i dan ii

i.

Hari Isnin lepas, hari pertama sekolah di penggal kedua ini. Tamat waktu sekolah ada meeting guru kali ke-5. Pot pet pot pet. Itu ini, begitu begini. Bla bla bla. Dan kami seperti biasa, selalu ambil port belakang, hehe. Dok belakang boleh makan asam sambil berpot pet pot pet jugak, haha. Budak bersembang dalam kelas, cikgu marah :p

Dan meeting Isnin itu adalah pertama kalinya saya bangun untuk mengusulkan ketidakpuashatian saya tentang hal relief. Saya kan guru buat relief. Selalu juga kena sembur. Maklumlah, semua orang kalau boleh tak nak relief kelas orang lain. Yang teruk guru buat relief la. Itu la sebabnya I hate Monday. Pasal hari Isnin saya yang bertugas buat relief!

Dan dalam meeting itu juga seperti biasa, sebambun tugas yang bukan core business telah menghujani kami.


"Errr...kita ni cikgu ke bukan cikgu ni? Aku konpius wei!". Sambil merenung rakan di kiri dan kanan.

Masing-masing angkat bahu. Hmmmm.

ii.

Minggu ini juga penuh dengan keceriaan juga sebenarnya. Usik-mengusik antara orang-orang yang dah kawen, baru kawen dan belum kawen. Ada dua orang guru yang berkahwin cuti lalu. Salah seorangnya rumet saya ni lah.

Best pulak tengok diorang. Nampak macam hidup tu dah complete je. Kami yang belum ni? Apa lagi korek rahsia la, hahaha. Tanya soalan itu ini begitu begini :D Kak Wasabe, saya takkan berkahwin cuti bulan 8 ni. Jangan risau. Tapi ke Redang bulan 8 itu mungkin akan dipertimbangkan :p

Bila bercakap pasal kawan-kawan yang sudah kawen, rasa teruja juga nak kawen. Tapi takkan la sebab tengok orang kawen, kita pun tergedik-gedik nak kawen. Itu bukan sebab yang rasional kan. Hanya tumpang seronok tengok kawan-kawan dah kawen. Tapi yang tak best, ada kawan-kawan yang dah kawen ni, lepas kawen terus lost kontek la, sms tak berjawab la. Padahal sebelum kawen boleh je berhubung dengan kawan-kawan. Saya juga rasa saya kehilangan mereka bila mereka kawen. Huhu.

Pinta saya, tolonglah jangan berubah walaupun dah kawen. I need frens in my life walaupun suatu hari nanti saya ditakdirkan punyai kawan sebilik, sebantal dan macam-macam se lagi. Tapi kawan-kawan tetap sangat saya hargai dan sayangi.




Emo...emo...Sob! Sob!

4 comments:

Anonymous said...

i.

aku bila boring time meeting, aku main2 blutooth hantar lagu, gambar.. hehe.

takpun main balas2 sms dgn kawan2. pernah sekali terbabas hantar ke pengetua! huhu!


ii.

org dh kawen byk kerja nak buat dn byk dikerjakan nk kena dibuat. hahahaha!.

jgn kaco lah org baru kawen. tak elok. dh lama2 nanti ok le balik kawan2 ko.

Hafiz said...

macam cikgu jawe cakap, lama-lama nanti mereka aka hubungi semula. mungkin mereka perlukan masa nak adjust dengan status baru mereka kot.

NuRuL said...

ala dayah...aku kan ada..jgn sedih-sedih..huhu.

hayad said...

cikgu jawe--> i. loq laq la ko neh,haha ii. masalahnya dah sethn lbh pun tak abeh2 dikerjakan lg ker? haha

hafiz238--> masalahnya awak, ada yg dah kawen lama, trs lost contact.

nurul--> hg nnt kalo kawen then berubah mmg aku sumpah hang jd sesumpah :p

Followers