1 Day Off

Semalam, semasa tengok syok sendiri mengajor dalam kelas, tiba-tiba bunyi doraemon keluar. Ahh, kaco betul lah!

Si Emi yang pakai Honda Civic tu sms.

"Salam pagi. Jgn lupe ejas la masa p'temuan kita esok. Aku bukan apa,sekadar nak berkongsi kejayaan dgn hang. Apa2 hal kite cite kemudian yek!"

Saya balas : "Aku rs cam mls la nk kuar cuti maulidur rasul esok. Nak marking paper xm budak. Jumpe sabtu ni je lah".

Emi balas : "Tak kesah. Cuma lg cpt lg baik. Mu bgtau la bila free".

Hamboi hamboi hamboi. Lagi cepat lagi baik yer? Kot ye pun nak cepat kembangkan bisnes, dan nak aku jadi downline ko cepat-cepat, jangan la tunjuk sangat kegelojohan tu,hahaha. Cover-cover la sikit beb!

Saya malas la nak keluar. Cuti sehari ni baik saya manfaatkan. Saya nak marking paper Kimia student saya, nak buat skrip juruacara untuk majlis Minggu Anti Dadah pada Isnin depan, dan nak golek-golek atas katil bermesra-mesraan bersama yang tercinta, buah hati pengarang jantung! Err, maksud saya sebuah buku yang dah lama saya beli tapi tak habis-habis khatam lagi.

SALAM MAULIDUR RASUL 1429H SEMUA!

8 comments:

Azhar Ahmad said...

Aduhhh, ada jugak yang perangai camtu. Saya tak mahu pula jadi downline sapa2...

Apapun, pasal cikgu tanya cerita pasal TIga Inci kat blog saya tu, itu rentetan cerita Darus...

khaliduzer.com said...

hmm..cikgu dayah kena kerja walaupun cuti sekolah yek?hehe..berusahalah!!

cikgu jawe said...

dulu aku ada kwn lama cari downline camtuh. puas aku mengelak dn bagi alasan mcm2. tapi dia tak paham2 juga. last2.. aku kata aku tak minat nk direct selling nih.

sampai sekarang dia tak call pun. hahaha..

ukhuwwah asasnya mawaddah wa rahmah, bukan muamalah.. huhu

akirasuri said...

Huahuahua!
Saya tak suka menatang tu :))
Orang-orang yang join menatang camni suka paksa-paksa kan :|
mencik jek! :|

yginsaf said...

me x minat.. uhuhu

NuRuL said...

adakah anda mahu diteman on that day..hehe

Ainul said...

a'ahla..dayah bawakle teman yg kuat mental dan fizikal supaya menemankan awak..hehe..

hayad said...

azhar ahmad--> jd donline sy je lah,hehe

khalid uzer--> anda juga, berusahalah! :)

cikgu jawe--> dia dh dapat org lain mst la dia dh tak kol ko

akirasuri--> tak semua la.ada yg mmg ikhlas nak share spy kita pun jd sng mcm dia.tp dr gaya percakapan kita leh tau org tu ikhlas nak jdkan kita donline utk kita sama2 maju ataupun dia sengaja cr donline utk dia je trs maju

yginsaf--> tak minat sudah.p main jauh2,hehehe

nurul--> mst la mauuuu

ainul-->hehhe, baik cik ainul ;p

Followers