Pesan Orang Tua

Orang kata biar buruk rupa, jangan buruk laku.

Saya selalu ingat pesan Abah. Masa makan, jangan kunyah makanan bunyi berdecap-decap. Kunyah makanan tutup mulut. Tanpa bunyi.

Masa minum, jangan hirup minuman berbunyi slurp slurp!

Tapi memang betul kata orang tua-tua. Biar buruk rupa. Jangan buruk laku. Bila rupa cun giler, sekali makan berdecap-decap... Adoi! Serius! Nampak fail terus.

Lagi satu, jika makan mencicah beramai-ramai, contoh, cicah buah mangga. Bila ambil sepotong, cicah dengan kuah rojak, terus masuk mulut habis sepotong tu. Jangan gigit bahagian yang kena kuah rojak, then sebahagian lagi cicah lagi sekali. Sebab mungkin ada yang makan bersama kita tu kurang selesa atau rasa geli pasal kita cicah buah pelam yang sudah kita gigit di mulut.

Untuk part cicah-mencicah ni saya tak kisah sangat. Masih boleh berkongsi cicah. Tapi ada orang kisah. Share straw minuman pun saya tak kisah. Tapi ada orang kisah. Share sudu yang sama pun saya tak kisah. Tapi ada orang kisah.

Manusia macam-macam ragam. Jadi kita sesama manusia perlu menghormati hak dan keselesaan setiap individu :)

But the best part is, share bekas mulut yang sama dengan si suami or isteri di gelas minuman, macam yang Nabi buat. Ohhh.. so romantik! hehehe :D





______________
Peringatan ini dibawa khas oleh orang tua-tua dan ditujukan khas untuk peringatan diri sendiri.

13 comments:

Anonymous said...

pesan yg sgt mendidik dn mengajar erti kesopanan. dn juga pesan yg akan dilupakan lepas saja kawen. :P

hayad said...

cJ--> ye ke lps kawen dilupekan? ko mcm tu eaaa??? hehe

Anonymous said...

somi leh share? :P

mrsazi said...

bab makan bunyik2 tu memang fail..alahai..tapi ada orang yang tak mahu ditegur.marah pulak kalau kita menegur..apakan daya.. :)

Ah Win said...

ya...
mcm saya..mmg tak kisah share dgn sape..straw ke,gelas ke..

dayah bila nak share dgn 'si dia'

heheheh

achik said...

org yg makan berdecap sangat annoying..

Anonymous said...

kalau org jepun mkn mee berkuah tu mesti kene ada bunyi slurpp slurpp. sbb menunjukkan compliment yg mknan tu sedap. dan itu adalah cara yg betul n semua org pn mcm tu. tp kiter idok ler buat gitu hehe. bab mkn berdecap2 ni rasanya dh common. tp ntahlah ye agaknya ada sstgh org tu mmg dia xleh kot mkn xde bunyi.

DeeN said...

Betul, betul, betul!
Aku sokonggg!!
Hehehe..

hayad said...

anonymous--> share suami? ermmm...boleh dipertimbangkan, hahaha.

mrsazi--> kalo dayah lak, mmg tak tau nak tegur mcm mn. tp sebenarnya boleh pk sendiri. kalo dlm grup tu org lain sumer mkn syp jer, kita sorg je berbunyi, mst la samting wrong kan...

nik awin--> huhu, soalan yg susah nk dijawab :D

achik--> hehehe. and disgusting too :p

Ina--> ooo ye ke ina. thanx la bg info gtu. tu la, benda2 ni ikut kaum dan tradisi jgk kan. lain kaum lain adatnya.

deen--> trimas kerana menyokong :p

WRA said...

akak memang tak boleh dengar org makan berbunyi...kalau boleh nak gi tutup jer mulut dia huhuhu

hayad said...

alex lacey--> hehehe :)tutup je mulut dia kak wan :p

zwitterion said...

betul2..:)

hayad said...

zwitt--> hehe, btul btul btul! jom tgk upin ipin! :D

Followers