"Selagi tak tutup mata, khoje khoje khoje!"

SELAMAT BERCUTI kepada pekerja-pekerja di Malaya semua. Tak kira la anda pekerja dengan permit atau tanpa permit, pekerja awam atau swasta.

Saya dah selamat berada di kampung. Semalam habis kursus awal. Lepas makan tengah hari, jam 1 petang bus pun start gerak untuk balik ke KL. Ikut jadual jam 2.30 baru balik KL. Bermakna kematu la punggung saya menunggu Cik Nurul yang akan bertolak dari Serendah jam 2 petang. Saya minta bus jabatan menurunkan saya di Tol Tapah. Nasib baik ada surau kat Tol Tapah ni. Saya nampak sorang auntie cleaner berbangsa India kat situ. Saya tanya boleh tak saya nak tunggu di surau. Dia kata boleh.. boleh..

Jam 4 petang Nurul sampai. Saya selamat sampai kat rumah jam 6 petang. Thanx yer Cik Nurul.

Oh ya! Semalam 30 April, hari jadi adik saya yang ke 18 tahun. Seperti yang kamu mintak, aku bagi jersi Adidas dan Nike 2 helai la sebagai hadiah ek! Tadi dia cek kemasukan ke UPU. Alhamdulillah, dia dapat masuk UiTM. Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis. Hopefully dapat course yang dia mintak.





________________
Pergi ke Kuala Kangsar pagi tadi. Makan Laksa Pak Ngah. Puas! Di KL tiada laksa sesedap laksa kuale :D

7 comments:

Chekgu BaniHassim said...

yess...1st!

Chekgu BaniHassim said...

nak laksa kuale jugak ye??
happy bday itk adik ko tu...

hayad said...

Chekgu BH--> tahniah! anda 1st! tp takde adiah, haha

CJ said...

waaaa.. mesra la korang. ekekeke.. tetiba jek.

hayad said...

CJ--> hahaha! kenapa? ko jeles ek CJ? hahaha

CJ said...

jeles? ekekekeke.. jeles tu ape. buah deroyan gak ke? haha

korang mmg ada keserasian le. :))

hayad said...

CJ--> keserasian tu ape? sejenis kereta ke? kuang kuang kanggggg

Followers