Cincin di Jari Manis Aku :D

Sabtu lepas di Pasar Pagi Batang Kali.

Jalan-jalan, lepas tu singgah di gerai yang jual cincin, gelang dan macam-macam aksesori wanita. Ada batu swarozki, ada batu serai, macam-macam batu lah. Kepala batu je takde. Lepas tu saya tertarik pulak tengok cincin tu. Batu hijau ada, putih pun ada. Macam-macam kaler lah. Tapi saya tertarik dengan warna hijau tu.

"Ambil la dik. Cincin tu RM18. Batu serai tu".

"Ye ke batu serai ni makcik? Batu serai bukan mahal ke? Batu serai kan amek bawah perdu akar pokok serai tu?".

Saya pernah baca dan tengok youtube orang amek batu serai. Bukan semua serai mengeluarkan batu serai. Hanya serai yang mengeluarkan bunga jer. Serai mana ada bunga kan. So katelah anda ada nampak pokok serai tu keluar bunga, haaa, pi la korek, mana tau ada batu serai bawah rumpunnya tu. Nak tahu lebih lanjut search la dalam youtube. [kat kampung mak banyak tanam serai. balik nanti gue mau usha la serai-serai tu,hehehe]


"Batu serai tu nak amek kena menurun dulu". Sambung makcik tu.

Hmm, saya tengok dalam youtube tu takde la menurun-nurun tapi orang tu ada la baca ayat-ayat sikit. Ayat apa pun tak tau la. Tapi guna kain kuning la letak rumpun serai tu. Dalam celah-celah tanah akar serai tu keluar la batu serai. Macam-macam kaler. Katanya batu serai ni elok untuk pelaris, pemanis, macam-macam lagi la. Wallahualam! Tapi batu-batu tu memang cantek dan mahal pulak tu dijual. Sampai cecah RM1500 pun ada. [mengikut ape yang saya baca la]

Saya belek-belek cincin tu di jari. Hmmm, comey jugak aku pakai, hahahaha. Tapi kang aku beli, tengok-tengok tak pakai pun. Buat rugi duit je. Sama macam alat make up saya beli dulu tu. Last-last bagi osmet pakai.

Sebenarnya ini bukan point saya menulis. Perenggan atas tu sebagai penyedap cerita je, hahaha. Tadi saya tiba-tiba teringat samting. Saya penah baca satu artikel, "Kenapa cincin perkahwinan disarungkan di jari manis". Dalam artikel tu kata sebab jari manis, saraf-sarafnya bersambung ke hati. So jika si suami sarungkan pada isteri dan isteri pun sarungkan pada jari manis suami, kira ada kejutan elektrik la terus ke hati.

Lepas tu tiba-tiba teringat masa pergi pameran usahawan kat PWTC dulu. Saya ada buat health screen kat satu booth tu. [saya pernah cerita dulu]. Saya kena letak jari manis saya pada bawah microscope tu. Alat tu canggih-manggih la. Boleh nampak salur darah dan darah bergerak-gerak dalam kapilari darah tu. Saya tanya kenapa guna jari manis?

Dan orang tu cakap sebab jari manis urat sarafnya bersambung terus ke jantung.

Hmm, dalam bahasa Inggeris, buah hati tu sweetheart. Tapi jantung dalam bahasa Inggeris, heart. Hati pulak dalam bahasa Inggeris liver. So macam mana ni? Lebih kurang la. Hati ke jantung ke. The point is, nak cakap pasal kenapa cincin disarungkan di jari manis. Dan ianya related la dengan saraf-saraf ke hati/heart/jantung/liver :D

9 comments:

tchersally said...

Ooooo..ya ka..baru la K.Sally tauuuu..TQ for the info!!ehem..bila nak sarung cincin belah rotan plak Dayah..

@yue said...

mungkin la gak sbb dlm adat/bhsa org melayu ni kan kias² kan..

nk ikut bahsa saintifik...jari manis tarikan ke jantung..cam x bes lak bunyinya...nk bahasa halus tu guna HATI..kot la...

he he he

Yasz said...

oo baru ku tau..aku ni main sumbat jer cincin kat jari mana yg muat..tp tu dulu la..skang ni mls nk pakai cincin dah..hehe..

hayad said...

tchersally--> dayah tak nak cincin belah rotan leh tak? nak camera DSLR sebijik, hahaha

@yue--> agaknya la kan? org melayu mmg kias2.

yasz--> ha, ko jgn buh kt jari tgh je udah. tak elok buh cincin kt jari tgh.

tchersally said...

huh?..nak DSLR? ish..idak ke patah jari manis kamu tu nanti Dayah??berat kamu tau DSLR nih..hikhikhik..

DeeN said...

Hehe bukan main nak DSLR... tp nampak kelainan tuh. Good, good. Aku setuju ;)

Pasal batu serai tuh, memang aku asyik dok usha2 kat area akar serai kot2 ada batu. Kaya ooo... hahahaha!

hayad said...

tchersally--> takpe, leh gantung kat leher. so beban dikurangkan :D

DeenN--> ye ke deen? ko kena cari serai yg berbunga. br ada batu bawahnye, hehe

Chekgu BaniHassim said...

dah sampai ke seru nak menyarung cincin di jari ni yad??
tak dapat kad pon...huhu

hayad said...

chekgu BH--> tak la weh. tu tajuk je. tajuk mesti gempak. baru rating tinggi, kekekeke

Followers