Belajar

Saya terbaca dari blog Cikgu Khairuddin, pengambilan guru lepasan SPM 2009 ke maktab. Tapi permohonan ni dah ditutup. Tarikh akhir adalah 22 mac (semalam).


A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.

A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :

Bachelor of Science (Honours) - Mathematics

Bachelor of Science (Honours) - Physics

Bachelor of Science (Honours) - Chemistry

Bachelor of Science (Honours) - Biology

Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy

Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy

Bachelor of Science (Honours) - Audiology

Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology

Program Berkembar Bahasa Perancis pun ada. Specializing in Teaching French as a Foreign Language


Yang bestnya :

Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.

Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.


whoaaa! best tuuuu... Awat zaman saya dulu tak buat macam ni? Isk isk isk!

Syarat utama adalah :

Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.


Hurm, sekarang syarat-syarat nak jadi cikgu dah tinggi. Sesuatu yang amat bagus untuk memartabatkan profesion perguruan (err, ni PIPP yang nombor berapa ek? hehehe).

Ni yang tetiba rasa membara nak sambung belajo ni. Tapi nak tunggu sah jawatan dulu dan nak setelkan ape yang patut dulu. Belajo jugak yang best sebenarnya daripada bekerja, huhuhu.






15 comments:

Ayaq masak said...

wah aku dah cukup syarat dah tu hehe.

hayad said...

ayaq masak--> ko dah out dated, kekekeke.

errr, tak kan ko minat nak jd cikgu kot??? hahaha

CJ said...

waaa, betul le dayah. dunia keje ni kdg2 memeningkan kepala. suka zmn2 siswa dulu. hehe.

tpkan dayah, bg aku dunia blog lg pening kepala. haha!

hayad said...

Cj--> woit CJ, rindu kt ko! kekekeke. oo tu psl la ko stop ek? hehe

Chekgu BaniHassim said...

7A??
gilo apo??

hayad said...

Chekgu BH--> tak gilo. mmg patut pun pasai budak2 zaman sekarang setakt 7A tu dah melambak.

Kasawari said...

takper la dayah.. nanti cepat2 kawin leh gi honeymoon eh kat oversea.. he he..

Ayaq masak said...

out dated kata ko. cis!

tapi aku tak minat jadi cikgu lah weh. haha.

Dandelion said...

blaja dayah jgn tak blaja. kt jepun kan nk jd cikgu tadika pn kena ada degree khas dulu oo n kena ada kebolehan2 tertentu mcm main piano n so on huhuhu.

kakLuna said...

akak ada baca pulak pakej mini bajet utk siswazah sambung blaja. hmm tp tu la...was2 ttg sara diri. kalo ada elaun ok le. kalo x de..jenuh..

nik awin said...

dayah x kompom lg??
posting thn bila nih

hayad said...

posting tahun 2007.

Hafiz said...

menariknya offer utk sambung belajar oversea tu.

di Melbourne, ada juga beberapa pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang sambung belajar di sini.

hayad said...

hafiz--> menarik kan? best giler kalo dpt :)

biliksebelah said...

Eh,tak perasan ada ping dari blog ni.. hehe..

Followers