Shhhh... It's A Secret!

Ini rahsia. Saya tak boleh bagitahu. Saya tak bagitahu sapa-sapa ni tau. Mana ada saya bagitahu kat orang. Saya tak bagitahu pun kat orang yang saya pergi belajar resepi kek Secret Recepi.

Atas tu la chef yang cipta banyak kek untuk Secret Recepi. Sshhhh!!! Sekarang saya dah tau rahsia Secret Recepi. Ssshhhh!!! Ni rahsia tau. Sekarang saya tak payah dah nak beli-beli kek dari Secret Recepi.

MARBLE CHEESE CAKE
( Lebih kurang rasa cheese cake yang biasa saya buat. Cuma base untuk cheese cake Secret Recepi ni memang lagi sedap pasal ada campur oat and almond. Tau dahhhh rahsia diaaaaa... Shhhhh!!! Rahsia tauuu! )

PORTUGESE TART
(Atau nama lainnya tart telur. Den tak suko ni. Kembang tekak den makan tart ni)

CHOCOLATE INDULGENCE
(Walawei! Ini sangat sedap! Resepi??? shhhhh!! Rahsia! Hahaha)


________________
If u want the recepi, u pay me. coz i also pay :D hik hik hik!




Keletung! Keletang!

Rabu, Khamis dan Jumaat saya tak ke sekolah. Pergi kursus di Institut Perguruan Teknik, Cheras. Macam biasa. Kursus yang saya sendiri offer nak pegi masa Ketua Panitia tanya. Kursus Reka Cipta II. Kak Shidah terima dari Penolong Kanan. Pada surat tu tulis '' sila hantar seorang guru Kemahiran Hidup". Tapi PK tulis "sila hantar seorang guru sains kerana guru Kemahiran Hidup sudah pergi".

Memang pandai sungguh PK membaca surat yer. Bila saya pergi, nak tau apa jadi? Saya kena buat kerja tangan ok. Buat kerusi lipat. Kena bertukang! Saya sorang je yang bukan guru Kemahiran Hidup dalam ramai-ramai tu. Semua orang pelik kenapa saya yang pergi. Saya ingatkan kursus Reka Cipta untuk Formula 1 ke. Reka Cipta roket ke. Tu pasal saya offer diri. Apa-apa pun mari kita lihat hasil kerja tangan cikgu sains :p

Ini hasil kerja tangan cikgu Kemahiran Hidup

Ini hasil kerja tangan cikgu Sains, haha.

Saya tak sempat nak warnakan. Pasal dah malas. Saya terpaksa membanting tulang 4 kerat saya untuk menghasilkan kerusi yang sekecil ini. Untuk pengetahuan semua, last saya pegang tukul, paku, gergaji, pahat, pemutar skru adalah semasa di Tingkatan 3 dulu. Itu pun banyak minta tolong kawan-kawan yang tolong gergajikan kayu, tolong pakukan kayu. Dalam kursus ni saya kena buat sendiri, huhu. Seksa zahir batin wooo!

Nasib baik kursus ni dapat sijil. Sijil amat penting ok. Untuk kegunaan di hari muka :D

Lepas ni boleh jadi guru KH pulak la yer?

Oh, tidak tidak. Saya lebih rela bermain dengan asid dan alkali daripada tukul, gergaji, dan gerudi, hahaha
. Ayattttt... :p

Tapi bagus juga saya pergi. Saya dapat ilmu. Memang tak rugi. Dan satu point dari tenaga pengajar yang amat saya ingat ialah, dalam konsep reka cipta, mesti ada ilmu untuk menghasilkan produk reka cipta. Dan produk dari hasil reka cipta itu mesti menghasilkan DUIT! Tak kira la kita reka apa pun. Buat baju ke, buat kraftangan ke, dan juga buat biskut raya, kekekeke!

Dalam bengkel kerja kayu tu banyak sangat serbuk kayu. Kalaulah aku boleh ternak cacing... hurmm... Agrhh! Asek 'kalau' je. Takde maknanya jika asik ber'kalau-kalau'!!!

___________
Kadangkala kita perlu lakukan benda yang kita tak suka. Setuju?





58 - 25 = 33

Semalam ada meeting guru kali ke yang berapa ntah? Banyak sangat meeting dah rasanya. Pengetua edarkan borang pemilihan umur pencen. Saya pilih 58. Berdebar juga masa nak tanda.

Alamak, lupe nak call abah. Saya nak tanya abah. Saya tak reti nak buat keputusan. Tapi dalam borang saya dah tick 58. Malamnya baru call abah.

"Helo mak! Abah mana? Panggil sat. Pastu suh abah kol balik tau." Langkah-langkah penjimatan kredit :D

"Abah mandi".

Sembang dengan mak. Mak kata mak pilih 58. Abah pun 58. Pastu letak telefon. Tak lama lepas tu abah call. Abah pun terangkan itu ini begitu begini. Ok, set! 58!

Macam mana la agaknya saya bila umur 58 yer? Jika panjang umur dapatlah merasa jadi rakyat Malaysia warga emas, haha. Semoga umur panjang dan dapat menabur jasa dengan ikhlas.



__________
Cikgu Nurul dan Cikgu Jawe pun pilih 58. So marilah kita berblog sampai usia 58, harharhar!




Cookies

Dah lama tak pergi belajar dan juga buat biskut dan kek. Terlalu bizi kebelakangan ini. Tapi raya yang akan datang ini kena juga buat bisnes biskut raya. Di kampung memang dah ada permintaan pada biskut-biskut yang biasa saya buat. Oven pun dah beli 2 bulan lepas. Sekarang kena beli dulang-dulang serta alatan-alatan yang seangkatan dengannya. Bahan-bahan untuk buat cookies pun kena beli dah juga ni.

Pagi tadi pergi belajar beberapa jenis biskut di Taman Ehsan, Kepong. Pergi dengan Kak Asriah dan Kak Farid, rakan sekerja di sekolah saya.


OAT CAPUCCINO COOKIES
( I like this cookies very much! Crunchy!)

CHOCOLATE CHIP PEANUT CRUNCHY
(Saya rasa saya lebih suka resepi yang selalu saya buat tu dari resepi yang ini)

CHOCOLATE ALMOND STRIP
(Saya tak berapa suka, tapi housemate kata sedap)

BISKUT TEPUNG KACANG HIJAU
( Saya tak suka. Maybe sebab rasa kacang hijau. Tapi untuk bagi mak-mak mentua memang sesuai. Pasti anda akan disayangi oleh mak mentua anda, hik hik)

TWIN CHOCOLATE STRAWBERRY
( Ermm... budak-budak mungkin suka. Tapi kalau saya memang tak berapa suka rasanya)

I got 6 recepies for RM60. Satu lagi biskut terlupa nak ambil gambar. Tapi untuk jual saya rasa saya pilih OAT CAPUCCINO COOKIES.



________
Esok sekolah. Saya dah tak buat relief hari Isnin tapi kena mengajar PJK pulak hari Isnin. Arghhh! I dont like PJK!



Cinema


Dah lama giler saya tak menonton wayang. Dan hari ini saya dan Cikgu Nurul pergi nonton Ayat-Ayat Cinta di KLCC. Saya tak reti membuat review dan membuat sinopsis cerita. Cuma komen saya, filem Ayat-Ayat Cinta boleh tahan bestnya tapi novelnya lagi best best best! Yang tak best banyak benda di dalam novel tidak dapat diadaptasi ke dalam filemnya.


Saranan saya, anda perlu membaca novelnya dahulu sebelum menonton filemnya. Kerana seperti yang saya katakan, novelnya jauh lebih best best best!



____________
Esok saya nak buat benda yang amat saya suka. Dah lama saya tinggalkan aktiviti kegemaran saya itu.

Pagi Yang Hampeh

Pagi yang sepatutnya ceria, telah menjadi hampeh. Seperti biasa bila sampah dalam plastik hitam dalam tong sampah itu sudah penuh, saya la yang tukang buang. Bawa turun sekali semasa saya turun nak ke sekolah.

Kali ni sampah itu sangatlah busuk. Dah berair. Dan semasa saya mengendong plastik sampah yang tidak kurang beratnya itu, sesuatu telah berlaku tanpa saya sedari. Selesai buang, saya kembali ke kereta. Masuk dalam kereta. Tiba-tiba...

"Nor, hang bau sampah tak?"

"Erm, bau jugak".

"Bau macam sampah yang aku buang tadi la. Tapi takkan leh masuk sampai dalam ni". Ye la, tempat buang sampah tu jauh la jugak dari tempat parking kereta.

Nor pun menggerakkan la kereta beliau menuju ke tempat yang murni lagi suci yakni sekolah. Tetapi bau busuk tersebut masih belum hilang.

"Wei! Ada bau lagi la. Takkan bau busuk tu aku?". Sambil cium-cium tangan, lengan, ketiak dan seantero dengannya.

"Haha, perfume baru la tu". Balas Kak Esha.

Tiba-tiba tergerak nak cium kain saya.

"Cinabeng! Kain aku kena la weh! Mesti kena air dari plastik tu tadi. Hampeh betul la. Takpelah, kat sekolah kang aku basuh. Seb baik ada sabun Head To Toe aku simpan".

Sampai sekolah segera keluar dengan pantas. Card pun suruh Kak Esha tolong punchkan. Letak beg, ambil sabun, pergi toilet, cuci-cuci. Balik semula ke bilik guru. Lap dengan tisu. Cium-cium. Sekali jadi lagi kuat bau dia. Tak hilang pun guna sabun wangi tu.

"Nora, meh sini kejap! Cuba ko bau aku sat".

Nora pun memanjangkan hidungnya yang tak mancung lansung tu. "Erm, ada bau la dayah. Jap aku try dok jauh. Erm , ada gak sket-sket. Kalo ko jalan lagi leh bau. Dibawa angin, haha".

Hampeh!

Saya apa lagi. Tak senang duduk. Tanya Kak Yana free tak masa pertama. Nasib baik dia free. Turun pejabat. Nak jumpa pengetua. Pengetua takde pulak. Jumpa Pen. Kanan.

"Pn.Lim, I nak mintak balik rumah sekejap".

"Pasal apa?"

"Baju saya bau sampah masa saya buang sampah sebelum pegi sekolah tadi. Saya minta Herliana hantar saya balik sekejap, boleh?"

"Ok ok!".

"Jom, Kak Yana!"

Sampai rumah cepat-cepat iron baju. Basuh kaki dengan sabun. Bersiap dengan kadar yang amat cepat. Balik ke sekolah semula. Legaaa... Kalau tidak tak pasal-pasal saya bau sampah, hehehe. Dah la hari ini buat eksperimen dengan budak. Tunjuk cara oleh guru. Budak-budak akan mengelilingi diriku ini. Kalau bau sampah, alamatnya semua tutup hidung la jawabnya. Huhu.


___________________
Dah rasa tenang sikit. Hopefully ketenangan ini kekal untuk hari-hari yang mendatang.

Alamak! Terlebih awal

Saya tengok kalendar di handfon. Tiba-tiba terus teringat. Alamak!

Segera saya sms. Saya tak boleh cakap direct. Segan! Hehehe.

"Aboh, hepi belated father's day! Sory terlewat sehari".

Hari ahad. Saya tengok tivi pagi-pagi. Tengok banyak iklan wish Hari Bapa.

"Wei! Hari ni ke Hari Bapa?"

"Aah". Jawab osmet saya.

Hampeh. Saya wish abah saya awal 2 hari. Haha. Mabok betul la!

Ini la abah saya. 51 dah umurnya. Dia seorang yang garang dan tegas. Takot wooo :p Macam mana la ayat aku nak cakap nanti kalo tetiba aku nak kawen nanti, hahaha.

Ingat lagi masa kecik, umur dalam 4,5,6 tahun dan ke atas, abah tak penah bagi saya pakai skirt. Bila sepupu-sepupu yang dok KL tu balik kampung, bawak banyak skirt pompuan yang cantik-cantik, atas lutut tu, curi-curi pakai dalam bilik. Hampeh je rasa. Nak bergaya la konon.

Sepanjang saya hidup ni banyak sangat jasa abah pada saya. Dari kecik sampai ke besar ni. Masa saya masuk hospital, hari-hari dia datang lawat. Tiap kali habis semester dan nak mula semester baru, dia datang ambil dan hantar. Walaupun tidak punya kereta, tapi dia sanggup minta tolong kawan-kawan dia minta ambil dan hantar saya.

Masa kecil saya pernah demam pasal rindukan abah yang kena pergi kursus yang lama untuk masuk Kastam. Mak la yang cerita. Masa abah kerja di Pengkalan Hulu dan duduk jarak jauh dengan mak, saya selalu ikut abah duduk Pengkalan Hulu. Abah penah beli game tivi. Saya main dengan sepupu sampai pagi. Addicted sungguh! Abah pun sama naik. Abah penah beli game SAYYIDINA. Saya, abah dan sepupu main sampai pagi. Giler!

Masa saya kecil, umur tak ingat, abah penah eksiden masa dia balik keje dengan moto. Saya ikut mak pergi hospital. Saya nampak orang tolak abah atas kerusi roda. Saya lambai tangan kat abah. Dia pun lambai balik. Abah senyum balik. Lega...

Bila zaman berubah. Abah beli komputer. Di kampung tu kiranya saya antara bertuah pasal kat rumah ada komputer. Kengkawan mandi sungai yang lain tu mana ada komputer. Terbangga sekejapan weh! Nak apa minta je kat abah. Semua dapat.

Abah seorang yang rajin beli buku. Dia kata dia takde harta nak diwariskan pada anak-anaknya. Yang ada buku-buku yang melambak tu. Sepanjang saya hidup ni rasanya tak terbalas jasa abah. Saya doakan abah saya panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu walaupun rokok tu memang dia dah tak boleh berhenti. Adehhh...


_______
Susah gile nak cari gambo abah saya ni. Pasal selalunya dia yang suka mengambil gambo...

Stress :(

Saya tak tahu kenapa. Sepanjang hari saya rasa macam bengong dan kosong. Teringat tulisan Acai...

Pernah tak korang rase satu perasaan cam hidup ni terasa kosong dan tidak bermakna..? sampai kekadang benda tu buat kita jadi pendiam dan rasa sekeliling kita tak seronok langsung..terasa yg kita ketinggalan dari semua segi berbanding org lain..dan rasa macam hidup kita ni macam tak adil utk kita.. kata orang, tu tandanya kita dah jauh dari agama, nauzubillah..

Saya sedang ada masalah. Masalah dalaman. Masalah luaran. Menyesakkan fikiran. Tapi apa-apa pun, masalah itu datang dari diri sendiri. Diri sendiri yang menganiya diri sendiri.

Tapi saya takdela sampai rasa hidup saya ini tak adil bagi saya. Cuma sekarang saya rasa saya telah menzalimi diri saya sendiri. Saya rasa stress. Setiap masalah ada penyelesaian. Saya mesti selesaikan!

Sedang saya menyemak gmail saya, terpandang emel kiriman sepupu. Doa Apabila Menghadapi Stress.

___________
Dear frens, plz advice me...






Say Cheeeeees... :D

Hari ini ada sesi fotografi kelas-kelas. Bulan April hari tu dah buat sebenarnya, tapi tak tau kenapa buat semula. Katakan gambar tak jadi. So buat lagi sekali minggu ni.

Ni la budak-budak kelas saya. Tingkatan 3C, kelas nombor dua dalam tingkatan. Saya guru kelasnya. Guru kelas ni umpama ibu pada budak-budak ni la. But for me, i am too young to be their mother, hik hik! As a sister is better :p

It's time for candid! ;)

__________
Dalam kelas tadi dapat sms dari anak murid semasa praktikal di Kamunting dulu. Khabarnya Nazmi, salah seorang rakan kelas mereka tu meninggal eksiden di Kamunting 2 hari lepas. Al-Fatihah...






i dan ii

i.

Hari Isnin lepas, hari pertama sekolah di penggal kedua ini. Tamat waktu sekolah ada meeting guru kali ke-5. Pot pet pot pet. Itu ini, begitu begini. Bla bla bla. Dan kami seperti biasa, selalu ambil port belakang, hehe. Dok belakang boleh makan asam sambil berpot pet pot pet jugak, haha. Budak bersembang dalam kelas, cikgu marah :p

Dan meeting Isnin itu adalah pertama kalinya saya bangun untuk mengusulkan ketidakpuashatian saya tentang hal relief. Saya kan guru buat relief. Selalu juga kena sembur. Maklumlah, semua orang kalau boleh tak nak relief kelas orang lain. Yang teruk guru buat relief la. Itu la sebabnya I hate Monday. Pasal hari Isnin saya yang bertugas buat relief!

Dan dalam meeting itu juga seperti biasa, sebambun tugas yang bukan core business telah menghujani kami.


"Errr...kita ni cikgu ke bukan cikgu ni? Aku konpius wei!". Sambil merenung rakan di kiri dan kanan.

Masing-masing angkat bahu. Hmmmm.

ii.

Minggu ini juga penuh dengan keceriaan juga sebenarnya. Usik-mengusik antara orang-orang yang dah kawen, baru kawen dan belum kawen. Ada dua orang guru yang berkahwin cuti lalu. Salah seorangnya rumet saya ni lah.

Best pulak tengok diorang. Nampak macam hidup tu dah complete je. Kami yang belum ni? Apa lagi korek rahsia la, hahaha. Tanya soalan itu ini begitu begini :D Kak Wasabe, saya takkan berkahwin cuti bulan 8 ni. Jangan risau. Tapi ke Redang bulan 8 itu mungkin akan dipertimbangkan :p

Bila bercakap pasal kawan-kawan yang sudah kawen, rasa teruja juga nak kawen. Tapi takkan la sebab tengok orang kawen, kita pun tergedik-gedik nak kawen. Itu bukan sebab yang rasional kan. Hanya tumpang seronok tengok kawan-kawan dah kawen. Tapi yang tak best, ada kawan-kawan yang dah kawen ni, lepas kawen terus lost kontek la, sms tak berjawab la. Padahal sebelum kawen boleh je berhubung dengan kawan-kawan. Saya juga rasa saya kehilangan mereka bila mereka kawen. Huhu.

Pinta saya, tolonglah jangan berubah walaupun dah kawen. I need frens in my life walaupun suatu hari nanti saya ditakdirkan punyai kawan sebilik, sebantal dan macam-macam se lagi. Tapi kawan-kawan tetap sangat saya hargai dan sayangi.




Emo...emo...Sob! Sob!

Nak Sambung Cuti Boleh Tak?

Musim mengawan dah tamat.Haha.

Hari Isnin, musim kembali ke sekolah pula. Huwaaa. Sindrom teringatkan kampung, sindrom homesick dan seangkatan dengannya kembali menyerang.

Dah terbayang kerja-kerja di sekolah. Pak Menteri! Tak boleh ka kami mai sekolah mengajaq saja? Baru la optimum core business kami!

Ahhh, sudah-sudahlah membebel pasal ketidakpuashatian. Jom mengawan! Opppss! Ter18SX pulak...



____________
Oh, i hate Monday...

Orang Kedah kawen Orang Melaka


Meriah sungguh kenduri orang Melaka ni yer walaupun kenduri sambut menantu. Malam sebelum kenduri, pengantin diarak dengan bunga api lagi. Paluan kompang menambah riuhnya majlis.

Esoknya sekali lagi diarak. Saya dan housemates yang lain join rombongan pengantin sekali la membawa hantaran.

Hilang sorang housemate yang juga merangkap rumet saya. Lepas ni takde kawan la dalam bilik. Huhu. Bosan seh! Sedih pun ada rasanya. Sob! Sob!


Padahal Kak Esha dengan Fendi ni dapat menyewa depan rumah kami je kat flat ni, kekeke :p

Kepada Kak Esha dan Fendi, Selamat Pengantin Baru. Kalau gaduh tu jangan sampai terpelanting kuali masuk dalam rumah kami sudahhhh, hik hik!





__________________
Saya tak akan ambil nasi minyak kalau kenduri kawen. Tak puas makan nasi minyak. Rasa tak kenyang :p Saya tetap prefer nasi putih!

Perak - KL - Melaka

Dah sampai Kay El pukul 2.3o petang tadi. Kejap lagi nak turun ke Melaka. Sambung makan nasi minyak. Nasi minyak orang la. Bukan nasi minyak saya.

Oh, ya! Saya juga membawa setambun kertas soalan untuk ditanda. Bagus kan cikgu ni?

Aah, bagus la sangat tu. Buat kerja last minit. Sebelum ni asik beronggeng je kojenye. Huhu!

Dah Musim Durian

Saya bosan. Nak main komputer adik sekor tu tengah guna. Layan MySpace dia la yang kononnya fofular sangat tu. Saya tak tahu nak buat ape. Nampak 3 biji durian atas pangkin bawah rumah. Saya ambil bawa masuk dalam rumah.

Ambil candung dan belah.

Alololo, comeynye dia. Geram!

Nyam! Nyam!

"Oi dibah! Nak deghoyan tak?"

"Haaa, ape?"

Eee, pekak! Pasang lagu kuat sangat la tu!

"Nak deghoyan takkkk???!!!". Memekik sikit.

"Tak nak."

Ok, fine. Saya makan sorang-sorang. Nyam nyam!


Slurp slurp! Sambil jilat jari.

Saya datang dekat dibah, tengok apa yang sedang dia layari. Saya datang dekat sangat.

Tiba-tiba...

"Errkkkkk.......!!!"

"Woi!! Bau deghoyan! Aku tak suke betul bau deghoyan. Bengong punyer Kak Yong".

Hahaha. Padan muke!


Oi Kome!
Deghoyan dah berbunga
Mari kita minang anak dara.

Anak dara
Anak dara Bota
Teman jumpe di Padang Tenggala

Err, pastu tak ingat dah. Korang sambung sendiri lagu Os ni :p

Tak Jadi Balik?

Ntah kenapa saya yang sepatutnya balik ke KL hari ini jam 6 petang dengan bus Transnasional secara tiba-tiba berasa tidak ada hati untuk balik ke KL.

Hari ini rasa macam bengong sikit. Kalau dah nak abis cuti ini la penyakit yang melanda. Kadang-kadang lebih baik keje tak payah cuti.

Konon nak balik awal ke KL sebab nak marking paper exam budak-budak saya sebelum saya pergi bercuti-cuti sekejap ke Melaka. Hehehe. Nampaknya hari Ahad nanti sampai ke malam dan harus lah ke pagi saya menanda kertas soalan Science Tingkatan Tiga dan Kimia Tingkatan 4.

Pengsan sekejap!

Jalan-jalan ke Kedah

Saya dah balik dari Kedah + Penang. Sampai jam 11.30 pagi semalam. Turun je dari bus saya bergegas ke tandas awam. Giler betol tahan kencing selama 2 jam dalam bas. Bagi coin, terus masuk, sangkut beg semua.. Err, pastu tak payah cerita la saya buat ape, haha. Tapi memang tarikh nafas lega dapat mengqada hajat, huehuehue. Nikmat betul. Bayangkan la kalau sistem perkumuhan kita ni rosak, kan dah tak dapat merasai nikmat membuang apa-apa yang tidak berguna tuh! Kentut pun nikmat tau! Eh? Pehal intro entri saya ni berbau busuk pulak yer...

Hari Jumaat saya ke Kedah. Tunggu bus tepi jalan depan rumah untuk ke Taiping. Kebetulan Cikgu Din berhenti. Dia pun nak ke Taiping. Menukar buah-buahan yang banyak rosak untuk kenduri kawen anaknya esok. Smooth je la perjalanan saya ke Taiping. Sampai stesen bus Taiping kena naik bus ke stesen bus Kamunting pulak. Sampai di Kamunting, sekali tiket ke Butterworth dah habis daaa. Yang ada pukul 3 petang. Masak saya nak tunggu. Jam baru pukul 11.15 pagi.

"Semua tiket habis ke dik?"

"Aah, yang ada pukul 3, 4 dgn 6 petang je. Akak cuba tunggu bus pukul 12 ni nanti kot ada kosong". Kata adik penjual tiket.

Giler lah kalau takde. 3 jam lebih lagi nak tunggu kat stesen bus ni. Pukul 12, bus sampai, saya tanya checker bus tu kalau ada tempat kosong. Kerek pulak mamat checker bus tu. Sabo je la. Saya tanya elok-elok. Hangin betul la. Tapi sabo lagi. Saya duduk semula sambil tengok-tengok dia kot nak panggil saya. Harapan macam semakin tipis je. Sekali dia gamit saya. Segera saya buat muka kesian.

"Ada satu tempat kosong. Pegi la duduk".

"Thank you!". Sambil saya hulurkan tiket saya pada dia.

Fuh! Lega. Nampaknya sempat la saya menghadiri majlis nikah Kak Esha di Kg. Merbok. Segera saya sms Nor memberitahu saya berjaya dapat tempat dalam bus pukul 12 ni.

"Ok. Nanti dah naik bus ke Sg. Petani sms aku. Lepas amek hang kita trs pi umah kak esha". SMS dari Nor.

Sampai di Butterworth saya terus cari tiket ke Sg. Petani. Tiket ada tapi kena tunggu lagi. Saya nampak seorang gadis India yang beli tiket ke Sg. Petani jugak tadi. Segera saya bermanis mulut dengan dia.

"Akak tak penah pi Sg. Petani ke?". Tanya dia.


"Penah, tapi tak penah naik bus".

"Oooo, tak penah mai sini ke?". Tanya dia lagi.

"Dah 2 tahun tak mai terminal bus Butterworth ni. Dulu blajaq Penang sana".

Perempuan India tu nurse. Fasih betoi cakap melayu. 20 minit menunggu bus pun sampai. Terus naik bus. Dalam bus sempat terlelap dalam 20 minit. Cuaca amatlah panas. Aircon pun tak rasa.

Jam 3 saya sampai di stesen Sg. Petani. Nor dah sedia menanti. Terus kami bergerak ke Kg. Merbok. Dalam 30 minit sampai la kami ke rumah Kak Esha. Ondaway ke rumah Kak Esha saya dah cuak pasal tiba-tiba saya teringat saya pernah ada aktiviti Baktisiswa semasa di tahun pertama dulu. Saya dapat mak angkat sorang kat Kg. Merbok ni. Alamak! Buatnya makcik tu jiran Kak Esha macam mana? Saya sebenarnya malas sikit aktiviti bermak-mak angkat ni. Masa 1st year tu saya memang nak join baktisiswa tapi tak berminat pun dengan aktiviti keluarga-keluarga angkat tu. Tapi dah syaratnya kena dapat keluarga angkat ikutkan je la.

Segera saya sms Chieffy tanyakan nama kampung tu. Chieffy pun tak ingat.

"Aku harap bukan kampung ni. Hopefully makcik tu tak cam aku. Pasal aku pun dah makin cun sekarang". Hahaha!

Tapi sepanjang kenduri di rumah Kak Esha takde pun makcik yang menegur saya sebagai anak angkatnya, hehehe. Kot ada pun masa saya sampai depan rumah Kak Esha, bersalam-salaman dengan tetamu-tetamu yang ada kat depan tu, boleh sorang makcik ni kata...

"Ni mak andam ke?"

Saya amatlah tergezut beruknya dan rasa nak gelak golek-golek kat depan tu jugak. Ada ke patut dia kata saya mak andam.

"Takdak la, tengok bawak beg besaq. Ingatkan kot mak andam". sambung dia lagi.

Aiii??? Beg sandang saya yang macam orang nak pegi hiking ni dia kata beg mak andam? Rasanya mau habis berterabur bedak dengan maskara dalam beg saya neh!

Masuk rumah je terus diajak makan tengah hari. Pucuk dicita ulam mendatang. Saya memang tengah lapaq gile masa tu. Mula-mula buat malu-malu kuceng. Lepas tu makan terus! Hahaha. Naseb baik adik-adik Kak Esha ni kenal saya. Jadi kedatangan saya untuk makan tu amatlah dialu-alukan oleh mereka.

Lepas makan saya dan Nor pun bersiap untuk teman Kak Esha pi masjid untuk dinikahkan. Tak ambil banyak gambar pun pasal ada tiga orang adik-adik cameraman. Kalau saya sibuk amek gambar tak dapat la muka saya masuk. Lebih baik kita posing dari bersusah-payah mengsnap gambo :p

Esoknya kenduri kawen. Takde sanding-sanding pasal Tok belah perempuan tak bagi. Huhu. Saya tunggu sampai pukul 4. 30 petang lepas menjadi conductor Kak Esha dan Fendi berposing-posing. Wah, terer juga saya bab-bab posing ni yer? Berkat dari selalu tengok fotopages orang kawen, hehe.

Sebelum balik rumah Nor, kami pergi jalan-jalan kat Tanjung Dawai dulu. Dah alang-alang dekat baik pegi.

Kami ni semua housemate di KL. Nor tiada dalam gambo kerana jadi tukang amek gambo.


Sempat juga membeli keropok-keropok yang tak dibeli semasa Pameran MIHAS aritu ;)


On Da Way balik ke rumah Nor, lalu kaki gunung Jerai. Si mira ni sempat pi amek ayaq Gunung Jerai yang masuk paper aritu tu. Sampai rumah mak Nor kata, "Awat dayah tak pi mandi sekali. Mana tau kot boleh putih!".

"Hahahaha! Kalau dah hitam tu, hitam jugak makcik, harharharhar!"

Esoknya menemani Kak Esha shooting kat tepi pantai Tanjung Dawai dengan kat sawah padi.

Itu tulisan saya. Saja nak habaq :p


Diorang shoot kat belakang, kami shoot kat depan. Suka gile la tengok sawah padi ni. Rasa tak nak balik.

Termenung sekejap pikiaq macam mana nak kembangkan bisnes, harharhar!

Habis shooting saya bergerak balik. Minta nor hantar saya ke stesen bus Sg. Petani. Sampai stesen bus dah pukul 3.40 petang. Dapat tiket ke Butterworth jam 4.20 petang. Sampai Butterworth dah pukul 5. Tanya kaunter Konsortium bus ke Kamunting. Sekali semua tiket abes. Tak kira la jam berapa pun. Hampeh betul la!

Terus call Chieffy.

"Chieffy tiket semua habis.Hampeh betul la. Aku pi tidoq umah hang la".

Terus pergi ke feri. Dah ber'escalator' rupanya tangga nak ke feri ni. Hmmm, ada kemajuan. Dah 2 tahun tak mai terminal ni kan... Masuk je dalam feri tak lama tu terus bergerak feri tu. Tak payah tunggu lama. Bonus betul. Sampai Penang tunggu Chieffy amek. Adoi la, dari Kedah saya kena bermalam ni Penang pulak. Bus banyak pun still abeh tiket.

Nasib baik ada membe stay di Penang. Hang tak payah mintak tukaq mana-mana la Chieffy nooo..sesak-sesak tiket abeh, leh aku tido ja ghumah hang! Haha.

Esok pagi saya ambil bus direct terus ke Kuala Kangsar. Lega sampai kuale. Penat? Mana ada istilah penat bagi saya kalau dapat jalan-jalan ;)


______________
Ok Cik Nurul, aku dah upload gambaq ni, tapi tak banyak la. Tak sabo nak tunggu gambo yang geng Muaz tu tangkap. Tengok yang tu la nanti, lagi cun. Diorang camera besar dan panjang. Camera aku zoom pun tak sampai sekangkang kera :D






Followers