Keletung! Keletang!

Rabu, Khamis dan Jumaat saya tak ke sekolah. Pergi kursus di Institut Perguruan Teknik, Cheras. Macam biasa. Kursus yang saya sendiri offer nak pegi masa Ketua Panitia tanya. Kursus Reka Cipta II. Kak Shidah terima dari Penolong Kanan. Pada surat tu tulis '' sila hantar seorang guru Kemahiran Hidup". Tapi PK tulis "sila hantar seorang guru sains kerana guru Kemahiran Hidup sudah pergi".

Memang pandai sungguh PK membaca surat yer. Bila saya pergi, nak tau apa jadi? Saya kena buat kerja tangan ok. Buat kerusi lipat. Kena bertukang! Saya sorang je yang bukan guru Kemahiran Hidup dalam ramai-ramai tu. Semua orang pelik kenapa saya yang pergi. Saya ingatkan kursus Reka Cipta untuk Formula 1 ke. Reka Cipta roket ke. Tu pasal saya offer diri. Apa-apa pun mari kita lihat hasil kerja tangan cikgu sains :p

Ini hasil kerja tangan cikgu Kemahiran Hidup

Ini hasil kerja tangan cikgu Sains, haha.

Saya tak sempat nak warnakan. Pasal dah malas. Saya terpaksa membanting tulang 4 kerat saya untuk menghasilkan kerusi yang sekecil ini. Untuk pengetahuan semua, last saya pegang tukul, paku, gergaji, pahat, pemutar skru adalah semasa di Tingkatan 3 dulu. Itu pun banyak minta tolong kawan-kawan yang tolong gergajikan kayu, tolong pakukan kayu. Dalam kursus ni saya kena buat sendiri, huhu. Seksa zahir batin wooo!

Nasib baik kursus ni dapat sijil. Sijil amat penting ok. Untuk kegunaan di hari muka :D

Lepas ni boleh jadi guru KH pulak la yer?

Oh, tidak tidak. Saya lebih rela bermain dengan asid dan alkali daripada tukul, gergaji, dan gerudi, hahaha
. Ayattttt... :p

Tapi bagus juga saya pergi. Saya dapat ilmu. Memang tak rugi. Dan satu point dari tenaga pengajar yang amat saya ingat ialah, dalam konsep reka cipta, mesti ada ilmu untuk menghasilkan produk reka cipta. Dan produk dari hasil reka cipta itu mesti menghasilkan DUIT! Tak kira la kita reka apa pun. Buat baju ke, buat kraftangan ke, dan juga buat biskut raya, kekekeke!

Dalam bengkel kerja kayu tu banyak sangat serbuk kayu. Kalaulah aku boleh ternak cacing... hurmm... Agrhh! Asek 'kalau' je. Takde maknanya jika asik ber'kalau-kalau'!!!

___________
Kadangkala kita perlu lakukan benda yang kita tak suka. Setuju?





9 comments:

Mazarina said...

wawawaa..nanti leh wat novel...DARI ALKALI KE KERUSI KAYU...hahahha..

bagus..bagus...cikgu sains yg serba boleh...

mazudi said...

haha...
Saya pun selalu jugak kena ganti orang gi kursus yang tah apa apa.

Ada ker sekali tu aku ikut kursus penulisan kreatif bersama dengan semua orang sastera yang bercakap dengan bahasa peringkat tinggi tu, sedangkan aku orang mekanikal.

Anyway, ada ilmu yg boleh dapat kat situ.

zul said...

Macam tu la kalau nak jadi seorang pendidik yang baik dan menjadi contoh kepada anak murid.Tak semestinya seorang guru tu hanya tahu satu-satu bidang sahaja.Jangan cepat mengeluh cikgu.....

Great Teacher BaniHassim said...

huhu...
Awk kene kursus kat bangkel kayu and logam kat IPTeknik ek???
Sape yang ajar awk?
OKla krusi tu, cume nmpk cam komplicated je..

hayad said...

mazarina-->menarik gak tajuknya. hg wat la maza. aku tak reti menulis2 neh. tp kena bg royalti sket la kt aku,hehehe

mazudi--> btul, mesti ada ilmu yg kita dpt kt ctu. tak rugi g pun.

zul--> aah, btul sesgt tu en.zul ;)

GT banihashim--> aah, kt Ip Teknik. tenaga pengajarnya sdh sy jawab di shoutbox anda :D

jeff said...

saya dulu ajar KH .. sekali dengan ERT .. erk

akirasuri said...

Huhu..
Aku tak suka KH.. :D

kemat said...

leh la wat bisnes jual bangku kayu..ubah gaya hidup kan

hayad said...

jeff--> wah, ert skali tuuu,hehehe

akirasuri--> aku pun...huhu

kemat--> kalo sy mahir buat mmg dah jual dah :D

Followers