Alamak! Terlebih awal

Saya tengok kalendar di handfon. Tiba-tiba terus teringat. Alamak!

Segera saya sms. Saya tak boleh cakap direct. Segan! Hehehe.

"Aboh, hepi belated father's day! Sory terlewat sehari".

Hari ahad. Saya tengok tivi pagi-pagi. Tengok banyak iklan wish Hari Bapa.

"Wei! Hari ni ke Hari Bapa?"

"Aah". Jawab osmet saya.

Hampeh. Saya wish abah saya awal 2 hari. Haha. Mabok betul la!

Ini la abah saya. 51 dah umurnya. Dia seorang yang garang dan tegas. Takot wooo :p Macam mana la ayat aku nak cakap nanti kalo tetiba aku nak kawen nanti, hahaha.

Ingat lagi masa kecik, umur dalam 4,5,6 tahun dan ke atas, abah tak penah bagi saya pakai skirt. Bila sepupu-sepupu yang dok KL tu balik kampung, bawak banyak skirt pompuan yang cantik-cantik, atas lutut tu, curi-curi pakai dalam bilik. Hampeh je rasa. Nak bergaya la konon.

Sepanjang saya hidup ni banyak sangat jasa abah pada saya. Dari kecik sampai ke besar ni. Masa saya masuk hospital, hari-hari dia datang lawat. Tiap kali habis semester dan nak mula semester baru, dia datang ambil dan hantar. Walaupun tidak punya kereta, tapi dia sanggup minta tolong kawan-kawan dia minta ambil dan hantar saya.

Masa kecil saya pernah demam pasal rindukan abah yang kena pergi kursus yang lama untuk masuk Kastam. Mak la yang cerita. Masa abah kerja di Pengkalan Hulu dan duduk jarak jauh dengan mak, saya selalu ikut abah duduk Pengkalan Hulu. Abah penah beli game tivi. Saya main dengan sepupu sampai pagi. Addicted sungguh! Abah pun sama naik. Abah penah beli game SAYYIDINA. Saya, abah dan sepupu main sampai pagi. Giler!

Masa saya kecil, umur tak ingat, abah penah eksiden masa dia balik keje dengan moto. Saya ikut mak pergi hospital. Saya nampak orang tolak abah atas kerusi roda. Saya lambai tangan kat abah. Dia pun lambai balik. Abah senyum balik. Lega...

Bila zaman berubah. Abah beli komputer. Di kampung tu kiranya saya antara bertuah pasal kat rumah ada komputer. Kengkawan mandi sungai yang lain tu mana ada komputer. Terbangga sekejapan weh! Nak apa minta je kat abah. Semua dapat.

Abah seorang yang rajin beli buku. Dia kata dia takde harta nak diwariskan pada anak-anaknya. Yang ada buku-buku yang melambak tu. Sepanjang saya hidup ni rasanya tak terbalas jasa abah. Saya doakan abah saya panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu walaupun rokok tu memang dia dah tak boleh berhenti. Adehhh...


_______
Susah gile nak cari gambo abah saya ni. Pasal selalunya dia yang suka mengambil gambo...

4 comments:

arianna adrizal said...

hehehehhe.. mcm akak gak rupenye. nk ckp benda simple pun payah.. cane la nk ckp kalau nk kawen nnti =p

faisal said...

samolah aboh kita cik hayad, tak suka amik gambar,hehee..slmt hari lahir dan hari bapa untuk abah awk ye..:)

achik said...

arwah bapakku pun suka amik gambo.. tapi beliau pun suka bergambo.. banyak je gambar beliau.. rindu2 leh la tgk.. ;p


selamat hari bapa utk abah kamu.. :)

BaniHassim said...

Abah Cikgu muke mmg garang ler...
Seram ni nak jumpe kalau nak merisik...Hehehe...

Followers