Pagi Yang Hampeh

Pagi yang sepatutnya ceria, telah menjadi hampeh. Seperti biasa bila sampah dalam plastik hitam dalam tong sampah itu sudah penuh, saya la yang tukang buang. Bawa turun sekali semasa saya turun nak ke sekolah.

Kali ni sampah itu sangatlah busuk. Dah berair. Dan semasa saya mengendong plastik sampah yang tidak kurang beratnya itu, sesuatu telah berlaku tanpa saya sedari. Selesai buang, saya kembali ke kereta. Masuk dalam kereta. Tiba-tiba...

"Nor, hang bau sampah tak?"

"Erm, bau jugak".

"Bau macam sampah yang aku buang tadi la. Tapi takkan leh masuk sampai dalam ni". Ye la, tempat buang sampah tu jauh la jugak dari tempat parking kereta.

Nor pun menggerakkan la kereta beliau menuju ke tempat yang murni lagi suci yakni sekolah. Tetapi bau busuk tersebut masih belum hilang.

"Wei! Ada bau lagi la. Takkan bau busuk tu aku?". Sambil cium-cium tangan, lengan, ketiak dan seantero dengannya.

"Haha, perfume baru la tu". Balas Kak Esha.

Tiba-tiba tergerak nak cium kain saya.

"Cinabeng! Kain aku kena la weh! Mesti kena air dari plastik tu tadi. Hampeh betul la. Takpelah, kat sekolah kang aku basuh. Seb baik ada sabun Head To Toe aku simpan".

Sampai sekolah segera keluar dengan pantas. Card pun suruh Kak Esha tolong punchkan. Letak beg, ambil sabun, pergi toilet, cuci-cuci. Balik semula ke bilik guru. Lap dengan tisu. Cium-cium. Sekali jadi lagi kuat bau dia. Tak hilang pun guna sabun wangi tu.

"Nora, meh sini kejap! Cuba ko bau aku sat".

Nora pun memanjangkan hidungnya yang tak mancung lansung tu. "Erm, ada bau la dayah. Jap aku try dok jauh. Erm , ada gak sket-sket. Kalo ko jalan lagi leh bau. Dibawa angin, haha".

Hampeh!

Saya apa lagi. Tak senang duduk. Tanya Kak Yana free tak masa pertama. Nasib baik dia free. Turun pejabat. Nak jumpa pengetua. Pengetua takde pulak. Jumpa Pen. Kanan.

"Pn.Lim, I nak mintak balik rumah sekejap".

"Pasal apa?"

"Baju saya bau sampah masa saya buang sampah sebelum pegi sekolah tadi. Saya minta Herliana hantar saya balik sekejap, boleh?"

"Ok ok!".

"Jom, Kak Yana!"

Sampai rumah cepat-cepat iron baju. Basuh kaki dengan sabun. Bersiap dengan kadar yang amat cepat. Balik ke sekolah semula. Legaaa... Kalau tidak tak pasal-pasal saya bau sampah, hehehe. Dah la hari ini buat eksperimen dengan budak. Tunjuk cara oleh guru. Budak-budak akan mengelilingi diriku ini. Kalau bau sampah, alamatnya semua tutup hidung la jawabnya. Huhu.


___________________
Dah rasa tenang sikit. Hopefully ketenangan ini kekal untuk hari-hari yang mendatang.

7 comments:

NuRuL said...

adoi lar..bleh pulak camtuh..hehe
tp sib baik bleh balik tukar baju tuh

DeeN said...

woah, sampah yg berapa minggu tak buang tuh. Ekekekeee..
Len kali simpan baju spare kat sekolah, kalo2 ada emerjensi cam neh. ;)

Shah CJ said...

erk! hahahhaa! lain kali jgn simpan sampah lama2 eh..

hayad said...

nurul--> hehe, kalo tak bg blk mati la aku bau sampah

nur@ddeen--> baju PJ je spare kt sekolah :P

cikgu jawe-->ehe :D

Acaii Jawe said...

hehe, lenkali buang sampah petang2 cik hayad ye..:) sy tak pernah buang sampah cam kat taman tu,sbb slalu mak bakar je sampah2 tu kat kebun depan umh,hehe..:)

*tak baik suh org punch kan,kekeke

Bunga Rampai said...

Salam,

Moga damai, senang dan tenang di mana jua, dan apa jua yang dibuat. :)

*sampah tu tak naik ulat ke?

hayad said...

faisal--> bakar sampah? haaa..family acai mencemarkan alam sekitar,kekeke

bunga rampai--> terima kasih kak :) sampah tu xdae la ulat lg. tp tak tau la plak,hehe

Followers