Jalang sambil Makang!

Semalam saya dah settlekan stapler kertas soalan semua. Dari pukul 10.30 sampai 4 petang saya stay di sekolah. Gile nak muntoh stapler soalan dan bahagikan kepada setiap kelas mengikut bilangan murid. Nasib badan la kena sedia 2 paper untuk ujian kali ni, Geog dan Sc. Tapi takpe, ujian pertengahan nanti rilex la, pasal tak kena buat dah :) Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian :p

Sebaik je menjejakkan kaki kat umah sewa ni Rabu malam yang lepas, Mak Lang saya call. Dia tanya kat mana. Saya jawab la baru je sampai KL. Lepas tu ape lagi, mula la aktiviti bebelan dari Mak Lang saya. Katanya saya balik awal sangat la. Buat ape la dok KL tu. Dia tak sempat jumpe saya lagi. Dah tu pulak hari Khamis (means semalam) ada saudara sebelah abah kenduri. Lepas tu saya tak datang. Pot pet pot pet bla bla bla...

Lepas cakap dengan Mak Lang, saya call mak. Saya bagitau mak, Mak Lang membebel pada saya. Mak gelak je, tak cakap apa, hahaha.

Hari ni pun saya ke sekolah lagi. Mula-mula nak buat kerja, nak marking PEKA Chemistry, sekali Kak Yana pujuk rayu ajak pergi Mid Valley. Hampeh betul la. Akhirnya ke Mid Valley la saya dan Nora juga. Nora tu asalnya tak nak pergi, tapi setelah termakan pujuk rayu kena la pegi. Kami jalan-jalan dan makan-makan. Tetiba terasa nak makan pulut mangga. Al-maklum la, cacing dalam perut ni mengidam...

Tapi santannya sikit sangat la.. "Waiter, can we have more santan plz.."

Dan juga dessert ni. Ape-ke-benda-ntah namanya. Nama Siam. Tergelak-gelak kami menyebutnya, hehe. Dessert ni tak sedap :p

Air kelapa juga yang sedap. Tapi kebanyakan air kelapa saya banyak dihirup oleh Kak Yana. Hampeh btul!

Akhirnya! Licin! Nasib tak makan sekali dengan sabut-sabut kelapa tuh!



Erm ok la, nak bersiap ke Kajang sat. Kat luar nun dah mendung. Harap sempat sampai ke stesen Komuter.



4 comments:

Chekgu BaniHassim said...

ooo...
kate nk pi skolah buat keje, alih2 pi jejalan ngn kawan...
sian kat mak lang ko...dier nk sgt jupe ko...

hayad said...

Chekgu BH--> ahhh, ko ske wat ayat bg aku rs bersalah!

nik awin said...

cacing dlmm perut ngidam yer...
bagus la cacin ni..taste tinggi..nak makan kat midvalley aje

hayad said...

nik awin--> hehehe, biasa la. cacing moden kak :D

Followers