Jawapan

Jawapan nya adalah...



KEKABU!

Kak Anne, ni bukan kekabu yang keluar dari bantal saya tau! hehehe.

Hadiah tidak dapat diberi kerana solan terlalu senang :p

_______________
Cikgu jawe! Hampir-hampirlah! Hehehe




Teka Niiii


Takde cerita la nak cerita pada korang semua yang sudi melawat blog hamba yang tak seberapa ni. Sebagai seorang yang memang selalu memberi tugasan pada pelanggan-pelanggan saya, saya nak bagi tugasan pada pelawat-pelawat semua. Sila teka gambar apakah yang terpampang ini.

Kerjasama anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. Saya akan kembali untuk menyemak jawapan anda ;)



Minum Kopi


Disebabkan esok saya tiada kelas (kerana saya keluar kawasan sekolah atas tugasan lain), jadi pada malamnya saya tidak perlu membuat persiapan untuk mengajar esoknya :p Tiba-tiba ada 2 orang rakan mengajak keluar. Bagai orang mengantuk disorong bantal teruslah bersetuju.

Tak sangka pula jumpa Tengku di Old Town.

"Hye cikgu!". Sambil hulur tangan bersalam. Sejuk rasa hati. Kalau la semua anak murid baik macam Tengku, amannnn rasa donia, hehehe.

"Hye!". Sambil saya senyum pada seorang lelaki dan seorang perempuan di meja yang sama dengan Tengku.

"Your brother?". Sambil memaksudkan lelaki tersebut.

"No, my sister's boyfren". Kelihatan Tengku serba salah mahu memperkenalkan lelaki itu sambil dia pandang-pandang kakaknya dulu, haha.

"Oooo". Senyum. Saya dan teman-teman terus memilih tempat yang sesuai.

Tiba-tiba terfikir. Kenapa la aku pi tanya lelaki tu sapa. Awat tak tanya perempuan tu sapa. Kan better tanya perempuan tu sapa. Adehhh...

Saat Takde Keje

This entry is edited from the previous entry that i've published.

Entry sebelum ini semacam panjang berjela pula. Rasa semak pula mata memandang. Sedang saya meng'sufr', terjumpalah akan saya sebuah website yang ntah-sapa-tuan-punyanye. Ada aktiviti menarik yang boleh dibuat iaitu KENALI DIRI ANDA.

Try this out! What you have to do is only to draw a view, only a simple one, and no need to colour. Ok, here's how this psycological game goes ...

BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK, FOLLOW MY INSTRUCTIONS!

1. Lukis gunung. ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )

2. Lukis matahari. ( tak kisahlah nak lukis macam mana )

3. Lukis sungai.

4. Kemudian lukis batu ( any where you want to put it, or how many you wanna draw )

5. Then, lukis sawah padi.

6. Then, lukis rumah.

7. Hmm... kemudian lukis pokok (letaklah kat mana pun) .

8. After that, lukis bunga ( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )

9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .

10.Akhir sekali, lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )


And I followed all the instructions. Here is my drawing!

Dan kesimpulan dari lukisan ini adalah :


1. Impian saya dilambangkan oleh ketinggian gunung.
2. Saya seorang yang pemalu kerana matahari saya bersembunyi.
3. Saya bukan seorang yang teliti kerana sungai saya tidak berpunca dari puncak gunung.
4. Saya bukan seorang yang sensitif kerana batu saya berada di luar sungai.
5. Saya seorang yang berpanjangan jauh kerana sawah padi saya kelihatan luas.
6. Rumah saya dilukis kurang elok, saya perlu bermuhasabah diri kerana rumah melambangkan
diri saya sendiri.
7. Saya seorang yang amat pentingkan keluarga kerana pokok yang saya lukis lebih tinggi
dari rumah.
8. Saya seorang yang setia kerana cara melukis bunga itu sekuntum-sekuntum.
9. Saya seorang yang mementingkan persahabatan kerana saya melukis lebih dari 4 ekor
burung.
10. Dan akhir sekali ular yang saya lukis melambangkan jodoh saya.

And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia? --> humang haihhh! tengok lah en.ular yang saya lukis tu! jauh giler dari rumah.di sebalik batu pulak tu. di mana gerangan duduknye jodoh saya tu yer? muahahahaha!



_________
Benda ini saya buat semalam di saat tiada kawan untuk diajak keluar makan-makan. Kepada sesiapa yang berminat untuk dibelanja oleh saya sila tinggalkan no.fon anda supaya mudah untuk dihubungi.

Benda ini ada yang betul, ada yang tidak. Contohnya nombor 4. Saya rasa saya seorang yang sensitif,ehe.







Hujung Minggu Yang Hampeh

Hujung minggu kali ni rasa macam bengong sangat! Jarang amat berhujung minggu di rumah sewa ni, terperap tak keluar-keluar. Saya esemes ramai kawan untuk diajak keluar. Semua membalas dengan balasan yang mengecewakan. Tiba-tiba rasa bengkek! Tiba-tiba rasa hangin! Tiba-tiba rasa sedih... sob! sob!

Saya nak ajak makan Big Apple Donut. Dengan niat untuk membelanja. Saya paham, sekarang hujung bulan. Ramai yang sengkek. Saya yang baik hati lagi berjiwa murni ini amat memahami kondisi anda semua. Saya tidak kisah pun kalau nak belanja. Orang kata kalau mahu jadi kaya kena selalu belanja orang makan. Nanti murahlah rezeki. Saya mahu jadi kaya lor... Jadi sekiranya saya mengajak anda keluar sila-silalah 'free'kan masa anda untuk dibelanja oleh saya.

Saya semakin tensen terperap dalam rumah. Akhirnya mengambil keputusan ke kedai di depan rumah. Masuk dalam saloon.

"Kak, saya nak potong rambut".

"Nak gunting macam mana?".

"Kasi pendek terus!".

"Okey!".

Ahhh, legaaaaa. Rasa ringan kepala hotak. Sekarang saya nak bancuh kopi RADIX sambil layan gelak pada jawapan-jawapan Kimia yang budak-budak saya jawab. Lagi lawak dari Majalah Ujang. Tapi dalam pada gelak tu, terselit juga rasa sedih. Kenapa la korang jawab macam ni? Tu la korang, cikgu ajar kat depan dengan bersungguh-sungguh, korang main-main, buat dengar tak dengar je. Sedih tau tak?

Dah la, malas betul nak layan emo-emo ni. Layan kopi RADIX lagi best! ~Mai secawaaannnn~



__________
Cerekarama bertajuk Ihsan di tv3 semalam sangat best! Tiba-tiba takut kalau ada perkara yang dibuat mengecilkan hati mak. Alamak! Hutang mak RM2k belom bayar lagi. Nanti ye mak, tunggu dapat tunggakan, hehehe :D



Penyamaran


Dalam Buletin Utama malam Isnin yang lepas (kalau tak salah la), di akhir berita, ada disiarkan visual yang dirakam oleh seorang pemuda tentang seekor kumbang yang menyerupai wajah manusia. Dalam hati kata rasa macam pernah kulihat binatang ni. Tapi di mana ye. Lalu saya segera menyelongkar folder "gambo2" dalam kepala otak Pakcik Acer ni. Akhirnya saya ketemu!!!

Kalau tahu, saya dulu hantar ke tv3. Tapi kan, kalau hantar apa-apa yang menarik pada tv3 tu dapat duit tak? Kalau tak dapat, baik tak payah. Saya tidak suka sebarang pekerjaan yang tidak mendatangkan duit.


Gambar ni pulak tak sempat nak dicop mohor tanda hak cipta terpelihara. So jangan ada sesiapa gatal tetikus nak curi yer. Sapa curi potong itu kapra!

Kenangan Terindah

Masanya hampir tiba. Saat perpisahan semakin hampir. Saya membontoti mereka ke kereta. Mahu keluarkan suara tapi tersekat di kerongkong. Dah tak mampu mengucapkan kata-kata. Hanya angguk-anggukan kecil mengiyakan amanat-amanat yang keluar dari mulut dua orang yang sangat saya kasihi. Ini kali pertama saya berpisah dengan mereka. Aduh! Bagaimana mahu uruskan hidup tanpa mereka di sisi?

Lambaian tangan makin lama makin jauh dan air mata terus mengalir umpama empangan pecah. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga belajar hidup berdikari. Masuk bilik, terus cover-cover. Kesat-kesat apa-apa yang patut, hembus dulu segala mukus yang berlebihan dalam lobang hidung. Malu pula pada rumet yang baru dikenali 2 jam yang lalu.

Selepas keputusan SPM keluar saya yang memang sedari awal mengisi borang kemasukan ke matriks telah mendapat tawaran ke sana. Sejak itu saya belajar hidup berdikari.Haha, orang lain dah lama belajar hidup berdikari, tapi saya masuk matrik baru belajar,hehe.

Kenapa saya tulis semua ni? Sebab 7 tahun yang lalu bersamaan 21 Mac adalah tarikh saya mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah. Sebelum keputusan SPM keluar, saya terbaca dalam paper rencana tentang KMNS ni. Dan terdetik dalam hati mahu ke KMNS ni. Trang tang tang, bila dapat surat tawaran penempatan, memang KMNS tercatat di situ. Memang betul la teori Law of Attraction dalam buku The Secret. What you think is what you get.

Dan di bumi Kuala Pilah inilah banyak yang saya belajar. Saya mengenali ramai kawan baru. Saya belajar tinggal di asrama yang sebelum ini amat asing bagi saya. 3 bulan yang pertama memang saya sering menangis (menangis dalam bilik air setiap kali mandi,haha). Akibat dari itu saya kurang concentrate pada pelajaran saya mengakibatkan result semester saya merudum. Saya rasa kecewa amat dan berkira-kira mahu quit dari matrik dan mengambil STPM sahaja. Kerana saya tahu result semester 2 nanti jika cemerlang pun dan dicampur dengan semester satu lalu dibahagi dua (korang faham tak calculation nih :p) masih belum dapat melepasi syarat pointer bagi course yang saya ingin ambil.

Tapi saya sudah setengah tahun belajar di KMNS. Patah semula ke belakang? Rasa macam Tidak Tercapai Akalmu pula. Ahhh, belajar je lah. Sampailah saya ke semester dua. Dan semester dua inilah segalanya bermula dan saya rasa sangat enjoy belajar di KMNS. Kami satu kelas mulai rapat antara satu sama lain. Dan saya juga baru menyedari bahawa, saya telah jumpa apa yang saya cari selama di semester satu iaitu kawan, sahabat, membe, gu, geng dan seangkatan dengannya.

Sejak itu saya dapat belajar dengan amat baik sekali. Subjek yang paling saya tak suka iaitu fizik pun saya mampu score yang terbaik. Ditambah pula lecturer fizik semuanya hensem-hensem belaka. Makin rajin la bertanya. Bukankah rajin bertanya tu tak akan sesat jalan :p

Dan kehidupan saya di semester dua semakin teratur dan bertambah baik. Saya dan geng saya selalu buat study group setiap malam. Di hujung minggu kami selalu beriadah dengan bermain badminton. Terima kasih kepada rakan saya, Najwan yang telah mengajar saya bermain badminton sehingga saya menjadi sangat terer (perasan!) tapi saya masih tidak pandai untuk smash, hehe. Oh ya! Hari ini juga merupakan hari lahir Najwan. Sudah saya ucapkan semalam pada dia.

Inilah kawan-kawan saya satu kelas. Kebanyakan kami masih lagi berhubung antara satu sama lain. Kebanyakan kami juga sudah berkerjaya. Mereka semua kerja hebat-hebat. Ada yang berkelulusan luar negara. Saya rasa amat bangga memiliki kawan-kawan seperti mereka. (skemanya ayat!) Masa setahun belajar bersama amat singkat rasanya. Kami jadi rapat kerana kami tidak sempat pun untuk mengetahui yang buruk-buruk antara satu sama lain. Segalanya yang indah-indah dan baik-baik belaka.

Saya buat entry ini kerana saya rasa alam belajar di matrik adalah satu kenangan paling best dalam hidup saya selain dari alam perkahwinan. Ops, saya lupa, saya belum kawen lagi rupanya. Sila baca ayat terakhir ini sebagai ayat untuk mempromote diri sendiri,hahaha.

Saya perlu berhenti menaip kerana sedari tadi saya belum mandi lagi sejak balik dari sekolah. Terima kasih diucapkan kerana berjaya menghabiskan pembacaan anda. Sila datang lagi ke sini.



1 Day Off

Semalam, semasa tengok syok sendiri mengajor dalam kelas, tiba-tiba bunyi doraemon keluar. Ahh, kaco betul lah!

Si Emi yang pakai Honda Civic tu sms.

"Salam pagi. Jgn lupe ejas la masa p'temuan kita esok. Aku bukan apa,sekadar nak berkongsi kejayaan dgn hang. Apa2 hal kite cite kemudian yek!"

Saya balas : "Aku rs cam mls la nk kuar cuti maulidur rasul esok. Nak marking paper xm budak. Jumpe sabtu ni je lah".

Emi balas : "Tak kesah. Cuma lg cpt lg baik. Mu bgtau la bila free".

Hamboi hamboi hamboi. Lagi cepat lagi baik yer? Kot ye pun nak cepat kembangkan bisnes, dan nak aku jadi downline ko cepat-cepat, jangan la tunjuk sangat kegelojohan tu,hahaha. Cover-cover la sikit beb!

Saya malas la nak keluar. Cuti sehari ni baik saya manfaatkan. Saya nak marking paper Kimia student saya, nak buat skrip juruacara untuk majlis Minggu Anti Dadah pada Isnin depan, dan nak golek-golek atas katil bermesra-mesraan bersama yang tercinta, buah hati pengarang jantung! Err, maksud saya sebuah buku yang dah lama saya beli tapi tak habis-habis khatam lagi.

SALAM MAULIDUR RASUL 1429H SEMUA!

Seorang Gadis Bertumit Tinggi

Dengan gaya yang dicontrol. Lalu depan kelas-kelas. Satu demi satu kelas dilepasi. Derapan kasut diperlahankan. Tak mahu ganggu budak-budak yang sedang menjawab soalan.

Sekarang menuju ke tangga. Tiba di anak tangga ke-5. Tak semena-mena, terpeleot! Cinabeng! Satu floor sunyi sepi. Pasal minggu exam. Sayup-sayup dengar budak gelak-gelak. Tangga tu depan kelas 5Z.

Sandal tumit tinggi ni memang hampeh! Penat je beli. Alan Delon pulak tu! Sebelum ni ok je. Tak pernah pun terpelecok. Ke sebab sebelum ni kasut-kasut tu semua cap ayam. Cap bangsawan ni mengada-ngada pulak!

Rasa nak pakai selipar jepun je esok. Uwaaaa!!!!! Maluuuuuu!!!!! Nak masuk muka dalam bakul!

Tak pun , nak jadi macam Elyana je boleh tak??? Masuk kelas berkaki ayam,haha!

i dan ii


i

Balik sekolah, terus ke Menara Berkembar bagi melunaskan bil tertunggak. Dah seminggu Broadband ni mampus. Gara-gara tuan dia berhutang dengan tokei Maxis. Sampai rumah pukul 8.30 malam. Gara-gara keretapi tak laju yang asek delay. Tobat lepas ni nak buat maybank2u. Tobat jugak pakai kasut tinggi. Konon nak nampak ayu. Rasa nak relai segala tulang-tulang kaki ni.


ii

Sedang asyik menaip, fon berbunyi. Siapakah ini? Nombor yang tidak dikenali. Orang di sana suruh meneka siapakah gerangan diri beliau? Macam makcik-makcik suaranya. Makcik mana pulak nak meminang saya neh?

"Aku Emi la!"

"Oh, Emi dok Harapan dulu!"

"Ye lah! Partner lab ko masa 2nd year dulu".

Haa...ape citer..bla bla bla...sehat? ngajaq mana? bla bla bla... gelak gelak..kukik kukik...

Dan tiba-tiba satu soalan maut menjelma. Jeng jeng jeng!

"Dah kawen belom?" Tanya Emi. Emi kata ada jejaka nak meminang saya! Orang kaya. Bisnesman! Hensem! <--- Tipu je! Penulis sengaja nak memanjangkan karangan beliau.

Soalan Emi adalah seperti berikut:

1. Anda ada buat apa-apa side income?
2. Anda tak mahu kaya?
3. Anda tak mahu pakai Honda Civic? (Ayat Emi adalah : "Ko tak nak pakai Honda Civic macam aku?")


Baru semalam je saya tulis pasal saya mahu kaya. Kata Saleem dan Amy Search, Mungkin Saya Akan Jadi Kaya jika Sesat Di Kuala Lumpur. Macam mana Emi boleh tahu? Adakah Emi membaca blog saya. Tak mungkin! Saya yakin Emi tidak tahu menahu tentang blog, hahaha. Atau adakah Emi telah mempunyai kuasa misteri yang boleh membaca fikiran saya??? Wah, terernya Emi. Patut boleh pakai Honda Civic,hahaha.

Emi bersungguh-sungguh mahu berjumpa saya. Emi sanggup menjemput saya di rumah sewa saya ini. Emi kata, "Kita jumpe di KL Sentral Khamis ni. Aku blanje la mu nanti. Ke mu nak aku amek mu dgn Honda Civic aku?"

Oh, boleh saya kata.

"Tapi aku nak duduk belakang masa ko drive". <--- Cakap dalam hati je. Tak terkeluar pulak dia. Tersekat kat esofagus.

"Aku nak solat hajat malam ni biar mu nak jupo aku Khamis nih".

Erk! Saya pun nak solat hajat nak mintak petunjuk!







Nota Kaki + Tangan : Mereka-mereka sedang rancak buat bisnes tu. Dengar kobar, ramai dah senang. Saya? Macam dah serik! Tapi kalau saya jumpe Emi, kemungkinan saya terpedaya adalah 99.99%. Salah satu sikap saya yang susah untuk dikawal adalah mudah dipengaruhi. Tapi setakat ni saya hanya mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang suci saja. Sekian, harap maklum.

Syoh! Syoh!

Disebabkan Cikgu Jawe dah halau saya suh balik, jadinya esok saya akan balik semula ke kota tempat saya mencari makan itu.



Sesat Di Kuala Lumpur

Dosa Dan Pahala Bercampur

Tapi Kita Perlu Hidup

Kita Perlu Terus Hidup

Terima Kasih Tuan Dan Nyonya

Doa Selamat Kami Pohonkan

Pada Tuhan Maha Kuasa

Tuhan Maha Kuasa

Mungkin Kita Akan Temui

Kebahagiaan Di Kuala Lumpur

Dan Mungkin

Kita Akan Kecewa

Mungkin Kita Akan Jadi Kaya

Dalam Lumpur

Mungkin Kita Akan Terpedaya

Mungkin Kita Akan Jadi Kaya

Serta Lupa Pada Asalnya


Semasa saya menjadi penganggur selama 8 bulan dulu saya sering memperdengarkan lagu nih. Mungkin akibat dari sumpahan lagu ni maka saya telah sesat ke sana. Masa dapt tahu tu saya menangis. Tapi tidak mengapa. Sila perhatikan ayat yang telah saya BOLD pada lirik di atas.

Hahaha... Kaya... Kaya... Tapi Insya Allah tak terpedaya ;)

Saya sempat siapkan Biskut Famous Amos ni untuk dibawa balik. Lebih baik buat sendiri kan. Lagi sedap dari jenama Famous Amos tu sendiri.Opps, termasuk dalam bakul pulak saya!



Nak letak atas meja saya dalam bilik guru. Leh jugak mengunyap-ngunyap sambil semak kerja budak. Wah, rajinnya saya! Sambil makan pun masih menjalankan tanggungjawab, hahaha. Leh juga dijadikan kudapan semasa menganyam ketupat, hiii..hiii..hiii..

Untung-untung ada pulak yang nak buat tempahan. Hahahaha..Kaya..Kaya...

Ahhh, merepek dah la saya ni. Dah la, nak balik dah la. Chow!!!

Putar Semula


Semua ini seberat 163 kg. Semua ini berharga RM23.92. Tak berbaloi betul la dengan harga majalah-majalah, buku-buku dan sorat-sorat kobar yang dibeli ni. Tapi tidak mengapalah. Pokok kat hutan nun pun bukan banyak sangat dah nak menampung keperluan kertas manusia-manusia seantero dunia ni.

Moralnya, cintailah Bumi kita.














Dah la..apa lagi. Tak reti-reti nak balik blog sendiri ke? Dah..dah, pi updet blog memasing!







Entry Di Kala Kebosanan

Bosan tahap gaban weh!!!

Tak betah betul rasanya memerap di rumah je. Memang saya ni tak boleh duduk lama-lama dalam rumah la rasanya. Rasa macam lagi banyak masa terbuang ada lah.

Cuti sekolah bulan 5 nanti ni kena plan awal-awal sikit la. Kena plan dengan membe or kazen untuk pergi ke mana-mana dalam Malaysia nih. Setakat ni yang mampu dalam Malysio ajolah! :D

Untuk mengisi masa lapang saya yang banyak terbuang, maka suatu petang saya pun mengikut emak ke kebun pisang di belakang rumah. Tiap-tiap petang memang mak akan turun ke lembah tu untuk mencangkul, merumput dan seangkatan dengannya. Saya? Tolong tengok ajelah! hehe :D

"Ce kamu amek gambo pisang nun ha? Jantung dia dah keluor, tapi pokok kecik lagi".

"Mana? Mana?". Dengan gaya yang amat teruja segera saya mencari pokok pisang yang dimaksudkan. Memang dari awal dah bawa camera pasal cadangnya nak mengambil gambar-gambar macro.


Nah! Ni la pokok pisang yang bercambah dari batang pisang yang dah ditebang dan sudah mengeluarkan jantung. Pelik tak weh? Cakap la pelik. Plz...plz.. hahaha.



Gambar batu ni pula saya snap semasa saya berada di atas Gunung Machincang, Langkawi. Anda semua nampak tak apa yang saya nampak??? Kalau tak nampak maknanya.... :p

Errr... Itu saja pelajaran hari ini. Anda semua boleh bersurai :D

Bad Pulak Kawen

Hari ini ke kenduri kawen Bad. Membe satu sekolah tapi bukan sekelas.


Tak ramai kawan yang datang. Kami yang memang sentiasa rajin pergi kenduri kawan-kawan sempat bergambar semasa makan-makan.

Balik dari kenduri sempat singgah rumah Cikgu Fazlina. Cikgu math masa Ting.3. Cikgu tak banyak berubah. Kecil dan kurus macam dulu. Wajah pun tak nampak tua. Cikgu kata kami yang banyak berubah. Makin cantik cikgu kata, wakakakaka!

Balik dari rumah cikgu terus ke Kuala Kangsar, makan laksa di tepi Sungai Perak. Syiokkk!


Note 1: Esok isnin, ada seminggu lagi cuti sekolah. Apa aktiviti nak dibuat yer??? Nak cuti-cuti Malaysia tapi takde kawan la pulak. Huhuhu....

Note 2 : Lupa pula nak wish happy besday juga pada Samy Vellooo. Nurul, hang berkongsi tarikh lahir dengan Samy Vellooo rupanya,hehehe. To S.Vellooo, i am so happy for you,hahaha. Juz wanna say Goodbye! :D


Pertama Kali :)


Keluar dari rumah bersama emak dengan semangat berkobar-kobar,hahaha

Tiba di SK dot dot dot...

Membuat semakan nama...

Melangkah penuh semangat,kekeke...

Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia ;)

Tiba-tiba bunyi doraemon keluar. Saya buka peti message saya. SMS dari seorang kawan.

"Dah mangkah? Aku dah. Mangkah apa?"

"Baru sudah. Rasa2 aku pangkah apa? Hehe"

Pangkah apa? Lu pikir la sendiriiii!!! Sekian terima kasih :D



Note : Hari ini hari lahir Cik Nurul Sensei. Bersejarah sungguh hari lahir hang tahun ni nooo. Selamat hari lahir lah yer. Semoga hang memangkah dengan bijak dan tenang :)

Dah Sukan!

Yeszaaa!!! Selesai sudah temasya sukan. Kali ini buat di Stadium Cheras. Lega. Penat? Yes, penat. Tapi puas dan seronok. Kenapa? Pasal rumah KUNING juara keseluruhan!!!! Berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas. Yabedabedoooo!! ;) Tapi kawad kaki, pasukan KUNING dapat tempat ketiga.





Rumah merah juara perbarisan. Memang smart pun.



Dan tempat kedua perbarisan adalah pasukan Ungu.



Pasukan Hijau. Macam terrorist plak.hehehe.




Pasukan Biru.



Bacaan ikrar.



Tengok la Brahim yang berambur alfro tu. Dah macam Afdlin Shauki plak. Lepas ni nak tekel Brahim supaya dia tak monteng kelas lagi, hohoho.

Persembahan budak-budak cheer leaders.


Tugas saya adalah menjadi Hakim Penamat bersama guru-guru lain. I like this job. Boleh jerit sama kuat-kuat bila nampak budak rumah sendiri menghampiri garisan penamat :D Rumah kuning banyak atlit tahun ni. Kena ambil nama mereka ni dari Kak Farid (Ketua Rumah sekarang) pasal Kak Farid kata saya pula jadi Ketua Rumah tahun depan. Tapi takpe, saya dah kenal budak-budak saya. KUNING bakal juara lagi tahun depan, hahaha. Berlagak giler! :p

Ok lah, no more story related to sukan-sukan after this. Masa sekolah dulu haraaaam saya nak join sukan-sukan ni. Memang take part lansung, hehe. Dah memang takde bakat nak jadi atlit, nak wat lagu mana kannn ;)

Followers