Pagi tadi saya dan Ina melawat Erda di Taman Bunga Raya (kawan masa sekolah rendah). Dia baru bersalin dan berpantang kat rumah emaknya. Tapi tak ambil plak gambo anak Erda. Sharifah Maryam nama babynya. Yelah, ayahnya keturunan Syed.
Lepas lawat Erda kami ke Hospital Kuala Kangsar pulak melawat Zila. Zila ni pun berpantang kat kampung tapi semalam masuk wad sebab anaknya kena kuning. Haa, kali ni saya snap gambo baby Zila.
"Try la pegang Dayah!" Kata Zila.
"Hish! Tak nak lah. Tak reti. Takut. Lembut sangat!"
"Alahhh, pegang jer. Blajo...". Ina pulak menambah.
Eeee, saje je nak mencabar kewibawaan aku.
"Ok la, meh sini".
Ni lah hasilnya. [bukan hasil saya. hasil zila dan asbennya la, kekekeke]. Baby ni baru 2 minggu. 1st time saya pegang baby baru lahir. Sebelum-sebelum ni tak pernah lorrrr. Sekadar tengok dan sentuh-sentuh jer.
_________
Saya suka dengan nama Umar dan Muaz :)
"Sapa namanya zila?" Tanya saya masa mula-mula sampai.
"Muhammad Adib Zhafran bin Muhammad Azam".
"Ni la aku tak suke ni. Susah la cikgu dia nak menulis dalam register kat sekolah. Suke boh nama panjang-panjang. Cuba pendek-pendek je bagi. Tak muat ruang ko tau". Hahaha.
"Muhammad Adib Zhafran bin Muhammad Azam".
"Ni la aku tak suke ni. Susah la cikgu dia nak menulis dalam register kat sekolah. Suke boh nama panjang-panjang. Cuba pendek-pendek je bagi. Tak muat ruang ko tau". Hahaha.
_________
Saya suka dengan nama Umar dan Muaz :)
8 comments:
waahhh.. dh ada gaya tu dayah. naik seri keibuan ko. kekeke
tgk bb, teringin lak nk ada mak baby. eh! mak baby lak. kekekeke
CJ--> dah ada gaya? pandai la ko buat ayat. seri keibuan la ape la.xde maknanya, hahaha.
ko nak mak baby? nak kawen lg satu ea?? haaa, aku nak report kt ustazah :p
huhu...
erm, boleh polish lagi skill jadi ibu tu...
nmpk dah oke, tp keras sket...
kene blajar dari mak-mak nih....tak pun ko kene blajar jadi mak pulak...
huhu
salam
comelnya nama. Zhafran tu apa maksudnya?
ouh sepupu sy semua nama pendek2;
muaz bin mazzan, mizan bin mazzan, paling baru, mahfuz bin mazzan.
(mahfuz tu sempena nama adik bongsu sy, mahfuzah. Dorang sibuk suruh ayah dia letak nama 'idola' dorg tu. hehe)
Hafiz
PP/Egypt
Chekgu BH--> nmpak keras ek? hehehe. dah baby tu fragile, si aku terpaksa la mengeraskan diri aku :D
Hafiz--> haa, kan sng nm pendek2. ringkas. nak panggil pun penuh, sng. tak tau plak ape maksud zhafran. kna tgk buku :p
wah ada ciri² gitukkk *wink*
*MUAZ..ape maknanya eh?...
akak suka nama adruce muadz... Hihihih :P
@yue--> tak tau la plak maknanya ape. tp mmg ada makna la,ehe
intanziela--> aah, sdp gak tu :)
Post a Comment