Kenduri Kawen Satu di Minggu Pertama Cuti Sekolah

Siang tadi saya mengikut Kak Yana yang mendapat jemputan kawen Darling Ngasri. Masa Kak Yana pergi umrah hari tu, dia satu bilik dengan makcik Darling ni. So dia secara tidak lansung telah mendapat jemputan. Saya juga secara tidak sengaja diajak juga oleh Kak Yana. Mula-mula macam malas nak pegi. [rasa macam tido lagi best!].


Tapi at last, saya call Kak Yana, dan kata nak ikut. Majlis kawen ni buat dekat Taman Metropolitan Baru, sebuah taman yang ada tasik dan padang yang luas. Kami sampai sama waktu dengan pengantin. So masa pengantin berarak tu sempat la menyibukkan diri ambil gambo jugak, sama naik dengan abang-abang bercamera canggih-manggih tu. [tunggu la, akan ku rembat satu camera canggih gitu walaupun tak reti guna lagi, hehehehe]



Lepas makan, kami pun lepak-lepak kejap. Pukul 3 chow balik. Sebelum balik kena posing. Bersama Kak Wawa posing di pintu gerbang pengantin ni.




Balik dari kenduri, semayang, tukar baju, terus ke Mid Valley. Bayar bil telepon dan berokband. Lepas tu macam tak tau nak buat ape. Maklumlah, jalan sorang-sorang. [dah start sorang-sorang dah minggu ni, uwaaa!!!]. Masuk MPH. Pegi bahagian Self Help dan rembat 3 jenis buku dan 1 buku agama pasal Yakjuj Makjuj. Tebal la pulak buku ni. Tapi harga tak mahal. Beli je lah. Tapi bacanya tak tau lagi bile, hehehehe.



____________
Apa plan saya lepas kawan-kawan beronggeng takde ni ek? Tunggu, tunggu. Saya akan merancang aktiviti baikkkk punyer! :D

Yeay!!! Sekolah dah Cuti!

Hari ni dah setat cuti sekolah. Hati dah tergedik-gedik nak balik kampung ni. Tambah-tambah tengok Nor dah balik semalam. Kitorang satu rumah dan satu sekolah. Nor tanya jugak nak balik sekali dia tak? Dia balik ke Kedah. Ikut hati nak je. Tapi saya tak mahu bawa script jawapan ke kampung. Takdenye saya akan tanda. So lebih baik saya stay back dulu di rumah sewa dan balik melenggang kangkung tanpa bawa apa-apa yang berkaitan pekerjaan sekolah. Hehehe.

Semalam ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sekolah kami sambut lewat sikit, lepas Mid Term Xm tamat. Meriah la jugak.


Walaupun sambut lewat, tapi aktiviti untuk hari guru dijalankan semasa minggu xm tu jugak. Kami buat pertandingan boling antara guru-guru. Main dekat Cineleisure, Damansara. Saya kalah. Dapat markah 179 jer, hehehe. Strike pun sekali je. Yang penting happy. Kalah menang letak belakang :p


Khamis malam jumaat pulak kami buat Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil. Lepas tu ada BBQ di kawasan tapak perhimpunan. Bergotong-royong memasak dan membuat persediaan tempat sehari sebelum majlis. Seronok. Ramai juga cikgu-cikgu yang datang bawa famili, isteri dan anak-anak.



Perhimpunan pagi, Bacaan Ikrar dan Nyanyi lagu Kami Guru Malaysia serta penyampaian hadiah kepada semua guru.


Sukaneka sempat main satu game je sebab masa tak cukup. Last-last semua kumpulan jadi pemenang dan tiada pengalah :p

Tahun ni hadiah tak banyak la, kekekeke. Tak macam cikgu-cikgu sekolah rendah :) [Tu la, dulu mak ada suruh ngajo sekolah rendah, tapi tak nak, kekekeke]. Tapi siriyes, saya tak reti layan budak-budak. Sangat respek dengan cikgu sekolah rendah yang pandai layan budak-budak kecik.

Ok lah, nak mengemas bilik kejap. Selamat bercuti pada cikgu-cikgu sekolah semua. Jom kita rehat-rehat. Hip hip Horey!!! :)








Semak Jawapan.

Semasa budak jawab xm, masa rehat jugaklah bagi cikgu. Masuk kelas, mulakan xm. Tak pun masuk kelas, kutip kertas jawapan. Tapi lepas habis xm, ini la dia setambun skrip jawapan yang perlu disemak.




Longgokan kertas di atas adalah:

  1. Chemistry form 5 (Paper 1, 2 and 3) - 2 kelas
  2. Science Form 2 (Paper 1 and 2) - 2 kelas
  3. Geografi Form 1 ( nasib baik geog soalan objektif je semua. so takde masalah untuk menanda) - 2 kelas jugak!

Science Form 2 saya dah setel tanda. Yang sedang menunggu turn adalah Chemistry Form 5 dan Geog. Harus, Wajib, Mesti, Nak Tak Nak, by hook or by crook, mesti siapkan juga. Tak mahu bawa balik ke kampung. Saya nak balik kampung dengan perasaan yang lapang. Tanpa diganggu oleh kerja-kerja sekolah. Insya Allah.


Selalunya student suka sangat tanya, "Cikgu, dah tanda kertas jawapan kitorang?"

Banyak korang punyer cekadak! Baru xm semalam, hari ni dah tanya??? Kalau cikgu suh anto buku homework, kadang-kadang seminggu baru dapat. Tertinggal la ape la. Kalau yang korang punyer, nak cepat aje! Kang cikgu suh bayor satu skrip 5 hengget baru tau! Baru semangat cikgu nak marking kan? hehehehehe :p



__________________
Pen merah yang best dah habis dakwat laaa. Ni yang kurang semangat nak menanda ni. Pen yang sedap dan best adalah penting untuk kelicinan proses menyemak skrip jawapan :)






Saya ke Jabatan Pelajaran tadi. Ada Bengkel Penggunaan Bahan Sumber untuk Matapelajaran Kimia. Saya yang offer diri nak pergi, hehehe. Sangat suka kalau bab-bab keluar sekolah ni :) Lagi pun seronok sebab bila attend bengkel subjek ni mesti jumpa kawan-kawan lama masa U. Dapat la bertukar-tukar cerita dan bergosip-gosip seketika.

Tapi memang tak rugi saya pergi. Sebab dapat module Kimia yang amat berguna untuk P&P Kimia saya. Saya berazam untuk mamantopkan lagi ilmu Kimia saya ni terutamanya kaedah mengajar subjek ni. Tahun depan ingat nak mintak ajar Form 4 dan Form 5 sekali. Cukup 5 tahun nak apply jadi Guru Cemerlang. [tingginya cita-cita. nak muntoh ijo pulok teman rasa].

Hari tu masa Pengembangan Staf, Pengetua tunjukkan ada beribu kekosongan Guru Cemerlang. Sebab ramai cikgu tak apply untuk jadi Guru Cemerlang. Maybe segan kot. Sebab kena isi borang. Kalau dilantik tu lain cerita la kan. Orang kita ni kan jenis nak buat sesuatu kena pikir ape orang lain akan kata. Tu yang sedikit payah tu.

Tapi Insya Allah, untuk challenge diri sendiri ape salahnya apply kan? Kena challenge diri menjadi yang terbaik. Setakat ni saya sendiri masih kurang berpuas hati dengan P&P saya. Insya Allah akan sentiasa cuba diperbaiki supaya student lebih seronok untuk belajar Kimia. [padahal aku zaman belajo dulu pun tak paham pun kimia-kimia nih! hehe].

Kebetulan dah ke Jabatan tadi, saya terus ke Unit Latihan dan Perkhidmatan untuk uruskan hal Sijil Induksi saya yang salah ejaan nama.


Ada ke nama Ayah saya YUSOP jadinya. Sepatutnya YUSOF. Sebelum-sebelum ni takde pulak kesalahan ejaan. Dah la ni Sijil Lulus Induksi. Tapi Puan tu kata sijil ni tak boleh dibetulkan di peringkat Jabatan. Kena pergi Kementerian. Sebab yang tandatangan Sijil ni Panel Penilaian KPM. Saya tanya juga ada effect tak untuk proses pengesahan jawatan saya. Puan tu kata takde, sebab IC saya betul. Dan dia pun tak jamin sama ada boleh dapat semula sijil yang baru dengan tandantangan Datuk Haji Kamaruzaman tu.


Ini sebahagian rakan-rakan group saya semasa Induksi Oktober tahun lepas. Masa ni ada Malam Nostalgia. Setiap kumpulan kena buat persembahan. Group kami decide nak buat persembahan nyanyian dan tarian Medley. Sampai pada Tarian Hindi, takde sapa yang nak. Puspa pulak memang wajib sebab dia satu-satunya India dalam group kami. Last-last saya dengan penuh sporting serta gaya mutu dan keunggulan telah meng'volunteer'kan diri. Bila tiba malam tu, mereka rakam tarian Hindi kami. Dan saya telah dicop terlebih Hindi dari Puspa. Hahaha. Nak buat macam mana. Kulit pun memang dah terlebih matang kan :D

Kami semua Lulus Induksi. Alhamdulillah :)

Rasa Sedih La Pulak, Huhu

Saya ke rumah Cik Nurul lagi hujung minggu ni. Tapi sekarang dah balik ke rumah saya balik. Biasanya petang Ahad baru bertolak balik ke rumah sendiri. Hari ni balik awal sikit sebab Cik Nurul nak ke kenduri kawen rakan satu sekolah dia. Lepas tu Cik Nurul nak mencari cincin perkahwinannya dengan tunang dia.

Minggu ni minggu terakhirlah kiranya saya melepak-lepak dan tidur di rumah Cik Nurul. 2 minggu lagi Cik Nurul akan sah menjadi isteri orang. Hurm, akhirnya rakan aku telah dirampas oleh En. Salehuddin. Huhu. Sedih siot!


Saya ni jenis yang tak duduk di rumah sendiri bila hujung minggu. Boleh dibilang dengan jari berapa kali je saya berhujung minggu di rumah sewa saya ni. Kadang-kadang ke rumah Cik Nurul, kadang-kadang ke rumah Cik Siti di Nilai. Tapi lepas ni tak dah la nampaknya. Cik Siti pulak dah dapat kerja baru di Terengganu. Dah seminggu dia keje di tempat baru. So dapat la dia balik ke kampung halaman dan duduk dengan mak dan ayahnya sekarang.

Lepas Cik Nurul kawen, tak tau nak lepak mana. Tak tau nak beronggeng dengan sape dah. Saya ni dah la tak ramai kawan. Setakat ni pikir nak balik kampung tetiap minggu je lah. Huhuhu. Sedih weh... Dulu masa zaman belajar, dikelilingi oleh ramai kawan-kawan. Lepas tu masing-masing keje. Hilang sikit koloni kawan-kawan. Tapi masih ada sikit-sikit, yang keje di daerah yang sama, still masih boleh berjumpa. Lepas tu sorang demi sorang dapat pasangan, dari berkapel terus la berkahwen. Akhirnya koloni kawan-kawan jadi semakin sikit dan hilang.

Dan sekarang tiba-tiba saya rasa sangat kehilangan. [tambah-tambah sekarang ni tengah dengar lagu-lagu sedih kat mp3, hukhuk] . Ada kadang-kadang tu saya sms, tak berbalas. Tambah-tambah yang dah kawen tu. Sebelum kawen, boleh je berkoling-koling dan berbalas-balas sms. Lepas kawen, most of them senyap jer. ( Orang yang dah kawen ni bz agaknya ek?)


Tapi dalam buku yang saya baca tu, kata penulisnya, even u dah kawen pun, jangan putuskan hubungan dengan kawan-kawan. Selalu-selalulah untuk hang out dan still berhubung dengan kawan-kawan. That would make ur husband respect u more becoz u r not 100% depends on him. [ tapi tak taulah saya kan. kalau dapat asben sporting maybe boleh lagi hang out dengan kawan-kawan].

Argghhh! Malas betul layan perasaan sedih ni. Ape nak buat sekarang ek?


Pegi marking paper xm budak-budak ko la Cikgu Dayah!!!

Eh suara sape tu?

Ohh, pen merah rupanya. Yelah yelah. Aku sambung marking la ni! Isk!

Bagi Peta Tapi Ntah-Hape-Hape!

Bengkek giler mencari Institut Kimia Malaysia ni. Menyumpah-nyumpah saya dalam kete. Kak Yana yang drive. Mintak tolong dia teman saya pegi IKM ni. Nak menghantar borang penyertaan students saya untuk masuk Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia.

Ikut peta molek dah. Memang nampak dah Maybank, CIMB, 7-11. Saya telefon IKM ni. Bagi tau location saya. Saya kata depan saya ni ada 7-11.


"Ok, belakang 7-11 ada Chinese Restaurant. Kami di bangunan yang sama dengan Chinese Restaurant tu tapi kat 2nd floor". Kata perempuan di hujung talian tersebut. [perghhh, macam ayat novel plak].

Kak Yana pun membelokkan keretanya masuk kat kawasan deretan kedai tu. Betul dah belakang 7-11 ada Chinese Restaurant. Tapi saya tak nampak pun signbod IKM. 2 kali kami pusing tempat yang sama. Mata dah macam burung helang mengintai tikus kat sawah padi. Tapi tak nampak jugak signbod IKM.

Hurmm, saya ke yang tak reti baca peta macam buku WHY WOMEN CAN'T READ MAPS tu kata. Hehe. Tapi hati memang dah bengkek tak jumpa-jumpa. Last-last, perut pun dah lapor, terus ke Restoran Santai. Bersantai la kitorang melantak kat situ sampai kenyangggg.

Telefon osmet. Cerita kat dia. Dia kata maybe yang saya pegi tu Taman Tun 2. IKM tu kat Taman Tun 1. Mana la nak tau 1 ke 2. Lenkali bagi peta bior terangggg! Osmet kata takpe, esok dia boleh tolong hantarkan. Selamat. Dah la esok tarikh tutup. Hehehe. Hampeh punyer cikgu la aku ni. Esok tarikh tutup, baru nak anto :D









Cincin di Jari Manis Aku :D

Sabtu lepas di Pasar Pagi Batang Kali.

Jalan-jalan, lepas tu singgah di gerai yang jual cincin, gelang dan macam-macam aksesori wanita. Ada batu swarozki, ada batu serai, macam-macam batu lah. Kepala batu je takde. Lepas tu saya tertarik pulak tengok cincin tu. Batu hijau ada, putih pun ada. Macam-macam kaler lah. Tapi saya tertarik dengan warna hijau tu.

"Ambil la dik. Cincin tu RM18. Batu serai tu".

"Ye ke batu serai ni makcik? Batu serai bukan mahal ke? Batu serai kan amek bawah perdu akar pokok serai tu?".

Saya pernah baca dan tengok youtube orang amek batu serai. Bukan semua serai mengeluarkan batu serai. Hanya serai yang mengeluarkan bunga jer. Serai mana ada bunga kan. So katelah anda ada nampak pokok serai tu keluar bunga, haaa, pi la korek, mana tau ada batu serai bawah rumpunnya tu. Nak tahu lebih lanjut search la dalam youtube. [kat kampung mak banyak tanam serai. balik nanti gue mau usha la serai-serai tu,hehehe]


"Batu serai tu nak amek kena menurun dulu". Sambung makcik tu.

Hmm, saya tengok dalam youtube tu takde la menurun-nurun tapi orang tu ada la baca ayat-ayat sikit. Ayat apa pun tak tau la. Tapi guna kain kuning la letak rumpun serai tu. Dalam celah-celah tanah akar serai tu keluar la batu serai. Macam-macam kaler. Katanya batu serai ni elok untuk pelaris, pemanis, macam-macam lagi la. Wallahualam! Tapi batu-batu tu memang cantek dan mahal pulak tu dijual. Sampai cecah RM1500 pun ada. [mengikut ape yang saya baca la]

Saya belek-belek cincin tu di jari. Hmmm, comey jugak aku pakai, hahahaha. Tapi kang aku beli, tengok-tengok tak pakai pun. Buat rugi duit je. Sama macam alat make up saya beli dulu tu. Last-last bagi osmet pakai.

Sebenarnya ini bukan point saya menulis. Perenggan atas tu sebagai penyedap cerita je, hahaha. Tadi saya tiba-tiba teringat samting. Saya penah baca satu artikel, "Kenapa cincin perkahwinan disarungkan di jari manis". Dalam artikel tu kata sebab jari manis, saraf-sarafnya bersambung ke hati. So jika si suami sarungkan pada isteri dan isteri pun sarungkan pada jari manis suami, kira ada kejutan elektrik la terus ke hati.

Lepas tu tiba-tiba teringat masa pergi pameran usahawan kat PWTC dulu. Saya ada buat health screen kat satu booth tu. [saya pernah cerita dulu]. Saya kena letak jari manis saya pada bawah microscope tu. Alat tu canggih-manggih la. Boleh nampak salur darah dan darah bergerak-gerak dalam kapilari darah tu. Saya tanya kenapa guna jari manis?

Dan orang tu cakap sebab jari manis urat sarafnya bersambung terus ke jantung.

Hmm, dalam bahasa Inggeris, buah hati tu sweetheart. Tapi jantung dalam bahasa Inggeris, heart. Hati pulak dalam bahasa Inggeris liver. So macam mana ni? Lebih kurang la. Hati ke jantung ke. The point is, nak cakap pasal kenapa cincin disarungkan di jari manis. Dan ianya related la dengan saraf-saraf ke hati/heart/jantung/liver :D

Antara Student dan Pekerja

Semalam balik dari rumah Cik Nurul di Serendah sudah jam 6.20 petang. Sampai stesen Sungai Buloh, tiba-tiba pengumuman berkumandang...

"Tren ini akan menghentikan perkhidmatannya di Stesen Sungai Buloh disebabkan masalah kabel elektrik putus dari Stesen Kepong ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Para penumpang diminta turun di Stesen Sungai Buloh kerana tren ini akan kembali ke Rawang".

Ahhh sudah. Aku nak balik macam mana ni? Dalam otak pikir nak balik je ke rumah Cik Nurul semula. So esok terpaksa la saya ponteng keje. Mata saya mencari-cari mana-mana manusia yang nak ditegur. Dalam dok terkebil-kebil tu ada sorang perempuan ni (lebih kurang sebaya la jugak). Dia pun tanya macam mana nak buat. Dia nak ke Putra, nak naik bus ke Kelantan jam 9 malam. Lepas tu kami decide ambil taxi.

Pakcik taxi tu nak cas 30 hengget sorang. Mintak kurang, dia bagi 25. Kami mintak 20 seorang, tapi tak bagi jugak. Dalam dok tawar-menawar tu ada satu kapel ni datang. Diorang nak pegi KL Sentral. Nak balik Kelantan juga, keretapi pukul 8.30 malam. Akhirnya dia cas kami dua orang tadi 22 seorang , dan kapel tu 30.

Sepanjang perjalanan ke KL, pakcik tu pasang kaset Sakaratul Maut. Senyap je kami dalam taxi, hehehe. Pakcik tu hantar kapel tu dulu then perempuan yang nak ke Hentian Putra tu. Saya last. Takpelah, saya tak urgent sangat. Masa kat Jalan Kuching saya pun tunjuk la jalan nak ke rumah saya. Sembang-sembang la dengan pakcik tu.

"Keje ke belajo lagi?". Tanya dia.

Alamak, nak jawab ape ni aa? Saya selalu konfius bila ditanya soalan gini. Last2 saya jawab...

"Dah keje".

"Keje ape?"

Isk, nak bagitau ke tak ni?

"Erm, cikgu".

"Ohhh, sedap la. Ingatkan student tadi". Sambil dia bercakap soal gaji pulak.

"Ooo, lepas tu pakcik nak naikkan tambang taxi la ni?".

"Takde la, kalau student tu kita consider la sikit. Pakcik ingat kamu student tadi".

"Ooo kalau macam, lepas ni kalau saya nak naik taxi, saya nak cakap saya student je lah". Kata saya. Elok sampai depan rumah, saya pun bayar 22 sambil ucap terima kasih.




Moral of the story, jangan mengaku anda dah keje, hehehehehe.

Happy Teacher's Day!!!


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya yang mengajar di Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti dan semuanya yang pernah mengajar saya. Jasamu semua sangat dikenang.

Dulu penah jugak mengata cikgu, kata cikgu tak pandai ajor la, tak siap keje rumah (tapi jarang sebab saya budak yang rajin siapkan kerja rumah :D), penah tipu cikgu add math kata buku latihan hilang ( add math je saya malas sikit buat keje rumah sebab tak suke add math! hehehe ). Tapi secara keseluruhan rasanya saya adalah seorang pelajar yang obey la jugak semasa di sekolah, hahaha perasan! Tapi bila pikir balik menyesal pulak tak jadi nakal masa sekolah :p

Sekarang dah jadi cikgu baru kutahu betapa sakit kepala hotak dengan kerenah anak-anak murid. Ada yang dengar cakap kita, ada yang tak. Ada yang tak siapkan keje rumah kita bagi. Ada yang menyampah kat kita, hehehe. Ada jugak yang bengang kat kita, hik hik. [padan ngan muke aku :D]

Kepada para blogger yang bergelar guru, Selamat Hari Guru saya ucapkan. Tak tersebut satu persatu, tapi semua Cikgu-Cikgi yang berada di kiri blog saya ni, teruslah tegar berblog, hehehe.


Kepada sesiapa yang ingin menghantar hadiah kepada saya, sila-silalah berbuat demikian. Amat dialu-alukan. Tak cukup tangan, bakul akan saya sediakan, hahaha!


Guru bukan lagi lilin. Kita jadi besi waja pulaklah. Lagi dibakar lagi terang bersinar, bila dah sejuk, lebih keras daripada sebelumnya.
- Cikgu Wasabe-

Hmmm

Semalam saya masuk bilik Lukisan Kejuruteraan (LK) . Saja nak tengok Kak Esha tengah buat kelas tambahan untuk LK. Tak ramai yang datang pun.

Saya pun usha-usha la diorang tengah lukis-lukis guna protaktor la jangka lukis la dan macam-macam alatan lagi la. Sape penah amek LK paham la kot ape yang diorang lukis. Saya haram tak paham. Tapi kat soalan tu suruh lukis bla bla bla menggunakan Tangen. Pandai je plak Si Farhan ni lukis.

"Huh, kalo tangen dalam kimia senang je lukis. Ni LK ntah-hape-hape. Susah je saya tengok".

"Mana ada susah cikgu". Kata Farhan. Dia ni budak Kimia saya jugak. Tapi Kimia lomah ya amat!

"Oooo, LK yang susah ni boleh je kamu lukis tangennye. Dalam kimia, soalan graf tu suruh cari rate of reaction guna tangen tak reti pulak. Yang susah reti buat, yang senang tak reti buat". Saje je bagi panas sikit ayat, hehehe. Lepas tu saya keluar.

Masa dalam kete Kak Esha kata, " Nak tau nak Farhan cakap ape tadi? Dia kata, aduhhhh, kena lagi dengan Cikgu Dayah. Saya memang tak boleh la Kimia ni. Tak nampak lansung. Macam mana ntah Cikgu Dayah boleh nampak".

"Hahahaha! Farhan..Farhan... Sabo je la".

Hmm, memang la. Potensi otak manusia lain-lain. Lelaki terutamanya lebih kepada subjek yang guna otak kanan, subjek yang mereka boleh bayangkan bentuk 3 Dimensinya. Contoh macam LK la. Lelaki boleh nampak bentuk rumah tu macam mana sebelum rumah tu siap dengan tengok pelan rumah tu je.Kalau saya, bab-bab 3D ni tak terbayang dek saya. Bab Pelan dan Dongakan masa Tingkatan 4 dan 5 dulu adalah topik yang paling saya tak suka.






_____________________
Macam takde mood nak updet blog. Rasa macam dapat virus Writer's Blocked pulak.

Meditasi Dalam Solat


Ilmu yang ada perlu dikongsi. Itu yang dipesan oleh Dr. Azhar. Saya bukanlah orang yang layak nak bercerita. Tapi Insya Allah, saya akan kongsikan sedikit demi sedikit ilmu yang saya dapat di Bengkel Meditasi Solat ni dalam tulisan-tulisan saya yang akan datang.

Tapi biarlah saya mempraktikkannya dahulu.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-soff:2-3)


Saya baru terlintas untuk terus menulis di blog apa yang saya belajar. Tapi tiba-tiba terbaca entry Kak Serikandi dan terbaca maksud ayat surah as-soff ni. Sedangkan saya sendiri belum mengamalkannya, dah memandai nak bercerita. Jadi, biarlah saya benar-benar mengamalkannya dulu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk join dan belajar tentang meditasi dalam solat ni, boleh selalu rujuk blog Dr. Azhar. Kat situ selalu bagitau kursus-kursus yang akan datang. Macam-macam kursus ada. Boleh save pampletnya dalam bentuk Adobe Reader.

24 Mei nanti ada seminar Modal Sifar pulak. Saya plan nak join. Kalau sesiapa berminat, bank in duit cepat pada penganjur, nanti boleh kita pegi sama-sama :)


__________
Boleh juga rujuk di blog Meditasi Islam.






Mok!


Saya hampir terlupa hari ini adalah Hari Ibu. Ala, hari-hari adalah hari ibu apeeee. Tengah hari tadi abah ada call, then pass henfon ke mak. Cakap la dengan mak kejap. Tapi memang tak ingat lansung.

Pukul 9 lebih tadi baru call semula sebab baru teringat hari ni Hari Ibu.

"Mok, lupe nak wish. Lupe ari ni ari Ibu".

"Hurm, doh nok abeh ari doh baru ingat?". Sambil mak gelak-gelak. Maksudnya mak tak marah, hehehe.

"Tu la, tadi siang dengan Siti. Kitorang pegi bengkel".

"Bengkel ape?"

"Bengkel meditasi solat. Nanti oghang ajor mok ek? Hehe".

"Ermm, ye lah".



SAYANG MAK SESANGAT!
Nak mokkkk...! Uwaaa!

Labah-labah


Ntah macam mana, saya teringatkan satu lagu kanak-kanak yang cikgu tadika saya ajar dulu. Terngiang-ngiang je rasanya di telinga sambil otak membayangkan suasana dalam tadika masa tu :)


Satu labah-labah suka panjat perigi

Bila hujan turun labah terus lari

Terbit matahari air tiada lagi

Labah-labah panjat sekali lagi


Sambil nyanyi, kena buat gaya labah-labah memanjat dengan jari. Cikgu pun buat dan nyanyi sekali. Kat mana cikgu tadika saya dulu yer? Yang saya ingat nama dia Cikgu Yah. Sangat baik. Semoga Allah sentiasa merahmati guru tadika saya itu.



_____________
Gambar-gambar dari koleksi tangkapan saya sendiri. (bila la nak ada DSLR ni). Tetiba rindu jugak pada Canon A410 yang banyak berjasa dulu.

Wei! dah pukul 12.50. Ni gara-gara menyiapkan Rancangan Mengajar la ni. Baru siap dan baru print. Kat sekolah nanti tampal je. (Blog boleh updet, Rancangan Mengajar tak updet2 :p)





Minggu Malas

Minggu ni saya memang malas sangat. Banyak keje yang saya tak buat. Takde feel nak siapkan keje-keje tu. Buku rekod mengajar tak buat. Minggu lepas punyer pun tak buat. (konon alasan sebab pergi kursus). Minggu ni punyer pun tak buat lagi. Huhu.

Ujian Intervensi 2 Kimia SPM pun saya tak tanda lagi. Saya dah cakap sorry kat students saya. Saya cakap saya tak tanda lagi.

"Takpe cikgu, takpe. Cikgu tak payah tanda pun takpe. Cikgu bagi je markah terus kat kitorang. Bagi 50 or 60 pun dah ok!". Kata si P. Salah sorang yang banyak mulut dalam kelas. Nak tau tak, dalam kelas saya tu yang buat bising, yang banyak cakap, yang kepoh, yang suke bergosip adalah pelajar-pelajar lelaki. Budak pompuan senyap jerrr...Tak banyak cakap dan tak banyak songeh.

"Banyak la kamu. Macam la boleh dapat 60. Entah-entah dapat 30 je. Saya rela tanda lagi kertas jawapan kamu semua !".

Pandai la diorang. Sebenarnya diorang pun malas nak tau markah masing-masing. Buku report kad ada yang parent tak tandatangan. Pasal diorang tak tunjuk. Masing-masing takut la tu pasal dapat banyak merah. Tapi students yang memang pandai tu memang tak sabar la nak tau markah masing-masing. Tak terkejar saya dengan kerja-kerja sekolah. Minggu depan dah start Ujian Diagnostik pulak. Ujian yang kedua tu pun tak tanda sepatah haram lagi.

Walaupun banyak keje, tapi saya tetap takde feel minggu ni. (Tapi ketiadaan mood dan feel dalam diri saya ni tiada kena mengena dengan cerita lelaki G*****G itu yer, hehehe). Saya cuma rasa malas giler. Mungkin sindrom berkursus hari tu tak hilang lagi kot. Bila ke kursus, walaupun agak kurang suka, tapi kita sedikit rilex kerana dapat keluar dari sekolah seketika. Ambil angin luar orang kata :)

Pagi tadi nampak Azwa kalut-kalut nak bawa budak ke mana ntah. Saya pun tanya la. Azwa kata nak bawa budak pergi Pusat Sains Negara. Ada ceramah kerjaya.

"Nak ikotttttt...." Kata saya.

Azwa suruh tanya Sarah the counselor. Pasal dia pegi dengan Sarah. Lepas tanya, Sarah bagi green light pulak. Sebab dia kata dia malas nak pegi. Lagipun tengah banyak keje kata dia. Saya pulak malas nak buat keje, tu yang gatai nak pegi :D

Kami pergi satu bus. Dekat je pun sekolah dengan Pusat Sains Negara. Ceramah tentang Career In Pharmacy. Hurrmmm, teringat dulu masa isi borang UPU pilihan 1-3 adalah farmasi. Tapi tak lekat satu pun. Yang lekat pilihan paling terakhir :p Lepas ceramah, ada jamuan makan dan lepas tu pelajar2 dibenarkan buat tour dalam Pusat Sains tu tengok pameran-pameran mana yang ada.

Saya dengan Azwa pun buat giler-giler kami cuba sumer benda. Budak-ke-mana-cikgu-ke-mana, hehe.

Ni kalau tak pakai baju kurung, mau je panjat sikit, baru nampak cool sikit gambo.

Reflection!

Cermin yang boleh ubah bentuk badan. Jadi pendek dan nampak gemuk :)




____________
Sebelum balik tadi, singgah pejabat. Nampak Azli*, pembantu pejabat. Saya tanya, ada lagi tak kursus-kursus? Tak kesah kursus apa. Saya nak pegi. Tak nak dok sekolah! ehe.







Bertemu Lelaki Yang Gampang $#@%&*

Jika anda mengikuti perkembangan dan penguncupan blog saya, pasti anda akan perasaan ada entry yang melibatkan luahan perasaan Cik Hayad dalam kolum Tanya Sama Cik Seri Masalah Cinta Anda. Tapi amat jarang la... :D

Seperti yang tertulis pada tajuk entry, bunyinya memang agak sedikit kasar. Sikit je tu. Boleh bikin lagi kasar tu.

Dipendekkan cerita, ada seorang lelaki (yang pada asalnya dianggap tak gampang) telah menghubungi saya setelah sekian kalinya tidak pernah menghubungi antara satu sama lain sejak nombor telefon ditukar selama 6 tahun yang lalu. Dan tidak pernah berjumpa sekali pun. Hanya pernah berjumpa di IRC zaman IRC femes dulu la.

Maka arakian lelaki ini mengajak saya keluar dan kebetulan katanya nak memperkenalkan bisnes coklat pada saya. Saya dengan jahatnya telah keluar dengan lelaki ini. Yer, saya menjadi jahat seketika kerana keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Lelaki ini menjemput saya dengan Toyota Camrynya (version lama, tak lawa sangat pun). Lelaki ini bukan kerja makan gaji tapi kerja sendiri. Buat bisnes katanya. Tapi dulu katanya penah kerja kerajaan jugak sebelum buat bisnes sendiri.

Kami pun ke kedai mamak berhampiran. Lepak dalam sejam. Lepas tu lelaki ini menghantar saya balik. (Memang jeritan batin saya meronta-ronta nak balik pun kerana agak sedikit bosan ketika bersembang dengan lelaki ini). Gaji saya pun dia nak tanya berapa.Siap elaun pun tanya. Pantang tok-nek betul la!

Selepas itu lelaki ini senyap tanpa berita. Saya pun takde-khoje-nak-sms dia. Ape-kejadah-nye-kan? Tiba-tiba… Jeng! Jeng! Jeng! Pada malam terakhir saya di tempat kursus di Kampar minggu lepas, lelaki ini menghantar sms pada saya setelah sebulan lebih pertemuan di kedai mamak itu.

Macam biasa, sms nya bertanyakan saya tengah buat ape? Sehat ke? Dan bla bla bla… Tiba-tiba! Dia menghantar sms yang berbunyi…

“Dah lama tak keluar dengan awak. Nak ajak dating boleh? Sudi tak?”

Saya dengan machonya, tidak membalas sms tersebut. Sehinggalah saya bercuti di kampong, dia masih bersms dengan saya. Dan sekali lagi menanyakan soalan yang sama ditambah dengan ayat pemanis ala-ala Kicap Lemak Manis jenama Cap Kipas Udang.

Ayat pemanis itu berbunyi begini…

“Saya suke tengok awak senyum. MANIS”.

Tiba-tiba saya rasa nak muntoh ijo yakni muntoh yang mengeluarkan pancreatic juice saya akibat dari pancreas saya yang pecah sebab nak menahan lawak antarabangsa yang lelaki itu buat sebentar tadi. Tolonglah.. Nampak FAKE la sesangat. Hello, I know myself la. Takdenya senyuman saya ni manis. Saya kenal la diri saya macam mana. Saya masih sedar diri. Jauh panggang dari api la saya mempunyai senyuman yang manis.

Saya sms dia balik bertanyakan…

“Apa maksud awak dengan dating? Strait to the point boleh?” Yer, I’m a strait to the point person.

Lepas tu dia balas, “Saya nak kenal awak. Saya suka kat awak. Awak kenal2 la saya”. Lepas tu saya kata, saya prefer kawan dengan semua orang. Untuk keluar dengan awak dan seterusnya mempunyai hubungan perasaan tu saya taknak la lagi. Dan bla bla bla lagi.

“Dah tu awak tak nak keluar la dengan saya ni?”

“Saya boleh keluar dengan awak, tapi make it neutral”.

“Ok, saya janji buat awak selesa”.

Sampai la saya balik ke KL, semasa di dalam kereta Cik Nurul, dia terus-terusan bersms dengan saya. Dari K.Kangsar – Tapah. Lepas sampai Tapah saya cakap saya dah tak larat nak type punat huruf kat henpon ni. Lain kali la sms yer. Paling tak boleh diterima akal saya, sms-smsnya itu.


Tanya balik pakai baju ape? Warna apa? Suka pakai jeans ke baju kurung? Pakai kasut tumit tinggi ke tak? Tumpang kete membe tu bayar berapa? Tinggi berapa? Berat berapa?


Aduyai! Tak dapek diterimo otak den soklan-soklan mencabar minda gini. Relo den jawab soalan Din Beramboi lagi daripada soklan-soklan spastic yang ditanyo tadi. Nurul pulak kata, “dia take care kot . Hang try la kenal-kenal dia dulu”. Takpelah, bila sampai KL, dia sms lagi. Layankan ajo la. Dia tanya. Saya jawab. Dia tanya. Saya jawab. Siap tanya nanti keluar nak pegi mana? Alahai, lambat lagi la! Minggu ni den bz bebonar. Takdo maso nak keluar-keluar ni ha. Banyak lagi aktiviti berpekdah den nak buek.


Lepas tu sms asik tanya tengah buat apa? Dah makan ke belum? Pukul 12 tengah malam pun tanya dah makan ke belum? Cuba la guna penaakulan mantik sikit bila menanyakan soalan. Ape-ke-jadah-nya pukul 12 tengah malam tanya dah makan ke belum. Teman dah nak tido dah pun waktu tu. Serius, saya runsing dengan sms-sms beliau. Disebabkan sms-smsnya yang merunsingkan saya tu ditambah dengan saya malas nak keluar dengan lelaki itu, tambahan pula dia mengajak saya ke Zoo Negara bila keluar nanti. What? Zoo Negara? Adoi la.


Jadi, malam semalam, semasa dia meng-sms saya bertanyakan soalan tahap rendah penaakulan mantiknya, saya membuat keputusan untuk menghantar sms yang berbunyi seperti berikut :

“Saya rasa saya tak nak la keluar.Thanx for the invitation. Really appreciate it! Thank u so much”.

Sebelum tu saya ada sms tanya dia, "Kenapa awak nak kat saya?". Tapi tidak dibalas dan dijawab.

“Nape? Tak suke ke? Saya ada buat salah?”

“Takdepun. Saya juz tak nak dan takleh terima awak la rasanya. Utk mengelakkannya baik takyah jumpe dan keluar.Tu jer”.

Pastu nak tau dia balas ape? Dia balas ni :

“Kekekeke. Jual mahal nampak. X cun pun nak jual mahal!”

Amboi amboi amboi ayat. Aku takde pun kutuk ko walaupun ko pun memang tak hensem pun. Den memang sodar diri pun tak cun tu pasal den nak termuntoh ijau bilo ekau kato senyuman den manis. Pastu suke hati la den nak jual mahal ko muroh ko. Bapak den dah banyak perabeh duit nak bosarkan den. Mahal la jadinyo! Pastu saya balas :

“Heh heh! Tak cun la plak.Aritu puji manis la ape la.Ayat..ayat. xkesah la awak nk kata ape pun. Yg penting sy tak desperate nak mencari couple mcm awak”.

“Jangan marah. Sape makan cili dapat pedas.hehehe”. <-- Lor, ape kena mengena? Lagipun makan cili memang la rasa pedas. Tak tau la pulak kot taste receptor ko boleh rasa manis plak.

“Haha, tak marah lansung pun :) ape kes nak marah. So sekarang terbukti awak bkn ikhlas pun ”

“K.takpelah.awak yg ckp cam to. Sensitifnya awak ni”.

Lepas tu saya balas :

“It is prove now that u juz want a short term relationship. U judge me by my appearance. Sama ada I ni cun ke tak. I never judge u by how do u look like. It’s ok, nvm. U r not a great man for me. Becoz I’m searching for a real mr.Right who accept me for what I am. Till then. Bye2. N Assalamualaikum". <--macam cool je plak balas dalam bahasa penjajah ni,walaupun dengan grammar yang kurang betul, hehehe.

Lepas tu dia balas kata saya angin tak pasal2. Ye ke? Plus kata dia saya mengada-ngada dan pelik. Suruh saya ubah perangai dan jangan babitkan masalah saya dengan dia. Saya tak balas pun sms terakhir dia tu. Saya yakin dia akan sms saya nanti. Tak kuaso den nak balas.

Sekali lagi jumpe lelaki yang $#@%&*!!!


Sekian, Terima Kasih!

Esok ada rombongan dari Thailand datang melawat sekolah teman. Rombongan tu terdiri daripada pensyarah-pensyarah dengor ceritanye. Teman pun pelik, kenapa la asek nak datang sekolah teman ni. Ape yang ada, teman pun tak tau la. Tahun lepas, rombongan dari Jepun. Tahun 2007 rombongan dari Indonesia.

Padahal banyak lagi sekolah bagus-bagus kat KL ni. Sekolah Aminuddin Baki contohnya dan SMK Victoria. Dua-dua sekolah kluster. Pegi la situ. Pelik..pelik...Pelik teman!

So Pengetua kata, esok pensyarah-pensyarah ni akan dibawa melawat seluruh sekolah la. Masuk makmal, bilik-bilik khas, kelas-kelas tengok cikgu mengajor. Diorang dijangka datang jam 10.30. Lepas taklimat baru sesi melawat. Yang teman riso ni, area waktu diorang nak melawat kelas-kelas tu teman ada kelas dengan kelas hujung yang susah nak dikawal. Mati teman!

Rasa macam nak bawak bebudok tu belajo kat belakang kantin jer. Boleh dok????

Hahahaha! Gelak besar saya baca buku ni. I laughed so much and learned so much at the same time! :D

Revealed in this book :

  • why men really can't do more than one thing at a time.
  • why women make such a mess of reverse parallel parking. (hehehe, memang pompuan bermasalah besar kat sini)
  • why men should never lie to women. (kalo korang lelaki nak menipu pompuan better buat dalam telepon. kalo buat face-to-face masak la korang kantoi dengan kami para pompuan :p)
  • why women talk so much and men so little. (pada pompuan bercakap tu boleh releasekan tension dia :D)
  • why men love erotic images and women aren't impressed. (kalo tengok gambo lelaki naked, pompuan boleh gelak besar dan kata lelaki tu giler :p)
  • why women prefer simply to talk it through.
  • why men offer solutions, but hate advice. (memang pun, lelaki kalo kita nasihat bukan nak dengo!)
  • why women despair about men's silences.
  • why man want sex and women need love.

Disebabkan saya tidak lagi share hidup dengan mana-mana lelaki, jadi saya banyak membayangkan abah saya masa baca buku ni. Macam mana abah akan suruh kami semua slowkan volume tv semasa dia terima panggilan telefon. Macam mana abah saya tak dengar lansung orang panggil dia masa dia tengah baca paper. (sebab lelaki tak boleh buat lebih dari satu perkara dalam satu masa. Lelaki akan jadi 'pekak sementara' semasa dia sedang membaca :) )

Abah selalu tak jumpe barang yang dia cari dan akan salahkan mak saya yang letak merata-rata. Tapi bila kita cari benda tu depan mata jer :D

Suami isteri memang patut baca buku ni supaya tak timbul perbalahan dan pergaduhan. Oh ya, pakwe-makwe juga patut baca. The problem here is simple :

Men and women are different. Not better or worse - Just different! :)





_________
Nak balik KL dah. Arggghhh! Malasnye nak sekolah esok...Huhu.

Kawan-kawanku dah Menghasilkan Hasil Masing-masing

Pagi tadi saya dan Ina melawat Erda di Taman Bunga Raya (kawan masa sekolah rendah). Dia baru bersalin dan berpantang kat rumah emaknya. Tapi tak ambil plak gambo anak Erda. Sharifah Maryam nama babynya. Yelah, ayahnya keturunan Syed.

Lepas lawat Erda kami ke Hospital Kuala Kangsar pulak melawat Zila. Zila ni pun berpantang kat kampung tapi semalam masuk wad sebab anaknya kena kuning. Haa, kali ni saya snap gambo baby Zila.

"Try la pegang Dayah!" Kata Zila.

"Hish! Tak nak lah. Tak reti. Takut. Lembut sangat!"

"Alahhh, pegang jer. Blajo...". Ina pulak menambah.

Eeee, saje je nak mencabar kewibawaan aku.

"Ok la, meh sini".


Ni lah hasilnya. [bukan hasil saya. hasil zila dan asbennya la, kekekeke]. Baby ni baru 2 minggu. 1st time saya pegang baby baru lahir. Sebelum-sebelum ni tak pernah lorrrr. Sekadar tengok dan sentuh-sentuh jer.

"Sapa namanya zila?" Tanya saya masa mula-mula sampai.

"Muhammad Adib Zhafran bin Muhammad Azam".

"Ni la aku tak suke ni. Susah la cikgu dia nak menulis dalam register kat sekolah. Suke boh nama panjang-panjang. Cuba pendek-pendek je bagi. Tak muat ruang ko tau". Hahaha.




_________
Saya suka dengan nama Umar dan Muaz :)





"Selagi tak tutup mata, khoje khoje khoje!"

SELAMAT BERCUTI kepada pekerja-pekerja di Malaya semua. Tak kira la anda pekerja dengan permit atau tanpa permit, pekerja awam atau swasta.

Saya dah selamat berada di kampung. Semalam habis kursus awal. Lepas makan tengah hari, jam 1 petang bus pun start gerak untuk balik ke KL. Ikut jadual jam 2.30 baru balik KL. Bermakna kematu la punggung saya menunggu Cik Nurul yang akan bertolak dari Serendah jam 2 petang. Saya minta bus jabatan menurunkan saya di Tol Tapah. Nasib baik ada surau kat Tol Tapah ni. Saya nampak sorang auntie cleaner berbangsa India kat situ. Saya tanya boleh tak saya nak tunggu di surau. Dia kata boleh.. boleh..

Jam 4 petang Nurul sampai. Saya selamat sampai kat rumah jam 6 petang. Thanx yer Cik Nurul.

Oh ya! Semalam 30 April, hari jadi adik saya yang ke 18 tahun. Seperti yang kamu mintak, aku bagi jersi Adidas dan Nike 2 helai la sebagai hadiah ek! Tadi dia cek kemasukan ke UPU. Alhamdulillah, dia dapat masuk UiTM. Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis. Hopefully dapat course yang dia mintak.





________________
Pergi ke Kuala Kangsar pagi tadi. Makan Laksa Pak Ngah. Puas! Di KL tiada laksa sesedap laksa kuale :D

Followers