Bondaku Lahir

5 Feb 1957

Selamat Hari Lahir buat seorang wanita yang amat disayangi. Yang tiada dua, tiga, empat dalam dunia ni.

Selamat Hari Lahir buat mak saya, Pn. Bidayah.

Selamat Hari Lahir yang ke-52 tahun.




_____________
1. Mak suka hadiah kain yang saya dan adik beli di Jakel tu. Dia kata cantik. Yahooo. Mak suka pilihan kami. Selalunya mak ni susah nak sekepala dalam bab-bab corak kain ni. Tapi adik lebih tau tona warna yang mak suka. Tu pasal saya heret adik ke Jakel sama-sama hari tu.

2. Saya punya satu impian. Impian untuk bawa mak shopping sakan. Dan nak cakap macam ni, "Mak, mak masuk je kedai apa-apa pun. Lepas tu amek je mana-mana baju, kain ela yang berkenan, tak payah tengok harga . Ambil je banyak mana nak, ambil je yang mana berkenan di hati, nanti Kak Yong bayor". :D


Selamat Hari Lahir juga buat Kak Tuan Tanah :)

7 comments:

en_me said...

2. Pastu mak ko akan cakap balik macam ni, "hayad, hayad takyolar membazir buang duit beli kain ela tewww.. mak dah banyak kain baju kat umah tewww.. mak cumer nak cucu jakkks.. " ekeke, larikkkks

cikgu jawe said...

slmt lahir mak. hehe. moga cepat2 dpt cucu dr kak yong ni haaa. lg satu mak jgn le lompat2 parti mak. biar je le kak yong yg lompat parti. kekekeke

mak kita sebaya le dayah. :)

Azhar Ahmad said...

Apsal org selalu beli kain ela utk mak dia? Humm

@yue said...

slamat hari lahir mak..selim melim mak ni kan..ada petua tak...hehe

Azhar<-- sbb saya x mampu nk belikan mak brg kemas+rumah+kereta...:p

belikan kain+tudung..boleh dipakai ke mjlis kenduri kendara+mjlis doa selamat tiap² minggu kt kg...mak pn nk melaram gk ngn kwn² dia kan..nk bg kain batik, kompem udah melambak..

*erkk dayah..terbuat cm blog sndri lak ni taip pnjang² kekeke...

hayad said...

en_me--> cucu? heh..yg tu kena sabo dlu. Ovum masih belum disenyawakan, hak hak!

Cj--> ooo, sebaya ek mak kita :)

azhar ahmad--> telah dijawab oleh @yue, hehehe


@yue--> thanx @yue tlg jawabkan, hehehe.

hazlin said...

mudanya mak. macam 25

hayad said...

kak hazlin--> hehe, mak saya mmg nmpak muda. Jeles gile kt dia,hehe

Followers