Labah-labah


Ntah macam mana, saya teringatkan satu lagu kanak-kanak yang cikgu tadika saya ajar dulu. Terngiang-ngiang je rasanya di telinga sambil otak membayangkan suasana dalam tadika masa tu :)


Satu labah-labah suka panjat perigi

Bila hujan turun labah terus lari

Terbit matahari air tiada lagi

Labah-labah panjat sekali lagi


Sambil nyanyi, kena buat gaya labah-labah memanjat dengan jari. Cikgu pun buat dan nyanyi sekali. Kat mana cikgu tadika saya dulu yer? Yang saya ingat nama dia Cikgu Yah. Sangat baik. Semoga Allah sentiasa merahmati guru tadika saya itu.



_____________
Gambar-gambar dari koleksi tangkapan saya sendiri. (bila la nak ada DSLR ni). Tetiba rindu jugak pada Canon A410 yang banyak berjasa dulu.

Wei! dah pukul 12.50. Ni gara-gara menyiapkan Rancangan Mengajar la ni. Baru siap dan baru print. Kat sekolah nanti tampal je. (Blog boleh updet, Rancangan Mengajar tak updet2 :p)





4 comments:

CJ said...

ahahaha!

RM tampal gak ke dayah. aku pun sama. :))

aku skrg mls nk apdet blog dn mls nk apdet RM. kekeke

tchersally said...

Dayah,
a ah..lagu wajib zaman tadika @ zaman purba kala ( K.Sally le)..uiks..RM bertampal..abis tu..di column 'penilaian' tu udah d taip ke sblm ngajor??

hayad said...

CJ--> sama la kita :)

tchersally--> ruangan penilaian tu dayah tulis tangan la kak sally :)

Chekgu BaniHassim said...

dah ade teknologi skg ni kan??
print dan tampal...
kopi dan pes...huhu

Followers