penginapan percuma ni. [bagus la pulak. nak mengelakkan sumbang mahram la kot nih!]

Tapi saya sedikit was-was bercampur curiga. Takut kena tipu doh! So saya pun cakap, "It's ok. I don't want that prize. Furthermore i'm still single. Thank u very much". Dia pun tak cakap banyak. Terus cakap terima kasih dan talian pun terputus.

Selang beberapa hari dapat call lagi. Kali ni seorang perempuan, Melayu je bunyinya. Elok dia kata dia dari Palace of Golden Horses, saya cepat-cepat potong...

"Ok, ini adalah kali ketiga saya dapat call yang sama. Saya tak dapat datang ke sana dan saya tak nak hadiah tu, ok!"

"Err...ok ok...".

Terkesima dia, hehehe.

Tetapi..jeng jeng jengggg!

Jumaat lepas saya dapat lagi call dari nombor yang tidak dikenali. Tapi ntah macam mana saya boleh nak dengar segala penerangan dia. Nama dia Kak Ida. Dia pun explain benda yang sama. Tapi yang membuatkan saya sedikit percaya adalah...

"Di mana ada gula, di situ ada semut. Di mana ada buku, di situ ada aku".

Hahahahahartakarun! Itu memang slogan saya semasa Pesta Buku bulan April 2008 yang lepas. Kak Ida tu bacakan slogan saya yang sangatlah hampeh itu. Saya pun tanya la macam-macam kat Kak Ida ni. Sementelah, Kak Ida ni cakap Melayu je dengan saya. Hehehe. Kemesraan tu lebih la sikit berbanding dengan berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kan kononnya bahasa status semata-mata. [opps, isu sensitip neh!]

Jadi menurut Kak Ida tu saya kena la mengambil voucher penginapan tu. Tapi syaratnya memang kena yang dah kawen. So dia suruh saya ajak kawan yang dah kawen, sepupu sepapat ke, makcik pakcik ke. Guna nama diorang tapi penginapan tu boleh la sama-sama pasal mereka beri saya voucher penginapan apartment. So ada dua bilik. Satu bilik boleh la beri pada yang dah kawen tu.

Sekarang ni dalam kepala-hotak-saya-yang-bergeliga ni tengah mencongak-congak sape kengkawan yang dah kawen. Ramai tu memang ramai tapi semua tengah jadi Mak Boyot, haha. Tapi kalau menipu saya dah kawen macam mana? Jeng jeng jengggg....

Dan saya sudah pun menelefon Bull.

"Bull, ko free tak Sabtu nanti. Nak mintak tolong. Menyamar jadi asben aku, hehehe".

"Hahahaha, apsal neh? Berapa ko nak bayar aku?"

"Aku belanja makan je dah la, hehe".

Dan kalau takde aral melintang, mungkin saya akan ke Palace of Golden Horses bersama Bull sebagai suami isteri tanpa akad nikah, kuang kuang kuanggggg!





**Payah betul la, dah menang, nak claim hadiah, kena kawen pulakkk. Tak adil! Tak adil!

11 comments:

Sally said...

Dayah,
wah murah rezeki btoll..meh sini..kak Sally comfom dah kawen..hehehe..

hayad said...

tchersally--> hehe, kalo akak dekat, dh lm sy ajak :D

:|: TinTa Kibod :|: said...

dayah,
sat g dia mtk sijil/kad nikah kang..haru jek..kekeke...

Anonymous said...

Tahniah!!!

chekgu Bani Hassim said...

takmo kawen btool2 ke dgn bull tu??
ape salahnye...ajnabi kan??
haha

achik said...

wah.. tahniah2.. :D

WRA said...

itu la...ahaks..ahaks...tp kalau nak gunakan nama akak sahaja pun buleh...dah dekat dah tu palace of golden horses tu...asal jangan dia mintak suruh beli package dia dulu sudah....

Pa'chik said...

semuga derang mintak tunjukkan kad nikah... kekekek... :P
dengki nih... :P

Ibnurashidi said...

Salam...

Mungkin saudari boleh baca entri dari blog saya ni...semoga ada manfaatnya.

http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/kronologi-budaya-seks-umat-islam-di.html?showComment=1237475520000#c4582433641258167954

Anonymous said...

Weh! Nape kau tak suruh aku menyamar jadi laki kau.. Kakaka! :))

hayad said...

@yue--> tu la pasal. haru teman dibueknyo.

biliksebelah--> tak dapek lg, tak layak lg menerima tahniah :p

chekgu BH--> cet!!! hampehhh. Bull is juz a fren. a gooood fren! :)

achik--> mekaseh2..hahaha, cam poyo je

alex lacey--> haaa, ajak akak je lah kan? hehehe

pa'chik--> aku tunjuk kad kawen olok2 :p

Ibnurashidi--> oh, terima kasih, saya sedang meloading blog anda.

akirasuri--> ko nak sgt ke tuko jantina? :P

Followers