Hari Sabtu Pun Keje

Semalam ada Majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah saya. Gambar di atas adalah pelajar-pelajar yang memperoleh 12A sehingga 8A SPM 2008. Dulu saya bersekolah di sekolah kampung, setakat seorang dua je yang memperoleh banyak A. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Sekarang saya rasa senang giler je nak dapat banyak A.

Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2008 diapit oleh Tokoh Kepimpinan dan Tokoh Ko-kurikulum.


Tokoh Guru Ahli Sihir diapit oleh Tokoh Guru Paling Lentik di sebelah kiri dan Tokoh Guru Paling errr... ntah? di sebelah kanan. Hehehe [asek budak je posing, cikgu tak sempat langsung nak posing pasal masing-masing bz menguruskan majlis]


Saya jadi MC untuk Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ni. Berpasangan dengan Kak F*austina. Masa rehersal, Kak F*arid kata...

"Napa akak dengar suare ko macam dah tak sedap. Masa mula-mula dulu sedap".

Masa di tahun pertama mengajar, saya telah diberi kepercayaan menjadi MC. Pastu ramai juga la komen kata sedap.

"Ye ke Kak?".

"Aah. Akak rasa sekarang ni ko dah banyak cakap. Masa mula-mula dulu kan ko senyap je. Suara pun ok je la kot".

Ye agaknya. Sekarang ni saya dah banyak cakap. Mulut kepoh :p Pastu kalau masuk kelas yang hampeh tu, suara terpaksa dijadikan sama frekuensi dengan halilintar membelah bumi. Mana tak rosak peti suara. Uwaaaaa!!!

Takpelah kalau tak sedap. Lepas ni kalau kena jadi MC bolehlah ditolak :D



Thanx to WX, A dan S sebab sudi tolong amek gambo cikgu-cikgu diorang yang tergedik-gedik nak bergambo.

Balik dari sekolah saya terus ambil Komuter ke Nilai. Sebab CT nak ke rumah saya, tapi saya takut dia tak tau jalan dari Nilai nak ke rumah saya. So dengan baik hatinya saya turun ke Nilai dulu dan guide dia ke KL.

Sebelum tu sempat singgah di Alamanda dulu. Mentakedarah Sushi King. Ada membe bagitahu Sushi King tak halal. Ye ke ek? Dan saya tengok memang takde pun sijil Halal dipamerkan. Huhu. Kalau dah was-was, lepas ni goodbye je lah!




_________________
Semalam adalah Earth hour. Earth hour saya bukan setakat sejam. Bila dah bergelap tu mula la mamai-mamai. CT yang dok nyok nyet nyok nyet bercakap dengan saya pun, saya dah tak dengar apa-apa. Earth hour saya sampai pagi besok, heeee heeee heeee....



"Anak-Anakku"

Selasa lepas "anak-anak" saya ni ajak shooting untuk Majalah Sekolah. Sebagai Guru Kelas saya dengan sportingnya telah rela mencemar duli bersama dengan bebudak neh! Sebagai pelajar Tingkatan 5 mereka dibenarkan design sendiri page untuk kelas masing-masing. Kelas saya ni buat 4 pages berwarna. Kos bayaran ditanggung oleh kelas masing-masing. Gasak korang la!


Nasib baik pada hari kejadian tetiba rasa nak pakai 'wedges'. So ketinggian meninggi la sikit beberapa centimeter, huk huk.





"Cikgu, cikgu boleh tak ni?"

"Betul ke ni? Dah la cikgu pakai skirt".

"Ala..boleh jer. No hal!"


Sediaaaa....

Lompat!!!!


Haaa, ape korang ingat cikgu korang ni tak boleh lompat ke? See the leg la :p



"Ok lah, korang sambung la bergambar, saya nak balik bilik guru balik".

"Ok, bye teacherrrr!".

Get to Know Myself

Saya tertarik, menarik, kau memang da bom! dengan entry Cik Ruru tentang personality quiz. Rasa macam penah buat quiz ni dengan kaunselor or speaker yang saya attend ceramahnya zaman muda-muda dulu.

Soalan-soalan yang diberi itu meminta kita imagine apakah tindakan yang kita lakukan jika kita berada di situasi yang diberikan. Mungkin dari situ ia menganalisis personaliti kita. Dan kebanyakannya memang betul dengan diri kita. Kan Ruru kan? Hehehe.

The followings are the results of mine :

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

"Ayat pertama tu saya confuse sikit. Am I hiding my true self? For certain reasons, maybe"

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

"Yang ni sama dengan ko la Ruru :)
I really agree with the above statement!"

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

"Yap! Rasanya semua orang macam ni. Of course we want to know the person very well"

The seriousness of your love:

You have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

"I have a very sensible tactics when approaching the opposite sex? Yang ni saya tak perasan pulak. Ye ke???? Hehehe"

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

"Hehe, tersasar pula dari niat saya yang nak sambung belajar. Memang rasa nak sambung belajar but as the statement above said, DEEP INSIDE :) if I can earn a lot of money, sambung belajar bukan lagi jadi perkara utama, kerana pada saya ilmu itu bukannya hanya terhad di menara gading sahaja. Bila ada duit, macam-macam lagi kursus dan seminar yang berbayar yang menghidangkan bermacam-macam lagi ilmu boleh kita join :) "

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

"Ni statement untuk semua orang rasanya. Dan saya masih lagi tidak berani untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri :p ".

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

"Yes! Be confident! And have faith in yourself "

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

"Hurm, betul"

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

"Hehehe"

_____________________
Bagus kuiz ni Cik Ruru. Thanx for sharing the link! Kawan-kawan semua cubalah!



i dan ii

i.

Pagi tadi ke sekolah, housemate tegur.

"Jangok mu dayah skang ni. Paka comey2. Ado gewe ko kat sekolah ni?"

"Isk, mana ada!". Jawab saya.

Hahahaha! Saya tiada gewe di sekolah dan juga di luar sekolah, hik hik hik! Kat sekolah je la kot kalau saya nak pakai jangok-jangok sikit. Kalau keluar biasa-biasa, jalan-jalan, ronggeng-ronggeng dengan kengkawan, jangan harap la nak melaram. Malas saya. Lagi selesa ber'jeans' atau 'slack' dan t-shirt. Sempoiiii. [macam AC kata]




ii.

Pagi tadi masuk ke kelas yang saya ajar Science. Beberapa jam lagi mereka akan xm paper Science, macam-macam soalan la tanya. Dah nak xm baru tanya. [Biasala tu, macam perangai aku jugak dulu, hehehe].

Kadang-kadang soalan yang tidak berkaitan dengan xm pun ditanya...

"Teacher, why adults like to kiss lips?". [soalan ditanya oleh seorang budak perempuan tingkatan 2]

Aaaa... ???? Apo aku nak jawab nih?

"It's disgusting teacher". Dia menambah.

Ya ya.. when I was at your age, I thought it's disgusting too. But now.... hahahaha [gelak jahat sikit].

"Hey, teacher is not married yet! Why u ask teacher like that?". Kata sorang budak lelaki ni.

Hehehe, tau takpeee...







Belajar

Saya terbaca dari blog Cikgu Khairuddin, pengambilan guru lepasan SPM 2009 ke maktab. Tapi permohonan ni dah ditutup. Tarikh akhir adalah 22 mac (semalam).


A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.

A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :

Bachelor of Science (Honours) - Mathematics

Bachelor of Science (Honours) - Physics

Bachelor of Science (Honours) - Chemistry

Bachelor of Science (Honours) - Biology

Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy

Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy

Bachelor of Science (Honours) - Audiology

Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology

Program Berkembar Bahasa Perancis pun ada. Specializing in Teaching French as a Foreign Language


Yang bestnya :

Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.

Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.


whoaaa! best tuuuu... Awat zaman saya dulu tak buat macam ni? Isk isk isk!

Syarat utama adalah :

Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.


Hurm, sekarang syarat-syarat nak jadi cikgu dah tinggi. Sesuatu yang amat bagus untuk memartabatkan profesion perguruan (err, ni PIPP yang nombor berapa ek? hehehe).

Ni yang tetiba rasa membara nak sambung belajo ni. Tapi nak tunggu sah jawatan dulu dan nak setelkan ape yang patut dulu. Belajo jugak yang best sebenarnya daripada bekerja, huhuhu.






Jalan Lagi

Sabtu semalam mengikut Ct dan familinya ke kenduri kawen sepupu kepada Ct di Kampung Bt.23, Sekinchan. Dua jam seh dalam perjalanan dari Kajang. Sakit punggung den [pasal seat kete hang keraih la Ct, kekekeke].

Orang Ganu kawen orang jawe :) Satu bus dari Ganu mai tuuu...

Den cukup tak suko kalo Mak Andam dok menyebok kat tepi pelamin betui-betuikan make-up. Wat rosak gambaq ja!

On the way balik, singgah beli mempelam. Ada mempelam tu beeeeesaq sangat. Saiz fayafa [papaya]. Area ni area Sekinchan lagi rasanya.



Penah dulu terdetik rasa teringin nak ke Kuala Selangor. Akhirnya merasa la juga bila ikut Family Ct ni ke kenduri. Tempuh la Meru semua tu. Nampak la TESCO yang CJ selalu pegi tu. Tak nampak CJ, nampak bumbung TESCO yang CJ pegi pun jadik lah! Wakakaka! [CJ, pesal la ko berhenti berblog plak? Aku balik-balik dari Kuala Selangor, tengok-tengok ko dah berhenti berblog..adehhh]


Balik dari KS, pergi ke rumah sedara Ct di Klang. Sempat la round ke Istana. Tersesat sebenornye..huhu.

Balik ke Kajang dah pukul 9 malam. Lepas mandi, saya terus landing kat katil dalam bilik. Tak kira dah rumah orang ke tak, [sory la Ct, hehehe]. Letak kepala terus lena tak sedar apa. Sedar pukul 5.18 pagi. Lepas tengok handset terus tidur semula. Penat!

__________
Esok sekolah. Yeayyyy!!! Hahahaha.




Jalang sambil Makang!

Semalam saya dah settlekan stapler kertas soalan semua. Dari pukul 10.30 sampai 4 petang saya stay di sekolah. Gile nak muntoh stapler soalan dan bahagikan kepada setiap kelas mengikut bilangan murid. Nasib badan la kena sedia 2 paper untuk ujian kali ni, Geog dan Sc. Tapi takpe, ujian pertengahan nanti rilex la, pasal tak kena buat dah :) Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian :p

Sebaik je menjejakkan kaki kat umah sewa ni Rabu malam yang lepas, Mak Lang saya call. Dia tanya kat mana. Saya jawab la baru je sampai KL. Lepas tu ape lagi, mula la aktiviti bebelan dari Mak Lang saya. Katanya saya balik awal sangat la. Buat ape la dok KL tu. Dia tak sempat jumpe saya lagi. Dah tu pulak hari Khamis (means semalam) ada saudara sebelah abah kenduri. Lepas tu saya tak datang. Pot pet pot pet bla bla bla...

Lepas cakap dengan Mak Lang, saya call mak. Saya bagitau mak, Mak Lang membebel pada saya. Mak gelak je, tak cakap apa, hahaha.

Hari ni pun saya ke sekolah lagi. Mula-mula nak buat kerja, nak marking PEKA Chemistry, sekali Kak Yana pujuk rayu ajak pergi Mid Valley. Hampeh betul la. Akhirnya ke Mid Valley la saya dan Nora juga. Nora tu asalnya tak nak pergi, tapi setelah termakan pujuk rayu kena la pegi. Kami jalan-jalan dan makan-makan. Tetiba terasa nak makan pulut mangga. Al-maklum la, cacing dalam perut ni mengidam...

Tapi santannya sikit sangat la.. "Waiter, can we have more santan plz.."

Dan juga dessert ni. Ape-ke-benda-ntah namanya. Nama Siam. Tergelak-gelak kami menyebutnya, hehe. Dessert ni tak sedap :p

Air kelapa juga yang sedap. Tapi kebanyakan air kelapa saya banyak dihirup oleh Kak Yana. Hampeh btul!

Akhirnya! Licin! Nasib tak makan sekali dengan sabut-sabut kelapa tuh!



Erm ok la, nak bersiap ke Kajang sat. Kat luar nun dah mendung. Harap sempat sampai ke stesen Komuter.



Saya Menang Motoooo!!!

Terasa baru semalam menjejakkan kaki turun dari Bas Transnasional Kuala Lumpur - Kuala Kangsar. Tup tup hari ni dah nak balik KL semula. Kenapa saya balik awal? Kawan saya yang seorang tu selalu kata saya lupa daratan. Balik kampung kejap-kejap je, hahaha. Mana ada. Saya balik awal sebab esok dan lusa nak ke sekolah. Nak marking PEKA Kimia dan nak stapler soalan Ujian Bulanan I. Science dan Geografi. Banyak tu wehhhh!

Seminggu yang lepas, saya asyik menerima call dari wakil Palace of The Golden Horses aje. [saya tau la saya bakal kawen kat situ, tapi sabo-sabo la :p].

Caller yang pertama seorang Chinese. Speaking English dengan saya. Ada yang saya paham, ada yang tak paham. Saya susah sikit nak paham kalau Chinese cakap omputeh. [ke memang aku yang tak paham omputeh?hehe]. Selang sehari dapat call lagi. Kali ni Indian. Lagi la susah nak paham. Hehehe.

Apa-apa pun, kata mereka saya terpilih sebagai pemenang saguhati dan menerima penginapan percuma di resort mereka di Langkawi, PD, Country Resort Kajang and Penang. Boleh pilih mana saya nak. Menurut mereka saya menang contest yang saya join semasa Pesta Buku Antarabangsa April tahun lalu. Saya dikehendaki mengambil voucher tersebut di Palace of Golden Horses. Dan syaratnya, mesti dah kawen, baru dapat penginapan percuma ni. [bagus la pulak. nak mengelakkan sumbang mahram la kot nih!]

Tapi saya sedikit was-was bercampur curiga. Takut kena tipu doh! So saya pun cakap, "It's ok. I don't want that prize. Furthermore i'm still single. Thank u very much". Dia pun tak cakap banyak. Terus cakap terima kasih dan talian pun terputus.

Selang beberapa hari dapat call lagi. Kali ni seorang perempuan, Melayu je bunyinya. Elok dia kata dia dari Palace of Golden Horses, saya cepat-cepat potong...

"Ok, ini adalah kali ketiga saya dapat call yang sama. Saya tak dapat datang ke sana dan saya tak nak hadiah tu, ok!"

"Err...ok ok...".

Terkesima dia, hehehe.

Tetapi..jeng jeng jengggg!

Jumaat lepas saya dapat lagi call dari nombor yang tidak dikenali. Tapi ntah macam mana saya boleh nak dengar segala penerangan dia. Nama dia Kak Ida. Dia pun explain benda yang sama. Tapi yang membuatkan saya sedikit percaya adalah...

"Di mana ada gula, di situ ada semut. Di mana ada buku, di situ ada aku".

Hahahahahartakarun! Itu memang slogan saya semasa Pesta Buku bulan April 2008 yang lepas. Kak Ida tu bacakan slogan saya yang sangatlah hampeh itu. Saya pun tanya la macam-macam kat Kak Ida ni. Sementelah, Kak Ida ni cakap Melayu je dengan saya. Hehehe. Kemesraan tu lebih la sikit berbanding dengan berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kan kononnya bahasa status semata-mata. [opps, isu sensitip neh!]

Jadi menurut Kak Ida tu saya kena la mengambil voucher penginapan tu. Tapi syaratnya memang kena yang dah kawen. So dia suruh saya ajak kawan yang dah kawen, sepupu sepapat ke, makcik pakcik ke. Guna nama diorang tapi penginapan tu boleh la sama-sama pasal mereka beri saya voucher penginapan apartment. So ada dua bilik. Satu bilik boleh la beri pada yang dah kawen tu.

Sekarang ni dalam kepala-hotak-saya-yang-bergeliga ni tengah mencongak-congak sape kengkawan yang dah kawen. Ramai tu memang ramai tapi semua tengah jadi Mak Boyot, haha. Tapi kalau menipu saya dah kawen macam mana? Jeng jeng jengggg....

Dan saya sudah pun menelefon Bull.

"Bull, ko free tak Sabtu nanti. Nak mintak tolong. Menyamar jadi asben aku, hehehe".

"Hahahaha, apsal neh? Berapa ko nak bayar aku?"

"Aku belanja makan je dah la, hehe".

Dan kalau takde aral melintang, mungkin saya akan ke Palace of Golden Horses bersama Bull sebagai suami isteri tanpa akad nikah, kuang kuang kuanggggg!





**Payah betul la, dah menang, nak claim hadiah, kena kawen pulakkk. Tak adil! Tak adil!

WTH!!!

Hari terakhir sekolah sebelum cuti seminggu, hari Jumaat, 2 hari yang lepas. Waktu terakhir adalah kelas Science Form 2 dengan Kelas Jujur. Kelas kedua terakhir dalam susunan hierarki tahap kepandaiannya.

Kelas yang ramai pelajar Ci*na*. Yang menggunakan Bahasa Ibunda mereka sebagai bahasa pengantar. Yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Sudah banyak kali saya ingatkan hanya boleh berbahasa Inggeris sahaja dalam kelas saya. Tapi tetap jadi macam dalam Pasar Sela*ya*ng.

Satu group pelajar Ci*na* tidak menyalin nota saya di tranparency. Saya sabo lagi. Saya round ke belakang. Mereka cepat-cepat buat kerja. Saya kembali ke depan. Tak lama lepas tu bising balik. Saya sedikit kurang sabar. Saya terus ke meja mereka, menghulur sehelai kertas.

"Ok, now, write down ur name and sign!". Cara saya, kalau ada pelajar yang tidak buat kerja, saya suruh dia tulis nama dan tandatangan dalam borang salah laku yang sudah saya sediakan.

Masing-masing tak nak. Tapi saya tetap paksa. Dah tak buat kerja kan.

Seorang pelajar Ci*na* ni, cuba melawan. Tinggikan suara. Saya dah jadi hangin. Terus tengking dia balik. Satu kelas terus senyap. Tiba-tiba pelajar Cina tu sebut Cibai!!! kat saya. Kepala hotak dia!

"Saya bawa kamu jumpa Pn. Ch***!"

"Bawa la!". Balas dia.

Saya dah hangin. Kalau tak kerana dia lagi tinggi dari saya, memang dah lama 5 jari ni melekap kat muka dia. Saya terus bawak dia ke pejabat. Nak bawa jumpa PK HEM.

Masa otw ke pejabat tu, muka dia selamba jer. Masuk dalam pejabat, Pn. Ch*** takde. PK KOKO kata Pn. Ch*** di bilik mesyuarat , tengah mesyuarat Lembaga Disiplin dengan guru-guru disiplin yang lain.

"Pegi bawak cepat. Elok terus bawak ke situ".

Saya terus ke pintu bilik mesyuarat, "Pn. Ch***, this student said Cibai to me!"

Elok je habis ayat saya tu, Pn. U yang mendengar terus menengking budak Cina tu. "You are using a very bad word to teacher!". Guru-guru disiplin yang lain pun sama marahkan dia. Masing-masing muka menyinga. Pelajar tu kena sign surat amaran pertama.

Dia diminta minta maaf pada saya. Saya malas nak tengok muka budak tu, terus keluar dan kembali ke makmal. Dalam makmal tu saya tinggalkan pelajar-pelajar lain. Bahaya juga tinggal mereka tu. Kang jadi apa-apa cikgu juga salah.

Ni la masalahnya bila Ci*na- ci*na dari K*P*ng mai masuk sekolah saya. Padahal kat K*p*ng tu melambak sekolah. Konon nak glemer masuk sekolah sini. Padahal cakap omputeh pun tak reti. Perangai pulak memang hampeh. Menyusahkan lagi ada la!

Persetankan hal sekolah. Sekarang saya mahu berehat di kampung halaman yang aman-damai. Peace!




Selamat bercuti cikgu cikgu SeMalaya :)


__________
err, korang sumer tau tak maksud Cibai tu ape? kalo tak tak tau pi tanya member Ci*na*.

:(

Di sekolah tadi bercerita pasal warna aura masing-masing. Kebetulan sorang kakak tu sama warna aura dengan saya. Warna pink. Dia pun cakap ciri-cirinya. [seperti ciri-ciri yang dah saya cerita dulu].

Lepas tu saya menambah, "Memang betul kan Kak S? Orang pink banyak pendam perasaan. Dayah pun macam tu".

Lepas tu disambut oleh seorang rakan sekerja, "Kalau Kak S, memang nampak pendam perasaan. Kadang-kadang boleh nampak dari muka akak. Kalau Dayah ni tipulah. Mana ada. Dayah ni ekstrovert. Banyak cakap. Bok bek bok bek. Luah ketidakpuashatian selamba je... Bla bla bla dan bla lagi".

Tak tahu kenapa, saya sedikit terguris dengan kata-kata dia. Tiba-tiba rasa macam nak menangis. [kan memang betul, saya ni sensitif, tapi tak nampak. Saya sendiri je yang tau].

Orang memang tak kan penah nampak muka saya sedih. Susah nak detect. Sebab saya tak suke menzahirkannya. Kalau ada masalah pun, saya tetap boleh buat lawak bodo dan ketawa. [macam tengah baca lawak antarabangsa Ujang].

Tak tahu kenapa, hari ini rasa macam spoil. Rasa tension. [dah la 2 kelas hujung yang saya ajar macam hampeh. Memang spoil mood saya walaupun saya sudah berbaju kuning mengikut aura hari Khamis pada hari ini].

Mula-mula saya bercadang nak balik kampung cuti sekolah ni lewat sedikit. Tapi tadi saya dah beli tiket ke Kuala Kangsar. Nak balik esok, tapi tiket semua dah habis. Yang ada Sabtu petang. So saya rembat je tiket tu. Nak balik kampungggg!!!


Merdeka!!!

What can i say. Kuning akhirnya dapat tempat terakhir juga setelah berjuang bermatian-matian, hee hee hee. Takpe-takpe, tahun ni bagi peluang pada rumah lain pulak. 3 tahun berturut dah johan kan... Bosan jugak asik Johan jer, wahuahauahua! [ayat cover] :p


Kawad kaki rumah Kuning.

Bila saya tengok balik moto Kuning ni, "Silent as the wind, Strong as dragons". Hurmmm? Saya pun tak tanya apa moto rumah Kuning ni, bila baca balik, patut le dapat last. "Silent as the Wind" tu macam tak best jer.. Hahaha.


Rumah merah johan keseluruhan. Kawad kaki pun depa bedal Johan. Tapi merah memang juara bertahan acara kawad kaki. Tiap-tiap tahun pakaian diorang walla!

Rumah biru tempat kedua kawad kaki dan tempat ketiga keseluruhan. Cantik jugak pakaian diorang ni.

Gadis-gadis biru.


Bagi kategori badan beruniform pulak Kadet Polis dapat tempat kedua.

Tahniah pada Nora, gurunya, yang bertungkus-lumus la jugak, hehehe. Nora, aku rasa takmo la join ko gi camping ngan polis-polis Brickfield tu. Aku takut kena ngorat, wakakakaka!!!!



PBSM dapat tempat pertama mengalahkan juara bertahan tiap-tiap tahun iaitu KRS. KRS dapat nombor 3 tahun ni..

Rumah Ungu yang tak kurang hebat. Naib Johan keseluruhan.

Comey bubbles neh.

Rumah Hijau. Selalu tiap-tiap tahun dapat last, kali ni dapat nombor 4, hehehe. Tak dapek juga nak potong hijau ni walaupun hijau ni kekurangan atlet. Saya kalah kat acara padang. Hijau banyak menang di acara padang.

Acara perasmian, melepaskan burung.


Sangatlah panas ketika ini.

Lastly, the teachers!!!

Cheers!!! :)





Salam Maulidur Rasul


Buku yang dah dekat setengah tahun saya beli. Tapi sehelai pun tak baca lagi. [teruknya aku]. Novel Ramli Awang Mursyid yang 3 serangkai tu boleh pulak habis dalam masa 3 hari. Adoi la. [teruk betul aku ni]





Allahumma Salli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.



Semalam


Semalam ada Mesyuarat Agung PIBG. Saya, Azwa dan Kak Zila jadi pencatat minit. Paling tak suka sekali tugas ni la. Kami bertiga dok depan sekali. Siap ada meja lagi. Macam pengkritik AF pulak rasanya. Tapi lepas mesyuarat habis, Kak Lin mintak minit yang kami catat. Katanya, dia yang akan taip dan memurnikan semula minit tu. Woahhh! Lega. Settle satu tugasan.

[NYDP PIBG kami ni banyak kali dah keluar TV, memperjuangkan PPSMI] :D

Semalam juga, tengah syok tengok Majalah 3, dapat call dari Kak Tina.

"Hidayah, ada parent ni mintak no tel awak. Boleh tak nak bagi? Nama dia En. Syed."

"Haa? Parent? Sape? Anak dia form bape? Kelas ape?"

Kak Tina pun bagitau la kelas anaknya dengan nama student tu sekali. Dalam paler otak dok pikiaq, sape? Tak ajor pun kelas tu.

"Alamak Kak Tina, nape bapak dia nak call dayah? Dayah ada wat tak betul ke ni?"

Dalam paler otak sekali lagi dok rewind, aku ada bagi penampor anak orang ke? Ada denda yang melampau ke? Isk, macam takde. Ape ke-heynye parent tu nak call aku? Takot la pulak!

"Bagi je la Kak Tina". Akhirnya saya bersetuju je la. Ye la, berani kerana benar, takut kerana salah.

Tak lama lepas tu handfon saya berbunyi, di skrin nampak no yang tak dikenali. Sah, mesti parent tu. Saya pun jawab. Beri salam pembuka bicara. Buat-buat suara manis, wakakakaka. Nak muntoh ijo saya rasa.

"Hello cikgu...Bla bla bla..."

"Ooo, bla bla bla.."

Bla bla bla bla.... dan bla bla bla lagi dan lagi dan lagi.

Fuh! Den ingatkan apo la. Dia nak konfemkan anak dia masuk ke tak 4x100m untuk sukan nanti. Anak dia runner masa sekolah rendah, tapi dia tak terpilih untuk lari. Saya mana tau. Pasal budak form 1 kan. Tak kenal sangat. Itupun di saat-saat akhir ada budak bagitau dia boleh lari. So saya cakap kat En. Syed tadi, kalo *m*r offer nak lari, saya sangat alu-alukan.

En.Syed tu siap tanya lagi sape lagi pelari untuk 4x100 tu. Sebab kata dia kalau yang satu sekolah dengan anak dia masa sekolah rendah, dia tahu siapa yang lari laju, siapa yang tak. Dari senarai yang saya cakap tu, En. Syed ni pun setuju dengan pilihan saya tu. Dia kata budak-budak tu ok. Lega saya dengar.

Macam ni lah parent students di sekolah saya. Dapat yang concern tu, concern ya amat. Concern yang membantu la. Alhamdulilllah la kalo gitu ye tak. Ada jugak jenis yang concern terlampau. [paham-paham je lah concern terlampau di macam mana, hehehe].





__________
Ada tak sesapa boleh ajor saya berkomunikasi. Saya rasa komunikasi saya amat teruk bila bercakap dengan parent. Al-maklumlah, saya guru baru a.k.a budak baru belajar. Kalau bercakap dengan parent mesti rasa dup dap dup dap! Hehehe.


Oh ya! Selamat Hari Lahir buat rakan saya, Cik Nurul [yang dah bolayan blog dia]. Cantek gile nombor lahir Nurul ni. 8.3.83. Nombor plat kereta dia pun 8383. Hantaran pun 8383 :D




Salmi Yang Suci


Gambar diambil ketika singgah beli rambutan di tepi jalan on the way ke Penang. Kepada Guru Bahasa Melayu, sila buat pembetulan, kes kes kes!




____________
Ini adalah entry recyle. Entry ini pernah diterbitkan pada December 2006. Sebenarnya penulis kekontangan idea. [Tapi gatai nak meng'updet' jugak].




Mari Berbalas Pantun

Duduk di sini seorang diri
Penuh resah rasa di hati
Sms dikirim pengganti diri
Tidakkah rindu bertapak di hati

Jangan dilayan resah di hati
Kelak nanti memakan diri
Manakan rindu bertapak di hati
Tidak kukenali empunya diri

Hilang siang ditelan malam
Purnama indah dipagari bintang
Saat hati menjadi kelam
Rindu pula datang bertandang

Cantik sungguh si delima batu
Ke mana pergi hendak dibawa
Tuluskah rindu yang bertandang itu
Atau sekadar permainan jiwa

Batu delima dibawa ke muara
Untuk dijual buat si kaya
Rindu ini seikhlas suara
Kerana kita hamba pada-Nya

Dibawa ke muara batu permata
Tanda ingatan pada yang suka
Usah cuba bermain kata
Kelak ada hati yang luka

Jangan mudah syak wasangka
Kelak nanti hati derita
Rindu ini bukan boneka
Cuma ingatan sesama kita

Rindu itu pemberian dari-Nya
Supaya manusia saling bersama
Cuma hati ini tertanya
Mengapa cepat rindu menjelma


Pantun ini saya rekacipta pada December 2004. Hahaha. Ada bakat jugak saya berpantun. Terima kasih pada seorang rakan lama saya yang sudi main-main balas pantun dengan saya :)




*** Sebenarnya saya baru lepas jenguk blog lama saya yang masih wujud linknya tapi sudah terlupa akan paswednya. Saya baca dari awal posting saya pada December 2004 hinggalah July 2006 sebelum saya membuka blog baru ini pada July 2006 juga . Saya rasa, saya lebih suka akan corak penulisan saya di blog yang lama tu walaupun ketika itu saya masih bergelar mahasiswa dan masih hijau tentang blog. Hurmm...





# 345

Cek bosan la pulak asik cerita hal sekolah ja. Tapi cek tak tau nak cerita apa la ni. Pasai cek ada peminat @ pun peminat-peminat yang jadi pembaca senyap yang katanya tiap-tiap hari mesti bukak blog cek. Kalau takdak update terkini, peminat cek tu kata dia rasa kecewa sangat-sangat.

Oh! Terharu sangat cek. Cek ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih buat peminat @ peminat-peminat cek. Haha. Ayat poyo pulak cek buat.

Hangpa suma layan ja la noo gambaq bawah ni. Cek snap masa nak masuk toilet kat Bukit Merah Laketown Resort.
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+






:)




:(

Tarik tali pagi tadi Kuning dah kalah. Dapat tempat ketiga jer.

Mata terkini Kuning 95 markah. Sedangkan rumah-rumah lain semua dah 100 lebih markahnya.

Mesti nanti budak-budak kata, lepas Cikgu Hidayah jadi Ketua Rumah, Kuning merudum.

Hurmmm....

Tekanan la pulak rasanya.

Pull!!!

Sekarang ni tiba-tiba je musim hujan di KL ni. Tiap-tiap petang mesti hujan. Pagi-pagi pun cuaca mendung jer. Sudah 2 hari di minggu yang lepas acara akhir untuk acara padang terpaksa dibatalkan. Jadinya, pagi tadi dan pagi esok kena buat acara yang tertunda minggu lepas. Maknanya pagi dan petang ada acara. Saya pun tadi terpaksa tak masuk kelas [tapi sempat bagi kerja pada students]. Kalo boss tau memang mampos! Tapi nak buat macam mana... Atlet kena urus jugak.

Petang tadi acara tarik tali. Kuning vs Merah, dua-dua set Kuning menang. Yeaaayy!!!


Pasukan Kuning. Ketuanya *br*h*m. Saya ada cerita pasal *br*h*m tahun lepas :) Anak murid saya yang tak pernah lansung saya tengok buku nota Kimianya. Tak larat nak marah dah.

Lepas lawan Merah, lawan Ungu pulak. Tapi keputusan seri. Ada 2 orang yang berbadan amat besar tak datang tadi. So Kuning kekurangan sedikit kekuatan.

Esok pagi ada lawan lagi. Khamis pulak final. Harap kuning dapat kekalkan kejuaraan dalam tarik tali ni. Dapat la tambah 50 markah. Sekarang ni mata terkini, Kuning di tempat tercorot seh!







Followers