Saya ke Jabatan Pelajaran tadi. Ada Bengkel Penggunaan Bahan Sumber untuk Matapelajaran Kimia. Saya yang offer diri nak pergi, hehehe. Sangat suka kalau bab-bab keluar sekolah ni :) Lagi pun seronok sebab bila attend bengkel subjek ni mesti jumpa kawan-kawan lama masa U. Dapat la bertukar-tukar cerita dan bergosip-gosip seketika.

Tapi memang tak rugi saya pergi. Sebab dapat module Kimia yang amat berguna untuk P&P Kimia saya. Saya berazam untuk mamantopkan lagi ilmu Kimia saya ni terutamanya kaedah mengajar subjek ni. Tahun depan ingat nak mintak ajar Form 4 dan Form 5 sekali. Cukup 5 tahun nak apply jadi Guru Cemerlang. [tingginya cita-cita. nak muntoh ijo pulok teman rasa].

Hari tu masa Pengembangan Staf, Pengetua tunjukkan ada beribu kekosongan Guru Cemerlang. Sebab ramai cikgu tak apply untuk jadi Guru Cemerlang. Maybe segan kot. Sebab kena isi borang. Kalau dilantik tu lain cerita la kan. Orang kita ni kan jenis nak buat sesuatu kena pikir ape orang lain akan kata. Tu yang sedikit payah tu.

Tapi Insya Allah, untuk challenge diri sendiri ape salahnya apply kan? Kena challenge diri menjadi yang terbaik. Setakat ni saya sendiri masih kurang berpuas hati dengan P&P saya. Insya Allah akan sentiasa cuba diperbaiki supaya student lebih seronok untuk belajar Kimia. [padahal aku zaman belajo dulu pun tak paham pun kimia-kimia nih! hehe].

Kebetulan dah ke Jabatan tadi, saya terus ke Unit Latihan dan Perkhidmatan untuk uruskan hal Sijil Induksi saya yang salah ejaan nama.


Ada ke nama Ayah saya YUSOP jadinya. Sepatutnya YUSOF. Sebelum-sebelum ni takde pulak kesalahan ejaan. Dah la ni Sijil Lulus Induksi. Tapi Puan tu kata sijil ni tak boleh dibetulkan di peringkat Jabatan. Kena pergi Kementerian. Sebab yang tandatangan Sijil ni Panel Penilaian KPM. Saya tanya juga ada effect tak untuk proses pengesahan jawatan saya. Puan tu kata takde, sebab IC saya betul. Dan dia pun tak jamin sama ada boleh dapat semula sijil yang baru dengan tandantangan Datuk Haji Kamaruzaman tu.


Ini sebahagian rakan-rakan group saya semasa Induksi Oktober tahun lepas. Masa ni ada Malam Nostalgia. Setiap kumpulan kena buat persembahan. Group kami decide nak buat persembahan nyanyian dan tarian Medley. Sampai pada Tarian Hindi, takde sapa yang nak. Puspa pulak memang wajib sebab dia satu-satunya India dalam group kami. Last-last saya dengan penuh sporting serta gaya mutu dan keunggulan telah meng'volunteer'kan diri. Bila tiba malam tu, mereka rakam tarian Hindi kami. Dan saya telah dicop terlebih Hindi dari Puspa. Hahaha. Nak buat macam mana. Kulit pun memang dah terlebih matang kan :D

Kami semua Lulus Induksi. Alhamdulillah :)

4 comments:

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
terlebih india??
ye laaa...aku baru pasan...
hehe

siap ngn shawl lagi kat leher...
mmg ade tokoh kadi penari bharata naratyam laa...hehe

aku pon cm ko gak, suke gak kuar2 sekolah nih...
tp takleh la slalu...sian kat silibus aku...nk cover menggagau kang...

Yasz said...

Dayah memang sporting...aku suke!hehe..

hayad said...

Chekgu BH--> tu la, aku punyer silibus pun dah terlambat jugak ni. mmg lps cuti bln ni aku akan jd lipas kudung la jwbnye.

Yasz--> kalo ada geng sekepala leh je jd sporting :)

keri said...

erh blajo kimia best gile!
saye dlu beruntung gile sbab cikgu kimia kat skolah memang best n lawak gile.
sangat2 understanding dan sempoi.

pastuh cikgu kat tuisyen pon same naik.
sampai hari ni singgah jumpe dia kalu balik.
siap sms, kol lagi kadang2.


err, tuisyen saye bkn tuisyen org bandar yg mahal mcm klas dlm 10 orang tuh.
tuisyen kampong je. satu klas mcm klas kat skolah smp 40 org kot.
tp still sangat membantu!!

Followers