Pull!!!

Sekarang ni tiba-tiba je musim hujan di KL ni. Tiap-tiap petang mesti hujan. Pagi-pagi pun cuaca mendung jer. Sudah 2 hari di minggu yang lepas acara akhir untuk acara padang terpaksa dibatalkan. Jadinya, pagi tadi dan pagi esok kena buat acara yang tertunda minggu lepas. Maknanya pagi dan petang ada acara. Saya pun tadi terpaksa tak masuk kelas [tapi sempat bagi kerja pada students]. Kalo boss tau memang mampos! Tapi nak buat macam mana... Atlet kena urus jugak.

Petang tadi acara tarik tali. Kuning vs Merah, dua-dua set Kuning menang. Yeaaayy!!!


Pasukan Kuning. Ketuanya *br*h*m. Saya ada cerita pasal *br*h*m tahun lepas :) Anak murid saya yang tak pernah lansung saya tengok buku nota Kimianya. Tak larat nak marah dah.

Lepas lawan Merah, lawan Ungu pulak. Tapi keputusan seri. Ada 2 orang yang berbadan amat besar tak datang tadi. So Kuning kekurangan sedikit kekuatan.

Esok pagi ada lawan lagi. Khamis pulak final. Harap kuning dapat kekalkan kejuaraan dalam tarik tali ni. Dapat la tambah 50 markah. Sekarang ni mata terkini, Kuning di tempat tercorot seh!







4 comments:

CJ said...

erk!.. tercorot? aku dh lama tk main tarik tali. pernah sekali main tali putus. :))

hayad said...

tu la CJ. cuak gak aku ni. 3 thn berturut johan. aku tak nak la time aku jd ketua dpt last pulak.

Uwaaaa!!!!

en_me said...

naper mamat baju putih badan besar tewww tak jadikks anchor.. uhuhu

hayad said...

en_me--> anchor kt belakang tu besar jgk.

Followers