:(

Di sekolah tadi bercerita pasal warna aura masing-masing. Kebetulan sorang kakak tu sama warna aura dengan saya. Warna pink. Dia pun cakap ciri-cirinya. [seperti ciri-ciri yang dah saya cerita dulu].

Lepas tu saya menambah, "Memang betul kan Kak S? Orang pink banyak pendam perasaan. Dayah pun macam tu".

Lepas tu disambut oleh seorang rakan sekerja, "Kalau Kak S, memang nampak pendam perasaan. Kadang-kadang boleh nampak dari muka akak. Kalau Dayah ni tipulah. Mana ada. Dayah ni ekstrovert. Banyak cakap. Bok bek bok bek. Luah ketidakpuashatian selamba je... Bla bla bla dan bla lagi".

Tak tahu kenapa, saya sedikit terguris dengan kata-kata dia. Tiba-tiba rasa macam nak menangis. [kan memang betul, saya ni sensitif, tapi tak nampak. Saya sendiri je yang tau].

Orang memang tak kan penah nampak muka saya sedih. Susah nak detect. Sebab saya tak suke menzahirkannya. Kalau ada masalah pun, saya tetap boleh buat lawak bodo dan ketawa. [macam tengah baca lawak antarabangsa Ujang].

Tak tahu kenapa, hari ini rasa macam spoil. Rasa tension. [dah la 2 kelas hujung yang saya ajar macam hampeh. Memang spoil mood saya walaupun saya sudah berbaju kuning mengikut aura hari Khamis pada hari ini].

Mula-mula saya bercadang nak balik kampung cuti sekolah ni lewat sedikit. Tapi tadi saya dah beli tiket ke Kuala Kangsar. Nak balik esok, tapi tiket semua dah habis. Yang ada Sabtu petang. So saya rembat je tiket tu. Nak balik kampungggg!!!


8 comments:

chekgu Bani Hassim said...

tetibe emo ye ??
biasela tu hayad...
ade mase kite akan jadi mcm tunggul yg takde perasaan..
ckap ape pun, tak effect...
ade mase, kite lebik cam dadih...
sgt fragile dan emo sgt...

normal la tu...
tapi tak selalu...

hayad said...

CHEKGU BH--> tu la, tetiba aku emo. nak dtg bulan kot, erk!

Anonymous said...

sesekali dayah.. kdg2 dtg rasa down tuh. biasa le kan. blk kg nanti pulih le. :]

TEACHER OF SOMEONE said...

selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung...
hehehe

Ayaq said...

jgn emo2. mari balik kampung. :D

achik said...

biasa la bila kena sound direct camtu.. mesti terasa w/p skit..

selamat balik kg.. :D

disturbia said...

biasa le tuh dayah..
kekadang ni kita pandai wat2 happy walaupun sakit hati or sedih..
sebab tu orang tak realise yg kita ni sensitif sebenarnya... saya pun camtu gak...

Anonymous said...

jom balik kg..
kdg2 aku rasa yg sama cam ko..
sebeninye org tu xde pun nak sakitkan ati kita..tp tetiba je kita sensetip, walhal sebelom ni kita ok jer.
btw..aku da ada kat kg..yeay!

Followers