Hari Sabtu Pun Keje

Semalam ada Majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya. Gambar di atas adalah pelajar-pelajar yang memperoleh 12A sehingga 8A SPM 2008. Dulu saya bersekolah di sekolah kampung, setakat seorang dua je yang memperoleh banyak A. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Sekarang saya rasa senang giler je nak dapat banyak A.

Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2008 diapit oleh Tokoh Kepimpinan dan Tokoh Ko-kurikulum.


Tokoh Guru Ahli Sihir diapit oleh Tokoh Guru Paling Lentik di sebelah kiri dan Tokoh Guru Paling errr... ntah? di sebelah kanan. Hehehe [asek budak je posing, cikgu tak sempat langsung nak posing pasal masing-masing bz menguruskan majlis]


Saya jadi MC untuk Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ni. Berpasangan dengan Kak F*austina. Masa rehersal, Kak F*arid kata...

"Napa akak dengar suare ko macam dah tak sedap. Masa mula-mula dulu sedap".

Masa di tahun pertama mengajar, saya telah diberi kepercayaan menjadi MC. Pastu ramai juga la komen kata sedap.

"Ye ke Kak?".

"Aah. Akak rasa sekarang ni ko dah banyak cakap. Masa mula-mula dulu kan ko senyap je. Suara pun ok je la kot".

Ye agaknya. Sekarang ni saya dah banyak cakap. Mulut kepoh :p Pastu kalau masuk kelas yang hampeh tu, suara terpaksa dijadikan sama frekuensi dengan halilintar membelah bumi. Mana tak rosak peti suara. Uwaaaaa!!!

Takpelah kalau tak sedap. Lepas ni kalau kena jadi MC bolehlah ditolak :D



Thanx to WX, A dan S sebab sudi tolong amek gambo cikgu-cikgu diorang yang tergedik-gedik nak bergambo.

Balik dari sekolah saya terus ambil Komuter ke Nilai. Sebab CT nak ke rumah saya, tapi saya takut dia tak tau jalan dari Nilai nak ke rumah saya. So dengan baik hatinya saya turun ke Nilai dulu dan guide dia ke KL.

Sebelum tu sempat singgah di Alamanda dulu. Mentakedarah Sushi King. Ada membe bagitahu Sushi King tak halal. Ye ke ek? Dan saya tengok memang takde pun sijil Halal dipamerkan. Huhu. Kalau dah was-was, lepas ni goodbye je lah!




_________________
Semalam adalah Earth hour. Earth hour saya bukan setakat sejam. Bila dah bergelap tu mula la mamai-mamai. CT yang dok nyok nyet nyok nyet bercakap dengan saya pun, saya dah tak dengar apa-apa. Earth hour saya sampai pagi besok, heeee heeee heeee....



12 comments:

Chekgu BaniHassim said...

merah makngah MC arini...hehe

hayad said...

chekgu BH--> erk!! chekgu BH, ko biaq betoi? ke ko ada color blind? tak kan la aku nk pakai bj merah dgn tdg kuning kot? hahaha.

bj aku tu bukan merah lah. ke aku yg rabun warna???

nik awin said...

hehehe,
dayah sore dah tak sedap??
dah basi gamaknya..

lepas2 ni tak boleh la selalu jadi MC..nnt org jemu..
kalau boleh biar 2-3 thn sekali..baru maintain ke'sedapan' tu

ruru said...

pegi alamanda xnak kabo..
kalu idak lehh jumpa..hihi
dayah, aku rasa nilai A skang ni kita tak boleh nak kira sangat..
sebbnya bila masuk U nanti baru tahu langit tu atau rendah..
skang ni aku dengar complaint dr lecturer , tutor pasal student undergrad yang problem..lain xmacam senior2 diorg dulu (err, maksudnya generasi kita) mungkin diorg dah biasa spoon feeding masa kat sekolah, bila kat uni xberapa boleh nak survive..just my 2 cents..hihi

hayad said...

nik awin--> takde la selalu sy jd MC, masuk ni baru 4 kali rasanya. hehehe.

ruru--> yes, i agree wif u ruru. mmg budak2 skrg terlbh spoon feeding. nnt la insya allah aku cerita lbh lanjut.

k-riey said...

SPM kate orang makin lame makin snang..
graf pon makin rendah..
ntah btol ke tidak.
tapi utk add math mcm btol jek.
bile laa sistem pendidikan nak ubah.
terlalu exam oriented.

hayad said...

k-riey--> aku rasa mcm betul. tp tak tau lah, tunggulah nnt sy apply jd examiner.

DeeN said...

Sushi King tak halal? Erk! Aisey, dah pueh aku mentekedarah dulu. Buek!

Cita2 aku nak jadi mc time perhimpunan sekolah dulu tak kesampaian. Minggu yg sepatutnya turn aku, perhimpunan kansel. Sampai akhir tahun. Chempedak sungguh!

hayad said...

deen--> tu la psl.aku pun dah byk mentakedarah neh, hehehe

takpyh jd MC la deen, amek MC lg best, hahaha :p

Kasawari said...

patut ler tak dpt joint msjbox melaka ek.. hari sabtu kerja ek.. he he

mcm mana org tu amik gambo letak kedua tangannya mcm tu ek he he

hayad said...

kasawari--> tu la, keje keje keje :D

tu anak murid lg dua org anak murid tlg letak kt depan. lg sorang tangkap kan :)

Anonymous said...

I enjoyed reading your blog. Keep it that way.

Followers