Colour Your Life ;)

Bestnye cuti dari bekerja selama 3 hari. 2 hari sikit sangat la kan? Apa kata Malaysia ubah waktu bekerja hanya 4 hari dalam seminggu.

Esok hari Selasa, kena pakai baju kaler pink or ungu, hehehe.

Menurut Color Vibration Therapy, hari-hari dalam seminggu ada kaitannya dengan warna.

Isnin : Putih
Selasa : Ungu, Merah Jambu
Rabu : Biru
Khamis : Oren, Kuning
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah
Ahad : Hitam

**Nora, ingat tak hari Khamis lepas ko pakai batik warna kuning + oren? Dan hari tu ramai tegur ko kan? Aku pun siap tegur kata baju ko cantik. Sememangnya corak batik tu dah sedia lawa, tapi ada satu tarikan lain yang menyebabkan orang nak pandang ko.

Ahhh, lepas ni kena cari batik kaler oren dan kuning la jawabnya, hehehe.

So esok hari Selasa. Saya dah siap iron baju kurung pink, hahahaha! Saya rasa nak pergi la kursus yang CVT ni buat. Yuran kursus untuk 2 hari tu RM1000. Tapi katanya tengah promosi jadi RM500. The latest punya kursus 7 dan 8 Mac ni.



_________________
Malam ni gerhana bulan penumbra. Kupandang langit Kota Lumpur, bulan dilindungi awan kelam la pulak... huhuhu.





15 comments:

Alex Lacey said...

Dayah, ada kilang yg dah suruh kerja 3 hari sahaja...tapi bayaran pun takat itu sahaja lah....huhuhu...

Haaaa...bagus tu nak gi kursus tu...nanti Dayah share ek?
Dia check Dayah semalam tu pakai nadi ker? akak dulu doktor tu pegang nadi la utk check aura warna tu hehehe

achik said...

menariknya pasal colour vibration therapy tu..

Mazarina said...

leh amik tips nih p skolah pakai bj per...

hayad said...

kak wan--> tak guna nadi pun. nnt dayah story mcm mn dia wat k :) kursus tu tgk la, kalo ada rezki dayah nak join kot.

achik--> mmg menarik :)

maza--> aha, try la ikut maza.tambah2 kita cikgu ni, kaler baju dan penampilan tu penting kan.. ehe

tchersally said...

eh..baguih bebenor ler tu..teman udoh iron baju biru utk esok..wahh bervibrant lah esok ni ye..

hayad said...

tchersally--> aha, dayah pun dah iron bj biru,hehehe

13may said...

kaler pelangi :D

Alex Lacey said...

oooo ya...baru akak ingat...selepas nadi tu dia suruh kita genggam something kan yg ikut warna punya....lepas tu dia tekan ke genggaman kita tu atau something mcm tu lah...sbb akak pun dah ingat-ingat lupa benornya...

Hafiz said...

menarik pasal teori warna tu. cuma pk naper ahad warna hitam. Hitam biasanya dikaitkan dengan suasana berkabung.

hayad said...

13may--> kaler pelangi tu ko sorang je kot, hehe

alex lacey--> lbh krg la kak wan. nnt bebila rajin dayah story,hehe

hafiz--> tak semestinya kot. dah jd adat je kalo itam tu berkabung. kalo sebut itam mst dikaitkan dgn warna sedih.

DeeN said...

ko g kursus, pastu nanti citer kat sini keh? Hehehe...

arianna adrizal said...

menarik gak tu therapy2 ni.. nk try la! =)

hayad said...

deen--> insya allah, kalo jd pegi la, hehe

arianna adrizal--> menarik, mmg menarik :)

SoFie NuR said...

macam best je teori kaler2 ni...mesti cube nih...hihi

hayad said...

sofie nur--> yes, u should try :)

Followers